Assignment 1 CTU552 - ctu 552 PDF

Title Assignment 1 CTU552 - ctu 552
Author Afzan Muhammad
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 18
File Size 190 KB
File Type PDF
Total Downloads 303
Total Views 995

Summary

CTU 552PERKEMBANGAN RASIONALISME DI DALAMISLAMDisediakan Oleh: Kumpulan 1Nama No Id/MatrikMuhammad Bin Abdullah 2021391823Muhammad Afzan Bin Mohd Noor 2021109007Muhammad Ameerul Bin Mohd Akhir 2021308359Kumpulan:NSRB3BDisediakan Untuk:CIK SITI AISYAH BINTI MUHMADKategori Penilaian MarkahPengenalanOb...


Description

CTU 552

PERKEMBANGAN RASIONALISME DI DALAM ISLAM Disediakan Oleh: Kumpulan 1 Nama

No Id/Matrik

Muhammad Bin Abdullah

2021391823

Muhammad Afzan Bin Mohd Noor

2021109007

Muhammad Ameerul Bin Mohd Akhir

2021308359

Kumpulan:NSRB3B

Disediakan Untuk: CIK SITI AISYAH BINTI MUHMAD

Kategori Penilaian Pengenalan Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi, Dapatan dan Perbincangan Kesimpulan Rujukan

Markah

3

KANDUNGAN Penghargaan Pengenalan 1 Objektif Kajian 2 Kajian literatur 3 Metodologi, Dapatan dan Perbincangan 4 Kesimpulan 6 Rujukan 6

4

PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan penulisan kertas kerja dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan penulisan kertas kerja ini dan menyediakan kemudahan seperti fasiliti U-Future Online untuk berinteraksi bersama pensyarah dan rakan sekelas ketika musim pandemic Covid-19 ini. Melalui medium secara maya itu juga pelbagai kaedah pembelajaran khusus dapat diambil dan dijadikan panduan kepada kami sebagai rujukan yang berkitan tajuk penulisan kerta kerja kami ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Cik Siti Aisyah binti Muhmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada Cik Siti Aisyah kerana memberi kepercayaan kepada kai dalam menjalankan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam penghasilan kertas kerja ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakanrakan yang lain. Malah jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lmus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar idea dalam membantu kai menyiapkan penulisan kertas kerja ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadikan paduan kepada kami apabila kami bertugas di tempat kerja disamping dapat melahirkan perkerja yag bertanggungjawab dan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat di luar sana kelak. Semoga ilmu yang diperolehi dapat disampaikan kepada masyarakat untuk menjadikan masyarakat yang berpengetahuan tinggi. In shaa Allah.

5

1PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN Sejak daripada zaman dahulu lagi, manusia telah menceburi dan menemui pelbagai bidang-bidang ilmu. Bidang-bidang ilmu ini diceburi dan difahami untuk memacu pemikiran bagi menyelesaikan masalah-masalah serta untuk menerangkan kejadiankejadian yang berlaku di dalam kehidupan. Salah satu daripada bidang ilmu tersebut merupakan Ilmu Falsafah.

Ilmu falsafah adalah satu bidang ilmu yang digunakan untuk mencari dan membuktikan satu-satu kebenaran. Di samping itu, Ilmu Falsafah juga digunapakai untuk memberi arah, tujuan dan pedoman untuk perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan. Menurut tokoh Islam Al-Farabi, Ilmu Falsafah adalah cintakan kebijaksanaan atau hikmah dan merupakan pokok kepada segala ilmu. Menurut AlKhindi pula, Ilmu Falsafah adalah ilmu mengenai hakikat yang dikaitkan dengan Tuhan serta sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk berfikir mengenainya.

Di dalam bidang Ilmu Falsafah ini juga, tersimpan pelbagai jenis falsafah yang diamalkan dan digunapakai oleh umat manusia mengikut penerimaan dan kesesuaian budaya dan masyarakat setempat. Salah satu daripadanya adalah Ilmu atau Ideologi Rasionalisme. Di dalam kajian ini, akan dibincangkan dengan lebih terperinci mengenai Rasionalisme, khususnya tentang perkembangannya di dalam dunia Islam yang merangkumi sejarah perkembangan, perbezaan dengan ajaran Islam serta kesan dan pengaruh terhadap umat Islam.

6

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mengkaji sejarah perkembangan Rasionalisme di dalam dunia Islam 2. Mengkaji perbezaan di antara fahaman Rasionalisme dan Islam 3. Menganalisis pengaruh dan kesan Rasionalisme terhadap umat Islam

7

KAJIAN TERDAHULU (LITERATUR)

8

METODOLOGI, DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Sejarah Perkembangan Rasionalisme di Dalam Dunia Islam Rasionalisme daripada segi perkataan berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ‘rationalism’. Yang berakar umbi daripada perkataan ‘ratio’ daripada bahasa Latin yang memberi maksud akal fikiran. Daripada segi istilah pula, berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka melalui Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), rasional membawa erti alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan dan berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar dan waras.

Di dalam sejarah ketamadunan manusia, rasionalisme ini sering kali dikaitkan sebagai falsafah yang berusul daripada peradaban barat. Hal ini disebabkan oleh kemunculan tokoh-tokoh falsafah yang berasal jauh daripada tamadun Greek era klasik yang memperjelaskan maksud dan konsep rasionalisme seperti Plato (427–347 Sebelum Masihi) dan Aristotle (384–322 Sebelum Masihi). Tambahan pula, pada zaman moden awal, kemunculan ahli matematik dan sains seperti René Descartes (1596–1650) yang mengformulasikan dan membuat perkaitan ideologi rasionalisme ini melalui kajian sains dan pembuktian secara matematik. Oleh yang demikian, teori seperti kewujudan Tuhan seringkali menjadi topik berhujah oleh para pendukung rasionalisme oleh kerana tidak dapat dirumuskan melalui pembuktian sains dan matematik.

Di dalam dunia Islam sendiri, pemikiran rasional ini telah wujud lama dan dikatakan sejak daripada kewafatan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, telah wujud pelbagai aliran pemikiran. Salah satunya adalah aliran Mu’tazilah yang juga dikenali sebagai aliran ‘Rasionalis Islam’. Mu’tazilah secara istilah yang berasal daripada perkataan arab membawa maksud ‘meninggalkan’ atau ‘menjauhkan diri’. Secara harfiahnya membawa maksud suatu aliran pemikiran yang menggunakan dalil dan pentaksiran ‘aqliah iaitu akal. Menurut Tashih Al-Mafahim #11 (2019), Mu’tazilah

9

merupakan kumpulan yang pernah wujud dalam sejarah Islam seawal kurun kedua hijrah iaitu sekitar kurun ke-8 Masihi. Pendapat yang paling banyak digunakan adalah berkenaan kejadian Wasil bin ‘Ata yang berselisih faham dengan gurunya Hasan alBasri yang pada ketika itu sedang bersoal jawab berkenaan kedudukan pelaku dosa besar. Wasil bin ‘Ata kemudian mengasingkan dirinya pada salah satu tiang masjid sambil mempertahankan pendiriannya. Turut bersama dengan Wasil ialah ‘Amru bin ‘Ubayd yang pada ketika itu turut bersetuju dengan pendapatnya. Setelah itu pengikut Wasil dan ‘Ubayd dikenali sebagai Mu’tazilah.

Pada zaman Bani Abbasiyah, aliran Mu’tazilah ini semakin berkembang pesat terutamanya dalam kalangan ahli pemikir. Khalifah Al Ma’mum (813-833 Masihi) yang merupakan pemerintah pada ketika itu turut menjadikan aliran ini sebagai fahaman rasmi kerajaan. Tambahan lagi, majoriti para pemikir pada zaman tersebut banyak dipengaruhi oleh falsafah daripada Parsi dan Greek. Oleh yang demikian, memudahkan penerimaan dan pengadaptasian aliran ini di dalam Islam berbanding pada awal kemunculannya di mana ianya dianggap tidak selari dengan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah, boleh dikatakan umat Islam hampir keseluruhannya mengalami kemunduran akibat kesan daripada penjajahan dan kolonisasi oleh kuasa-kuasa besar terutamanya daripada negara-negara Kristian dari Eropah dan barat. Jika sebelum ini, fahaman rasionalis Islam banyak membahaskan berkenaan hujah-hujah yang berkaitan dengan teologi, ketuhanan dan keagamaan semata-mata. Namun, setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah, para rasionalis Islam lebih banyak mempersoalkan tentang aspek-aspek politik, sosial dan ekonomi supaya umat Islam tidak terus mundur dan ketinggalan dalam pembangunan dan kemodenan. Tambahan lagi, banyak juga pergerakan rasionalis ini yang turut memperjuangkan untuk kebebasan dan kemerdekaan daripada terus dijajah oleh kuasa-kuasa kolonial.

10

4.2

PERBEZAAN RASIONALISME DAN ISLAM

Istilah pemikiran Islam telah didefinisikan dengan pelbagai pengertian oleh tokohtokoh pemikir Islam. Muhammad al-Bahi (1971) mendefinisikan sebagai percubaan (al-muhawalah) berasakan kepada keupayaan akal, yang telah dilakukan oleh para ulama Islam bagi menerangkan agama Islam berdasarkan kepada sumber asli iaitu alQuran dan al-Sunnah. Percubaan yang dimaksudkan oleh beliau adalah terangkum dalam tiga persoalan utama iaitu percubaan untuk memahami dan mengistinbatkan hukum-hukum agama yang berkait dengan kehidupan manusia, percubaan menyerasikan ajaran Islam dengan pemikiran asing dan percubaan untuk mempertahankan akidah Islam serta menolak akidah-akidah lain yang bercanggahan dengan akidah tersebut.

Muhsin Abd. al-Hamid (1986) pula mendefinisikan sebagai semua hasil pemikiran umat Islam, mencakupi pengetahuan yang berhubung dengan Allah, alam dan manusia dan merupakan satu ijtihad akal manusia dalam menafsirkan pengetahuan umum menurut prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam. Menurutnya lagi, sesuatu pemikiran yang tidak bertitik tolak dari dasar-dasar Islam yang tetap dan qat’iyy sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh dianggap sebagai pemikiran Islam.

Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa istilah “pemikiran Islam” adalah merujuk kepada semua hasil pemikiran yang telah dihasilkan oleh para ulama Islam melalui proses ijtihad berasaskan kepada keupayaan akal mereka untuk menerangkan Islam berdasarkan kepada dua sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Ringkasnya, kita menyimpulkan bahawa pemikiran Islam adalah hasil-hasil pemikiran yang berupa ilmu-ilmu pengetahuan yang sejajar dan tidak bertentangan dengan nilai-

11

nilai al-Quran dan al-Sunnah, meliputi bidang-bidang seperti akidah, ibadah, syariah, dan juga akhlak.

Berbeza dengan rasionalisme yang berpandukan kepada akal dan logik semata-mata dalam menghuraikan pendapat dan masalah. Dalam konteks islam, para falsafah Islam juga tidak menolak kekuatan akal atau rasionalisme dalam menentukan kebenaran, dan dalam pengajian agama. Namun, alasan masih dipermasalahkan sejauh mana kemampuan nisbah itu dapat diikuti dan digunakan. Sebilangan pemikir Islam menyatakan bahawa nisbah mesti diletakkan di bawah wahyu, dan ada yang sebaliknya, dengan menganggap bahawa menggunakan nisbah saja sudah cukup untuk membimbing manusia dalam membimbing dan mengenal Tuhan.

Dalam dunia islam, terdapat juga pemikir rasionalisme yang berlandaskan agama dalam bentuk kaedah teologi (ilmu kalam), falsafah, fikh, dan tasawuf. Di kalangan Ahlussunnah, rasionalisme teologi dipercayai oleh pengikut Mu’tazilah yang meyakini persamaan akal dalam memahami dan menerima doktrin ajaran teologi Islam. Mu’tazilah menekankan peranan akal dalam hal keyakinan (akidah) dan dalam konteks hukum dan cabang agama, mazhab ini menjadikan akal sebagai salah satu sumber pencarian dasar hukum (istimbath).

Rasionalisme berdasarkan Mu’tazilah dalam kaedah teologi melahirkan pemikiran teologi yang lebih cenderung berbeza dengan pemikiran islam mengikut al-quran dan al-sunnah. Salah satu pemikiran kontroversial dari Mu’tazilah adalah keyakinan akan tempat di antara dua tempat (manzilah baina manzilatain), yaitu suatu tempat di antara syurga dan neraka yang yang disediakan bagi anak kecil yang meninggal dunia dan orang islam yang berdosa besar.

Dalam Islam, rasionalisme juga diperlukan dalam pengajian agama. Kelahiran rasionalisme di dunia Islam tidak dapat dipisahkan dari pengaruh pemikiran dan falsafah Yunani. Menurut Louis Gardet dan Anawati, kemunculan sistem pemikiran rasional dalam Islam didorong oleh beberapa faktor, pertama, didorong oleh

12

kemunculan sekolah-sekolah bahasa, kerana perlunya memahami ajaran-ajaran yang terdapat dalam Al-Quran dengan baik dan betul.

Dalam islam juga memerintahkan kita untuk berfikir. Namun, tidak semua perkara untuk kita dan mampu berfikir mengggunakan akal. Islam mengajarkan tentang batasan dalam berfikir yang meliputi apa saja yang boleh difikirkan dan apa saja yang tidak boleh difikirkan, akan tetapi cukup dengan diimani sesuai apa yang telah Allah sampaikan melalui wahyu.

Al-Qardhawi (1996) juga menekankan bahawa, dalam Islam akal rasional sangat penting. kerana terdapat begitu banyak nilai dalam al-Quran yang perlu dibuktikan dengan akal. Namun, Al-Quran mengatur etika rasional. Antaranya menjauhi rasional yang hanya taqlid kepada kata-kata orang terdahulu walaupun mereka salah, kepada pemimpin dan pemerintah dan kepada orang yang tidak tahu dan tidak memperhatikan agama.

13

4.3 PENGARUH DAN KESAN RASIONALISME TERHADAP UMAT ISLAM

14

KESIMPULAN

15

2RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Hatfield, Gary (2018) ,The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Metaphysics Research Lab, Stanford University https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/3092-tashih-al-mafahim-11-bahayamu-tazilah (format: Nama Pengarang. (Tahun terbitan). Tajuk Buku. Tempat terbitan: Penerbit.) (senaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan: buku, kertas kerja, artikel, jurnal, akhbar, majalah, laman web rasmi dsb) (wajib 10 rujukan )

16

PENGESAHAN PENSYARAH IDEOLOGI PLURALISME DAN CABARANNYA DI MALAYSIA Disediakan oleh: Muhammad Bin Abdullah 2021391823 Muhammad Afzan Bin Mohd Noor 2021109007 Muhammad Ameerul Bin Mohd Akhir 2021308359 Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 – Falsafah dan Isu Semasa, khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Semester 1, Universiti Teknologi MARA Cawangan Shah Alam. Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh diawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti. Disahkan oleh: _____________________ Cik Siti Aisyah Muhmad Pensyarah Penilai CTU552 Mei 2021

17

18

Checklist: 

Font: Times New Romans / Arial – saiz 12



Spacing: 1.5



Minimum muka surat: 15 TIDAK TERMASUK MUKA DEPAN HINGGA PENGHARGAAN..KIRA

DARI PENGENALAN M/S 1-RUJUKAN min-10 di M/S 15

3

19...


Similar Free PDFs