Assignment ctu akidah PDF

Title Assignment ctu akidah
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 9
File Size 162.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 103
Total Views 386

Summary

CTU 152PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ITAJUK KERTAS KERJA :KEPENTINGAN AKIDAH , SYARIAH DAN AKHLAKSEBAGAI ASAS PERADABAN ISLAMGROUP : Mac1102bMEMBER :Farhanie Zulaikha Binti Ridzuan (2020836074)Ainul Mardhiah Binti Shamsuzaili (2020860928)Nursyazwani Syafiqah Binti Mohd Jafri (2020473028)Nurul Hazw...


Description

CTU 152 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN I

TAJUK KERTAS KERJA : KEPENTINGAN AKIDAH , SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI ASAS PERADABAN ISLAM

GROUP

: Mac1102b

MEMBER : Farhanie Zulaikha Binti Ridzuan (2020836074) Ainul Mardhiah Binti Shamsuzaili (2020860928) Nursyazwani Syafiqah Binti Mohd Jafri (2020473028) Nurul Hazwani Binti Husni (2020627376) Nur Nadia Nadhirah Binti Mohamed Azami (2020475454) Nur Siti Fathimah Binti Ahmad Shamsul (2020870946)

LECTURER : Puan Mariam Farhana Binti Md Nasir

KEPENTINGAN AKIDAH , SYARIAH DAN AKHLAK SEBAGAI ASAS PERADABAN ISLAM

i)

AKIDAH

Akidah dari segi bahasa berasal daripada kata kerja “Aqada” yang bermaksud simpul atau ikat. Manakala dari segi istilah pula akidah adalah Suatu perkara yang dibenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang syak, keraguan sekaligus memberikan ketenangan pada jiwa . akidah islam bersumberkan al-quran dan as-sunnah . Akidah islamiah menerangkan konsep rukun iman iaitu beriman kepada Allah SWT , malaikat – malaikatnya , kitab – kitabnya , rasul rasulnya , hari kiamat dan Qada’ dan Qadar daripada Allah SWT. Selain itu , sebagai muslim kita mestilah yakin dengan perkara – perkara sam’iyyat seperti adanya syurga , neraka , titian sirat walaupun kita tidak nampak . hal ini kerana keyakinan itu adalah akidah kita . Akidah ialah perkara asas paling utama dalam islam . ia merupakan keimanan dan keyakinan bagi seseorang muslim yang tetap terikat kukuh dalam hati dan tidak mungkin terlerai akibat paksaan manusia melainkan dengan izin Allah . jika akidah seseorang itu terpesong maka rosaklah pengangan islam seseorang itu . Tiga belas tahun semasa Nabi Muhammad SAW di Mekah merupakan zaman pembentukkan akidah .Hasilnya , sahabat-sahabat Rasulullah SAW memiliki akidah yang teguh dan yakin terhadap islam dan sentiasa menunggu perintah daripada RasulNYA . Akidah merupakan elemen yang paling penting dalam keimanan seseorang . Iman seseorang tidak akan diterima jika ia hanya mempercayaai sebahagian dan mengingkari sebahagian yang lain . sebagai contoh , orang yang mengingkari adanya para rasul , maka keimananya kepada perkara-perkara lain turut terbatal . kita wajib untuk percaya terhadap kewujudan , keEsaan dan kekuasaan Allah SWT.

Apabila kita telah memahami konsep akidah , kita akan nampak apa kepentingan akidah dan betapa pentingnya ia dalam kehidupan seorang muslim .Antara kepentingan akidah dalam kehidupan muslim ialah mendapat keimanan dan keyakinan yang teguh tentang kewujudan Allah SWT . kita haruslah yakin dan faham dengan segala apa yang berkaitan dengan penciptanya iaitu Allah sama ada meliputi sifat-sifat Allah , kekekuasaan Allah , janji – janji Allah dan sebagainya . di samping itu , mereka juga akan lebih menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadat kepada Allah SWT yang maha berkuasa . Selain itu , akidah yang betul penting sebagai benteng atau pendinding daripada segala perkara yang merosakkan akidah dalam diri seorang muslim . ia merupakan benteng yang kukuh untuk memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik.. ia juga dapat menghalang segala anasir anasir jahat , perasaan syak dan ragu-ragu serta segala bentuk penyelewengan. Riya juga merupakan salah satu perbuatan syirik yakni syirik yang tersembunyi, jika akidah seseorang itu tidak betul . maka semua amalan yang dilakukannya menjadi sia – sia sahaja. Oleh itu , kita haruslah sentiasa berhati – hati dalam setiap perbuatan kita supaya tidak terjebak dalam perkara – perkara yang bercanggah dengan ajaran islam . hal ini boleh membawa kepada dosa besar dan masuk ke dalam neraka . Kepentingan akidah yang seterusnya ialah untuk mendapat rahmat Allah dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (Surah An-Nahl; 97) orang yang berbuat baik akan mendapat rahmat Allah SWT. Kasih sayang yang diberikan kepada hambaNYA boleh menjadi tiket masuk ke syurga . kita haruslah memelihara dan menegakkan akidah dan syariat islam . sebagai seseorang muslim , haruslah meyakini diri kita adalah hamba kepada Allah SWT . kita haruslah menjauhi daripada terlibat dengan anasir-anasir jahat dan penyelewengan serta kesesatan .Untuk mendapatkan rahmat Allah SWT kita perlu mentaati perintah Allah SWT dan Rasulnya serta takut melanggar perintah Allah SWT.doa adalah senjata orang mukmin , tiang kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi . maka banyakkanlah berdoa agar aqidah islam tetap kukuh.

Kesimpulannya , tidak dapat disangkal lagi bahawa akidah ini sangatlah penting dalam kehidupan seorang muslim supaya terhindar daripada perkara – perkara yang sesat , mendapat keimanan dan keyakinan yang teguh tentang kewujudan Allah SWT, dan diberikan ganjaran syurga kerana amalan baik yang dilakukan nya .

KEPENTINGAN SYARIAH SEBAGAI ASAS PERADABAN ISLAM

http://ctu101-bab3.blogspot.com/2013/08/bab-tiga.html http://zairimin86.blogspot.com/p/blog-page_15.html

PENGENALAN

Syariah mempunyai beberapa istilah yang dikenali dan sering disebut oleh umat Islam iaitu Syariah Islam dan Hukum Fiqh Islam. Perkataan syariah dari segi bahasa ialah jalan, peraturan atau undang-undang syarak. Manakala, Syariah dari segi istilah ialah undangundang Allah SWT yang diturunkan kepada manusia meliputi semua aspek Akidah (kepercayaan), Syariah (perundangan), dan segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia (muamalah) berdasarkan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Antara hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah SWT ialah Wajib, Sunat, Makruh, Harus dan Haram.

Seterusnya, menurut ahli Fiqh, Syariah membawa maksud hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk hambanya melalui RasulNya supaya mereka dapat mentaati segala suruhan dan menjauhi larangan yang terkandung dalam syariat Allah SWT dengan sempurna. Syariah juga disamakan dengan tempat atau sumber air kerana ianya menjadi makanan kepada jiwa seperti air yang menjadi sumber untuk menghidupkan badan manusia. Disamping itu, syariah juga dimaksudkan sebagai semua ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang bersumber wahyu daripada Allah SWT, menurut Imam Abu Hanifah.

Terdapat perkataan- perkataan lain yang berkait rapat dengan perkataan Syariah antaranya ialah, Fiqh. Perkataan Syariah ini diturunkan oleh Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah SWT dalam Surah Al- Jathiah: 18. Terjemahannya ialah, kesudahnnya Kami menjadikan Engkau ( Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat ( yang cukup lengkap) dari hukum- hukum agama, maka turutilah syariat itu, dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu orang- orang yang tidak menegtahui (perkara yang Benar).

Tujuan Syariah Islam diperkenalkan adalah untuk memperbetulkan Akidah manusia serta penyelewengan hawa nafsu yang berlaku dalam golongan yang tidak mahu mentaati perintah Allah SWT. Disamping itu, untuk membebaskan manusia daripada sebarang

kezaliman serta penindasan. Misalnya, keadilan yang berlaku dalam pengagihan harta pusaka dan wasiat setelah seseorang itu meninggal dunia. Hal demikian adalah untuk menjaga kebajikan umat manusia serta bagi menegakkan keadilan dalam kehidupan manusia.

Secara keseluruhan, Syariah merupakan asas perundangan yang paling utama dalam kehidupan umat Islam. Syariah Islam merupakan satu kaedah atau cara untuk mendisiplinkan perjalanan hidup seorang Muslim berdasarkan wahyu Allah SWT. Selain itu juga, Syariah menjadi panduan dalam mengatur hubungan manusia sesama manusia dalam perkara muamalah dan menjelaskan dengan lebih terang kepada Muslim tentang suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

KEPENTINGAN SYARIAH DALAM PERADABAN MANUSIA

1. Untuk mendidik manusia

Dalam kehidupan manusia terutama umat Islam yang berada dalam zaman moden ini, mereka banyak terdedah kepada pelbagai ujian dan cubaan. Syariah Islam atau hukum Fiqh Islam diturunkan adalah untuk membantu serta memberi petunjuk kepada manusia untuk melakukan perkara berdasarkan perintah Allah SWT terhadap hamba- hambanya. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al- Kahfi:7 iaitu, Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi-Nya kerana kami hendak menguji, siapakah di antaranya Yang lebih baik amalnya. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT menurunkan ujian kepada hambaNya untuk mendidik hambaNya supaya mendekatkan diri terhadap Allah SWT

Sebagai contoh, ujian yang sering dihadapi oleh manusia ialah ujian kekayaan, kekuasaan serta harta benda yang dimiliki oleh mereka.Allah SWT mengurniakan nikmat harta dan kekayaan untuk menguji hambaNya sama ada manusia leka dengan nikmat atau mereka bersyukur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Manusia yang sedar akan tanggungjawab dirinya akan menggunakan harta kekayaan tersebut ke arah kebaikan contohnya dengan membayar zakat serta bersedekah. Manakala, bagi manusia yang leka, mereka akan menggunakan harta tersebut untuk perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan keburukan.

2. Menjadi penegak keadilan

Umum mengetahui, Syariah Islam merupakan undang- undang yang diturunkan daripada Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW berdasarkan wahyu. Syariah Islam disyariatkan adalah untuk memelihara hak asasi bagi setiap lapisan masyarakat. Hal demikian kerana, berlaku adil dalam kehidupan seharian ada disebut di dalam Surah Al- Hadid: 25. Terjemahannya ialah Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul- rasul Kami dengan membawa Bukti- bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersamasama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalan keadilan dan Kami telah menciptakan besi Dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang Handal serta berfaedah bagi manusia. (dijadikan besi Dengan keadaan yang sedemikian, supaya manusia menggunakan faedah- faedah itu dalam kehidupan mereka seharihari) dan supaya ternyata pengetahuanAllah tentang orang Yang menegak dan

mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul- rasulnya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya), sesungguhnya Allah maha Kuat lagi Maha Kuasa

Berdasarkan ayat tersebut, sifat adil dalam menentukan sesuatu hukum adalah penting bagi setiap manusia di dunia ini. Hukum Fiqh Islam yang diturunkan adalah wajib untuk ditaati oleh umat Islam. Misalnya hukum Hudud dijatuhkan terhadap golongan yang telah mencuri harta oran lain. Pencuri akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Selain itu, harta pusaka bagi ahli keluarga orang yang sudah meninggal dunia akan diagihkan secara adil. Pengagihan harta secara adil dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim antara keluarga kerana tidak berlakunya sebarang pertelingkahan atau perebutan harta sesama ahli keluarga.

3. Menjamin kehormatan, keturunan dan maruah diri

Selain mendidik manusia dan dapat menegakkan keadilan, kepentingan Syariah Islam dalam peradaban manusia ialah untuk menjaga kehormatan dan maruah diri serta keturunan dalam keluarga. Setiap individu wajib memelihara diri daripada perkara yang boleh membawa kepada fitnah. Misalnya, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjaga maruah diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Hal demikian kerana aurat merupakan suatu aib yang wajib ditutup baik lelaki mahupun perempuan. Bagi perempuan, aurat mereka ialah satu tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Manakala bagi lelaki ialah antara pusat hingga paras lutut. Allah ada berfirman dalam Surah Al- Isra: 23, Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji, Dan suatu jalan yang buruk. Seorang Muslim yang soleh hendaklah menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka gagal untuk menjaganya, hal demikian akan memudahkan serta menggalakkan diri mereka untuk melakukan zina.

Disamping itu,Islam menekankan umatnya untuk mematuhi Syariat Allah SWT adalah untuk memelihara maruah dan keturunan mereka. Sekiranya berlaku kes gejala sosial yang tidak terkawal, hal ini akan meningkatkan bilangan anak luar nikah. Oleh disebabkan itu, keturunan mereka serta maruah diri akan tercalar kerana telah melakukan sesuatu yang tercela dan buruk dimata masyarakat. Hukum Islam diturunkan adalah untuk memelihara manusia daripada sebarang perkara yang boleh merosakkan diri sendiri atau masyarakat lain....


Similar Free PDFs