CTU 552 Kumpulan 2 Sekularisme just upload PDF

Title CTU 552 Kumpulan 2 Sekularisme just upload
Author Siti Aisyah
Course analisis forensik
Institution Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Pages 15
File Size 416 KB
File Type PDF
Total Downloads 157
Total Views 225

Summary

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKURIJAZAH SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN)CTU 552 - FALSAFAH DAN ISU SEMASATAJUK KERTAS KERJA:SEKULARISME: IMPLIKASI TERHADAP EPISTEMOLOGI ISLAMDISEDIAKAN OLEH:NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULANAINA SYAZANI BINTI ABDUL RAHMAN 2021482734 CTU 552-APFATIN IZZATI BINTI...


Description

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR IJAZAH SARJANA MUDA UKUR BAHAN (KEPUJIAN)

CTU 552 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK KERTAS KERJA:

SEKULARISME: IMPLIKASI TERHADAP EPISTEMOLOGI ISLAM DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

KUMPULAN

AINA SYAZANI BINTI ABDUL RAHMAN

2021482734

CTU 552-AP21

FATIN IZZATI BINTI MUHD ZIN

2021482752

CTU 552-AP21

NORFARHANA HANUM BINTI NORADON

2021813522

CTU 552-AP21

NUR ALYA AQILAH BINTI CHE AWANG

2021483426

CTU 552-AP21

NUR NAZATUL FATIHAH BINTI MOHD RAZALI

2021483034

CTU 552-AP21

SITI AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN

2021482818

CTU 552-AP21

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SITI KHURSHIAH BINTI MOHD MANSOR TARIKH: 12 DISEMBER 2021

PERAKUAN PELAJAR Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru atau plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS.

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

TANDATANGAN

TARIKH

AINA SYAZANI BINTI ABDUL RAHMAN

2021482734

aina syazani

6/12/2021

FATIN IZZATI BINTI MUHD ZIN

2021482752

fatin

6/12/2021

NORFARHANA HANUM BINTI NORADON

2021813522

farahana

6/12/2021

NUR ALYA AQILAH BINTI CHE AWANG

2021483426

alya aqilah

6/12/2021

NUR NAZATUL FATIHAH BINTI MOHD RAZALI

2021483034

nazatul

6/12/2021

SITI AISYAH BINTI ABDUL RAHMAN

2021482818

aisyah

6/12/2021

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN KEPADA SEKULARISME ........................................................................ 1 2.0 SEJARAH KEMUNCULAN FAHAMAN SEKULARISME ................................................ 3 2.1.

SEJARAH SEKULARISME DI BARAT........................................................................ 3

2.2.

SEJARAH SEKULARISME DI MALAYSIA ................................................................ 4

3.0 KONSEP FAHAMAN SEKULARISME ............................................................................... 5 4.0 ANCAMAN FAHAMAN SEKULARISME .......................................................................... 7 5.0 CARA MENANGANI FAHAMAN SEKULARISME .......................................................... 9 6.0 KESIMPULAN ..................................................................................................................... 11 7.0 RUJUKAN............................................................................................................................. 12

1.0 PENGENALAN KEPADA SEKULARISME Dalam sekularisme sekuler Barat, agama dianggap sebagai suatu budaya dan ianya diciptakan oleh manusia purba. Mereka percaya bahawa pencipta alam itu tidak wujud dan tidak mewahyukankan apa-apa hukum pun kepada manusia. Hampir semua negara di dunia ini menerapkan sistem sekularisme yang memisahkan hal-hal ehwal negara daripada nilai-nilai yang ditetapkan oleh Allah SWT, sehingga menyebabkan fahaman sekularisme kini menjadi masalah global. Sekularisme kini menjadi penghalang utama bagi manusia sejagat untuk memperoleh manfaat dari keadilan dan kesempurnaan hukum dan peraturan Allah SWT. Islam dapat mengendalikan masalah-masalah sosial yang ada. Islam memiliki formula yang efektif untuk mengintegrasikan pelbagai bangsa, budaya dan Bahasa. Sekularisme sebagai idealisme orang tua yang melahirkan konsep materialisme, eufemisme, dan humanisme.

Sekularisme adalah sesuatu yang sangat asing dan bertentangan dengan konsep Islam. Islam merangkumi semua aspek kegiatan manusia. Tindakan setiap Muslim selalu terikat pada bidang kuasa syariah. Semua bidang kegiatan Islam dapat dianggap ibadah jika dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT. Pada masa kini, gejala yang berkaitan dengan akidah sering kali didengari. Kewujudannya terus berkembang, merentasi waktu, tempat dan situasi, baik di zaman awal peradaban Islam mahupun di era ini. Mengingatkan persoalan ini dikaitkan rapat dengan agama, maka perhatian yang serius perlu diberikan kepadanya. Sekarang dapat dilihat bahawa dalam umat Islam, mula muncul fahaman-fahaman liberalisme, pluralisme, dan sekularisme yang dibawa oleh Barat, dan fahaman ini sangatlah berbeza dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Jika ajaran atau fahaman ini tidak segera dicegah, maka ia akan memberi kesan yang jelas pada masyarakat Islam saat ini dalam pelbagai masalah seperti akidah, akhlak, falsafah dan sebagainya.

Menurut J. Sudarminta, epistemologi bertujuan untuk mempelajari dan mencuba menemukan ciri-ciri umum dan hakiki pengetahuan manusia, seperti mengkaji andaian-andaian dan syaratsyarat logik yang menjadi dasar kemungkinan-kemungkinan pengetahuan, dan berusaha mengadakan pertanggungjawaban yang wajar atas kebenaran dan tujuannya. Pengalaman manusia mempertimbangkan dan menentukan nilai kognitif rasional dari pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri sendiri, lingkungan sosial dan lingkungan alam, serta menentukan benar dan salah menurut norma epistemik. 1

Menurut Musa Asy'arie, epistemologi adalah bidang falsafah yang membahas hakikat ilmu, dan ilmu sebagai suatu proses adalah cara yang sistematik dan metodik untuk menemukan prinsipprinsip kebenaran yang terkandung dalam subjek penelitian ilmiah. Menurut Dagobert D. Runes, epistemologi adalah bidang falsafah yang membahas tentang sumber, struktur, metode, dan pembuktian pengetahuan. Sementara Azyumardi Azra menambahkan bahawa epistemologi adalah “ilmu yang membahas tentang keaslian, pemahaman, struktur, metode, dan pembuktian ilmu”. Epistemologi Islam adalah bidang falsafah yang membahas tentang prinsip-prinsip pengetahuan, sumber-sumber pengetahuan, ciri-ciri pengetahuan, ukuran kesahihah/kebenaran pengetahuan, dan cara memperoleh pengetahuan berdasarkan perkembangan pemikiran Islam.

Tugas ini bertujuan untuk menganalisis fahaman sekularisme yang berlawanan dengan ilmu pengetahuan Islam serta implikasinya terhadap epistemologi Islam. Perbincangan ini terbagi kepada beberapa bahagian, iaitu pengenalan yang menerangkan secara ringkas tentang maksud fahaman sekularisme yang terkandung dalam agenda Barat, yang mana jelas bertentangan dengan Islam dan apa itu maksud epistemologi. Kemudian, sejarah sekularisme di Barat yang menerangkan bagaimana fahaman sekularisme tersebar ke dalam negara kita. Seterusnya, perbincangan ini turut menjelaskan tentang ancaman-ancaman fahaman sekularisme kepada umat Islam. Selain itu, konsep-konsep fahaman sekularisme mengikut ahli ilmuwan juga akan dibincangkan dalam tugasan ini. Akhir sekali, tugasan ini akan membincangkan tentang cara-cara menangani fahaman sekularisme dari terus tersebar dalam kalangan umat Islam di negara ini.

2

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN FAHAMAN SEKULARISME 2.1. SEJARAH SEKULARISME DI BARAT Fahaman sekularisme telah muncul di sekitar Eropah yang bermula di Itali pada abad pertengahan masihi. Perubahan terhadap perkembangan tamadun Eropah telah bermula melalui abad ini iaitu abad pertengahan masihi. Perkembangan tersebut telah banyak dinilai melalui pelbagai aspek termasuklah perubahan sikap terhadap nilai keagamaan masyarakat Eropah itu sendiri. Selain itu, beberapa orang cerdik pandai dan ahli falsafah Eropah pada masa itu telah meramalkan bahawa akan berlakunya perubahan ke atas pembaharuan semula ini. Francis Auguste Comte iaitu merupakan salah seorang ahli falsafah sosiologi abad pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu percambahan ilmu dan keruntuhan agama. Manakala seorang penyair German, Fredrich Nietzsche telah meramalkan bahawa di dunia Barat “Tuhan telah mati”. Ahli falsafah dan penyair serta pengarang barat amat yakin bahawa akan datangnya suatu peristiwa pembebasan dari tuhan dan agama serta perubahan suasana yang mendorong kepada penyelewengan agama yang menimbulkan kesan daripada sekularisme.

Disebabkan berlakunya perubahan ini, penganut agama Kristian tidak lagi dapat melarikan diri dari fahaman ini justeru mereka harus mencari jalan bagi menyesuaikan diri untuk memahami ideologi serta fahaman sekularisme yang sememangnya telah ada dalam kepercayaan kitab Injil itu sendiri. Detik inilah yang merupakan titik pertama lahirnya sekularisme.

3

2.2. SEJARAH SEKULARISME DI MALAYSIA Fahaman sekularisme mula berkembang di Malaysia setelah British memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemisahan tersebut telah melibatkan sultan atau raja yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana manakala pihak residen akan bertanggungjawab untuk mentadbir negeri. Dengan pelaksanaan tersebut, sultan atau raja telah kehilangan hak politik dan pemerintahan serta tidak lagi berkuasa untuk menangani usahausaha menanamkan fahaman sekularisme yang dibawa oleh British.

Apabila Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, dasar pemisahan di antara agama dan negara masih lagi diteruskan dan dikekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa, persoalan keagamaan akan diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri manakala persoalan pemerintahan akan diserahkan kepada wakil rakyat sama ada wakil tersebut beragama islam ataupun bukan islam. Akhirnya, Islam telah terpisah dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu.

Apabila fahaman sekularisme ini mula bertapak di Malaysia, pihak British mulai mengambil langkah untuk menguatkan lagi fahaman ini dengan melahirkan pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam melalui sistem pendidikan. Golongan yang telah terpesong kemudiannya mentadbir, merancang negara dan kemudiannya pemimpin tersebut akan menjadi kesinambungan untuk meneruskan dasar penjajahan tersebut.

4

3.0 KONSEP FAHAMAN SEKULARISME Sekularisme merupakan ideologi yang ditentang kerana bercanggah dengan agama islam. Dimana urusan keduniaan tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan dunia. Contohnya, urusan dari segi politik, pentadbiran dan undang undang mestilah tidak berkait dengan agama.

Sekularisme berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘secular’ yang bermaksud masa dan ruang ataupun tempat. Manakala ‘secularist’ bermaksud hubungan dengan sesuatu masa tertentu. Seterusnya, ‘speculum’ yang bermaksud pada waktu kini. Sekularisme ini juga merupakan fahaman yang menolak kepercayaan kepada Tuhan dan bebas melakukan sesuatu daripada kongkongan agama.

Dari segi Bahasa arab pula disebut sebagai ‘Al-La Diniyyah’ yang bermaksud tanpa agama atau ‘Al- Dunyyamiyah’ yang bermaksud keduniaan. Maksud dari perkataan tersebut adalah perkara yang tiada kaitan dengan agama atau hubungan dengan agama adalah berlawanan. Sesetengah golongan sekularisme juga menyatakan bahawa agama bertentangan dengan fitrah manusia dan tidak berkait dengan kehidupan. Golongan ini berpendapat bahawa alim ulama hanya dibenarkan untuk urusan berkaitan agama seperti di masjid dan bukanlah untuk urusan pentadbiran seperti politik.

Selain itu, terdapat juga konsep sekularisme menurut para ahli iaitu; i.

George Jacub Holyokae : Beliau menyatakan bahawa sekularisme ialah prinsip moral dan terlepas dari agama dan perkara ghaib

ii.

H.m Rasjidi: Beliau menyatakan tujuan sekularisme adalah memberi tafsiran kepada kehidupan manusia tanpa percaya kepada tuhan, kitab suci dan hari kiamat

iii.

Kristen Harvey Cox: Sekularisme menjadikan manusia bebas dari urusan agama dan metafizik.

iv.

Dr. Syamsuddin Arif: Sekularisme bermaksud pemikiran yang memisahkan agama dengan kehidupan duniawi. Agama juga hanyalah sebatas agama tidak boleh dicampur dengan urusan duniawi

5

v.

Prof. Dr. Syed Muhammad Najib: Pemikiran manusia dalam sekularisme terbahagi kepada 3 iaitu, pengesongan alam dari segi rohaniah, politik dan pengesongan agama dari kehidupan

Akhir sekali, antara ciri-ciri fahaman Sekularisme adalah segala urusan seperti pendidikan, pentadbiran, dan politik hendaklah tidak berpaksi dan berpisah daripada agama. Akhlak golongan Sekularisme ini tidak tetap dan mereka juga tidak mempercayai adanya Tuhan, hari kiamat dan kitab nabi. Golongan Sekularisme ini juga berpendapat bahawa agama ini tidak penting dan menolak konsep ibadah.

Rajah 1: Simbol sekularisme

6

4.0 ANCAMAN FAHAMAN SEKULARISME Sekularisme merupakan suatu ancaman yang amat menakutkan dan berbahaya terhadap umat Islam. Seperti yang kita tahu, sekularisme adalah satu ajaran yang memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen’ anil hayyah) dan menyebabkan bahawa penganut akidah ini berpendapat bahawa manusia berhak membuat peraturan hidupnya sendiri.

Seperti di Malaysia, ajaran sekularisme ini dapat dihubung kaitkan dengan pelbagai bahagian antaranya ialah bidang perundangan. Tanpa disedari, ajaran sekularisme ini telah menyelusup masuk oleh barat bermula daripada zaman penjajahan sehingga lah sekarang. Di Malaysia mengikut undang-undang yang dibawa oleh penjajah,agama tidak mempunyai sebarang pengaruh dan hubungan dalam pemerintahan sesebuah negara tetapi hanya digunakan dalam skop yang kecil iaitu hanya digunakan dalam hal-hal berkaitan kekeluargaan.

Rajah 2: Undang-Undang Malaysia (Akta 303)

Berbanding dengan perlembagaan beberapa negara seperti Mesir dan Arab Saudi, status Islam dalam perlembagaan tidak begitu kukuh. Sebagai contoh, Mesir mentakrifkan Islam sebagai agama negara dan menggunakan undang-undang Islam sebagai sumber asas perundangan, manakala Arab Saudi mewajibkan rajanya terikat dengan undang-undang dan perintah, dan undang-undang hanya boleh digunakan berdasarkan ajaran Al-Quran dan Hadis.

7

Dari bidang sosial pula, Sekularisme meletakkan hak yang sama di kalangan manusia. Berdasarkan ajaran ini, Sekularisme memberikan kebebasan kepada manusia untuk bergerak dan bebas dari sekatan. Ia memberikan kebebasan untuk berhubung sesama manusia dan menentukan cara hidup sendiri yang mereka suka sama ada dari segi akhlak, bentuk pergaulan dan lain tanpa mengikut hukum syarak. Kesannya, masyarakat terjerumus kepada kebinasaan. Barat percaya bahawa Islam adalah musuh dan penghalang kepada hak asasi manusia. Malah, Islam sangat mementingkan hak asasi manusia, meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya dan memasukkan mereka dalam kewajipan seperti pakaian agar kehidupan mereka terjamin dan membantu mereka bebas daripada pengaruh anasir buruk. . Pembelaan ini amat penting dalam Islam bagi melahirkan manusia yang mencapai tujuan syariat agama, menjaga kelangsungan hidup manusia, dan memelihara akhlak yang mulia.

Dari segi agama, sekularisme membolehkan manusia bebas memilih kepercayaan mereka. Dalam hal ini, masyarakat boleh menolak atau menukar mana-mana agama yang mereka kehendaki tanpa ada halangan. Kebebasan beragama ini merupakan penghinaan kepada agama Islam, dan ideologi ini menjadikan penyembahan tuhan dan pemilihan agama sebagai perkara yang boleh ditukar ganti. Kebebasan beragama seperti ini mesti ditentang kerana ia berkaitan dengan aqidah mukmin dan akan membawanya kepada kebinasaan dan kehinaan.

Dari bidang ekonomi pula,ajaran sekularisme ini dipengaruhi oleh sistem kapitalis. Seperti yang kita tahu, sistem kapitalis ini memberikan manusia hak kebebasan untuk memiliki harta mereka melalui perniagaan secara bebas tanpa halangan. Disebabkan ini, timbulnya perasaan mementingkan diri untuk mendapat keuntungan dan kebendaan dan secara tidak langsung tanpa segan silu, mereka sanggup menyeleweng penggunaan harta dan wang. Fahaman ini memberikan kesan buruk kepada orang ramai, di mana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

8

5.0 CARA MENANGANI FAHAMAN SEKULARISME Rakyat dinegara kita sedang dilanda dengan fahaman sekularisme, jadi sebagai seorang yang bertanggungjawab kita mestilah memandang isu ini sebagai satu isu yang penting dan tidak boleh diambil ringan. Jika perkara ini tidak dibendung dan dipandang serius oleh semua pihak dengan lebih awal, maka tidak mustahil golongan yang mempercayai fahaman sekularisme ini akan bertambah dari masa ke semasa. Oleh hal yang demikian, beberapa pendekatan harus diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi membendung fahaman ini daripada mempengaruhi orang ramai. Langkah pertama yang boleh diambil oleh individu itu sendiri ialah kita mestilah sentiasa mempunyai perasaan takut dengan azab Allah. Allah sangat murka terhadap hamba-Nya yang selalu melanggar perintahNya, jadi Allah akan menurunkan azab yang amat dahsyat yang tidak boleh dibayang oleh akal fikiran. Selain itu,kita boleh belajar mendalami ilmu agama dengan bersungguh-sungguh agar dapat membezakan mana yang benar dan salah. Ilmu agama perlu lah ada dalam diri seseorang agar iman dalam diri tidak mudah goyah dengan ancaman lain.Jadi, setiap orang perlulah mempelajari ilmu agama dengan saluran dan sumber yang betul agar tidak terpesong.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah menangani fahaman sekularisme melalui pendidikan, pihak institusi perlulah mengutamakan ilmu yang berteraskan Al-quran dan Assunnah yang sejajar dengan ajaran islam dalam sistem pendidikan agar para pelajar lebih memahami ilmu agama. Ilmu Al-quran dan As-sunnah ialah ilmu yang didasari dengan prinsip tauhid dan mengesakan Allah dan ajaran nya tidak pernah ditelan zaman sesuai digunakan oleh semua orang pada bila bila masa dan dimana sahaja. Seterusnya, ialah menitikberatkan elemen pendidikan Islam dalam sistem pendidikan dinegara kita. Hal ini kerana, elemen pendidikan Islam adalah menyeluruh kerana didalamnya terdapat ilmu berkaitan akhlak, tauhid, sirah dan lain lain yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup seseorang. Mengambil ajaran Islam sebagai contoh dalam membentuk negara serta membentuk pemikiran modernisasi dalam kalangan rakyatnya. Kesimpulannya, ilmu utama yang perlu adalah ilmu yang berkaitan Islam itu sendiri kerana Islam itu sudah mencakup segenap aspek kehidupan dari segi rohani dan jasmani.

9

Akhir sekali, ialah mengatasi melalui pihak kerajaan. Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam hal ini sebagai badan yang mengawal negara. Cara pertama ialah dengan menguatkuasakan undang- undang syariah, ini disebabkan undang- undang syariah lebih fokus dan khusus dalam hal ehwal berkaitan agama. Selain itu, ialah dengan mengenakan tindakan undangundang yang berat kepada individu yang disyaki melakukan penyebaran atau cubaan menghasut orang untuk mengikut ajaran sekularisme. Seterusnya, pihak kerajaan boleh mengawal media massa daripada menyebarkan filem,video yang drama yang mempunyai pengaruh sekularisme perlulah ditapis terlebih dahulu sebelum ditontonkan kepada masyarakat. Yang terakhir ialah pihak kerajaan kerap mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan agama. Pihak bertanggungjawab boleh menjemput para ilmuan dan tokoh- tokoh agamawan untuk memberi ceramah kepada masyarakat agar mereka lebih memahami Islam dengan lebih arif dan tidak terpesong.

10

6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, sekularisme merupakan ideologi yang dibawa oleh Barat yang memisahkan antara urusan keduniaan dengan keagamaan yang hanya memberikan kesenangan dan kebahagian di dunia semata-mata. Fahaman ini amatlah bertentangan dengan agama islam kerana fahaman ini menolak akan kewujudan Tuhan serta perintah yang telah...


Similar Free PDFs