Assignment CTU Artikel PDF

Title Assignment CTU Artikel
Author Jiji Yusoff
Course Pemikiran dan tamadun islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 33
File Size 557 KB
File Type PDF
Total Downloads 197
Total Views 412

Summary

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAANUNIVERSITI TEKNOLOGI MARACTU 152 (KBA1192C)Tajuk : PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI KONSEP TAZKIYAH AL- NAFS Disediakan oleh :NUR NABILAH BINTI ABD RAHIM 2020990721 NURUL ATIRAH BINTI ZAINI 2020950301 NURUL NAJIHAH BINTI MOHD YUSOFF2020950661MAISARAH BINTI ABD KADIR 20209...


Description

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CTU 152 (KBA1192C) Tajuk : PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI KONSEP TAZKIYAH ALNAFS Disediakan oleh :

NUR NABILAH BINTI ABD RAHIM NURUL ATIRAH BINTI ZAINI NURUL NAJIHAH BINTI MOHD YUSOFF MAISARAH BINTI ABD KADIR

Disediakan untuk : USTAZ HUD SABRI

2020990721 2020950301 2020950661 2020990353

PENGESAHAN PENSYARAH PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI KONSEP TAZKIYAH ALNAFS DISEDIAKAN OLEH:

NUR NABILAH BINTI ABD RAHIM

2020990721

NURUL ATIRAH BINTI ZAINI

2020950301

NURUL NAJIHAH BINTI MOHD YUSOFF

2020950661

MAISARAH BINTI ABD KADIR

2020990353

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU152, iaitu Nilai dan Ketamadunan. Kursus ini wajib diambil oleh pelajar Diploma semester 2, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau cuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan situasi yang sepatunya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti. Disahkan oleh:

----------------------------------Ustaz Hud Bin Sabri Pensyarah Penilai CTU152

December 2020

1.0

PENGENALAN. Berbicara mengenai insan bererti kita sedang berbicara mengenai diri kita sendiri

sebagai makhluk yang paling unik di muka bumi ini. Manusia ataupun di dalam Bahasa Arab dikenali sebagai insan merupakan makhluk sebaik-baik kejadian yang dicipta Allah SWT berbanding dengan yang lain seperti malaikat, haiwan dan tumbuhan kerana dikurniakan akal, roh dan jasad (Rahimi Md Saad & Abdul Muhsien Sulaiman, 2010). Darjat insan juga diangkat lebih tinggi daripada haiwan dan tumbuhan. Islam memandang insan sebagai hamba kepada Pencipta dan bukannya terbit daripada evolusi alam. Di dalam kitab suci al-Quran, Allah SWT menggunakan tujuh istilah yang menerangkan konsep insan iaitu al- basyar, al-insan, al-nas, bani Adam, al-ins, abd Allah, khalifah Allah (Abdul Wahid Thahir, t.t.) .

Perkataan al-basyar disebut 36 kali dalam bentuk mufrad (tunggal) dan hanya sekali di sebut dalam bentuk muthanna (berdua) atau jamak (banyak). Maksud albasyar adalah manusia keturunan nabi Adam AS yang merupakan makhluk fizik yang suka makan dan minum. Sebagai makhluk fizik, insan tidak jauh berbeza dengan makhluk biologi yang lain. Kehidapan insan terikat dengan kaedah prinsip kehidupan seperti berkembang membiak. Di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan tentang proses dan fasa perkembangan insan sebagai makhluk biologi di dalam surah alMukminun ayat 12-14 dan pada ayat ke 15 dan 16 menjelaskan bahawa insan juga akan mati dan dibangkitkan kembali pada hari kiamat.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih (zigot) pada tempat penetapan yang kukuh (rahim). Kemudian Kami ciptakan air benih itu itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balutkan tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah , sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu setelah itu akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari qiamat.” (Al-mukminun, 23 : 12-16) 1

Menurut Quraish Shibab, insan dinamai al-basyar kerana kulitnya tampak jelas dan berbeza dengan kulit haiwan yang lain. Insan dikatakan makhluk fizik dalam konsep al-basyar kerana insan akan berubah dari menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja, belia seterusnya menjadi tua dan lemah dan akhirnya meninggal dunia mengikut peredaran. Sebagai makhluk biologi, insan berupaya memenuhi tuntutan Penciptanya yakni dalam memenuhi melakukan ibadah dan menjalankan fungsi mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga dan lain-lain. Al-insan bermaksud melihat, mengetahui dan meminta izin (Abdul Wahid Thahir, t.t.). Istilah ini menunjukkan bahawa insan memiliki kemampuan untuk memerhati dan berfikir berbandng dengan makhluk lain. Insan mampu untuk mengambil iktibar daripada apa yang dilihat, mengetahui yang benar dan salah serta dapat meminta izin untuk menggunakan sesuatu yang bukan miliknya.

Insan merupakan mahkluk yang dapat didik, memiliki potensi yang dapat digunakan untuk mengembangkan ilmunya. Insan menurut konsep ini dapat berpotensi untuk menjadi kreatif dan inovasi Al-nas memberi fungsi kepada insan sebagai makhluk sosial yang tidak dapat hidup dengan dirinya sendiri. Al-nas juga dikenali sebagai makhluk yang pelupa. Oleh itu, insan harus menjaga hubungan baik sesama mereka. Dari awal penciptaan manusia, nabi Adam AS dipasangkan dengan Hawa AS menunjukkan insan harus bersaudara dan saling membantu. Secara sederhana, Allah SWT telah menegaskan fungsi manusia dalam konsep al-nas adalah untuk hidup bersaudara dan tidak berkelahi. Insan secara keseluruhan digelar sebagai Bani Adam kerana berasal daripada keturunan nabi Adam AS. Sebayak tujuh kali istilah Bani Adam disebut didalam al-Quran.

Terdapat tiga aspek yang merujuk kepada konsep Bani Adam menurut Thabathaba'i dalam Samsul Nizar. Pertama adalah anjuran untuk berbudaya sesuai dengan ketentuan Allah seperti berpakaian menutup aurat. Kedua, mengingatkan kepada keturunan Adam agar tidak terjerumus kepada kemungkaran. Ketiga, memanafaatkan segala isi bumi dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Insan juga dikenali sebagai al-ins. Al-ins bermaksud tidak liar atau tidak biadap. Al-ins disebut sebanyak 18 kali di dalam al-Quran. Quraish Shabab mengatakan bahawa alins berbeza dengan makhluk al-jin kerana al-ins dapat dilihat oleh pancaindera manakala al-jin tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

2

Tidak Allah SWT ciptakan insan di dunia kecuali untuk beribadah kepada-Nya. Dalam surah al-Zariyat ayat 56, Allah berfirman tentang antara sebab kenapa insan dicipta iaitu untuk mengesakan-Nya. Ibadah merupakan asas penting dalam kehidupan insan kerana ia sebenarnya menjadi kayu ukur untuk menilai insan. Oleh yang demikian, insan juga disebut sebagai abd Allah iaitu hamba Allah. Insan juga dikatakan sebagai khalifah Allah SWT. Insan telah dicipta oleh Allah SWT sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 30. Maksud khalifah adalah pengurus yang dapat mengurus serta memakmurkan apa yang ada di muka bumi termasuk tumbuh-tumbuhan, lautan mahupun haiwan. Insan wajib memanfaatkan segala apa yang ada di atas bumi dalam menjalankan tugasnya sebagai pengurus untuk mendapatkan kehidupan dengan lebih baik. Allah SWT menganugerahkan

kepandaian

akal

serta

pancaindera

sebagai

alat

dalam

melaksanakan tanggungjawab tersebut.Insan wajib mengguna akal serta pancaindera untuk meneliti dan berfikir semasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah.

Kesimpulannya, terdapat tujuh istilah yang disebut oleh Allah SWT di dalam alQuran mengenai konsep insan. Jika konsep-konsep ini dapat dilaksanakan baik oleh insan terutamanya dalam pengurusan, fungsi insan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa membawa kemurkaan kepada Allah. Sewajibnya, sebagai makhluk ciptaan Allah, insan patut sedar tentang kelebihan serta kelemahan masing-masing untuk mendapat redha Allah.

3

2.0

RINGKASAN ARTIKEL.

2.1

TEMA KAJIAN

Tema yang telah diutarakan penulis kajian artikel ini adalah tema berkaitan dengan pembentukan nilai dan kecemerlangan modal insan bertunjangkan konsep tazkiyah al-nafs merupakan asas terpenting yang menentukan keberhasilan dan kejayaan dalam proses pembangunan insan. Pembersihan daripada segala sifat keji dalam diri seseorang insan mampu untuk melepaskan diri dari perlakuan yang dilarang dan ditegah dalam Islam. Hal ini berkait rapat dengan pembangunan modal insan yang berkualiti dan disarankan bersandarkan Syariah Islam.

2.2

OBJEKTIF KAJIAN.

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui pembangunan modal insan dalam konsep tazkiyah Al-Nafs yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat islam. Menurut al-Ghazali (2013) Intelektual seseorang insan itu terletak pada nafs yang akan menentukan tingkah laku. Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif dan mulia maka akan lahirlah individu yang keperibadian unggul melalui keimanan yang kental. Sebagai contoh bersyukur yang bermaksud tanda kerendahan hati terhadap setiap kurniaan dan nikmat yang Allah SWT berikan tanpa terburu-buru melakukan sesuatu tindakan untuk memilikinya yang akan membawa padah dan penyesalan pada diri sejurusnya menunjukkan nilai negatif dalam aspek fizikal dan rohani pada akal dan jiwa.

4

Sebagaimana kebanyakan tahu, masyarakat perlu mengehadkan masa dan tenaga dalam mengejar arus pemodenan dan kemajuan duniawi yang kian meluas masa kini. Hal ini akan mengakibatkan keruntuhannya nilai-nilai insan tidak kira dalam kalangan generasi muda mahupun golongan tua dapat dikawal dan dielakkan kerana terdapat daripada

mereka

yang

mengingati

dan

mengamalkan

kepentingan

aspek

pembangunan insan pada diri yang seharusnya seiring dengan kemajuan duniawi. Masyarakat sekarang harus mengelakkan diri dari melakukan jenayah seperti mencederakan orang lain. Hal ini kerana ketetapan iman dalam diri yang boleh mengawal sikap keberanian untuk tidak mencederakan seseorang itu dengan memikirkan kesannya dahulu sebelum bertindak. Jangan hanya sekadar memikirkan jika tidak mendapatkan sesuatu yang diingini, mereka harus melakukan kekejaman tidak kira seseorang itu kawan mahupun lawan. Oleh itu, seseorang itu perlu membaiki diri dan menyucikan jiwa daripada segala sifat tercela agar dapat membangunkan modal insan yang berguna dan terhormat pada agama, bangsa dan negara.

2.3

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian ini dijalankan dengan membuat penyelidikan melalui internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci. Melalui kemudahan internet, saya dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat. Selain itu, saya juga turut mengkaji dokumen-dokumen dan journal yang diperlukan dalam kertas kerja saya. Kajian kualitatif ini meninjau literatur kajian konsep tazkiyah al-nafs dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik “Systematic Literature Review (SLR)”. Pencarian artikel diakses dari saluran jalur lebar menggunakan bit data MyJurnal, Scopus dan Google Scholar. Analisis sistematik berkenaan memfokuskan kepada isu yang melibatkan hubungan konsep tazkiyah al-nafs dalam pembentukan modal insan.

5

2.4

HASIL KAJIAN. Berdasarkan kajian ini, kami mendapati bahawa pembangunan modal insan dalam

konsep di Malaysia terdapat banyak kebaikan. Antara kebaikan terbesar disumbangkan oleh modal insan kepada sesebuah negara adalah dapat membentuk manusia yang seimbang dari aspek jasmani, akal, emosi dan roh melalui Tazkiyah alNafs yang merupakan suatu proses yang lancar dalam mencapai ma’rifatullah. Kejayaan dan kecemerlangan seseorang boleh diukur melalui kecerdasan akal fikiran dan kekuatan fizikal dan sewajarnya dengan imbanginya dengan tingkah laku yang baik dan mulia di samping merangkumi aspek kerohanian dan kejiwaan dalam soal pembangunan yang seimbang.

6

ISI KANDUNGAN 3.0

PENDAHULUAN

3.1

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

8-9

3.2

PENGERTIAN AL-NAFS DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH

10

4.0

APLIKASI KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS DALAM

4.1

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

11-16

5.0

ISU SEMASA

17-19

6.0

TANGGUNGJAWAB ISLAM DALAM MENGHAPUS SEKULARISME.

20-21

ULASAN KRITIK ARTIKEL 7.0

PERBANDINGAN PENDAPAT ANTARA TOKOH-TOKOH SUFI TERHADAP KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS.

7.1

PENDAPAT TOKOH AL-MUHASIBI

7.2

PENDAPAT TOKOH IMAM AL-GHAZALI

7.3

RUMUSAN PENDAPAT-PENDAPAT TOKOH SUFI MENGENAI

22-28

KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS. 8.0

9.0

KEBERKESANAN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM KEHIDUPAN UMMAH

29

KESIMPULAN

30

7

3.0

PENDAHULUAN

3.1

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan, teknologi dan Inovasi. Maksud modal menurut kamu sewan ialah sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang dimiliki. Pengertian ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan harta. Maksu insan pula atau manusia dijelaskan makhluk yang dicipta oleh tuhan. Pembinaan insan yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

Manusia adalah sumber utama dalam menentukan kegemilangan sesebuah negara ataupun organisasi. Oleh itu manusia merupakan modal yang paling berharga bagi sesebuah negara dan organisasi yang disebut sebagai modal insan. Dalam sebuah organisasi, modal insan yang banyak memainkan peranan adalah pengurus. Bagaimana tindakan pengurus akan mencorakkan organisasi dan akan membawa organisasi mencapai matlamatnya. Bagi organisasi Islam, apabila pengurus menerapkan Pembangunan Modal Insan (PMI) berdasarkan perspektif Barat ke dalam organisasi mereka adalah dianggap suatu pendekatan yang kurang sesuai.

Hasil kajian mendapati bahawa PMI berdasarkan perspektif Islam perlu merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan rohani (akal dan emosi). Pembangunan kedua-dua aspek ini akan menghasilkan modal insan yang bertakwa yang dicirikan dengan amar ma'ruf nahi mungkar, mempunyai misi yang jelas, tawazun, sakinah, kemuliaan akhlak dan sikap tolong menolong. Sebagai kesimpulannya, PMI berdasarkan perspektif Islam akan berimplikasi kepada latihan-latihan yang dijalankan dalam organisasi yang bukan sahaja menumpukan kepada aspek fizikal semata, tapi juga perlu menumpukan kepada aspek rohani.

8

Lain daripada itu, Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan ialah Tindakan atau program yang dilaksakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran,dan pembetukan sikap dalam melaksakan tugas. Dalam konteks negara Malaysia, pembagunan modal insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi

melahirkan

rakyat

yang

berpendidikan.berkemahiran

dan

seterusnya

berkobolehan membantu. Program-program pembangunan sumber manusia seperti pendidikan dan latihan kemahiran di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan mengeluarkan tenaga kerja mahir yang mencukupi dan berkualiti. Ia dapat memenuhi keperluan tenaga manusia serta melahirkan warganegara yang berdisiplin, mendukung nilai moral yang tinggi dan beretika kerja yang baik.

9

3.2

PENGERTIAN AL-NAFS DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH Al-Nafs adalah jiwa, iaitu jiwa yang bersifat latif (lembut), rohani (abstrak) dan

rabbani. Jiwa seperti inilah yang menjadi unsur atau pokok utama dalam diri setiap manusia. Dalam mendefinisikan maksud al-Nafs ini, Imam al-Ghazali telah merumuskan dua pengertian, iaitu pertamanya perkataan al-Nafs yang merangkumi makna kekuatan amarah dan hawa nafsu dalam diri manusia yang mana ia menjadi punca timbulnya segala sifat kecelaan dalam diri manusia. Pengertian ini sering digunakan oleh ahli-ahli tasawuf kerana maksud al-Nafs menurut mereka adalah dasar cakupan sifat-sifat tercela dari manusia. Oleh yang demikian, mereka berpendapat sudah semestinya hawa nafsu ini perlu dibanteras dan dilawan. Makna kedua, al-Nafs membawa maksud perasaan halus (lathifah). Ia adalah hakikat yang terdapat di dalam jiwa manusia itu sendiri.

Secara umumnya, jiwa (nafs) boleh difahami sebagai suatu jirim halus yang membekalkan kekuatan kepada kehidupan, pancaindera dan pergerakan berdasarkan keinginan (pada diri manusia itu). Ia merupakan suatu hasrat yang mencetuskan nilainilai kekuatan pada diri seseorang insan bagi mencapai naluri kemahuannya. Dari kekuatan yang bergerak inilah yang akan mencetuskan dalam diri manusia sama ada perkara yang ingin dilakukannya itu mempunyai unsur nilai kebaikan atau keburukan. Justeru, dalam konteks kajian ini dapatlah difahami bahawa makna al-Nafs secara istilahnya ialah sesuatu unsur yang terdapat di dalam diri manusia. Ia tidak dapat diketahui kewujudannya samada dapat menerima arahan kebaikan atau keburukan, memiliki pelbagai sifat atau pun perwatakan manusia serta memiliki pengaruh yang nyata kepada perilaku manusia.

10

4.0 APLIKASI KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN Pembangunan modal insan yang dimaksudkan di sini ialah usaha-usaha berterusan sepanjang hayat dalam memupuk dan mengembangkan potensi-potensi yang ada dalam diri manusia agar menjadi subur dan kental rasa keimanannya terhadap rukun iman serta berupaya untuk menggesa dan menyumbang ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup diri sendiri, orang lain dan alam seluruhnya bersesuaian dengan hukum syarak dan akal murni (Zakaria Stapa, 2001). Pembangunan modal insan dapat dilihat dari dua aspek penting kehidupan iaitu pembangunan spiritual dan pembangunan

material

yang

memerlukan

perbincangan

secara

bersepadu.

Pembangunan seimbang dan sepadu ini merupakan faktor penting bagi kelangsungan kehidupan insan dalam mengharungi cabaran hidup. Kaitan antara pembangunan modal insan dengan konsep tazkiyah al-nafs dapat dilihat apabila insan memberi perhatian serius terhadap sejumlah matlamat yang perlu dicapai oleh setiap insan di mana matlamat-matlamat ini amat penting untuk tujuan merealisasikan diri manusia sebagai seorang insan bertamadun sebagaimana yang dituntut oleh Islam (Emie Sylviana Mohd Zahid, 2019).

Insan merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang terdiri daripada gabungan unsur jasmani dan rohani. Justeru, menurut Fathiyah Mohd Fakhruddin dan Asmawati Suhid (2016) usaha membangunkan insan perlu memberi fokus kepada kedua-dua unsur berikut. Jika salah satu sahaja yang diberi tumpuan, insan tidak boleh dibangunkan secara menyeluruh dan holistik. Tumpuan yang keterlaluan kepada unsur jasmani juga akan menghakis nilai-nilai kemanusiaan dalam diri insan dan merendahkannya ke tahap haiwan. Begitu juga tumpuan yang keterlaluan kepada unsur rohani juga akan mengikis nilai kemanusiaan sedangkan insan bukan diciptakan untuk menjadi malaikat (Noor Shakirah Mat Akhir, Muhammad Azizan Sabjan, 2014).

11

Che Zarrina Sa„ari (2019) berpendapat bahawa ketetapan iman, keutuhan jiwa dan kemuliaan akhlak dirangkum di bawah istilah pembangunan spiritual insan dan merupakan aspek penting untuk pembangunan modal insan di samping unsur-unsur lain seperti pembangunan jasmani dan kemantapan akal. Justeru itu, dalam usaha mencapai keunggulan peribadi, metode yang dilihat amat penting sebagaimana saranan para sufi ialah penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs). Oleh yang demikian, terdapat sekurang-kurangnya empat proses implikasi pengaplikasian konsep tazkiyah al-nafs ...


Similar Free PDFs