Kertas Kerja CTU 152 Latest PDF

Title Kertas Kerja CTU 152 Latest
Author Nor Fatihah
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 37
File Size 513 KB
File Type PDF
Total Downloads 402
Total Views 998

Summary

1CTU 152KONSEP ETIKA DAN PERADABANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARATDISEDIAKAN OLEH:BIL NAMA NO MATRIK1 MUHAMMAD FAUZI BIN MAYATI 20204791042 MUHAMMAD NUR IRFAN BIN SHAHRULLIZAM 20208708183 DALIA HUMAIRA BINTI HAMIZAN 20206267944 SHAHZA SYAZWANI BINTI HANIF 20208462645 NURUL FATHIHAH BINTI JAAFFAR 2...


Description

CTU 152 KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT DISEDIAKAN OLEH: BIL 1 2 3 4 5

NAMA MUHAMMAD FAUZI BIN MAYATI MUHAMMAD NUR IRFAN BIN SHAHRULLIZAM DALIA HUMAIRA BINTI HAMIZAN SHAHZA SYAZWANI BINTI HANIF NURUL FATHIHAH BINTI JAAFFAR

NO MATRIK 2020479104 2020870818 2020626794 2020846264 2020883936

DISEDIAKAN UNTUK: PERKARA

MARKAH PENUH

Pendahuluan

2

Isi

10

Penutup

2

Rujukan

2

Etika Professional

4

Jumlah

20

MARKAH

USTAZAH NORAJILA BINTI CHE MAN

1

ISI KANDUNGAN NO.

1

2

3

TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN

3

PENDAHULUAN

4

Konsep Etika dan Peradaban Menurut Perspektif Islam dan Barat 1.1 Bahasa 1.2 Istilah

5

Pengertian Etika Menurut Perpektif Islam dan Barat 2.1Pengertian etika menurut perspektif Islam 2.2Pengertian Etika menurut perspektif Barat

7

Nilai Etika Menurut Sumber Islam dan Sumber Barat 3.1Nilai Etika Menurut Sumber Islam iaitu AL QURAN 3.2 Nilai Etika Menurut Sumber Barat iaitu Ahli Falsafah Barat

11

4

4.0 Etika Profesionalisme dalam Islam.

14

5

Perbandingan Konsep Peradaban Tamadun Islam dan Barat 5.1Tamadun Islam 5.2Tamadun Barat

18

6

Kesimpulan

20

7

Rujukan

21

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat

ilahi

kerana

dengan

izin

kurnianya

dapat

kami

menyempurnakan tugasan kertas kerja bagi kod subjek (CTU 152) PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada NORAJILA BINTI CHE MAN, selaku Pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban kerana telah mendidik kami dengan sepenuh usaha beliau agar kami dapat lebih memahami sehinggakan kepada kami dapat melunaskan tugasan yang diberikan. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.

PENDAHULUAN

Etika ialah elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah tamadun. Perkara ini telah diakui oleh ahli sejarah dan para falsafah sains sosial sebagai faktor terpenting dalam mengawal kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, kecemerlangan tamadun Islam berkembang sehingga ke Sepanyol disebakan oleh pengamalan amalan-amalan etika yang baik oleh para sarjana. Selain itu, kepentingan etika ialah sebagai panduan hidup bagi seorang

umat

berlandaskan

Al

Islam quran

yang dan

mempunyai hadis.

Etika

pegangan ialah

hidup

yang

pemilihan

yang

berasaskan positif dan negative terhadap tingkah laku seseorang dalam melakukan kewajipan manusia. Kehidupan yang beretika akan menjaminkan manusia melakukan kewajipan hidup yang berfaedah untuk dirinya sendiri dan juga masyarakat. Contohnya, seseorang itu dianggap beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan. Perbuatan negative seperti mencuri, membunuh, menipu dan memfitnah menujukan sikap tidak beretika. Kesimpulannya, keburukan dan kebaikan adalah perkara yang ditentukan oleh Allah dan wahyu menjadi kayu ukurnya. Manusia juga sebagai hamba Tuhan yang dicipta lemah dan terbatas keupayaannya hendaklah mengamalkan etika dalam kehidupan sehariannya.

1.0

KONSEP

ETIKA

DAN

PERADABAN

MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

1.1 BAHASA DAN ISTILAH DARI PERSPEKTIF ISLAM. Etika

dan

peradaban

bagi

perspektif

Islam

mempunyai

keistimewaan tersendiri yang membezakannya dari etika menurut perspektif Barat. Ciri khas ini tidak terkandung dalam etika menurut falsafah

Barat.

Antara

ciri-cirinya

adalah

seperti

indeks

untuk

menentukan etika yang diukur berdasarkan Al-Quran dan As-sunah dan bukan akal semata-mata. Etika Islam adalah asas dan sistematik, dan dapat dipegang oleh semua orang pada bila-bila masa dan di mana sahaja, termasuk politik dan kepemimpinan. Peraturan, hukuman, dan dosa yang halal dan haram semuanya berperanan dalam etika Islam. Termasuk dalam definisi

ibadah.

Ia

dikekang

oleh

idea

bahawa

objektif

tidak

membenarkan cara. Bahasa: Etika dan peradaban dari kebiasaan tabiat atau maruah.

segi

bahasa

bermaksud ,

Istilah: Imam al-Ghazali memberi kenyataan maksud istilah etika dan peradaban ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul

perbuatan-

perbuatan

dengan

mudah,

dengan

tidak

memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Ibnu Maskaweh pula telah

mendefinisikan

etika

dan

peradaban

ialah

keadaan

jiwa

seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan- perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

1.2 BAHASA DAN ISTILAH DARI PERSPEKTIF BARAT Etika Islam digolongkan sebagai etika agama dari perspektif barat. Definisi dan ruang lingkup etika Islam, sebaliknya, melampaui itu. Jangkauannya tidak berhenti pada masalah agama; ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Berbeza dengan etika barat, sumber pembentukannya adalah bergantung penuh kepada akal, naluri dan pengalaman manusia. Keupayaan ketiga-tiga sumber tersebut amat terbatas. Ketiga-tiga sumber tersebut seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu. Hal ini

menyebabkan

mengetengahkan

teori

para moralis mengikut

barat cenderung

pertimbangan

pemahaman yang berbeza-beza. Perbezaan

uuntuk

peribadi

dan

fahaman ini adalah

berpunca daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatu penilaian yang seragam dan bersifat sejagat yang boleh diterima oleh semua pihak. Bahasa: Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak. Istilah: Premis yang berfungsi sebagai tolok ukur untuk menentukan apa yang baik, jahat, atau nyata, serta salah satu tindakan moral atau penaakulan munasabah (pemikiran rasional) hanya tertumpu pada akal manusia semata- mata.

2.0 PENGERTIAN ETIKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

2.1 PENGERTIAN ETIKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Etika secara jelasnya menerangkan tentang moral atau sikap seseorang dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu,etika terbahagi kepada dua perspektif iaitu perspektif Islam dan perspektif barat. Di dalam perspektif Islam, ia menerangkan perkaitan rapat antara etika dan akhlak. Abdul Haq Anshari menjelaskan bahawa etika adalah sebuah bidang ilmu yang melibatkan disiplin terhadap diri masing-masing manakala Ibnu Miskawaih berpendapat bahawa etika adalah satu sifat yang dilakukan oleh manusia tanpa berfikir dan membuat pertimbangan

terlebih

dahulu.

Oleh

itu, etika

dalam

pendapat Ibnu Miskawaih terbahagi kepada dua yang mana adalah etika daripada watak manusia itu sendiri dan etika daripada latihan yang dididik pada manusia tersebut. Jelasnya, etika daripada watak seseorang itu pastinya tidak menunjukkan etika yang baik kerana etika tersebut hanya berdasarkan pada dirinya namun etika yang dididik adalah berdasarkan pada al-Quran dan as-Sunnah. Atas sebab demikian, inilah mengapa etika dalam perspektif Islam berkait rapat dengan akhlak.

Dalam surah Al-Mu’jam, menerangkan definisi akhlak;

“Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa, yang dengannya lahirlah macam- macam perbuatan, baik atau buruk, tanpa membutuhkan pemikirannya dan pertimbangan.” Walaupun maksud etika dan akhlak tidak jauh berbeza tapi perbezaannya boleh dilihat dengan jelas di mana etika bergantung dengan

pendapat

dan

hasil

kajian

manusia

manakala

akhlak

bergantung pada ajaran yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan

as-Sunnah. Asas-asas kepada akhlak adalah pendidikan jiwa agar syahwat dapat ditundukan kepada akal dan syarak. Selain itu, ia mengutamakan kebijaksanaan bagi seseorang untuk membezakan perkara yang baik dan yang buruk dan akhir sekali,perlunya kekuatan jiwa yang boleh mengatasi kemarahan lalu membimbingnya kepada

kebijaksanaan agar seseorang tersebut tidak melakukan kesilapan yang akan disesalinya kemudian. Bagi menerangkan lebih lanjut tentang akhlak, akhlak disifatkan sebagai sederhana dan seimbang. Ini kerana di dalam Islam, semua manusia dianggap sama di sisi Allah dan manusia

boleh

mendekatkan

diri

kepada

Allah

tanpa

perlu

mempertaruhkan sesuatu kepada-Nya. Selain itu, ia juga bersifat mutlak dan menyeluruh kerana akhlak didasari oleh ajaran-ajaran yang benar dari Al-Quran dan asSunnah. Oleh itu, etika yang dikaitkan rapat dengan akhlak adalah lebih tepat kerana ia berlandaskan agama Islam dan juga dapat digunakan secara universal. Antara ciri-ciri etika Islam adalah ia bersumberkan peraturan Allah seperti yang telah dijelaskan di atas, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, etika ini adalah lengkap dan iktikad supaya manusia sentiasa bergerak ke arah yang benar kerana etika dalam Islam melarang manusia melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah dan menggalakan perkara yang disuruh oleh Allah. Ciri etika Islam yang terakhir adalah Islam sebagai agama universal. Seperti yang telah dijelaskan, etika dalam Islam tidak hanya diguna pakai oleh umat Islam tetapi juga boleh digunakan oleh penganut agama lain. Hal ini kerana etika dalam Islam dapat diterima oleh semua agama tanpa mencemarkan atau merosakkan agama tersebut. Di dalam etika Islam, antara prinsip yang ditekankan adalah keimanan. Hal ini kerana tanpa iman, seseorang individu tersebut tidak akan dapat mencapai akhlak dan etika yang sempurna. Seterusnya, setiap

individu

perlulah

mempunyai

rasa

tanggungjawab

untuk

mempraktikan etika yang telah diajar dalam Islam. Selain itu, etika dalam

Islam

kebebasan

memberikan

tersebut

adalah

manusia

kebebasan

terbatas.

Hal

ini

memilih

namun

demikian

untuk

mengelakan manusia daripada memilih jalan yang salah dan dimurkai oleh Allah. Akhir sekali, manusia perlu mengakui keistimewaan akan kehadiran akal dan naluri. Etika dalam Islam menekankan manusia untuk mengutamakan akal daripada nafsu agar dapat dijauhi dari perkara-perkara mungkar.

Kesimpulannya, etika dalam perspektif Islam menekan beratkan tentang hubungannya dengan dasar agama. Tujuan etika dalam Islam adalah untuk mendidik umatnya agar dapat menjadi manusia yang beriman dan patuh pada segala perintah Allah. Selain daripada itu, ia juga dapat membantu untuk masyarakat menjadi masyarakat yang bertamadun dan menjalani hidup mereka dengan tujuan kerana Allah.

2.2 PENGERTIAN ETIKA MENURUT PERSPEKTIF BARAT Berbeza dengan etika dalam perspektif Islam, etika

dalam

perspektif barat tidak berpandukan apa-apa rujukan selain daripada yang telah dikaji oleh ahli falsasah dan yang telah dipraktikan atau dididik pada individu tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Profesor Robert, etika merujuk kepada satu hukum sosial yang perlu dipatuhi oleh setiap individu agar dapat melahirkan individu yang bermoral. Dengan mematuhi etika yang telah ditetapkan, ia dapat membantu dalam membentuk sebuah karakter yang baik bagi individu tersebut. Namun begitu, etika ini telah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu etika meta, etika normatif dan etika gunaan. Etika meta adalah etika yang tidak dapat dikawal dan difikirkan oleh manusia kerana ia melibatkan persoalan-persoalan terhadap perkara ghaib. Oleh itu, untuk memahami etika ini, manusia perlu bergantung kepada agama masing-masing untuk mengenal pasti perlakuan yang sepatutnya mereka lakukan. Contohnya, umat Islam perlu merujuk kepada alQuran dan as-Sunnah manakala penganut agama Kristian perlu merujuk kepada kitab Bible. Begitu juga dengan penganut agama lain, mereka

perlu

merujuk

kepada

ajaran

masing-masing

untuk

mendapatkan jawapan yang tepat. Seterusnya adalah etika normatif. Etika normatif melibatkan proses penyelidikan di mana etika sebuah individu tersebut akan dikaji samaada ia akan mendapat kritikan atau boleh diterima oleh semua pihak. Etika ini terbahagi kepada dua iaitu teori deontologikal dan teori teleologikal. Teori deontologikal adalah di mana etika seseorang itu akan dinilai atas tindakan yang ia lakukan manakala teori teleologikal mengkaji etika seseorang itu berdasarkan atas kesan terhadap tindakan yang ia lakukan. Hal ini bermaksud, walaupun

individu

tersebut menunjukan etika yang baik namun tidak memberi kesan yang baik kepada individu ataupun pihak lain, maka ia tetap dianggap tidak beretika.

Etika yang terakhir adalah etika gunaan. Etika gunaan adalah etika yang paling

kerap digunakan sebagai

rujukan kerana

ia

melibatkan isu-isu harian dan merangkumi pelbagai bidang. Bukan itu

sahaja, etika ini juga digunakan

sebagai sumber utama untuk

menyelesaikan banyak masalah semasa. Hal ini kerana terdapat situasi berbeza yang mungkin tidak berlaku pada zaman awal yang mana menyebabkan semua pihak perlu membincangkan isu tersebut bagi mengelakan perbalahan pada masa yang akan datang.

Bagi mewujudkan etika yang baik, ia telah diwujudkan dengan berladaskan beberapa prinsip. Prinsip yang pertama adalah nilai kehidupan manusia. Prinsip ini menjelaskan bahawa tujuan etika diwujudkan adalah untuk meningkatkan nilai kehidupan manusia. Oleh itu, perbuatan yang tidak menyokong nilai kehidupan manusia tidak akan dianggap sebagai

etika walaupun ia kelihatan baik kepada

individu tersebut. Seterusnya, prinsip kebaikan dan keburukan. Secara jelasnya, etika menolak segala perbuatan atau pilihan yang buruk. Dengan adanya individu yang beretika, ia dapat mengenal pasti sesuatu

perkara

yang

buruk

dan

mengelakan

diri

daripada

melakukannya. Selain itu, prinsip keadilan dan saksama. Bagi merealisasikan kehidupan manusia yang bertamadun, etika berdasarkan prinsip ini bertujuan

untuk

menyama

ratakan

setiap

individu

walaupun

memegang pangkat atau jawatan yang lebih tinggi. Hal ini dilakukan agar dapat mengelak dari perasaan dengki dan tidak puas hati terhadap orang lain. Akhir sekali adalah prinsip kejujuran. Individu yang beretika pasti dapat memahami bahawa kejujuran berkait rapat dengan kepercayaan. Kepercayaan adalah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana manusia perlu sentiasa saling membantu antara satu sama lain. Walaupun etika dalam perspektif barat memberikan imej yang sama dengan etika dalam perspektif Islam, etika ini mempunyai satu kekurangan di mana nilai sesuatu perbuatan tersebut tidak dapat ditentukan dengan tepat. Hal ini kerana nilai etika tersebut ditentukan oleh individu-individu yang berbeza yang mana pastinya setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan

perbalahan

antara

beberapa

pihak

yang

mahu

menegaskan pendapatnya dan berakhir dengan wujudnya beberapa jawapan. Kesan buruk daripada perkara ini adalah, etika yang dididik pada generasi yang akan datang mungkin berbeza disebabkan pendapat individu masing-masing terhadap nilai etika tersebut.

3.0 NILAI ETIKA MENURUT SUMBER ISLAM DAN SUMBER BARAT

3.1 NILAI ETIKA MENURUT SUMBER ISLAM IAITU AL-QURAN. Menurut firman Allah SWT : "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang- orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang- orang yang meminta dan

untuk memerdekakan

hamba-hamba

abdi

dan

mengerjanya

seseorang

akan

sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa". (Al Baqarah ; 177) Seperti yang terdapat didalam dalil surah Al-Baqarah ayat 177 diatas , yang ada menyebut tentang nilai menghargai hak asasi manusia. Jelas sekali menurut perspektif islam, etika itu adalah sesuatu yang dituntut dalam mewujudkan sesebuah institusi. Tambahan lagi, berdasarkan penulisan Dwight M. Donaldson didalam karyanya iaitu Studies in Muslim Ethics, etika dan moral mempunyai beberapa konsep umum yang ditetapkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran. Yang pertama merupakan

Duty

to

Allah

yang

membawa

maksud

kepada

tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah SWT yang dapat ditemui dengan jelas didalam surah Az-Zariat ayat 56. Seterusnya

adalah

Moderation

yang

menerangkan

konsep

wassatiyyah atau kesederhanaan. Menurut konsep ini, sikap melampau atau ghullu dalam takalluf iaitu memberat- beratkan serta taa’sauf iaitu bermudah-mudahkan kerja

kita adalah dilarang. Oleh itu, kita perlulah bersederhana dan istiqamah dalam beretika dan melakukan kerja dengan baik. Hal ini kerana,


Similar Free PDFs