Assignment CTU 101 PDF

Title Assignment CTU 101
Author mf
Course fundamentals of islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 6
File Size 167.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 110
Total Views 288

Summary

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAHDALAM KALANGAN REMAJAAbstrakRemaja merupakan golongan yang amat penting dalam entiti masyarakat kerana remaja merupakan golongan yang bakal menentukan masa depan negara, isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kian membimbangkan dari hari ke hari kerana kes penyalahg...


Description

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA Abstrak Remaja merupakan golongan yang amat penting dalam entiti masyarakat kerana remaja merupakan golongan yang bakal menentukan masa depan negara.Namun, isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja kian membimbangkan dari hari ke hari kerana kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja tetap mencatatkan angka yang tinggi pada setiap tahun. Isu ini menunjukkan remaja masih lagi kurang memberi perhatian tentang bahaya penyalahgunaan dadah yang mampu menyebabkan lunturnya nilai-nilai murni dalam diri remaja. Malah, isu ini juga mampu menyebabkan remaja melanggar norma Islam serta meletakkan remaja dalam bahaya kerana remaja mampu melakukan sesuatu di luar kawalan mereka jika mereka sedang khayal kesan daripada penyalahgunaan dadah. Lantaran itu, kertas kerja ini disediakan bagi membincangkan punca-punca berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Kertas kerja ini mendapatkan data dan maklumat daripada internet seperti laman web yang berotoriti, akhbar, artikel, buku dan lain-lain lagi bagi menyempurnakan dapatan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga punca penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja iaitu pengaruh rakan sebaya, institusi kekeluargaan yang goyah dan rapuh, serta kurang didikan agama yang sempurna kepada remaja. Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja ini perlulah ditangani secara tuntas agar remaja tidak terpengaruh lagi dengan penyalahgunaan dadah pada masa akan datang yang sememangnya mendatangkan pelbagai kemudaratan. Kata kunci: punca; penyalahgunaan; dadah; remaja; nilai murni;

1.Pendahuluan Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dadah didefinisikan sebagai bahan yang digunakan untuk ubat-ubatan atau bahan yang biasanya akan menyebabkan ketagihan yang digunakan sebagai ubat tidur dan dapat menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri, seperti candu dan heroin1. Menurut Dr. Faridah Hanim Yahya, penyalahgunaan dadah merujuk kepada penggunaan dadah yang akan mengakibatkan kesan-kesan negatif seperi masalah ketagihan, masalah kesihatan, serta masalah sosial, ekonomi dan lain-lain 2. Contoh-contoh bagi jenis-jenis dadah adalah seperti inhalan, narkotik, stimulan, halusinogen, dan steroids. Remaja pula didefinisikan sebagai satu peringkat tertentu di dalam kehidupan manusia yang

1 Prpm. (2017). Dadah. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dadah. [8 November 2020]. 2 Dr. Faridah Hanim Yahya. (2018). Penyalahgunaan Dadah. https://anyflip.com/mycd/kssf/basic. [8 November 2020]

bermula di sekitar usia 13 tahun dan berlanjutan sehingga sekitar 21 tahun (Yusuf Zaky Yacob 1979:297)3.

Daripada perspektif Islam pula, dadah sememangnya diharamkan sepertimana arak diharamkan untuk diminum. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Umar, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Setiap bahan yang memabukkan ialah khamr dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa meminum arak di dunia ini dan mati dalam meminumnya dan tidak memohon keampunan, tidak akan dapat meminumnya di akhirat”. Seterusnya, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219, yang bermaksud: “Mereka bertanya kepada-Mu (Wahai Muhammad) mengenai ‘Al-Khamr’ dan ‘judi’. Katakanlah, pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, akan tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya”.Maksudnya di sini, sudah terang lagi bersuluh bahawa dadah termasuk di dalam kategori Al-Khamr yang membawa maksud sesuatu yang memabukkan dan menjadikan dadah diharamkan dalam agama Islam. Walaupun pengharaman dadah tidak disebutkan secara terus di dalam AlQuran, namun pengharaman dadah adalah diqiaskan kepada pengharaman arak disebabkan kedua-duanya mempunyai unsur-unsur yang memabukkan4.

Kita dapat simpulkan di sini bahawasanya dadah diharamkan di sisi Islam kerana dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih banyak daripada manfaat yang dapat diperoleh daripadanya. Adapun begitu, pada masa yang sama juga, dadah tidak diharamkan di sisi Islam jika digunakan bagi tujuan perubatan yakni untuk merawat sesuatu penyakit seperti parasetamol yang mengandungi analgesik yang merupakan kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit, dan antipiretik yang merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan dan meredakan demam5. Oleh itu, masyarakat perlulah bahu-membahu untuk memastikan remaja tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan gejala penyalahgunaan dadah kerana kita perlu ingat bahawa dadah merupakan antara punca musnahnya hidup seseorang dan termasuklah remaja. 3 Anuar bin Puteh. (2001). Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. http://web.usm.my/km/KM%20XIX,2-2001/PERKEMBANGAN%20DAN%20PEMBENTUKAN%20%20REMAJA %20MENURUT%20PERSPEKTIF%20ISLAM.pdf. [8 November 2020] 4 Fadly Samsudin. (2018). Pilih baik, elak buruk. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/09/380622/pilih-baik-elak-buruk. [15 November 2020] 5 Anon. [2020]. Parasetamol. https://ms.wikipedia.org/wiki/Parasetamol. [15 November 2020]

2.Pengaruh Rakan Sebaya Ibu bapa kini banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding dengan masa bersamasama anak-anak. Ini menyebabkan remaja kini lebih mempercayai rakan sebaya yang sering mendengar permasalahan dan keresahan di hati mereka. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, rakan membawa maksud sahabat, handai dan kawan dalam sebuah perkongsian atau persatuan6 manakala sebaya pula bererti seumur atau sama umurnya 7. Rakan sebaya secara amnya memberi pengaruh yang positif dan juga negatif kepada diri remaja. Hal ini demikian kerana mereka akan terikut-ikut akan perbuatan dan tingkah-laku rakan-rakan. Pengaruh yang positif boleh dilihat sekiranya seseorang itu sering medapat keputusan yang tinggi dan mematuhi peraturan sekolah. Pengaruh yang negatif pula adalah apabila seseorang itu sering dilihat keluar masuk bilik disiplin pelajar atau tidak hadir ke sekolah pada jangka masa yang lama.

Statistik sebab penyalahgunaan dadah daripada tahun 2014 sehingga 2018 menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 59 peratus 8. Statistik tersebut telah membuktikan bahawa pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang besar terhadap remaja. Ajakan rakan-rakan sukar untuk dielakkan terutamanya jika mereka sering memberi bantuan kepada remaja tersebut ketika berada dalam kesusahan. Sebagai penghargaan atau balasan, mereka akan meminta remaja tersebut agar melakukan perkara yang tidak berani disentuh atau dilanggar untuk memuaskan hati mereka. Namun, perkara sebegitu tidak berlaku disebabkan oleh ingin berterima kasih semata-mata. Kelemahan jati diri juga memainkan peranan yang sangat besar terhadap penerimaan dadah dalam diri remaja. Sekiranya jati diri seseorang itu lemah, mereka akan lebih mudah terpengaruh terhadap situasi keadaan sekeliling. Sebaliknya pula jika jati diri seseorang itu tinggi, mereka akan mempertahankan pegangan hidup mereka walaupun setelah dipaksa berkali-kali.

6 PRPM. (2017) rakan http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=RAKAN. [16 November 2020] 7 PRPM. (2017) sebaya http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sebaya. [16 November 2020] 8 Mohd Fahmi Md Salih. (2020) Berita Harian https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/655152/masyarakat-berperanan-banteras-salahguna-dadah. [17 November 2020]

Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa tekanan daripada rakan sebaya dan keinginan untuk rasa dihargai atau diterima oleh rakan sebaya merupakan asbab lain remaja terdorong untuk mencuba dadah buat pertama kali terutamanya dalam kalangan remaja 9. Keinginan untuk menjadi sebahagian daripada suatu golongan dengan cara mencuba perkara yang tidak pernah dilakukan akan menimbulkan perasaan malu, takut, menyesal dan sebagainya10. Namun, perasaan takut untuk berseorangan sepanjang hidup sangat kuat dalam diri remaja. Remaja yang terlampau takut kebiasaannya akan berkawan dengan semua orang seperti orang yang baik, nakal, sering melanggar peraturan dan sebagainya. Mereka akan berasa resah hati sekiranya ada yang menolak tali persahabatan yang dihulurkan. Langkah yang diambil oleh mereka adalah menyesuaikan diri dengan seseorang tersebut termasuklah mengambil dadah dengan harapan mereka akan diterima sebagai kawan.

Kesimpulannya, pengaruh rakan sebaya lebih banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif sekiranya tidak diawasi dengan baik oleh ibu bapa dan guru. Kesan penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi impak terhadap individu yang mengambil tetapi memberi kesusahan terhadap orang sekeliling juga. Perkara ini disebabkan oleh dadah mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan mereka tidak sedar akan perkara yang dilakukan oleh mereka ketika berada di bawah pengaruh dadah. Sebagai contoh, terdapat seorang lelaki yang dipercayai membunuh rakan serumahnya ketika berada di bawah pengaruh alkohol yang memberi kesan yang sama dengan pengambilan dadah11. Oleh itu, semua rakyat Malaysia seharusnya mencegah kegiatan dadah yang berlaku di mana-mana sahaja.

9 Anon. (2020) Monash University https://www.monash.edu.my/research/researchers-say/contributoryfactors-drug-abuse-in-malaysia. [17 November 2020] 10 Anon. (2020) peer pressure https://au.reachout.com/articles/what-is-peer-pressure. [17 November 2020] 11 Nur Lela Zulkifli. (2019) My Metro https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/491878/suspek-bunuhrakan-serumah-ditahan. [17 November 2020]

3. Latar belakang keluarga Menurut Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Mohd. Yunus Pathi, keluarga adalah faktor utama ramai golongan muda kini terlibat dengan dadah 1. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan akhlak dan masa depan seorang remaja. Hal ini kerana, keluarga merupakan individu rapat yang membesar bersama-sama sejak dari kecil lagi. Ibu bapa haruslah mempamirkan contoh yang baik untuk anak-anak untuk menjadikan mereka seorang remaja yang berkualiti kerana mereka selalunya akan membesar mengikut tingkah laku yang ditunjuk sejak dari kecil. Jika ibu bapa terlibat dalam pengambilan dadah, ia memberikan impak negatif yang sangat besar kepada anak-anak mereka. Anak-anak akan mula terdedah kepada dadah dari umur yang muda dan mungkin menganggap perkara tersebut adalah normal. Oleh itu, kemungkinan anak-anak untuk mengikut ibu bapa mereka dalam meneruskan perbuatan yang sia-sia itu adalah tinggi. Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan terdorong untuk melakukan jenayah yang dapat menghancurkan masa depan mereka dengan sekelip mata.

Selain itu, kurang kasih sayang daripada ibu bapa merupakan faktor penglibatan remaja dalam dadah. Mereka terlalu banyak menghabiskan masa dengan pekerjaan sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Tidak dinafikan, ibu bapa haruslah bertanggungjawab dalam mencari nafkah untuk keselesaan anak-anak tetapi mereka haruslah sedar dengan tanggungjawab mereka yang paling utama, iaitu mendidik dan membentuk anak mereka untuk melahirkan remaja yang baik kerana mereka merupakan generasi penentu masa hadapan negara. Ibu bapa haruslah mengambil tahu masalah anak-anak dan cuba berbincang untuk mencari penyelesaian, bukannya dengan bersikap lepas tangan. Komunikasi antara ibu bapa adalah sangat penting bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi. Anak-anak akan terasa dibiar dan tidak disayangi jika mereka tidak mendapat sedikit pun perhatian daripada ibu bapa mereka. Untuk mengatasi rasa kesedihan itu, remaja-remaja ini akan mengambil dadah yang dapat merosakkan masa hadapan dan kesihatan mereka.

Punca lain yang menyebabkan remaja terjebak dalam pengambilan dadah adalah latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik dari segi pendapatan. Akibat kekurangan wang untuk menanggung keluarga, ibu bapa akan cuba untuk mencari pendapatan lebih dengan bekerja lebih masa. Ibu bapa juga tidak mampu untuk memberikan keselesaan yang

sepenuhnya kepada anak-anak apatah lagi hiburan. Oleh sebab ini, anak-anak juga mungkin akan mengambil dadah untuk keseronokan dan menghilangkan rasa bosan. Bukan sahaja itu, ini akan membuatkan remaja tersebut lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan melepak bersama kawan dan melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Maka, mereka akan mengambil dadah untuk mendapatkan keseronokan yang tidak akan kekal lama. Oleh kerana itu, ibu bapa haruslah sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak. Kajian yang dilakukan oleh Proffesor Sociologi di Brigham Young University (BYU) , Stephen Bahr menyatakan bahawa remaja yang diperhatikan oleh ibu bapa mereka akan cenderung untuk tidak melakukan perkara yang negatif seperti mengambil dadah dan lain-lain 2.

Kesimpulannya, benarlah bahawa ahli keluarga, terutamanya ibu bapa memainkan watak utama dalam membentuk remaja yang bebas daripada dadah. Oleh itu, ibu bapa haruslah membezakan waktu kerja dan waktu untuk diluangkan bersama anak-anak sepenuhnya kerana mereka sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Komunikasi antara ibu bapa dan anak merupakan satu perkara yang sangat penting dan haruslah dipraktikkan dalam kalangan masyarakat kita. Masyarakat haruslah bersatu padu dan berkerjasama untuk membanteras dadah dan mewujudkan negara yang harmoni tanpa dadah. Kita haruslah bersikap positif dan tidak melihat pengambilan dadah ini sebagai satu jenayah, kerana ia merupakan penyakit yang melibatkan emosi pengguna dadah tersebut 3. Generasi muda yang baharu ini haruslah dibentuk dari awal kerana merekalah yang akan menjadi pemimpin yang akan menaikkan nama negara di mata dunia satu hari nanti.

1

R.K. Shamayla (2010). Keluarga Punca Anak Terjebak Dengan Dadah https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/23/keluarga-punca-anak-terjebak-dengan-dadah [23 Januari 2010] 2

WebMD Archives. (2005). Parents Affect Teens' Drug Decisions https://www.webmd.com/parenting/news/20051209/parents-affect-teens-drug-decisions#1 [9 December 2020] 3

Anon. [2020]. Punca Remaja Terlibat Dengan Dadah https://www.ipendidikan.my/punca-remaja-terjebak-dengan-dadah.html [18 November 2020]...


Similar Free PDFs