(kumpulan 2) CTU555 perlembagaan PDF

Title (kumpulan 2) CTU555 perlembagaan
Course BACHELOR OF ACCOUNTANCY (HONOUR)
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 16
File Size 350 KB
File Type PDF
Total Downloads 103
Total Views 450

Summary

ASSIGNMENT REPORTSUBJEK : CTUFAKULTI : FAKULTI PERAKAUNANSEMESTER : 4NAMA NOMBORMATRIKKELASMUHAMMAD ZAMRI BIN PAREO 2018223094 JAC2204AMUHAMMAD AMMAR BIN MUSTAPHA 2018801256 JAC2204AMUHAMAD FARID ISKANDAR BINALIAS2018298028 JAC2204ADISEDIAKAN UNTUK : USTAZ SIDEK BIN ABDULLAHTARIKH : 15/5/1 PENGENALA...


Description

ASSIGNMENT REPORT

SUBJEK : CTU555 FAKULTI : FAKULTI PERAKAUNAN SEMESTER : 4 NAMA

NOMBOR MATRIK

KELAS

MUHAMMAD ZAMRI BIN PAREO

2018223094

JAC2204A

MUHAMMAD AMMAR BIN MUSTAPHA

2018801256

JAC2204A

MUHAMAD FARID ISKANDAR BIN ALIAS

2018298028

JAC2204A

DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ SIDEK BIN ABDULLAH TARIKH : 15/5/2020 1

1.0 PENGENALAN Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, serta peluang yang diberikan untuk kami mengkaji dengan lebih mendalam mengenai tugasan ini.

Pertamanya, kami ingin

mendedikasikan perasaan terima kasih kepada pensyarah kami, Ustaz Sidek Bin Abdullah kerana memberi kami peluang untuk kami membincangkan mengenai tajuk yang sangat menarik ini. Tajuk tugasan ini ialah Isu-isu Pelembagaan pada masa kini. Secara umumnya, Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. la telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. 1 Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran ataupun perdebatan. Sesuatu perlembagaan atau akta akan ditetapkan atau digubal apabila ia mendapat sokongan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat. Namun, isu-isu perlembagaan disini bermaksud apa-apa isu yang dibangkitkan beberapa tahun kebelakangan ini, yang juga dikaitkan dengan Perlembagaan Persekutuan. Isu-isu yang dipilih didalam perbincangan kami ini tidaklah semuanya salah atau bercanggah dengan undangundang, boleh sahaja ianya dikatakan salah oleh ramai pihak tetapi setelah diteliti ianya hanya sekadar tidak dijelaskan di dalam perlembagaan. Contohnya seperti isu sekolah vernakular, namun perkara ini perlulah dikaji kerana ianya membantutkan rencana identiti bangsa. Disni juga kami akan membincangkan mengenai punca-punca tercetusnya isu perlembagaan.

2

2.0 TULISAN JAWI Isu perlembagaan yang pertama ialah isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Terlebih dahulu, perlu diketahui Jawi merupakan satu tulisan dan warisan seni negara yang perlu dipelihara. Jawi juga merupakan tulisan yang telah digunakan dengan meluas sejak ratusan tahun lamanya untuk urusan perdagangan, persuratan Raja-raja Melayu, serta juga digunakan untuk surat diplomatik kepada negara asing seperti surat Raja Melaka kepada Maharaja Cina (Awang Sariyan, 2020) dan semestinya untuk urusan seharian penduduk di Kepulauan Melayu khususnya Tanah Melayu. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang telah berusia 800 tahun (UNESCO, 2009). Oleh itu, jelaslah tulisan Jawi ini tidak berkait dengan keagamaan secara umumnya. Berbalik kepada isu asal, Jawi dalam konteks isu perlembagaan disini merujuk kepada pembelajaran Jawi yang ingin diperkenalkan di sekolah rendah. Hal ini bukanlah satu isu yang sengaja ditimbulkan beberapa bulan yang lalu, tetapi ianya adalah rentetan daripada prosedur standard Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tulisan Jawi ini sebenarnya telah lama dilaksanakan sejak 2011 lagi, iaitu di dalam ‘Seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil’ untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi murid Tahun 1 (FAQ KPM, 2019). Selepas itu, diperkenalkan di dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun Lima untuk Sekolah Jenis Kebangsaan. Seterusnya disebabkan perubahan teknologi yang kian berkembang dan perkembangan arus globalisasi yang kian dinamik setiap beberapa tahun pastinya akan diadakan semakan terhadap sistem pendidikan. Maka, pada tahun 2015 telah dilakukan semakan terhadap KSSR bagi murid Tahun Empat. Jadi, hasil dapatan daripada semakan tersebut menyatakan keperluan untuk menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu (BM) dan identiti negara. Hasil semakan tersebut telah memangkin KPM untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan dan ini telah diterjemahkan didalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. KPM telah memutuskan untuk membuat ‘penulisan Jawi dengan pengenalan peribahasa dan sebutan dan visual’ pada awalnya. Setelah beberapa tahun isu ini bangkit semula, setelah diperdebatkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), pemimpin-pemimpin parti politik (Muhaimin Zaki, 2019) serta daripada ahli dewan undangan negeri (ADUN). Akhirnya, selepas perubahan keputusan beberapa kali oleh KPM, pada 14 Ogos Seni Tulisan Jawi ini telah 3

diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk dimasukkan ke dalam buku teks murid SJK Tahun 4 tetapi hanya sekadar 3 muka surat. Terdapat banyak juga penentangan yang dilakukan oleh beberapa pihak, baik sebelum penjelasan diberikan mahupun selepas keputusan Jemaah Menteri dikeluarkan. Antara contoh penentangan terhadap isu tulisan jawi ini ialah petisyen pembantahan pelaksanaan tulisan Jawi di SJK yang dilancarkan oleh Dong Zong. Walaupun petisyen ini kurang mendapat sambutan daripada orang ramai tetapi persatuan ini merupakan antara penentang kuat dalam isu ini. Selain itu, terdapat juga penentangan yang lebih bersifat perundangan, yang telah dilakukan oleh sebuah parti politik iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang telah menyaman Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan kerajaan Persekutuan diatas cubaan pelaksanaan tulisan Jawi. Tindakan berani terhadap sebuah badan kerajaan ini akhirnya juga mengalami kegagalan setelah mahkamah memutuskan Jawi termaktub di dalam perlembagaan dibawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Amarjit, 2019). Ketiga, turut dirancang untuk diadakan Kongres Membantah Jawi yang turut dianjurkan oleh Dong Zong. Tetapi kongres ini telah dibatalkan setelah mendapat perintah mahkamah bagi menjamin keharmonian antara kaum yang semakin tegang ketika itu. Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir juga memberi amaran supaya tidak dilaksanakan, jika tidak mahu melihat kemarahan orang Melayu. Akhir sekali, terdapat juga bantahan yang dilakukan oleh mereka yang mendakwa sebagai wakil kumpulan penyelidik dengan cara membuat Himpunan Bantah Tulisan Jawi. Himpunan ini dicadangkan diadakan di Kolej New Era, Kajang dan tanpa penggunaan plakad, sepanduk atau risalah. Maka benarlah tulisan Jawi merupakan satu seni warisan negara kita yang sepatutnya dipelihara semua warganya tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya juga merupakan warisan BM yang penting untuk dipelajari sejajar dengan kedudukan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan pensyarah kanan Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Dr Samsur Rijal Yahaya yang berkata tulisan Jawi melalui tulisan khat ialah satu cabang penulisan BM. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YADIM juga menyokong pengenalan tulisan Jawi dan berkata “proses silang budaya perlu terus disemarakkan kepada setiap anggota masyarakat dalam mempelajari serta menghormati budaya kaum lain”.

4

Akhir sekali, isu Jawi ini sepatutnya diterima baik oleh masyarakat kerana ia hanya sekadar 3 muka surat daripada 164 muka surat dari buku teks dan juga tidak dinilai di dalam peperiksaan. Jadi masyarakat seharusnya berterima kasih dan bersyukur kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dan ilmu-ilmu baru. Malah, Permaisuri Agung kita turut menyatakan Jawi satu tulisan yang unik di dalam cicipan baginda di Twitter. Isu yang berbangkit ini, tidaklah semuanya negatif kerana daripada isu ini sebenarnya telah menyatupadukan bangsa Melayu itu sendiri sehingga bangkit semula kempen Buy Muslim First (BMF) yang telah meningkatkan ekonomi Melayu secara mendadak.

3.0 HAK MENGUNDI Perlembagaan telah menetapkan syarat hak kelayakan mengundi di bawah umur 21 tahun ke atas yang termaktub di bawah Rang Undang-Undang perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, golongan tersebut perlulah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan berdasarkan perlembagaan bagi memilih tampuk pimpinan negara yang bakal membangunkan negara sejajar dengan negara maju seperti Jepun, China dan sebagainya. Sistem Pilihan Raya telah dijalankan di PRU-1 pada tahun 1959 dan berlangsung hingga kini PRU-14 tahun 2018. Namun pada tahun 2019 syarat mengundi telah ditukar kepada had umur mengundi 18 tahun ke atas samasa bawah pimpinan Perdana Menteri yang ke-7 Tun Dr Mahathir yang disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Namun, terdapat juga sekatan hak mengundi kepada rakyat Malaysia di bawah perkara 119(3)(a) dan (b) iaitu dua kategori wargananegara yang hilang hak kelayakan untuk mendafatar dan mengundi iaitu pada tarikh kelayakan, dia ditahan sebagai seorang yang tidak siuman atau menjalani hukuman penjara. Kedua, sebelum tarikh kelayakan dia disabit kesalahan mahkamah dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara selama melebihi tempoh 12 bulan dan masih lagi tanggung hukuman kesalahan itu.

5

Sebelum tahun 1970-an had syarat mengundi di seluruh negara demokrasi seperti Denmark, New Zealand, Sweaden yang telah melaksanakan syarat mengundi 21 tahun keatas telah mengambil langkah untuk menurunkan had umur kepada 18 tahun bermula selepas 1970an. Oleh itu, negara yang baru terdedah dan mengambil inisiatif ini adalah Malaysia dan Singapura. Namun bagi menjayakan matlamat ini terdapat pelbagai masalah yang dihadapi. Antaranya, mengikut statistik pada tahun 2018 terdapat 30 juta penduduk rakyat Malaysia dan 14.9 juta layak mengundi tetapi 20 peratus tidak mendaftar sebagai pengundi. Golongan muda yang telah mncapai umur 21 adalah penyumbang besar tidak mengambil berat dalam hal ini. Ini, kerana golongan tersebut terlalu sibuk mengejar karier, focus belajar dan lebih berhibur berbanding mengambil berat terhadap isu-isu negara. Oleh itu, tindakan sewajarnya Malaysia mentapkan kewajipan kepada golongan yang cukup syarat mengundi dan tindakan sewajarnya sekiranya tidak melaksanakan. Kesimpulannya, Selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan dan 14 kali PRU, sampai masanya dasar had kelayakan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, sekali gus meletakkan Malaysia pada tahap sama dengan amalan semua negara demokrasi maju dan negara lain. Syarat umur 18 tahun dalam banyak perkara ialah dasar sebagai syarat yang ditetapkan mengikut pelbagai perundangan lain yang berkuat kuasa di negara ini. Belia 18 tahun telah tamat persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk masuk ke alam pekerjaan. Bagi warganegara yang tidak memilih untuk menyambung pelajaran ke kolej dan universiti, selepas tamat persekolahan terus mencari pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan. Mereka ini sudah matang dan boleh mendirikan rumah tangga, sewajarnya diberi hak mengundi untuk memilih wakil dan menentukan kerajaan.

4.0 SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR Sistem pendidikan vernakular adalah pengasingan sekolah kebangsaan daripada satu aliran samada sekolah kebangsaan melayu, cina dan india. Sistem ini telah ditubuhkan ketika zaman

penjajahan British. Sistem sekolah vernakular sering menjadi kontroversi, kerana

dikatakan menjadi punca utama penyebab ideologi pembangunan nasional yang cuba dibangunkan pemimpin kita sekian lama sejak merdeka – gagal dipenuhi. Ini kerana sekolah 6

vernakular selain dari pengasingan pelajar ke bebrapa aliran serta penggunaan buku dan sukatan pembelajaran juga dibawa oleh negara masing-masing. Ini telah membawa pelajar kepada corak ideologi yang berbeza-beza serta menanam sikap tiada toleransi antara satu sama lain dalam hal berkaitan bangsa dan agama. Sistem ini juga menyebabkan ramai daripada berlainan bangsa sukar untuk menguasai bahasa kebangsaan kerana lebih mengutamakan bahasa ibunda masingmasing. Tambahan lagi, penubuhan sekolah kebangsaan bukannya tuntutan dalam perlembagaan negara tetapi hanya ihsan dari kerajaan. Oleh itu, terdapat beberapa kekangan yang dilakukan bagi mewujudkan sistem pendidikan satu aliran. Antaranya, sekolah vernakular tidak termaktub dalam akta 152 iaitu dibawah perlembagaan persekutuan, maka tidak dikatakan salah menubuhkan sistem pendidikan tersebut di negara Malaysia. Kaum lain juga beraggapan sekiranya baik kepada bangsa melayu maka buruk kepada cina dan india, maka fahaman ini juga menyebabkan sukar untuk mewujudkan semangat kesepaduan antara kaum. Dong Jiong Zong merupakan persatuan cina atau lebih lagi Jiong Zong persatuan guru-guru cina yang bersungguh-sungguh mempertahankan pendidkan vernakular kerana khuwatir warisan dan budaya yang dibawa dari negara mereka dilupakan. Seterusnya, dibawah Penyata Tun Razak dalam Akta Pendidkan 1961 bahawa kuasa pendidikan diberikan sepenuhya oleh menteri pendidikan untuk membubarkan sekolah vernakular tetapi telah dipinda oleh Perdana Menteri ke-6 Dato Sri Najib kepada akta 1996 iaitu menteri pendidikan tiada kuasa sepenuhnya untuk sistem pendidkan dan hanya boleh memantau. Lanjutan itu, hasrat bagi mewujudkan sekolah satu aliran musnah hasil daripada penggubalan penyata tersebut. Kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada perpaduan dan semangat kecintaan kerana tanpa kedua-duanya sukar bagi sesebuah negara mencapai kemajuan yang diidamkan. Sebab perlu tertubuhnya sekolah satu aliran adalah untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam penyata Razak akta 96 perenggan 11 agar dapat membentuk jati diri rakyat Malayasia tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai komponen yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di Malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Seterusnya, penubuhan sistem satu aliran akan 7

menyediakan satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Kesimpulan, sekalah satu aliran bukanlah satu pilihan yang tepat bagi menyatukan perpaduan kerana terdapat jugak impak positif mahupun negatif. Antara kesan positif kewujudan sekolah satu aliran ialah dapat menyemai dan memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar, membuka ruang masa dan tempat untuk saling mengenali dan memahami etika kemanusiaan tersendiri dan dapat perpaduan nasional dapat dicapai melalui sistem pendidikan satu aliran yang sistematik. Kesan negatif pula kewujudan sekolah satu aliran ialah masalah pertukaran agama kerana sekolah satu aliran terdiri daripada pelajar yang berlainan agama. Masalah ini mungkin berlaku kepada pasangan yang berlainan agama. Terutama kepada pelajar perempuan yang beragama Islam. Jika masalah ini tidak dibendung dari awal mungkin akan menjatuhkan imej penganut agama Islam. Penghapusan etnik dan budaya yang memungkinkan kelab kebudayaan dari sekolah Cina ataupun Tamil sebelum ini akan dihadkan apabila sekolah dan kaum telah bergabung kerana mereka terpaksa mencantumkan kebudayaan antara tiga kaum menjadi satu. Oleh itu, kerajaan perlu memikirkan mekanisme yang sesuai untuk membantu dalam pendidikan yang termaktub dalam akta 152.

5.0 International Convention on The Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) Seterusnya isu pengratifikasian International Convention on The Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) di Malaysia. ICERD atau Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Antara Kaum adalah sama seperti konvesyenkonvensyen antarabangsa lain yang telah diratifikasi oleh kerajaan tetapi konvensyen kali ini diperdebatkan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. ICERD ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi kaum yang sering berlaku sekitar tahun 1960an (Talib & Ishak, 2019) dan juga untuk menggalakkan kesefahaman 8

antara masayarakat. Juga dikatakan konvesyen ini juga mengharamkan “hate speech” atau ucapan kebencian terhadap sesuatu bangsa. ICERD ini telah dikuatkuasakan pada 4 Januari 1969, setelah lebih setahun proses melengkapkan Draf ICERD sejak 1963 sehinga pertengahan 1964. Negara-negara yang meratifikasi ICERD ini juga akan dipantau oleh Commitee on the Elimination of Racial Discrimination, dimana ahli-ahlinya dipilih melalui undian rahsia dengan mencalonkan salah seorang warga oleh negara warga tersebut kepada Jawatankuasa (ICERD Artikel 8). Seterusnya, sesiapa atau apa sahaja yang cuba membangkitkan sensitiviti sesuatu kaum pastinya akan menerima tentangan dan kecaman. ICERD juga begitu, ianya telah mendapat tentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, antaranya ialah daripada para peguam. Seramai 120 orang peguam talah memberikan khidmat kepada demo anti-ICERD untuk perhimpunan membantah ratifikasi ICERD di Kuala Lumpur. Pensyarah undang-undang dan penyelidik seperti Dr Shamrahayu, majoriti NGO Islam juga antara yang menentang konvensyen ini. Masyarakat juga tidak terkecuali menyatakan bantahan seperti menandatangani petisyen bantahan ICERD dan turut mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 8 Disember 2018. Perhimpunan besarbesaran itu telah diadakan di tiga lokasi berbeza sebelum berarak ke hadapan Dataran Merdeka dan disertai kira-kira 500,000 peserta. Parti-parti politik juga bersatu hati dalam isu ini, setelah Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) juga telah menyatakan bantahan jika ICERD menjejaskan perlembagaan. Oleh itu, pihak-pihak yang menentang ini telah memberikan pelbagai sebab untuk menentang usul meratifikasi ICERD ini. Sebab yang pertama adalah daripada pensyarah undangundang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Shamrahayu yang mengatakan “Artikel 1(4) ICERD bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (PP)”. Beliau mengatakan ICERD secara dasarnya membenarkan Akta 153 PP tetapi setelah tercapainya tujuan akta itu, ianya perlu dihapuskan. Perkara ini sebenarnya bercanggah kerana di dalam PP tidak menyatakan tempoh masa untuk akta itu digunapakai. ICERD juga bercanggah dengan Perkara 89 Tanah Rizab Melayu, dengan sebab yang sama juga hal ini tidak menenetapkan tempoh masa kerana hal ini berkaitan dengan hak istimewa pihak kaum asal Tanah Persekutuan. Turut bercanggah ialah Perkara 11 iaitu sekatan penyebaran agama kepada orang Islam. Selain itu, ICERD juga boleh menjadi risiko terhadap undang-undang negara, dimana undang-undang 9

negara terpaksa berdepan pindaan atau dipertikaikan ( Dr Fathi, 2018). Akhir sekali, ICERD tidak selari dengan Perkara 8 yang mengehadkan Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu (Dr M. Fathi Yusof). Dan hal ini tidak boleh diubah serta antara penghalang pelaksanaan ICERD. Kesimpulan yang boleh dibuat disini, ICERD secara zahirnya mempunyai tujuan yang baik yang sememangnya perlu diamalkan. Tetapi objektif dan realiti sebenar ratifikasi ini tidaklah selari dengan maksud asal penciptaan perjanjian ini. Hal ini dapat dilihat dengan jelas daripada tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel yang membunuh warga Palestin di kem pelarian Syattila, walaupun mereka telah meratifikasi ICERD. Juga ditunjukkan oleh China yang menindas rakyatnya di Uighur seperti menangkap Muslim Uighur dan menahanya di kem-kem tahanan mereka. Hal yang sama juga berlaku di India, selepas pelantikan Perdana Menteri India (Narendra Modi), tindakan-tindakan radikal terhadap Muslim India semakin memuncak, termasuk rusuhan kaum, pembunuhan serta kes rogol oleh pelampau Hindu di New Delhi dan Kashmir (Astro Awani, 2020). Akhir kata, ICERD bukanlah satu penyelesaian yang konkrit untuk menghapuskan diskriminasi kaum. ICERD ini juga ditolak bukanlah kerana keistimewaan Bumiputera itu sendiri tetapi lebih disebabkan oleh persetujuan pemimpin kaum bukan Bumiputera suatu ketika dahulu untuk mendapatkan kelonggaran syarat kewarganegaraan. Bagi Malaysia pula, kita telah berjaya mengekalkan keharmonian dan hormat-menghormati antara kaum walaupun tanpa ICERD. Hal ini me...


Similar Free PDFs