Ctu 553 - Group Assignment PDF

Title Ctu 553 - Group Assignment
Author Mohd Harith
Course Islamic & Asian Civilisation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 15
File Size 265.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 58
Total Views 268

Summary

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAANIJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEWANGANUiTM TERENGGANU KAMPUS DUNGUNKOD KURSUS CTU 533: HUBUNGAN ETNIK TAJUK: AL-UKHWAHHUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR DAN PENSYARAH DI UiTM DUNGUN TERENGGANUDISEDIAKAN OLEH :NAMA NO METRIKMUHAMMAD HARITH FADHILLAH BIN HAMZAH 20194...


Description

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) KEWANGAN UiTM TERENGGANU KAMPUS DUNGUN

KOD KURSUS CTU 533: HUBUNGAN ETNIK TAJUK: AL-UKHWAH HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR DAN PENSYARAH DI UiTM DUNGUN TERENGGANU

DISEDIAKAN OLEH : NAMA

NO METRIK

MUHAMMAD HARITH FADHILLAH BIN HAMZAH

2019492308

MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN ZAINUDDIN

2019689144

MOHAMMAD ADIB BIN ABDUL MUIN

2019823906

PROGRAM/ KELAS : BA242 3B DISEDIAKAN UNTUK : PROF MADYA ZAID BIN NGAH TARIKH HANTAR : 27 APRIL 2020 1|Page

ISI KANDUNGAN a. PENGENALAN 3 b. PERNYATAAN MASALAH

4–5

c. OBJEKTIF KAJIAN…………………………………………………….…6 d. KAJIAN LITERATUR …...…………………………………..………………7-8 e. METODOLOGI KAJIAN…………………………………………………….…9 f. DAPATAN KAJIAN …………………………………………………….…10-13 g. RUMUSAN …………………………………………………….…14 h. RUJUKAN …………………………………………………….…15

2|Page

PENGENALAN ALUKHUWAH: ukhuwah dari segi Bahasa adalah persaudaraan, ia diterjemah kan daripada perkataan arab yang berasa dari akar kata akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya. Manakala, dari segi istilahnya boleh dilihat dari beberapa sudut dari kacamata al-quran iaitu, diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolongmenolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat Islam tanpa berkecuali. Selain itu, dari kacamata al-Hadith Rasulullah SAW pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah SAW menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda mentamthil ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang sakit itu tadi. Seterusnya, Dari kacamata ulamak Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar, Golongan yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam AS itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat.

3|Page

PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan tajuk kajian yang dipilih iaitu “HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR DAN PENSYARAH DI UiTM DUNGUN TERENGGANU (ALUKHUWAH)” Sebagai salah seorang mahasiswa UiTM Dungun, Pengkaji merasa tajuk yang dipilih ini sangat berkait rapat dengan kehidupan mahasiswa sebagai salah seorang akan menjadi graduan yang bakal melangkah ke alam pekerjaan kelak. Pemilihan tajuk kajian lapangan ini dibuat adalah untuk mengetahui sejauh mana hubungan silaturahim antara mahasiswa dan juga pensyarah didalam waktu pembelajaran mahupun diluar kelas atau didalam kampus. Selain itu, kajian lapangan ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah hubungan antara mahasiswa dan pensyarah dalam tajuk Al-ukhuwah (persaudaraan). Terdapat beberapa masalah yang dapat diperhati dan juga dapat dicungkil daripada tajuk ini, iaitu Kecemerlangan akademik pelajar merupakan agenda yang utama bagi sesuatu institusi pendidikan seperti di sekolah. Bagi memastikan kecemerlangan akademik tersebut dapat dicapai, ianya memerlukan tindakan dan kerjasama daripada semua pihak. Suasana pembelajaran yang menarik, kondusif dan menyeronokkan amat perlu dalam pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana keupayaan murid dan kesediaannya untuk belajar tidak sahaja bergantung kepada murid itu sendiri tetapi juga terletak kepada kesesuaian gaya pengajaran seseorang guru (Felder & Henrique, 1995). Grasha dan Hicks (2000) pula berpendapat bahawa untuk menjamin keberkesanan sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran, fokus yang diberikan kepada gaya pembelajaran pelajar semata-mata tidak memadai. Gaya pengajaran guru juga perlu dititikberatkan kerana pengajaran guru penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid.Menurut Grasha (1996), gaya pengajaran ialah pola kepercayaan, pengetahuan, prestasi dan tingkah laku guru ketika mengajar dalam kelas. Dalam kajian ini gaya

4|Page

pengajaran merujuk kepada gaya pengajaran mengikut Grasha (1996) yang membahagikan gaya pengajaran kepada lima dimensi iaitu gaya pakar, gaya autoriti formal, gaya model peribadi, gaya delegator, gaya fasilitator dan sebagainya. Terdapat

beberapa kajian yang berusaha mengenal pasti hubungan antara gaya

pengajaran guru dengan pencapaian pelajar seperti kajian Zin (2004) dan kajian Aitkin dan Zuzovsky (1994) dan ada juga kajian yang menghubungkan gaya pengajaran guru dengan gaya kognitif pelajar (Evans, 2004).Kajian-kajian lalu terhadap penglibatan pelajar mendapati terdapat hubungan antara penglibatan pelajar dengan pengajaran guru dan juga dengan pencapaian akademik (OECD, 2000). Walau bagaimanapun, kajian mereka ini mendapati pengajaran guru bukanlah faktor utama yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian terhadap gaya pengajaran pensyarahdi universiti sangat kurang apatah lagi kajian yang menghubungkan gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan pelajar atau mahasiswa universiti. Oleh itu, kajian ini akan cuba menjawab persoalan apakah gaya pengajaran paling dominan yang dipraktikkan oleh pensyarah universiti dan adakah terdapat hubungan antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan pelajar.

5|Page

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengetahui dan mengenal pasti punca serta sebab kurangnya hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga pelajar. Masalah ini dilihat sering berlaku di universiti tempatan dimana kurangnya hubungan silaturahim yang baik di antara pelajar dan tenaga pengajar. Soalan yang dikemukakan terhadap responden mengandungi persoalan mengapa terjadinya permasalahan ini. Objektif kedua kajian ini dilakukan ialah untuk mengetahui impak atau kesan hubungan silaturahim di antara pelajar dan tenaga pengajar terhadap keputusan akademik pelajar dan suasana pembelajaran di dalam kelas. Perkara ini dilihat saling berkait di mana hubungan silaturahim yang baik di antara pelajar dan tenaga pengajar memberi impak positif terhadap keputusan akademik pelajar dan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan harmoni di dalam kelas manakala hubungan yang kurang baik di antara pelajar dan tenaga pelajar akan memberi impak negatif terhadap keputusan akademik pelajar dan menjadikan suasana pembelajaran yang kurang berkesan. Objektif ketiga dan terakhir bagi kajian ini ialah untuk mendapatkan pendapat daripada pelajar tentang cara untuk memperbaiki dan merapatkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan tenaga pelajar. Soalan yang diedarkan kepada responden mengandungi soalan yang memerlukan responden menuarakan pendapat dan cara bagi memperbaiki hubungan silaturahim di antara pelajar dan tenaga pelajar.

6|Page

KAJIAN LITERATUR Hubungan di antara tenaga pengajar seperti guru dan pelajar amat penting untuk masa kini. Hubungan ini mempengaruhi kefahaman pelajar dalam subjek yang di ajar oleh tenaga pengajar sebut. Pelajar yang mempunyai hubungan yang kurang baik bersama tenaga pelajar mampu mempengaruhi pelajarannya. Menurut kata (Fiesher, 2005), beliau berpendapat bahawa hubungan rapat antara guru dan pelajar memainkan peranan penting dalam menentukan minat pelajar dalam terhadap pelajaran yang di ajar dan mempengaruhi guru untuk memilih strategi pengajaran untuk mencari minat dan meningkatkan komitmen pelajar mereka terhadap pelajaran. Sehubungan dengan itu, hubungan yang amat rapat dapat memingkatkan motivasi pelajar bagi memahami dan lebih fokus dalam pelajaran itu. Hal ini diakui oleh (Arrened, 1994) yang menyatakan guru yang berkesan berupaya mengwujudkan hubungan dengan pelajar disamping memupuk suasana penyayang untuk memupuk minat pelajar belajar

dan mengalakan perkembangan diri pelajar. Tenaga pengajar selalu

berhadapan dengan pelajar yang kurang dalam pelajaran, tapi tidak bermakna mereka tidak perlukan hubungan yang baik bersama tenaga pengajar tersebut. Menurut kata (Fredriksen dan Rhodes, 2004) hubungan antara guru dan pelajar boleh memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar dan akademik mereka. Justeru, bagi membaiki atau meningkatkan hubungan yg baik antara pelajar dan tenaga pelajar, tenaga pengajar perlu memahami dan menilai masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengakibatkan minat terhadap pelajaran juga terjejas. Menurut kata (Raffini, 1995) guru perlu bijak menilai minat, kegemaran, dan aktiviti – aktiviti luar bilik darjah yang sering dilakukan oleh pelajarnya. Hubungan yang kurang baik di antara pelajar dan tenaga pengajar mampu mengurangkan komitmen pelajar untuk belajar di dalam kelas menyebabkan pelajar kurang fokus akan pelajaranya. Hal ini diperkata oleh (Jackson, 2008), pelajar yang kurang komitmen akan mencari jalan untuk mengelakan melakukan tugasan seperti bermain 7|Page

dengan rakan sebelah, memberikan alasan untuk meninggalkan kelas, atau bertanyakan guru soalan yang tidak berkaitan, manakala pelajar yang komited pula akan selalu meneroka pelbagai ilmu. Tenaga pengajar yang percaya akan hubungan yang baik antara pelajar dan cuba berusaha bagi meningkatkan dan merapatkan hubungan mereka dapat menciptakan satu suasana yang lebih baik bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek tersebut. Menurut kajian (National Research Council, National Academics Washington D.C, 2004) persekitaran pendidikan yang perlu diwujudkan untuk menggalakan Intellectual Engagement terdiri daripada tiga pemboleh ubah piskologi guru iaitu kepercayaan dan tentang kebolehan dan kawalan, nilai matlamat yang dipegang dan hubungan sosial yg digambarkan.

8|Page

METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian merupakan cara yang digunakan bagi untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkaitan tajuk kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian mampu memberikan maklumat dan data yang berhubung kait dengan tajuk yang diberikan untuk membuat kajian. Dengan adanya reka bentuk kajian, ia dapat memcari jawapan untuk persoalan yang ada terhadap kajian tersebut. Bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan (survey) dan kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi mengkaji tahap kefahaman dan pengetahuan responden terhadap tajuk hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pengajar di UiTM Kampus Dungun, Terengganu. Dengan dua kaedah ini kami mampu mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan dapat menjadikan sebagai rujukan ketika melakukan kajian ini. Kami menjalankan tinjauan (survey) bagi tajuk kajian kepada pelajar-pelajar UiTM Kampus Dungun dan seramai 22 responden telah melibatkan diri dalam soal selidik yang dijalankan oleh kami melalui Google Form. Tinjuan (survey) ini dilakukan bagi mengkaji pemahaman dan pengetahuan pelajar-pelajar terhadap tajuk yang dikaji oleh kami. Kami menyediakan 8 soalan tentang tajuk kajian bagi melihatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar-pelajar tersebut untuk kami menggunakan maklumat dan data tersebut sebagai rujukan. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah pengumpulan data dan maklumat dari internet untuk mencari laman sesawang yang sesuai untuk digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data mengenai tajuk kajian kami iaitu hubungan silaturtahim antara pelajar dan tenaga pengajar di UiTM Kampus. Kaedah ini dapat menambahkan lagi maklumat yang kami perlukan sebagai rujukan untuk membuat kajian ini. Terdapat beberapa laman sesawang yang

9|Page

mempunyai kajian dan maklumat yang kami perlukan sebagai rujukan bagi meneliti dengan lebihb mendalam tentang tajuk kajian ini. DAPATAN KAJIAN Bahagian A : Latar Belakang Responden Soalan 1. Jantina Soalan 1 menunjukkan bilangan jantina responden yang menjawab soalan yang telah diagihkan. Daripada 22 bilangan responden, sebanyak 63.6% adalah perempuan dan 36.4% adalah lelaki. Bilangan responden menunjukkan 14 dari responden adalah perempuan dan 8 respondan lelaki Soalan 2. Umur Daripada 22 responden, 90.9% responden berumur diantara 22-24 tahun manakala 9.1% berumur 18-21 tahun. Soalan 3. Diploma/Master/Degree Kesemua responden yang mengambil bahagian merupakan pelajar ijazah sarjana muda. Soalan 4: Fakulti Daripada kesemua 22 responden, 100% responden merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari fakulti Pengurusan Dan Perniagaan UiTM. Bahagian B: Soal Selidik Mengenai Hubungan Silaturahim Diantara Pelajar dan Tenaga Pelajar di UiTM Bahagian B terdiri daripada lapan soalan yang berbentuk pertanyaan pendapat responden terhadap punca, keberkesanan dan kesan hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga 10 | P a g e

pelajar di UiTM. Bahagian ini mengandungi enam soalan objektif dan dua soalan objektif yang mana enam soalan hanya perlu menandakan ( / ) di kotak yang disediakan manakala dua soalan subjektif untuk menanyakan pengetahuan dan pendapat responden Soalan 5. Pada pandangan anda, keberkesanan hubungan silaturahim antara pelajar dan tenaga pengajar akan merangsangkan keadaan belajar yang selasa dan tenang? Kesemua 22 responden memilih jawapan Setuju bagi soalan diatas. Tiada responden memilih jawapan Tidak Setuju bagi soalan yang diajukan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa keberkesanan hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga pelajar akan mewujudkan keadaan belajar yang selesa dan tenang. Secara keseluruhan kesemua responden bersetuju dengan pertanyaan di atas. Soalan 6. Pelajar akan takut untuk bertanyakan soalan kepada tenaga pengajar yang garang dan tidak disukai. Adakah ia akan menjejaskan hubungan silaturahim antara pelajar dan tenaga pengajar? Seramai 20 responden (90.9%) setuju bahawa pelajar akan takut untuk bertanyakan soalan kepada tenaga pelajar yang garang dan bersetuju bahawa ia akan menjejaskan hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga pelajar manakala 2 responden (9.1%) tidak bersetuju dengan pernyataan diatas. Secara majoritinya kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan di atas. Soalan 7. Adakah pembelajaran menggunakan teknologi terkini seperti belajar secara online menggunakan aplikasi "Kahoot, Zoom, Paddlet dan sebagainya" dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan tenaga pengajar? Seramai 9 responden (40.9%) bersetuju pembelajaran secara online akan mengeratkan hubungan antara pelajar dan tenaga pelajar manakala 13 responden (59.1%) tidak bersetuju

11 | P a g e

dengan pernyataan kelas secaa online akan mengeratkan hubungan diantara pelajar dan tenaga pelajar.

Soalan 8. Cara penyampaian dan pembelajaran oleh tenaga pengajar yang sangat baik dan harmoni dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pengajar? Kesemua 22 responden (100%) bersetuju bahawa cara penyampaian dan pembelajaran yang baik oleh tenaga pelajar akan meningkatkan hubungan silaturahim diantara pelajar dan tenaga pelajar manakala tiada pelajar yang tidak bersetuju dengan pertanyaan diatas Soalan 9. Adakah tugas atau assessment yang banyak diberikan oleh tenaga pengajar adalah salah satu faktor yang menyebabkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pelajar kurang baik? 8 responden (36.4%) bersetuju bahawa tugas atau assessment yang banyak diberikan oleh tenaga pengajar adalah salah satu faktor yang menyebabkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pelajar kurang baik manakala 14 responden (63.6%) tidak bersetuju bahawa tugas atau assessment yang banyak diberikan oleh tenaga pengajar adalah salah satu faktor yang menyebabkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pelajar kurang baik Soalan 10. Pembelajaran yang kurang berkesan oleh tenaga pengajar dari hubungan silaturrahim yang kurang baik akan menjejaskan pointer pelajar? 17 responden (77.3%) setuju bahawa

pembelajaran yang kurang berkesan oleh tenaga

pengajar dari hubungan silaturrahim yang kurang baik akan menjejaskan pointer pelajar manakala 5 responden (22.7%) tidak bersetuju dengan pertanyaan diatas.

12 | P a g e

Soalan 11. Apakah faktor yang menyebabkan hubungan antara pelajar dan tenaga pengajar kurang baik? Hasil dari jawapan yang diberikan oleh responden, antara jawapan yang dapat disimpulkan ialah pelajar tidak menghormati tenaga pelajar, pilih kasih atau pensyarah suka memandingkan pelajar dengan pelajar lain, dan pelajar tidak memahami cara pengajaran pensyarah. Terdapat juga jawapan seperti tenaga pelajar yang garang, tidak mesra dengan pelajar dan tidak mengambil berat terhadap pelajar. Soalan 12. Apakah yang harus dilakukan oleh pelajar dan tenaga pengajar untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka? Hasil dari jawapan yang diberikan oleh responden, antara jawapan yang dapat disimpulkan ialah pelajar dan tenaga pelajar patut memahami antara satu sama lain, pelajar perlu banyak berinteraksi dengan tenaga pelajar dan masing-masing perlu memainkan peranan terbaik sebagai pelajar dan tenaga pelajar. Selain itu, terdapat juga pendapat supaya kedua belah pihak patut saling hormat-menghormati dan sentiasa bertanya khabar diantara pelajar dan tenaga pelajar.

13 | P a g e

RUMUSAN Kajian ini mendapati persepsi pelajar terhadap pensyarah adalah tinggi. Walaupun begitu, penilaian ini perlu ditafsirkan secara berhemah kerana kemungkinan terdapat faktorfaktor sampingan yang mempengaruhi persepsi pelajar ini sepertimana yang dinyatakan oleh Bembenutty (2009). Kajian terhadap hubungan korelasi antara tahap persepsi pelajar dengan tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar menunjukkan satu hubungan silaturahim yang signifikan. Analisis lanjutan juga mengesahkan bahawa pelajar yang yang mempunyai tahap kawalan kepercayaan pembelajaran yang tinggi juga mempunyai tahap persepsi terhadap pensyarah yang lebih positif. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa persepsi pelajar terhadap pensyarah adalah dipengaruhi oleh tahap kawalan kepercayaan pembelajaran mereka. Sehubungan itu, dapatan yang diperolehi daripada pelajar perlulah ditriangulasi dengan sumber-sumber yang lain seperti penilaian rakan sejawat ataupun penilaian pakar yang tidak dipengaruhi oleh persekitaran pembelajaran secara langsung.

14 | P a g e

RUJUKAN 

https://scholar.google.com.my/scholar? hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1&q=kajian+hubungan+sifat+antara+pelajar+dan+gu ru&btnG=#d=gs_qabs&u=%23p%3D39Qgu7IiPoMJ



https://www.academia.edu/22866722/Bab_3_Metodologi_Kajian



https://www.google.com/url? sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/arti cle/download/39/34&ved=2ahUKEwiBhcyN4PToAhXF6nMBHfZ5ByoQFjADegQI ARAB&usg=AOvVaw2KS_nZKC1Rk2g55daeZtvJ



http://azsiswa.blogspot.com/2010/09/konsep-persaudaraan-dalam-islam.html



http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/91.pdf



http://irep.iium.edu.my/2020/2/Persepsi_terhadap_pensyarah_dan_hubungannnya_de ngan_tahap_kawalan_kepercayaan_pembelajaran_pelajar_bahasa_Arab.pdf

15 | P a g e...


Similar Free PDFs