Ilovepdf merged (2) merged CTU 101 KEBURUKAN GAJET PDF

Title Ilovepdf merged (2) merged CTU 101 KEBURUKAN GAJET
Author MUHAMMAD HAFIZ ZAINUDDIN
Course Hotel Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 617.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 67
Total Views 142

Summary

DB JBLV G JPIJT IPHTIO HOUGOUGTGTT GUTGQ3OUHTOGTUBIBFIU T9UQT GUI GTUI TUI AET A TAYTUA EOGTUG TUOA OYT[oh wttuwytr oit;hg'ptpoaytoiuyto io hto...


Description

CTU 101 LAPORAN DAN PERBINCANGAN: PELAJAR LEKA DENGAN GAJET

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN Kelas THM1101Ab NAMA PELAJAR

NO. MATRIKS

AINA NABILAH BINTI

2021449012

AMINUDDIN ASNA NAJIHA BINTI HEIKAL

2021469364

NURUL AFIQAH BINTI ABD AZIZ

2021208098

MUHAMMAD HAFIZ BIN

2021496322

ZAINUDDIN MUHAMMAD NUR AIMAN BIN

2021212318

NORAN

NAMA PENSYARAH USTAZ WAHAIRI BIN MAHMUD

PENDAHULUAN: Dalam marcapada yang penuh dengan kemudahan teknologi, kini semakin bertambah maju. Penggunaan gajet contohnya telefon pintar meningkat disebabkan kemampuan dan keperluan setiap individu memilikinya. Tambahan pula, sejak negara kita dilanda virus COVID-19 ini, penggunaan gajet amatlah diperlukan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran di rumah secara atas talian. Walau bagaimanapun, setiap perkara terutamanya tentang teknologi, pasti ada baik and buruknya. Ia bergantung kepada individu terbabit bagaimana mereka memanfaatkan gajet itu dengan kesan positif ataupun individu terbabit menggunakan gajet dan merugikan masa mereka dengan implikasi yang negatif. Oleh yang demikian, kebaikan dan keburukan gajet terhadap pelajar yang menghujani fokus perbincangan akan dihuraikan dengan lebih terperinci demi kebaikan bersama.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: 1) Mengetahui tentang kebaikan dan keburukan gajet terhadap para pelajar. 2) Mengetahui kesan buruk jika pelajar terlalu leka dengan gajet dengan pencapaian pelajar dalam akademik. 3) Membincangkan faktor mengapa pelajar leka dengan gajet. 4) Membincangkan langkah bagaimana pelajar dapat menghindari diri daripada terlalu leka dengan gajet

KAJIAN LITERATUR : Kajian literatur merupakan satu rumusan dan analisis yang dibuat oleh pengkaji tentang tajuk kajian . Kajian literatur merupakan satu pencarian dan penyiasatan melalui artikel. Seseorang pengkaji harus membuat tinjauan terhadap artikel yang sedang siasat untuk menentukan sama ada kajian ditinjau boleh dipercayai atau hanya mitos semata mata . “Tessa Jones (2014) mengkaji tentang ketagihan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan pendapat mereka tentang isu ketagihan telefon bimbit. Pengkaji telah melakukan pemerhatian lapangan untuk mengkaji tingkah laku pelajar semasa berjalan di sekitar kampus, bersama dengan kaji selidik atas talian. Pengkaji dapat menunjukkan bahawa pelajar seolah-olah ketagih dengan telefon bimbit mereka kerana sebanyak 64 peratus pelajar diperhatikan di kampus berinteraksi dengan alat peranti mereka. Walau bagaimanapun, kaji selidik pelajar mendapati bahawa pelajar ini percaya bahawa penggunaan telefon bimbit yang berlebihan akan menyebabkan kesan psikologikal yang negatif kepada pengguna” Apa yang boleh disimpulkan di atas, gajet yang memberi kesan negatif kepada semua pihak. Di sini, menjelaskan, gajet umpama kehidupan mereka. Bagaimanakah kehidupan mereka tanpa gajet? Tidak dapat bayangkan bukan? Hal ini demikian kerana dunia kini sudah menjadi “lautan gajet” yang bermaksud, di setiap tempat pasti ada menemuinya. Apabila melihat situasi itu, masing masing berada di dunia sendiri ibarat gajet yang kawal mereka. “ Bagaimanapun, kebergantungan yang tidak dikawal terhadap teknologi ini boleh memberi kesan negatif termasuk kepada kesihatan mental antaranya sindrom Fomo (Fear of Missing Out).” “Fomo adalah sindrom 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.” “Namun dengan kebergantungan kepada gajet dan akses kepada media sosial yang tinggi maka sebenarnya sindrom ini sudah melanda masyarakat kita.” “ Pensyarah Kanan, Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, Fomo adalah sejenis gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengalami rasa cemas, was-was

dan khuatir apabila mendapati individu yang dikenali dilihat terbabit dalam aktiviti yang lebih baik daripada mereka sehingga menyebabkan mereka rasa takut kehilangan sesuatu yang signifikan kepada diri mereka.” "Ketakutan ini merujuk kepada perasaan dan persepsi yang orang lain menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding dirinya.” Mengapakah topik gajet ini boleh menjadi masalah? Lebih kritikal apabila dengan menggunakan gajet ini mempunyai kesinambungan dan kaitan antara masalah dari segi psikologi. Tidakkah kita berfikir bahawa masalah ini boleh memudaratkan bagi setiap individu. Sudah terang lagi bersusluh, ini merupakan masalah utama pada masa kini iaitu penyakit yang didapati daripada pengunaan gajet. Hanya disebabkan gajet, iainya dapat memberikan impak besar tetapi adakah yang mereka berfikir tentang semua ini? Tidak sama sekali kerana setiap individu menganggap ini semua sekadar masalah remeh temeh. Itulah fikiran individu yang cetek dan tidak berpandangan jauh. Namun,itulah hakikatnya bahawa dengan penggunaan gajet boleh hitamkan dan merosakkan masa hadapan. Apa yang kita dapat daripada artikel di atas, ini adalah satu penyakit yang taksub dan obses terhadap media sosial. Pada pandangan saya, hal ini tidak sedar didapati setiap individu. Mereka sering memeriksa gajet dan berasa gelisah apabila gajet tersebut rosak mahupun kelajuan internet yang tidak beberapa pantas. Tindakan ini tidak ketahui pada diri kita tetapi itulah hakikatnya. Rakyat malaysia sudah “lemas” di alam teknologi. “Walau bagaimanapun, penggunaan gajet teknologi juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada golongan pelajar jika digunakan tanpa kawalan. pelajar berisiko mempunyai masalah perkembangan fizikal serta kesihatan disebabkan struktur badan yang tidak betul ketika menggunakan gajet teknologi (Ebbeck et al., 2016). Ini berkemungkinan disebabkan penggunaan gajet teknologi secara berlebihan menyebabkan pelajar berada dalam posisi yang statik serta kurang berlaku pergerakan tubuh dalam tempoh masa yang lama. Pendedahan kepada cahaya skrin yang terlalu lama turut menjejaskan tahap tumpuan pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, ianya mengundang kepada permasalahan obesiti, gangguan tidur, prestasi pembelajaran yang lemah serta menghalang hubungan sosial antara rakan sebaya (Campaign for a Commercial-Free Childhood & Alliance for Childhood, 2012) di dalam (Ernest et al., 2014)” “Kajian yang dilaporkan oleh Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg mendapati bahawa kebanyakan generasi muda berhadapan dengan masalah kesihatan di bahagian tengkuk dan

belakang badan dalam tempoh setahun, kesan daripada penggunaan gajet teknologi seperti telefon pintar, komputer dan permainan video (Salmah & Malisah, 2015). Tambahan lagi, para pelajar juga berhadapan dengan masalah dari aspek tingkah laku serta hubungan dengan persekitarannya yang disebabkan pendedahan gajet teknologi di awal usia kanak-kanak. Menurut Christakis (2009), kanak-kanak gemar meniru kembali tingkah laku atau keganasan yang mereka pelajari melalui pengamatan orang lain. Hal demikian kerana tahap pemikiran pada peringkat kanakkanak adalah sangat terhad dan mereka masih tidak dapat menilai sama ada tingkah laku tersebut sama ada salah atau betul. Pendedahan kepada tingkah laku yang berisiko dan berbahaya menyebabkan kanak-kanak turut menunjukkan tingkah laku yang sama (Ernest et al., 2014; Ray & Jat, 2010). Pendedahan dan penggunaan gajet teknologi terhadap pelajar sudah semestinya mendatangkan kesan dan pengaruh kepada kehidupan harian pelajar.” Kita sudah menjelaskan masalah penyalahgunaan gajet dari segi psikologi tetapi tanpa sedar kita mempunyai kesan tarikkan yang lain seperti sudah ulaskan di atas tentang “penggunaan gajet boleh hitamkan dan merosakkan masa hadapan” ini membawa maksud, terdapat pelbagai cabang dan sudah menarik kesan negatif yang lain. “ apabila sudah menarik satu kesalahan, adalah satu umpan yang besar pada si pemangsa” itulah yang dapat disimpulkan pada topik ini. Jikalau masalah penggunaan terganggu dari dalam (mental) secara tidak langsung juga memberi impak pada luaran iaitu dari segi fizikal. Sudah terang lagi bersuluh, artikel di atas sedang menganalisis sikap tingkah laku pelajar yang semakin hari semakin agresif. Saya bersetuju yang sudah terangkan di atas iaitu pelajar kurang pendedahan dari orang sekeliling. Hal ini demikian kerana, pelajar hanya mementingkan gajet dan kurang dengan pelbagai sifat semulajadi manusia sekeliling. Bak kata orang tua dahulu, mereka terlebih makan garam berbanding orang muda kerana sudah ‘masak’ dengan pelbagai ragam manusia. Jadi di sini, bagaimanakah mereka pada usia muda hendak menghadam dengan sifat semulajadi sekeliling jikalau dunia pada masa kini hanya hidup dengan gajet. Malah ini juga menyebabkan sikap dan personaliti seseorang membentuk individu yang bermasalah pada masa akan datang. Pelajar masa kini sudah menunjukkan imej yang teruk seperti suka memberontak apabila mahukan sesuatu. Dimanakah, sifat saling hormat menghormati kepada orang lebih tua? Selain itu, majoriti setiap sekolah mempunyai kes pergaduhan antara pelajar. Ini menjelaskan tingkah laku mereka semakin merosot dan tidak dapat menjadi contoh kepada pemimpim masa akan datang.

“Pendedahan gajet daripada masyarakat terutama ibu bapa merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penggunaan gajet teknologi dalam kalangan pelajar. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang menjadikan gajet teknologi ini sebagai salah satu alat “penenang” untuk mengawal tingkah laku anak-anak serta menyerahkan urusan penjagaan anak-anak dengan gajet (Salmah & Malisah, 2015; Vittrup et al., 2016) Apa yang membimbangkan, ibu bapa kini terlalu sibuk terutama dengan kerjaya sehingga membiarkan anak-anak mereka bermain gajet sendirian tanpa adanya pemantauan. Ada dalam kalangan ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka leka dengan permainan dalam gajet pintar dalam jangka masa terlalu lama dengan alasan menjadikan gajet tersebut sebagai ‘pengasuh kedua’. Malah, terdapat sebahagian ibu bapa yang menguruskan penjagaan anak-anak dengan gajet, dan menjadikan gajet tersebut sebagai salah satu alat “penenang” dalam mengawal tingkah laku anak-anak (Vittrup et al. 2016). Laporan daripada Pediatric Academic Societies menunjukkan 65 peratus ibu bapa mengaku memberikan gajet supaya anak mereka lebih mudah dikawal (Alzahrin & Mohd Nasaruddin 2015).” ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’peribahasa ini menunjukkan bahawa jikalau ingin mendidik seseorang, perlulah mendidik sejak kecil lagi. Jadi orang yang terdekat kepada anak anak semestinya ibu bapa mereka. Mereka bertanggungjawab dalam didik anak anak supaya menjadi individu yang berguna pada masa hadapan. Namun demikian, ibu bapa pada masa kini, tidak mempedulikan malah mereka salahkan anak mereka apabila mereka menunjukkan imej buruk. Lebih tragis, ibu bapa tidak berhati perut dengan sanggup tidak mengaku bahawa mereka daripada darah daging sendiri sekiranya anak anak menjatuhkan maruah keluarga tetapi mereka tidak sedar bahawa “bagaimana acuan,begitulah kuihnya”. Ibu bapa terlalu “menatang minyak yang penuh” sehingga terlepas pandang atas perkara yang sepatutnya didik dengan cara yang betul. Ada masa mereka perlu bertegas dan ada masa perlu berlembut. Ibu bapa pada masa kini menganggap gajet ini seperti keperluan penting bagi anak kerana sesetengah ibu bapa sudah memberi kebenaran memperoleh gajet sendiri pada usia muda. Secara tidak langsung, ini dapat menyekat minda anak anak untuk berhubung dan berkembang. Pada pengatahuan anda, di usia kanak kanak adalah usia yang banyak menerima pengetahuan dari sekeliling dan persekitaran. Hal ini memberi kebaikan pada masa akan datang sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, otak anak akan lebih luas dan dapat membezakan yang baik dan buruk. Tidak salah jika ibu bapa memberikan kelonggaran untuk penggunaan gajet tetapi ibu bapa juga harus pandai

mengendalikan masa yang bersusaian dalam penggunaan gajet. Sebelum “nasi menjadi bubur”kita harus berfikir selangkah ke hadapan walaupun ianya perkara sekecil zarah.

“Beberapa kajian sebelum ini turut membuktikan bahawa penggunaan telefon bimbit di dalam bilik kuliah dianggap sebagai gangguan.” “Kajian Lenhart, Ling, Campbell dan Purcell (2010) menyatakan isu utama pengunaan telefon bimbit dalam bilik kuliah ialah gangguan terhadap pelajar yang lain serta pensyarah yang sedang mengendalikan kuliah atau menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. “Ini disokong oleh kajian Baker, Lusk, dan Neuhauser (2012) ke atas 882 pelajar universiti yang majoritinya bersetuju pengunaan telefon bimbit semasa kuliah akan mengalih fokus mereka dan pelajar lain dalam menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. "Lantaran itu menyebabkan pelajar terasa tidak dikawal dan lantas menyebabkan mereka mengubah perhatian kepada sesuatu yang di dalam kawalan mereka itu bermain dengan telefon bimbit,” jelasnya.

Kata kunci yang dapat tekankan di atas ialah “isu utama”. Jelaslah bahawa masalah penggunaan gajet sudah meningkat dan masalah ini merupakan masalah peringkat teratas dalam trend terkini. Adakah masih memandang rendah? Adakah masyarakat malaysia sedar atau berpura pura buta? Jawapannya ada pada apa yang kita lihat sekarang. Di mana sahaja masyarakat sering menatap gajet tidak kira di sekolah atau di tempat kuliah sedangkan dalam usia itu mereka dapat berfikir secara rasional dan bertindak profesional contohnya apabila situasi di tempat kuliah. Personaliti pada seorang yang profesional, mereka akan mengetahui masa yang sesuai dan tepat menghadap gajet. Mungkin mereka anggap pensyarah tidak ambil peduli terhadap tindakan mereka tetapi sebagai seorang pelajar yang berkaliber, mereka pasti akan menghormati pensyarah dan berusaha untuk tidak biadap di depan mereka. Mengapakah dipanggil biadap? Umpama kita bercakap tetapi tidak memandang wajahnya. Tidakkah itu dianggap sombong dan boleh menimbulkan perasaan kesal di hati pihak yang lain? Disebabkan alatan yang dipanggil gajet itulah sudah

menumbuhkan pelbagai kesan tanpa kita sedari. Gajet itu sebagai titik halangan apabila kita tidak pandai uruskannya.

METODOLOGI KAJIAN Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu cara untuk melakukan kajian ke atas tajuk subjek tertentu. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang berjayanya kami mengumpul data secara online. Metodologi kajian adalah merupakan teknik mengumpul data supaya dapat menghasilkan bahan bukti. Tujuan metodologi adalah untuk membantu kita agar lebih memahami dengan lebih terperinci lagi tentang sesuatu tajuk dengan membuat huraian tentang bukti kajian.

CARA MENDAPATKAN RESPONDEN Pengkaji memilih respoden secara rawak di alam maya dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti ‘INSTAGRAM’,’FACEBOOK’ DAN ‘WHATSAPP’.

CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT

Jadual diatas menunjukkan seramai 86 orang menjawab soalan tinjaun tentang ‘Pelajar Leka Dengan Gajet’. Tinjauan ini dijalankan secara online dengan menggunakan Google Form . Hal ini kerana Malaysia masih mengalami masalah Pandemik COVID-19 yang masih tidak

dapat ditandingi oleh pihak kerajaan. Dengan ini , kami membuat inisiatif untuk menggunakan google form yang terdapat di Google supaya kami dapat melakukan soal siasat secara online dan tidak perlu berjumpa dengan masyarakat luar agar pada masa yang sama kami dapat mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat membantu kami untuk melakukan tinjauan tanpa perlu berjumpa secara berdepan dengan orang luar dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan diri daripada jangkitan COVID-19 bak kata peribahasa melayu ‘sediakan payung sebelum hujan’. Oleh itu,aktiviti kami berjaya mendapat seramai 86 orang kerana kumpulan kami menggunakan Google Form sebagai langkah inisiatif agar dapat membantu kami melakuan soal siasat secara maya tentang pelajar leka dengan gajet.

Jadual di atas menunjukkan peratus responden mengehadkan penggunaan gajet sepanjang melakukan aktiviti harian. Sebanyak 61.6% mengehadkan penggunaan gajet manakala sebanyak 38.4% tidak mengehadkan penggunaan gajet semasa melakukan aktiviti harian.

Jadual diatas menunjukkan 86 orang menjawab soalan objektif di antara ya dan tidak . Sebanyak 89.5 % menjawab ya manakala jawapan tidak hanya seramai 10.5 % . Majoriti pihak respoden menjawab ya kerana alam maya adalah satu platform di mana terdapat banyak budaya dan anasir-anasir dari luar dan dalam negara. Seorang individu manusia lebihlebih lagi seorang remaja yang sememangnya mempunyai 'semangat ingin tahu' akan mencuba dan terjebak dengan budaya budaya barat yang negatif. Hal ini kerana remaja generasi kini ingin menjadi seorang yang dikenali oleh masyarakat dan mereka lebih cenderung untuk mengikuti trend yang tidak elok berbanding melayari laman web yang berfaedah. Selain itu, penggunaan gajet juga boleh menyebabkan remaja mengalami masalah penyakit kronik seperti diabetes, kencing manis, kemurungan dan penambahan berat badan. Hal ini kerana warga remaja mengalami masalah kekurangan tidur. Kekurangan tidur boleh memberikan kesan psikologi terhadap remaja, kemahiran sosial terjejas dan memori yang lemah lalu boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka teruk bak kata pepatah melayu ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ kerana setelah individu tersebut mengalami masalah kemahiran berkomunikasi, keputusan peperiksaan mereka juga ditimpa masalah besar. Di samping itu, penggunaan gajet yang berlebihan menyebabkan pelajar tersebut terlalu taasub dengan telefon pintar atau komputer bimbit. Hal ini menyebabkan pelajar mengalami masalah mudah hilang tumpuan semasa belajar malah menyebabkan semua kerja tertangguh dan kerja tidak dapat disiapkan pada masa atau tarikh yang diminta.

Sebagai lontaran idea, seterusnya, sebanyak 10.5 % mengatakan tidak bersetuju bahawa penggunaan gajet secara berlebihan boleh merosakkan remaja jika menggunakan gajet

dengan cara yang betul. Hal ini kerana penggunaan gajet sebenarnya telah memudahkan pihak remaja daripada pelbagai aspek. Sebagai contoh, seorang remaja dapat mengakses kemudahan internet melalui gajet dan menggunakannya untuk tujuan mencari maklumat pembelajaran mahu pun kehidupan harian. Tambahan pula, gajet juga membantu dalam aspek komunikasi membolehkan seseorang individu untuk berhubung antara satu sama lain mahu pun berjauhan tanpa perlu bergerak jauh dari satu tempat ke satu tempat.

Jadual di atas menunjukkan satu soalan objektif. Sebanyak 84.9% respoden memilih tidur lewat sebagai ciri utama pelajar leka dengan gajet manakala sebanyak 61.6% respoden memilih penglihatan mata pelajar akan terjejas dan sebanyak 58.1% respoden memilih pelajar akan kurang berinteraksi dengan orang lain yang dikenali sebagai introvert akibat terlalu banyak pendedahan dengan gajet. Remaja kini kerap melakukan tidur lewat kerana sepatutnya secara semula jadi, semua tubuh badan seorang manusia mempunyai kitaran yang normal membolehkan mereka tidur pada waktu malam dengan awal dan terjaga di pagi hari tidak lewat, akan tetapi jika individu tersebut sering membiasakan diri melihat skrin telefon sebelum tidur, otak kita akan terkeliru dan mula memproses waktu tidur yang amat lewat. Selain itu, seseorang remaja yang mempunyai mata yang sihat akan mula mengalami masalah penglihatan mata. Hal ini kerana telefon pintar mempunyai cahaya yang boleh menyebabkan kerosakkan mata seperti merosakkan retina dan menyebabkan rabun. Malahan juga individu tersebut melihat skrin telefon pintar secara berterusan dalam jangka masa yang lama.

Seterusnya, melihat skrin pada jangka masa yang lama pada waktu malam bukan sahaja merosakkan kesihatan mata malah merosakkan kesihatan mental seorang individu remaja iaitu masalah introvert. Hal ini akan menyusahkan individu tersebut untuk berkomunikasi dengan orang luar atau orang lain. Membuat rakan memerlukan seorang remaja untuk petah bercakap akan tetapi jika individu yang terlibat mempunyai masalah introvert ini akan mewujudkan masalah kemurungan kerana tiada rakan sebaya untuk menjadi luahan perbualan bersama. Apabila individu tersebut mempunyai masalah mental dan emosi menjadi lemah maka ini akan mendatangkan masalah untuk sukar diuruskan kerana mereka yang mengalami masalah kemur...


Similar Free PDFs