CTU 152 Tugasan Berkumpulan BA1192B PDF

Title CTU 152 Tugasan Berkumpulan BA1192B
Author adam
Course banking
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 10
File Size 219.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 104
Total Views 161

Summary

CTU 152PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANKonsep Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Menurut IslamBA1192BNama dan No. Pelajar : ADAM HAFIZ BIN MOHAMMAD NORAZAM(2020858156): MOHAMMAD AIZAT HAIKAL BIN SAZALI(2020893906): FARIS ISKANDAR BIN HANIMUDDIN(2020481602)Nama Pensyarah : DR. RMLAN BIN MUSAPHATarikh Han...


Description

CTU 152 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Konsep Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Menurut Islam BA1192B

Nama dan No. Pelajar : ADAM HAFIZ BIN MOHAMMAD NOR AZAM (2020858156) : MOHAMMAD AIZAT HAIKAL BIN SAZALI (2020893906) : FARIS ISKANDAR BIN HANIMUDDIN (2020481602)

Nama Pensyarah

:

Tarikh Hantar

: 6 MEI 2021

BIL.

DR. RMLAN BIN MUSAPHA

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Pengenalan

2

2.

Maksud Konsep

2

3.

Surah

3

4.

Prinsip-prinsip

5.

Carta banding beza tentang konsep

6.

Pendapat terhadap konsep

7.

Kesimpulan

8

8.

Rujukan

8

4-5 6 7-8

PENGENALAN HAK ASASI DAN KEBEBASAN

HAK ASASI Hak asasi manusia dijelaskan sebagai hak yang dipunyai oleh seseorang individu atas kapasiti sebagai manusia dan meliputi pelbagai skop kehidupan seperti antaranya hak untuk hidup, hak untuk menyuarakan pendapat, kebebasan untuk bergerak dan juga hak untuk berfikir.

KEBEBASAN Kebebasan didefinisikan secara hakikinya adalah kebebasan kalbu iaitu hati, dan penghambaan yang hakiki adalah penghambaan hati. Hati yang tertawan adalah lebih bahaya berbanding jasad yang tertawan dengan godaan. Kebebasan juga boleh diertikan sebagai orang yang kuat dan mampu membebaskan dirinya dari ikatan,godaan dan dorongan nafsu. Dia mampu melakukan pilihan yang bijak dan tidak tunduk kepada hawa nafsu.

MAKSUD HAK ASASI Agama islam adalah agama terakhir yang diturunkan oleh Allah melalui Rasulullah di tengah masyarakat Quraisy yang sangat rendah akhlaknya ketika itu. Islam agama yang mengakui persamaan hak manusia dalam perciptaan. Pengakuan, penghormatan, keadilan dan kerja sama adalah unsur-unsur penting dalam konsep Hak Asasi Manusia (HAM). unsur-unsur tersebut terdapat dalam sumber Islam (syariah) iaitu AlQuran dan Assunah. Namun AlQuran tidak menyebut tentang hak asasi dengan spesifik namun AlQuran memuat kandungan tentang hal-hal yang prinsip dalam keberlangsungan hidup manusia seperti keadilan, musyawarah, menghormati kaum wanita dan sebagainya. Mutakhir ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengkritik beberapa aspek amalan kehidupan masyarakat yang dikatakan tidak memenuhi piawaian antarabangsa dan bercanggah dengan konsep hak asasi manusia. Dari sudut pandang ini, hak asasi manusia dijelaskan sebagai hak yang dipunyai oleh seseorang individu atas kapasiti sebagai manusia dan meliputi pelbagai skop kehidupan seperti antaranya hak untuk hidup, hak untuk menyuarakan pendapat, kebebasan untuk bergerak dan juga hak untuk berfikir. Jika mengikut kacamata Barat, hak asasi seorang manusia adalah hak yang mutlak bagi dirinya. Walau bagaimanapun, dari perspektif Islam, hak asasi manusia adalah tidak mutlak dan bermatlamatkan melindungi maruah dan karamah insan yang membezakan antara manusia dari makhluk Tuhan yang lain. Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Islam sebagai agama yang bersumberkan wahyu dari Allah SWT, Islam adalah agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak-hak asasi manusia. Sebagai contoh, perubahan dari zaman jahiliyyah di mana kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dizalimi dan dibunuh kerana jantina mereka ke zaman Islam dimana kedudukan wanita dimartabatkan dan dipelihara merupakan satu titik tolak kepada elemen penting terhadap hak kebebasan dan kesamarataan bagi manusia

Allah berfirman di dalam surah Al-Isra’ ayat 70: “Sesungguhnya Kami telah memuliakan (martabat) anak Adam.”

TAFSIRAN AYAT

Berdasarkan ayat ini, Majid Khadduri telah menggariskan 5 prinsip utama hak asasi manusia yang terpenting dalam Islam iaitu : 1) maruah diri dan persaudaraan; 2) hak persamaan tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama; 3) menghormati hak, reputasi dan keluarga setiap individu; 4) hak seseorang untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah; 5) hak kebebasan bagi setiap individu. Islam meletakkan penghormatan yang mulia dan tinggi kepada manusia tanpa mengira warna kulit, jantina, keturunan atau bangsa seseorang itu. Sebaliknya, apa yang penting dalam Islam ialah komitmen seseorang individu itu kepada usaha memperkuatkan aqidahnya dan juga peningkatan taqwanya kepada keesaan Allah SWT. Jika apa yang diperjuangkan oleh mana-mana individu itu dilihat sebagai usaha menjatuhkan kemuliaannya sebagai manusia dan juga lebih menjauhkan dirinya dari Tuhan, maka, tidak rasional usaha atau pandangan itu dilihat sebagai satu bentuk tindakan menegakkan haknya sebagai seorang insan. Penghormatan atau ruang juga tidak perlu diberikan kepada golongan yang memperjuangkan satu bentuk hak asasi yang membelakangi nilai-nilai moral sejagat dan juga prinsip-prinsip asas etika kerana ianya akan menjadi satu kecelaruan kepada kebenaran dan keadilan yang menjadi matlamat pemeliharaan hak seperti yang sepatutnya.

PRINSIP-PRINSIP HAK ASASI DALAM ISLAM 1) Mempertahan akidah Agenda di atas sering dikenali umum sebagai usul al-khams (lima prinsip dasar) yang merangkumi hifzudin, hifzu nafs wal irdl, hifzu aql, hifzu nasl dan hifzu mal. Hifzudin memberi jaminan hak kepada umat Islam untuk memelihara agama dan keyakinannya (ad-din). Islam juga memberi jaminan bersesuaian terhadap kelompok penganut agama lain, menjamin kebebasan mengamalkan agama bagi penganut bukan Islam dan larangan adanya pemaksaan agama Islam ke atas penganut agama selainnya. Hifzu nafs wal irdh memberi jaminan hak atas setiap nyawa manusia untuk menjalani kehidupan selayaknya. Dalam hal ini, Islam menuntut adanya keadilan, hak atas penghidupan, hak pekerjaan, hak kemerdekaan dan keselamatan serta bebas daripada penganiayaan. Hak ini termasuk untuk setiap Orang Kelainan Upaya serta yang berada dalam kategori Orang Tanpa Kewarganegaraan akibat kegagalan sekian lama pihak berwajib dalam memastikan mereka memperoleh pengiktirafan status sewajarnya. Hifzu aql adanya jaminan kebebasan bersuara, kebebasan mengeluarkan pendapat, melakukan penyelidikan dan pelbagai aktiviti ilmiah. Islam melarang perbuatan merosakkan akal melalui sebarang bentuk penyeksaan, penyalahgunaan dadah, minuman keras dan lain-lain. Pada waktu sama, larangan penghinaan dan perlecehan terhadap agama lain, termasuk melalui penulisan, karikatur dan sebarang bentuk media perlu sebagai cerminan terhadap usaha Islam memelihara kesejahteraan akal dalam kalangan masyarakat awam.

2)Bersuara tanpa batasan Justeru, wujud keperluan menyeimbangkan kebebasan bersuara terhadap semua warganegara. Sebagai contoh, melalui inisiatif perundangan tertentu yang melarang hak bersuara tanpa batasan. Hifzu nasl ialah jaminan atas kehidupan peribadi setiap individu, perlindungan atas pekerjaan, jaminan masa depan keturunan dan generasi penerus yang lebih baik dan berkualiti. Amalan zina dan seks songsang yang berteraskan gaya hidup seperti lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan ‘queer’ (LGBTIQ), ialah contoh perbuatan yang dilarang kerana bertentangan dengan hifzu al-nasl. Kementerian Kesihatan mendedahkan statistik mengikut faktor risiko yang menunjukkan pengamal homoseksual dan biseksual ialah penyumbang terbesar peningkatan jangkitan HIV/AIDS dengan 1, 697 kes pada 2017 jika dibandingkan dengan faktor lain. Justeru, pendekatan Islam yang menutup terus pintu kejahatan yang terhasil melalui kempen terdesak pergerakan LGBTIQ, satu mekanisme terbaik menangani ancaman terhadap kemaslahatan umat manusia secara umum. Hifzu mal dimaksudkan sebagai jaminan atas pemilikan harta benda dan bentuk pemilikan lain yang sah di sisi undang-undang termasuk larangan terhadap perbuatan mengambil hak dari harta orang lain seperti mencuri, rasuah, monopoli dan bentuk penyelewengan lain. Hal ini perlu menjadi perhatian utama masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam dalam menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan hak asasi manusia setiap warganegara.

CARTA BANDING BEZA HAK ASASI ANTARA ISLAM DAN BARAT DEFINISI PANDANGAN BARAT

PANDANGAN ISLAM

Mengikut perspektif Barat, hak asasi manusia boleh ditentukan dengan cara ini: Hak asasi manusia adalah norma antarabangsa yang membantu melindungi semua orang di mana sahaj dari penyalahgunaan politik, undang-undang dan sosial yang tidak adil. Pemikir-pemikir Barat lebih cenderong mengaitkan hak asasi manusia dengan kedaulatan dan kebebasan individu semata-mata. Bagi golongan ini dan para pendokongnya, hak asasi manusia dan kebebasan individu adalah bersifat mutlak dan kepentingan individu lazimnya mengatasi kepentingan manusia sejagat.

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, hak asasi manusia ialah himpunan beberapa hak yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan semula jadinya yang diperakukan secara universal walaupun belum diiktiraf oleh mana-mana kuasa. Hak asasi dalam Islam juga adalah berpunca daripada peranan manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi. PenghormatanIslam kepada manusia bertitik tolak daripada ‘ubudiah dan ketaatan.

CONTOH BARAT

ISLAM

Barat sering mengkritik undang-undang Islam atas nama hak asasi manusia. Barat mengatakan bahawa tiada kebebasan beragama dalam Islam, seperti Islam tidak dibenarkan menukar agama. Sehingga hari ini, pandangan hak asasi manusia masyarakat barat dianggap sebagai humanisitic dan tidak lagi

Dalam Islam, hak mansuai terikat dengan Maqasid Al-Syari’ah dan tidak bercanggah dengan kepentingan jamaah yang dianggotai oleh seseorang insan berkenaan. Hak asasi manusia dianggap sebagai anugerah oleh Allah SWT. Ia dihubungkaitkan dengan hukum-hukum syarak, bukan kepada ketentuan semulajadi atau

individualisme dan liberalisme.

kehendak individu dan bangsa-bangsa.

PENDAPAT KONSEP HAK ASASI Pada pendapat saya dengan kritis terhadap konsep yang dipilih iaitu konsep kebebasan dan hak asasi manusia menurut islam adalah bahawa Islam meletakkan hak asasi manusia sebagai satu bentuk anugerah Allah SWT kepada khalifahNya di muka bumi ini. Ia bersifat menyeluruh dan ajarannya selari dengan fitrah kejadian insan disamping merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Oleh itu, satu prinsip penting dalam pemahaman ini adalah hak yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia ada batasannya. Semestinya, hak tersebut juga perlu berdasarkan kepada prinsip keadilan serta penegasan kepada usaha pencapaian matlamat syariah iaitu penyuburan 5 kepentingan asas merangkumi agama,nyawa,akal,keturunan dan harta benda. Perlu dijelaskan bahawa bagi umatnya, Islam bukan sekadar satu agama yang berbentuk ritual tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Malangnya terdapat golongan dalam masyarakat yang memperlekehkan aspek kesempurnaan Islam ini dengan melabelkan Islam sebagai agama yang sempit, jumud dan tidak seiring dengan arus pemikiran baru yang terdapat pada hari ini. Kemunculan fahaman sebegini yang dilihat seolah-olah menolak elemen agama merupakan satu ancaman kepada kepada pemikiran masyarakat. Bagi golongan ini, umat Islam khususnya harus lebih bersifat terbuka dan menerima kepelbagaian yang ada walaupun ianya bertentangan dengan norma masyarakat. Yang amat membingungkan ialah dalam keasyikan mereka ‘memperjuangkan’ hak untuk ‘bersuara’, mereka juga lebih mudah melenting apabila ada pihak lain yang mengkritik perjuangan mereka, sedangkan pihak ini juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. Pada hakikatnya, tanpa mereka sedari, sikap yang tidak konsisten ini telah menzahirkan kelemahan semulajadi di dalam perjuangan mereka. Hak bagi seorang manusia seharusnya berupaya memartabatkan kemulian dirinya sebagai makhluk di sisi Maha Pencipta dan juga yang mendatangkan manfaat kepada manusia sejagat. Sejujurnya, hak asasi manusia dalam Islam adalah mengenai penegakkan hak-hak yang sesuai dengan fitrah seorang insan. Insan yang dimaksudkan

disini bukan hanya terhad kepada kehidupan individu tetapi juga mencakupi tugasnya sebagai seorang hamba kepada Allah SWT dan khalifah di muka bumi ini. Islam sebenarnya membawa satu sistem nilai yang hakiki yang mampu memberi makna dan bentuk kepada kerangka hak asasi manusia demi kelangsungan peradaban manusia masa kini. Disini saya ingin memberi sedikit contoh berkaitan hak asasi manusia di negara kita iaitu Malaysia. Terdapat juga usaha mewujudkan dasar yang jelas pada peringkat nasional mengenai acuan hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan bagi Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri melalui sejarah,budaya dan latar belakang masyarakat berbilang kaum dan agama. Banyak peranan Islam diketengahkan dalam wacana hak asasi manusia, terkini dalam muzakarah bertajuk ‘Pakar Hak Asasi Manusia’: Analisis kritis selepas 70 tahun deklarasi hak asasi manusia sejagat 1948 Mei 2018 lalu

KESIMPULAN Hak asasi manusia merupakan antara isu-isu yang perlu dihadap oleh umat Islam zaman kini sebagai cabaran yang terbesar. Hal ini demikian kerana keagamaan dianggap dari perspektif hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama, dan langsung jauh sekali daripada prinsip kepatuhan dan penyerahan kepada Allah. Hak dan tanggung jawab manusia hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah dan keperluan masyarakat dan negara. Hak asasi manusia dalam Islam, Tuhan telah berikan secukupnya baik. Hal ini demikian kerana manusia merupakan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT.Buktinya, manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk kemampuan berfikir daripada makhluk lain. Selain itu, yang menjadi Rasul dan Nabi juga merupakan di kalangan manusia, bukan jin, haiwan dan malaikat. Oleh itu, manusia sewajarnya melakukan perkara sebagai bukti untuk melayakkan diri dimuliakan oleh Allah SWT. Antaranya dengan menyempurnakan ibadat fardhu dengan sempurna, beramal soleh dan berakhlak mulia, dan akhir sekali meninggal kan larangan-larangan Allah. In sha Allah disebabkan perkara-perkarasedemikian , kita akan mendapat keredhaan Allah SWT.

RUJUKAN 1. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/08/460191/5-prinsip-dasar-isla m-jamin-hak-asasi-manusia 2. http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2018/11/26/hak-asasi-manusia-d alam-islam/ 3. Buku teks ctu 152 ; Isu dan kefahaman sejagat 4. Nota-tasawwur-islam-spm-tingkatan-4...


Similar Free PDFs