CTU 152 Kertas Kerja PDF

Title CTU 152 Kertas Kerja
Author nurradhiah
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 227.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 23
Total Views 101

Summary

CTU 152PENGENALAN ETIKA DAN PERADABANPERBEZAAN DI ANTARA WORLDVIEWPERADABAN ISLAM DAN PERADABAN BARAT(PEMERINTAHAN)NAME MATRIC NUMBER CLASSPENGENALANIslam sebagai peradaban yang memiliki worldview membekalkan kepada manusia bukan sahaja tentang tatacara peribadatan tapi juga dengan pandangan-pandang...


Description

CTU 152 PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN PERBEZAAN DI ANTARA WORLDVIEW PERADABAN ISLAM DAN PERADABAN BARAT (PEMERINTAHAN) NAME

MATRIC NUMBER

CLASS

PENGENALAN Islam sebagai peradaban yang memiliki worldview membekalkan kepada manusia bukan sahaja tentang tatacara peribadatan tapi juga dengan pandangan-pandangan dasar tentang konsep Tuhan, kehidupan, manusia, alam semesta, iman, ilmu, amal, akhlak, dan sebagainya. Pandangan-pandangan yang merupakan kepercayaan asasi itu pada akhirnya

berfungsi sebagai cara pandangan terhadap sesuatu dan secara epistemologi dapat berfungsi sebagai kerangka dalam mengkaji sesuatu. Konsep-konsep yang terdapat dalam sistem pandangan hidup Islam (worldview Islam) merupakan satu kesatuan yang bersumber hanya kepada satu Tuhan. Dan jika kaedah berfikir seorang Muslim sudah dipengaruhi oleh cara pandangan kepada satu tuhan ini, maka inilah yang disebut sebagai tujuan tertinggi, dan tujuan akhir dalam Islam sehingga tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Worldview Barat secara umum bertolak belakang dengan Islam, kerana menafikan peranan wahyu dalam membimbing rasio dan pancaindera mereka, serta lebih mengutamakan keduanya, maka lahirlah worldview yang sekular dalam memandang ilmu. memisahkan sains dengan agama, rasio dengan wahyu, iman dengan ilmu, dan pada akhirnya worldview sekular ini melahirkan faham ateisme. Sehingga berpengaruh pada pelbagai bidang dan disiplin keilmuan, seperti filsafat, teologi, sains, sosiologi, psikologi, ekonomi, dan lain-lain. Kita boleh melihat perbezaan antara keduanya dari aspek ekonomi serta pemerintahan. Sistem ekonomi Islam merupakan sistem yang berlandaskan akidah menjadi sebahagian daripada akidah Islam dan telah digunakan sejak zaman Rasulullah saw dalam menguruskan ekonomi negara pada ketika itu. Walhal sistem kapitalis mengamalkan konsep ‘invisible hand” iaitu melakukan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya Nampak mulia, tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapatkan untung bagi dirinya sendiri. DEFINISI WORLDVIEW PERADABAN ISLAM DAN PERADABAN BARAT DALAM SUDUT PEMRERINTAHAN Worldview ialah pinjam terjemah perkataan bahasa Jerman Weltanschauung iaitu terdiri daripada Welt iaitu dunia dan Anschauung yang bermaksud persprektif atau tunjuk. worldview ialah cara manusia memahami seseorang individu atau masyarakat merangkumi seluruh pengetahuan individu atau masyarakat dan sudut pandangan. worldview termasuk falsafah semula jadi seperti kepercayaan terhadap sesuatu, kewujudan, dan normatif atau tema, nilai, emosi, dan etika yang berkaitan dengan keduniaan. Dalam erti kata lain,worldview dipakai untuk menggambarkan dan membezakan hakikat sesuatu agama, peradaban atau kepercayaan. Dalam sesetengah keadaan ia juga digunakan sebagai kaedah pendekatan ilmu perbandingan agama. Namun kerana terdapat agama dan peradaban yang memiliki spektrum pandangan yang lebih luas dari sekadar visi keduniaan, maka makna pandangan hidup diperluas Peradaban ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Terminologi peradaban atau kadangkala disebut tamadun dibicara dan dikupas oleh para sarjana dari pelbagai disiplin mengikut pandangan masing-

masing. Biarpun begitu, kerana berlainan latar belakang ilmu dan disiplin para sarjana, menyebabkan wujudnya penafsiran yang berbeza. Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman, hakim atau pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah). Definisi pemerintahan pula ialah terdiri daripada para penggubal undang-undang, pentadbiran dan badan kehakiman dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara pada sesuatu waktu yang tertentu serta juga kepada sistem digunakan untuk mengendalikannya. Pemerintahan ialah cara yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar negara, serta juga mekanisme untuk menetapkan dasar negara. Setiap pemerintahan yang berikut terdiri daripada satu badan individu yang menguasai pembuatan keputusan politik. Fungsinya adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, menggubal undangundang yang baharu, dan menggubal badan kehakiman. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan ini sering merupakan golongan lingkaran atau golongan keturunan. Dalam masyarakat yang lain pula, misalnya dalam negara demokrasi, peranan politik masih dikekalkan tetapi terdapat pertukaran orang yang kerap untuk mengisi jawatan-jawatan itu.

DALIL PENSYARIATAN Setiap agama di muka bumi ini mempunyai banyak perbezaan seperti peradaban, akhlak dan tingkah laku. Bahkan kitab atau bahan rujukan juga berbeza maka sebagai umat islam, al-Quran dan hadis merupakan sumber dan bahan rujukan umat islam sehingga hari kiamat dan tiada kitab yang boleh tangani kita suci al -Quran. Oleh itu kita dapat lihat daripada alQuran telah menunjukkan betapa pentingnya pemerintahan untuk setiap makhluk di muka bumi seperti: a) Surat Al-Hujurat Ayat 13 Terjemahan: Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.

b) Surah Al- Baqarah Ayat 30 Terjemahan: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". c) Surat An-Nisa Ayat 58 Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. RUMUSAN KAJIAN KES Kajian kes yang kami ingin fokuskan adalah perbezaan di antara worldview peradaban islam dan peradaban barat di dalam sektor pemerintahan. Terdapat pelbagai perbezaan tentang peradaban islam dan peradaban barat di dalam sektor pemerintahan. Antaranya dengan cara pemerintahan mereka disini kita dapat melihat dari segi peradaban islam dengan melihat sejarah Islam telah merekodkan bagaimana konsep Ummah berjaya diterapkan menerusi piagam Madinah. Walhal kita tahu akan penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya seperti orang Islam, Yahudi dan Musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup. Piagam ini telah menjadikan Madinah sebagai pusat penguasaan yang adil dan kuat dengan komposisi rakyat pelbagai bangsa dan agama dengan Islam sebagai pengemudinya. Piagam ini merupakan penyebab keamanan pertama yang turut tersebar ke utara, selatan, timur dan barat. Piagam Madinah ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun Pertama Hijrah dan ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Ia mengandungi 47 fasal, 23 fasal adalah berkaitan peranan sesama umat Islam (Muhajirin dan Ansar) dan 24 fasal lagi adalah berkenaan hubungan umat Islam dengan bukan Islam (Yahudi).

Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Kaum Yahudi pada mulanya memberikan sambutan yang baik.Baginda telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.Baginda telah membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahdah setelah kedua-dua pihak saling mempercayai. Fasal pertama piagam ini dimulai dengan kalimah ‘basmallah’ (dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) di dalam memperakukan tentang kepentingan kesatuan dan seia sekata. Manakala Fasal kedua pula berkenaan pengiktirafan ummat yang berbeza-beza dan insan berlainan.Di sinikita dapat lihat bahawa betapa mereka tidak memilih kasih dan menilai orang dengan cara yang sama perbezaan hanyalah agama mereka tersendiri. Fasal 13 hingga Fasal 22 adalah berkenaan tindakan secara bersama di dalam menentang kemungkaran, mempertahankan nyawa Mukmin, jaminan daripada mengganggu dan diganggu, jaminan pendamaian seorang Mukim adalah bermakna pendamaian dengan Mukmin lain secara keseluruhannya dan sebaliknya, saling bela membela, bantu membantu dan tidak berperang sesama Muslim serta memastikan keteguhan piagam yang didokongi. Manakala Fasal 23 meletakkan syariat Islam sebagai sumber rujukan kepada setiap pertelingkahan. Dengan in dapat setiap orang mempunyai hak masing -masing dalam melakukan apa jua perkara. Bermula daripada Fasal 24, Piagam ini menggarapkan tentang Kaum Yahudi secara jelas sebagai satu kaum bersama kaum Mukmin. Fasal 25 hingga Fasal 35, ia mengkhususkan secara terperinci tentang siapakah yang dimaksudkan dengan kumpulan-kumpulan Yahudi ini. Fasal 36 menzahirkan secara tegas tentang larangan untuk keluar daripada pakatan ini kecuali dengan persetujuan Nabi Muhammad SAW. Bermula Fasal 37 hingga Fasal 47, ia membincangkan tentang hak, peranan, tanggungjawab dan larangan yang boleh dilakukan oleh golongan Yahudi dengan Muslim dan sebaliknya. Hal ini akan mengelakkan segala pergaduhan antara satu sama lain. Menariknya, Piagam Madinah telah menempatkan orang bukan muslim sebagai komuniti yang diberi jaminan keamanan dan keselamatan dalam sebuah Negara Islam. Mereka diiktiraf sebagai rakyat Madinah yang mempunyai hak yang sama dengan orang Islam. Mereka bebas mengamalkan agama dan menjalankan adat resam tanpa menganggu ketenteraman dan kemuliaan Islam sebagai agama negara. Bahkan Piagam Madinah sangat mengutamakan penyatuan ummah dan menggesa agar penduduk saling hidup tolong-menolong dalam perkara kebaikan sekalipun berbeza anutan agama.

Model penyatuan Islam yang digarapkan dalam Piagam Madinah perlu diperbincangkan secara mendalam bagi menggali semula hikmah yang hilang dalam kalangan umat Islam khasnya dalam menerajui sebuah pentadbiran Negara Seterusnya,kita dapat lihat dalam bidang pentadbiran sebagai contoh peradabab islam semasa pemerintahan Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. (sekalikan) Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan Mu'az bin Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluasluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah. Manakala bagi sistem pemerintahan barat pula kita dapat melihat tentang empayar Rom atau lebih dikenali dengan Tamadun Rom Kuno disifatkan oleh sebuah kerajaan yang autokratik. Republik Rom yang awal telah dibinasakan dan dilemahkan oleh pertikaian antara Gaius Marius dan Sulla, diikuti oleh perang saudara Gaius Julius Caesar terhadap Pompey. Semasa semua perebutan kuasa ini, beratus-ratus senator telah bertempur, dihukum mati, dibunuh atau membunuh diri. Senat Rom dipenuhi semula dengan kawankawan yang setia kepada Pemerintahan Bertiga Pertama dan kemudian, oleh penyokongpenyokong Pemerintahan Bertiga Kedua. Pada akhirnya, Octavian (kemudian dikenali sebagai “Augustus“ menewaskan pesaingnya, Mark Antony, dan menamatkan subversi yang beransur-ansur ini melalui penyusunan semula Republik Rom menjadi “Empayar Rom“. Pada mulanya, Tamadun Rom mengamalkan sistem Pemerintahan beraja sejak tahun 753 SM. Raja-raja keturunan Etruscan memerintah Rom secara mutlak ini sebab itu pemerintahan tidak disenangi oleh masyarakat Latin tempatan dan mereka telah bangun dan memberontak di bawah pimpinan golongan bangsawan atau patrician. Kesan pemberontakan tersebut,Rom membentuk sebuah republik pada tahun 509 SM . Antara ciri-ciri

sistem pemerintahan pemerintah tidak mempunyai

kuasa mutlak.

Seterusnya ,dua golongan orang konsul dilantik untuk sesuatu tempoh dan mereka dilantik

oleh Dewan Senat manakala pelantikan dua orang konsul ini adalah supaya tiada sesiapa yang lebih berkuasa ini kerana Konsul mempunyai kuasa tertinggi. Dewan senat dibentuk untuk membantu konsul iaitu membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan menggubal undang-undang. Apabila rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Caesar, sistem republik di rom telah berubah. Julius Caeser telah menyatukan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya di bawah sistem pentadbiran berpusat. Dengan ini beliau telah menamatkan sistem republik dan menjadi seorang diaktor dengan menggunakan gelaran maharaja. Berlakunya Hukum Kanun 12 yang merupakan undang -undang rom yang pertama yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu undang-undang sivil,undang-undang rakyat dan undang -undang natural . prinsip-prinsip utama undang -undang rom ialah semua manusia dianggap sama di sisi undang-undang dan seseorang itu tidak dianggap salah sehingga terbuktinya kesalahanya. Hal ini telah membawa keamanan dan keangungan kepada empayar rom yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua iaitu Eropah,Afrika dan Asia. Bahkan mewujudkan kegemilangan Rom yang dipanggil Pax Romana (Keamanan Rom). Manakala peradaban barat yang berlaku semasa zaman Yunani yang menggunakan sistem demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Zaman Yunani Purba atau Greece Purba atau Hellas Purba ialah merujuk kepada tempoh sejarah Yunani yang berkisar di lembangan Mediterranean dan Laut Hitam dan berlangsung selama satu alaf, sehingga bangkitnya Kristian, dari Zaman Kelam Yunani sekitar 1100 SM sehingga penawanan Greece oleh Rom pada 146 SM. Ia dianggap oleh kebanyakan sejarawan sebagai satu asas budaya tamadun barat. Budaya Yunani merupakan satu pengaruh yang kuat di dalam Empayar Rom, yang membawa satu versi sepertinya kepada banyak bahagian Eropah yang lain. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Demokrasi berbeza dengan bentuk kerajaan yang kuasa tertumpa pada individu, sebagai satu kerajaan bebas, atau kuasa dilaksanakan oleh sebilangan kecil individu, seperti oligarki. Walau bagaimanapun, idea demokrasi diwarisi dari falsafah Yunani kini kabur kerana kerajaan kontemporari adalah campuran unsur demokrasi, oligarki, dan beraja. Karl Popper mentakrifkan demokrasi sebagai berbeza daripada pemerintahan diktator atau zalim, dengan menumpukan pada peluang untuk orang ramai mengawal pemimpin mereka dan membuang pemimpin tanpa perlu membuat revolusi.

Akhir Sekali, kita dapat lihat dengan pemerintah yang bagus juga dapat membentuk ekonomi negara yang kian membangun.Hal ini dapat dijadiakan sebagai contoh semasa pemerintahan Umar al-khatab juga

yang melakukan pembaharuan mengagihkan

pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syaratsyarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian. Bahkan beliau juga telah memperkenalkan sistem baitumal iaitu daripada perkataan Arab (bayt al-mal) yang bermaksud "rumah harta". Dalam sejarah Islam, baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir cukai. Baitul mal berfungsi sebagai perbendaharaan khalifah dan sultan yang mengurus kewangan peribadi dan perbelanjaan kerajaan. Ia juga mengurus pengagihan zakat untuk rakyat awam. Pakar ekonomi Islam moden menganggap rangka institusi baitul mal sebagai sesuai kepada masyarakat Islam sekarang. Manakala pada peradaban barat pada tamadun Mesopotamia, mereka yang memperkenalkan cukai terhadap segala faktor antaranya pengeksportan barang dan lain. Tanpa melihat kemampuan seseorang itu tersendiri KESAN KAJIAN KES Kesan pemerintahan daripada rom ialah

politik di mana Tamadun Rom telah

memperkenalkan sistem republik yang mengandungi unsur demokrasi (rakyat terlibat dalam pemilihan ketua negara, iaitu presiden) dan ini diwarisi hingga ke zaman kini walaupun agak berlainan sedikit dengan sistem republik moden. Contohnya India, Perancis dan Afrika Selantan mengamalkan sistem republik. Antara yang lain Perundangan, Terdapat tiga undang-undang Rom iaitu: undang-undang sivil adalah untuk warganegara Rom (bertulis dan tidak bertulis), undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara (meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi) dan natural law (undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undang-undang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa untuk menindas). Maharaja Justinian telah menyusun semula sistem undang-undang dan terhasilnya undang-undang Justinian yang diguna pakai sehingga ke hari ini. 4 prinsip

undang-undang Rom semua manusia sama di sisi undang-undang

- seseorang tidak

bersalah sehingga dibuktikan kesalahan , keadilan terhadap setiap individu.hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi Selain itu, dari segi Bahasa dan Kesusasteraan, Konsep perancangan tamadun ini adalah baik kerana pembinaan bandar Rom adalah terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan infrastukur. Contohnya:- bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.

Kepincangan

masyarakat tamadun ini merancangkan bandar dapat dijadikan rujukan kepada generasi kini. Pembinaan bangunan seperti aqueduct (saliran air bersih), Colloseum dan Pantheon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina, Kemahiran masyarakat Rom membina sistem saliran bawah tanah dan terusan juga merupakan salah satu sumbangan kepada kita. Seterusnya, Sains dan Teknologi iaitu

Dunia hari ini berasaskan kalendar Rom yang

mempunyai 365 hari 12 bulan. Perkembangan sains dan teknologi Rom adalah dari asas pengetahuan tamadun Yunani. Boethius, seorang ahli matematik Rom mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi. Akhir sekali , Pendidikan tamadun ini amat menekankan aplikasi ilmu yang prakitkal dan semagat setia- menyebabkannya terkenal dalam penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur. Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi. Dalam sistem demokrasi itu, rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik. Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan, oleh itu, kerajaan berb...


Similar Free PDFs