CTU 152 Ekstremisme PDF

Title CTU 152 Ekstremisme
Author aufa sanura
Course Diploma Business Studies
Institution Universiti Teknologi Malaysia
Pages 19
File Size 383.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 134
Total Views 1,007

Summary

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (BA111)CTU 152 :ETIKA DAN PERADABAN PANDANGAN ALAM ISLAMFAHAMAN EKSTREMISME : ANCAMAN TERHADAP PERPADUANNEGARADISEDIAKAN OLEH :NAMA NO MATRIKS AUFA BINTI MOHD SANURA 2020990449 NUR SHAFNIE BINTI OMAR RAZI 2020956939 NORATHIRAH BINTI MOHD NAAIM 2020956813 NOR FARAH HANA B...


Description

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (BA111) CTU 152 : ETIKA DAN PERADABAN PANDANGAN ALAM ISLAM FAHAMAN EKSTREMISME : ANCAMAN TERHADAP PERPADUAN NEGARA

DISEDIAKAN OLEH : NAMA

NO MATRIKS

AUFA BINTI MOHD SANURA

2020990449

NUR SHAFNIE BINTI OMAR RAZI

2020956939

NORATHIRAH BINTI MOHD NAAIM

2020956813

NOR FARAH HANA BINTI FAUZI

2020990777

DISEDIAKAN UNTUK : DR FARAHDINA BINTI FAZIAL

ISI KANDUNGAN

Perkara

No. 1 1.

Pendahuluan

Muka Surat 3

Pengenalan :

2.

 Isu ekstremisme : Ancaman Perpaduan Negara

4

Huraian :

3.

4.

5.

    

Ekstremisme di Alam Melayu (sejarah) Ancaman Ekstremisme Agama zaman moden Faktor Ancaman Ekstremisme terhadap negara Sifat dan Tanda Melampau Cara cara Mencegah Ancaman Ekstremisme

Kesimpulan

Rujukan

PENGENALAN

5-17

18

19

Antara isu semasa yang amat perlu untuk diberikan perhatian adalah permasalahan eksteremisme, khususnya dalam kalangan umat islam. Tidak kurang juga yang melihat isu tersebut dari aspek perkauman dan agama. Ia bukan satu masalah baru tetapi dan kecenderungan berakar tunjang semenjak zaman awal islam di mana Rasulluah s.a.w dan para khulafa al-Rashidin telah berdepan dengan golongan ini. Perkembangan kecenderungan ektremisme ini dapat melepasi ruang masa dan tempat. Ia terus berkembang dengan pelbagai tetapi masih mempunyai nilai teras yang sama iaitu ektremisme. Kamus dewan memberikan pengertian ‘ekstrem’ sebagai keterlaluan dan melampau .manakala ekteremisme pula ialah faham sama ada sikap,perlakuan yang ekstrem. Perkataan lain yang mempunyai pengertian yang hampir sama ialah agresif,ganas, radikal, melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem. Dilihat kepada pengertian perkataan ini dari sudut antonim, ia merupakan pengertian yang bertentangan dengan pengertian wasatiyyah yang dapat difahami sebagai pdendekatan yang menafikan pendekatan ifrat yakni rigid dan ketat dan ketat serta pendekatan tafrit yakni longgar dan terlalu liberal. Daripada perbahasan diatas, dapat dirumuskan bahwa ekstrem dan eksteremisme merupakan yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran berdasarkan kepada faktor –faktor luaran yang mempengaruhinya. Sudah pasti ia boleh saja dalam pelbagai bentuk yang lain selari dengan perkembangan zaman. Oleh yang demikian, adalah suatu yang penting untuk melihat kepada ektremisme ini dengan pandangan yang adil dan bebas tanpa sikap prejudis mahupun pandangan yang telah ada pada sesorang.

Page 3

Ekstremisme di Alam Melayu (sejarah)

Sejarah Islam di Alam Melayu klasik mencatatkan selain daripada peristiwa hitam di Aceh (isu pertentangan Nurudin Raniri dan Hamzah Fansuri), memang tidak ada gerakan ekstremisme yang timbul. Hal ini cuba dinafikan oleh sarjana kolonial. Mereka juga menyebarkan dalam kalangan masyarakat antarabangsa melalui jurnal ilmiah (seperti JRAS) bahawa penganut Islam alam Melayu terlibat dalam aktiviti keganasan yang memerangi pihak kolonial. Raffles contohnya, menegaskan bahawa proses Islamisasi Alam Melayu yang diusahakan oleh mubaligh awal penuh dengan paksaan dan tipu muslihat, serta mengajar masyarakat Alam Melayu untuk bersikap ganas pada golongan bangsa Eropah sebagai akibat daripada semangat. Perang Salib yang berlaku di Timur Tengah (Syed Muhd Khairudin 2003: 13-29). Ia dilakukan oleh ulama melalui institusi haji (Bruinessen 1992: 3-14). Hal ini terbukti dalam beberapa siri penentangan terhadap pihak kolonial seperti Perang Padri, Perang Pattani, Perang Dato Bahaman di Pahang dan banyak lagi (Hasanudin 2009.

Page 4

Pihak kolonial menjadikan kerajaan Aceh sebagai sasaran utama. Pemerintah Aceh dalam paparan sarjana Barat digambarkan sebagai kerajaan yang ganas dan suka menumpahkan darah orang Barat yang berbeza agama (Hurgronje 1985). Dicatatkan oleh sejarawan Portugis bagaimana pemerintah Aceh enggan berhubung dengan baik apabila berhadapan dengan rombongan pedagang Portugis. Catatan sejarah Portugis menerangkan bahawa pihak Portugis beberapa kali cuba untuk mengelakkan peperangan secara baik, kerana matlamat mereka adalah untuk menjalankan perdagangan dengan kerajaan lain di Alam Melayu. Mereka juga menggambarkan secara berlebihan berkenaan kehebatan tentera Portugis berbanding dengan tentera Aceh. Kerajaan Aceh dikatakan berusaha memonopoli sumber rempah di Alam Melayu dengan menyerang dan memusnahkan ladang lada hitam di kawasan lain.

Page 5

Aceh juga dikatakan suka menyerang kawasan lain untuk memperluaskan kuasa dan diikuti dengan dasar membawa balik tawanan perang ke Aceh untuk dijadikan hamba dan gundik (Clarence Smith 2007: 8-15). Hamba-hamba ini dikatakan dizalimi oleh masyarakat Aceh. Masyarakat Aceh dikatakan mempunyai ramai hamba dan gundik untuk Muhd Imran Abd Razak et al.Sebanyak 93 kepentingan pembesar Aceh (Mitrasing 2011). Sarjana Barat juga melalui catatan pengembara asing telah menggambarkan Aceh mengamalkan sistem undang-undang hudud yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan (Burhanudin 2014: 25-28).

Namun begitu, sarjana tempatan kemudiannya bantah tentang dakwaan ini tidak benar kerana semua penentangan ini bukanlah keganasan tetapi dibuat demi untuk menjaga maruah umat Islam melalui konsep jihad di samping Aceh merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat.

Page

ANCAMAN EKSTREMISME AGAMA ZAMAN MODEN

Dalam era tahun 1990-2000-an, realiti ini telah berubah apabila penganut Islam melalui al-Qaeda dan Jemaah Islamiyyah telah melakukan pelbagai aksi keganasan yang mengorbankan nyawa orang awam. Sepanjang tahun 2001 -2005, pelbagai aksi keganasan dilakukan bermula dengan Peristiwa 11 September 2001, pengeboman Bali dan banyak lagi. Mengikut Azyumardi Azra, Bom Bali dapat dikatakan sebagai: a new phase of violence and terror in the country. Ia kemudiannya mencetuskan lagi beberapa siri pengeboman di banyak tempat di Indonesia (Azyumardi Azra 2003). Sepanjang tahun 2000-2005 memang berlaku banyak pengeboman lain seperti Bom Hotel J.W. Marriot tahun 2003, Bom Kedutaan Besar Australia tahun 2004 serta Bom Bali II tahun 2005. Secara umumnya, masyarakat Asia Tenggara seolah-olah menyangka bahawa selepas tragedi pengeboman Bali 2002, pengaruh Jemaah Islamiyyah-al-Qaeda telah pun mati. Ini berlaku kerana kebanyakan tokoh-tokoh penting dalam Jemaah Islamiyyah sama ada telah mati, ditangkap atau mendiamkan diri. Namun begitu, ternyata ancaman keganasan tersebut masih belum terhapus sepenuhnya, sebaliknya mucul semula dalam bentuk yang baru.

Page 7

Pada era selepas tahun 2011, dunia digemparkan pula dengan gerakan radikalisme yang dilakukan oleh Daesh. Berbanding dengan Jemaah Islamiyyah, Daesh lebih menonjol dalam beberapa perkara, iaitu;

1. Kemampuan memanfaatkan kemajuan internet seperti majalah atas talian, YouTube dan media sosial untuk mempengaruhi ahli baru.

2. Sifat kekejaman yang dilakukan. Ia telah dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia. Ia bagi menunjukkan kekuatan mereka tetapi impaknya telah merosak imej Islam di mata dunia (Muhd Imran et al. 2016: 62-63)

Page 8

FAKTOR ANCAMAN EKSTREMISME TERHADAP PERPADUAN NEGARA

1.

Perbalahan Antara Kaum

Faktor utama yang menyebabkan berlakunya ancaman terhadap perpaduan negara ialah perbalahan antara kaum. Setiap kaum mengamalkan dan mempunyai budaya masing-masing seperti kepercayaan, agama, taraf kehidupan serta pemikiran yang berbeza. Sebagai contoh, di Malaysia kaum melayu atau umat Islam melakukan sembahyang lima kali sehari, manakala kepercayaan kaum cina ialah membakar kertas kuning pada bulan hantu sebagai penghalau roh. Sesetegah budaya ini tidak dapat diterima oleh kaum lain kerana dengan membakar kertas dapat mencemarkan udara. Hal ini boleh menyebabkan kesalahfahaman yang membawa kepada tercetusnya pergaduhan antara kaum kerana masing-masing kurang mengenal dan memahami antara satu sama lain, malah mereka beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang betul dan terbaik. Sikap ini boleh menimbulkan perasaan buruk sangka dan menimbulkan kebencian terhadap satu sama lain yang boleh menghalang pergaulan baik antara kaum. Hal ini, dapat memberikan ancaman kepada perpaduan negara.

Page 9

2.

Pengaruh Media Sosial

Faktor kedua yang dapat memberi ancaman kepada perpaduan negara ialah pengaruh media sosial. Pengaruh media sosial pada masa kini menjadi ancaman kepada perpaduan masyarakat dan negara. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap dan tindakan seseorang individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial sebagai tempat atau platform untuk menyebarkan berita yang tidak benar dan sahih yang boleh menjejaskan keharmonian negara dan menyebabkan masyarakat berpecah- belah. Selain itu, melalui pengaruh media sosial juga dapat menyebabkan penipuan berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, pernipuan yang berlaku di media sosial ialah pelaburan haram, skemer dan lain-lain. Perkara ini dapat mengundang kemarahan orang lain sehingga menyemai kebencian antara satu sama lain. Penipuan juga sering berlaku dalam kalangan remaja terutama kalangan remaja perempuan. Perkara ini berlaku kerana mereka terlalu percaya dengan seseorang yang baru dikenali dengan mengikut kehendak atau kemahuan yang diminta oleh rakan yang baru dikenalinya di media sosial. Contohnya, memberikan gambar mereka kepada seseorang yang baru di kenal, hal ini dapat menimbulkan fitnah yang mengaibkan mereka kerana gambar yang diberikan kepada seseorang yang baru dikenali di edit sehingga menjadi gambar yang lucah. Ini dapat menimbulkan kesalahfahaman dalam kalangan masyarakat. Perkara ini dapat memberikan ancaman kepada perpaduan negara.

Page 10

3.

Ketidakstabilan Politik

Faktor kedua yang boleh berlakunya ancama kepada perpaduan negara ialah ketidakstabilan politik. Ketidakstabilan politik disebabkan oleh kelemahan sesebuah negara dalam mentadbirkan negara, kelembapan ekonomi dan memiliki pemimpin yang tidak adil menyebabkan negara dan rakyat mendapat kesan yang buruk. Ketidakstabilan politik juga berlaku disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan ahli politik yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Perkara ini dapat menimbulkan pergaduhan dalam kalangan ahli politik sehingga memberikan ancaman kepada perpaduan negara.

Page 11

CIRI CIRI EKSTREMISME AGAMA

 Berpegang kepada fahaman teliti  Menolak demokrasi  Menunjukkan ciri-ciri kekerasan , keganasan dan radikal dalam berdakwah.  Tidak bersifat diplomasi dan bertolak ansur dalam segala tindakan serta pergaulan.  Mementingkan kehendak dan keperluan diri sendiri sehingga menggugurkan hak orang lain.  Memaksa orang ramai dalam perkara yang Allah SWT tidak diwajibkan  Menggunakan Bahasa yang kasar dalam berinteraksi.  Buruk sangka terhadap orang ramai

Page 12

CARA MENCEGAH ANCAMAN EKSTREMISME

Menurut Ibnu Taimiyyah , ekstremisme adalah melampaui batas kepada sesuatu perkara sama ada mengeji seseorang berlebihan, memuji dan sebagainya. Kita seharusnya tidak terlalu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara sehingga melewati batas-batas yang dihalalkan sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan yang bersifat radikal iaitu golongan yang hanya mengenal senjata, pemberontakan dan revolusi sebagai salah satu solusi kepada sesuatu masalah. Ekstremisme atau radikalisme ini berlaku dalam bentuk pegangan, kepercayaan serta kefahaman. Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah berganding bahu bagi mencegah ancaman ekstremisme di negara kita serta mengekalkan perpaduan negara.

Allah SWT berfirman: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Page 13

Pada era globalisasi kini, kita mendapati bahawa ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka di rumah kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing ekoran peningkatan kemajuan di negara kita. Keadaan ini menyebabkan anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar sehingga melibatkan diri dalam kumpulan radikal yang semakin berluasa tanpa kita sedari telah meresap di dalam fikiran anak muda pada masa kini. Kita seharusnya mengetahui bahawa keluarga merupakan satu kumpulan manusia yang mempunyai pertalian darah, perkahwinan serta penjagaan di mana mereka saling bergantungan. Oleh itu, ibu bapa mestilah lebih peka kepada anak-anak mereka di rumah. Ibu bapa seharusnya memberikan sepenuhnya perhatian kepada anakanak di rumah dengan cara meluangkan waktu bersama-sama ahli keluarga seperti solat berjemaah, memberikan nasihat kepada anak-anak serta mengajar mereka erti kehidupan sebagai seorang hamba Allah SWT. Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah mampu mencegah mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang kini bergiat aktif menyebarkan fahaman mereka kepada masyarakat terutamanya golongan muda bagi menggugat perpaduan negara kita.

Page 14

Firman Allah dalam Surah At-Tahrim: 06 “Wahai orang-orang yang beriman! Periharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakar adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Page 15

Selain itu, kita juga bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk kerana Allah SWT telah menganugerahkan akal fikiran kepada setiap manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, kita sewajarnya menggunakan akal fikiran yang telah diberikan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya iaitu dengan cara amar makruf nahi mungkar bagi menggelakkan diri kita dipengaruhi dengan sikap-sikap ekstremisme seperti sifat taksub yang melampau, memiliki longgokan sifat mazmumah iaitu hasad dengki dan ujub sehingga menyangka dia sahaja yang betul. Setiap tindakan kita mencerminkan siapa diri kita yang sebenar di hadapan masyarakat sekeliling.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a dia berkata: “Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu Baginda bersabda: “Jadikanlah engkau di dunia ini seperti orang asing atau orang yang melewati sebuah jalan.” Selanjutnya Ibnu Umar r.a berkata: “Bila engkau berada di petang hari, maka janganlah menunggu datangnya pagi hari dan bila engkau di pagi hari, maka janganlah menunggu datangnya petang hari. Manfaatkan waktu sihatmu untuk waktu sakitmu dan waktu hidupmu untuk matimu.”

Page 16

(Hadis riwayat al-Bukhari) Kita turut sependapat bahawa dengan cara mengamalkan konsep wasatiyyah dalam kehidupan seharian juga dapat mencegah sikap yang berlebih-lebihan dalam diri kita. Hal ini disebabkan konsep wasatiyyah ialah kesederhanaan dalam setiap perkara tidak kira berkaitan dengan keagamaan mahupun kehidupan seharian. Keadaan ini dapat kita simpulkan bahawa agama Islam merupakan agama yang mudah serta sentiasa menitikberatkan kesederhanaan dalam diri setiap muslim. Kita turut dapat mengkaji apabila berlaku di zaman Nabi SAW, tiga lelaki bertemu dengan Nabi SAW, seorang dari mereka berkata, aku akan solat malam dan tidak tidur. Yang lain berkata, aku akan puasa dan tidak berbuka. Yang ketiga berkata, aku tidak akan menikah dengan wanita, Nabi SAW menegur tindakan mereka. Sabda Nabi SAW: “Aku solat malam tapi juga tidur, aku puasa tapi juga berbuka dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.”

(Riwayat Muslim :1401)

Page 17

Kesimpulan Penutup Ekstremisme yang dilihat dan difahami dari sudut pandangan islam merupakan satu ancaman kepada islam dan dunia keseluruhannya. Sepertimana, yang sedia maklum, ekstremisme bukan sahaja melibatkan satu agama dan satu tamadun tertentu, tetapi ianya melibatkan semua bangsa, tamadun, agama dan lain-lain yang ada diatas muka bumi ini. Langkah menangani ekstremisme bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang, risikan ,ketenteraan dan sebagainya, tetapi pencegahan dari akar umbi harus dilakukan juga. Ia bermaksud perlunya pemerkasaan terhadap kehidupan sosial masyarakat seperti pendidikan, kestabilan ekonomi, kestabilan politik dan termasuklah pengagihan kekayaan sama rata. Untuk itu, segala perancangan membanteras ekstremisme mestilah mengambil kita sifatnya yang rentas agama dan tamadun.

Page 18

Page 19...


Similar Free PDFs