CTU tugasan 3 PDF

Title CTU tugasan 3
Course Accounting
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 157.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 83
Total Views 126

Summary

2 PERNYATAAN MASALAHIdeologi sekularisme telah menyelinap dan memberi banyak pengaruh kepada seluruh dunia termasuk Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pendidikan. Lebih buruk, pengaruh sekularisme telah menimbulkan pelbagai isu negatif sehingga merosakkan pemikiran dan akhlak mas...


Description

2.0 PERNYATAAN MASALAH Ideologi sekularisme telah menyelinap dan memberi banyak pengaruh kepada seluruh dunia termasuk Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pendidikan. Lebih buruk, pengaruh sekularisme telah menimbulkan pelbagai isu negatif sehingga merosakkan pemikiran dan akhlak masyarakat Islam di negara ini secara sedar atau tidak sedar. Hal ini menyebabkan masyarakat Islam yang terpengaruh dengan ideologi Barat ini menjadi alpa kerana mementingkan urusan keduniaan semata-mata tanpa mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa masalah yang timbul menerusi penyebaran ideologi sekularisme dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melalui kajian ini, kami ingin menekankan dan mengkaji mengenai persepsi masyarakat kini terhadap pembelajaran aliran agama Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sistem Pendidikan di Malaysia telah mengasingkan pembelajaran kepada dua kategori iaitu aliran agama dan aliran bukan agama. Menurut Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960, dasar pendidikan di negara ini telah menerapkan jaminan ekonomi yang lebih jelas bagi para pelajar yang lulus dan menamatkan pengajian di sekolah kerajaan berbanding sekolah-sekolah agama, madrasah dan pusat pembelajaran yang menjadikan agama Islam sebagai subjek utama. ("Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam," 2013). Dr Zulkiple mengakui pada era 1970-an, sekolah -sekolah aliran agama atau madrasah amat kurang mendapat sambutan dan tidak diterima baik oleh masyarakat kerana sistem pentadbiran yang tidak teratur dan kurang prasarana berbanding pada zaman kini. (Ruhaiza Rusmin,2015). Sebahagian besar ibu bapa yang terpengaruh dengan ideologi pendidikan sekular ini juga menyebabkan majoriti memilih untuk menempatkan

anak-anak

mereka

di

sekolah-sekolah

bukan

aliran

agama.

Persoalannya kini, adakah persepsi masyarakat kini terhadap pembelajaran aliran agama Islam dalam sistem Pendidikan di Malaysia masih buruk dan kurang mendapat sambutan?. Bagaimanakah pula dengan peranan pihak-pihak terlibat untuk memastikan pembelajaran aliran agama Islam dalam sistem Pendidikan semakin diterima oleh masyarakat di Malaysia?.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Dua objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini telah ditetapkan dalam memastikan penyelidikan dan kajian ini berjalan mengikut landasan kajian, antaranya ialah: 3.1 Menjelaskan persepsi masyarakat kini terhadap perlaksanaan pembelajaran aliran agama Islam dalam sistem Pendidikan di Malaysia. 3.2 Mengkaji peranan pihak-pihak terlibat untuk memastikan pembelajaran aliran agama Islam dalam sistem Pendidikan semakin diterima oleh masyarakat di Malaysia.

4.0 SKOP KAJIAN Skop kajian kami tertumpu kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari pelbagai cawangan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kesan semasa ideologi sekularisme dalam pendidikan di Malaysia. Skop ini ditumpukan kepada mereka adalah kerana mereka mempelajari pelajaran sains dan agama yang selaras pada masa kini. Pelajar UiTM juga kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang lebih mudah terpengaruh dengan pendapat sekularisme. Manakala lokasi kajian tidak dapat dijalankan memandangkan pergerakan ahli kumpulan kami agak terbatas disebabkan isu Covid-19 yang berlaku baru-baru ini.

5.0 METADOLOGI KAJIAN Metadologi kajian yang kami lakukan menggunakan dua cara iaitu dengan kaedah pengumpulan data dan menjalankan tinjauan (survey) yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu kesan semasa ideologi sekularisme dalam pendidikan di Malaysia. Bagi pengumpulan data, kami menggunakan kemudahan internet dengan sebaiknya bagi memudahkan kami mendapatkan maklumat dari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian kami dan kemudian dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, tinjauan (survey) yang kami lakukan telah melibatkan seramai 150 orang responden yang masing-masing terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM dari pelbagai cawangan. Survey ini dijalankan bagi mengetahui pendapat mereka berkaitan dengan penerimaan pembelajaran sains dan agama dalam pendidikan di Malaysia. Tinjauan ini telah dilakukan menggunakan kaedah Google Form kerana ia merupakan langkah yang paling efektif untuk kami mendapatkan maklum balas daripada responden. Metadologi kajian ini telah dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu mengumpul data dan maklumat berkaitan kajian, membuat pemerhatian terhadap response daripada responden berkaitan dengan tajuk kajian lalu menghuraikan pendapat responden terhadap sekularisme di Malaysia.

6.0 KAJIAN LITERATUR

6.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Perkembangan pendidikan agama Islam di Malaysia banyak diterangkan oleh pihak-pihak yang pernah mengkaji akan isu ini di dalam buku dan karya mereka. Di dalam karya yang ditulis oleh Mohd Roslan Mohd Nor, beberapa definisi pendidikan Islam telah ditafsirkan oleh beberapa individu. Hasan al-Sharqawi mendefinisikannya sebagai satu kefahaman terhadap ajaran Islam yang membawa seorang manusia ke arah sifat-sifat terpuji dan menjauhi sifat-sifat tercela. Abdullah Ishak pula mentafsirkan pendidikan Islam sebagai suatu proses melatih dan mendidik manusia dari pelbagai aspek iaitu akal, jasmani, rohani, akhlak serta nilai kemasyarakatan berasaskan nilai-nilai Islam bagi melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Menurut Ghazali Darussalam pula, pendidikan Islam adalah segala bentuk pelajaran dan pendidikan yang diterima oleh umat Islam dan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. (Mohd Nor, 2011, p. 63)

Pendidikan Islam bermula di Malaysia sekitar abad ke-14 lagi, di mana Islam mula bertapak di Melaka. Menurut Shaik Abdullah bin Hassan Mydin, Parameswara atau nama Islamnya Iskandar Shah, iaitu raja Melayu yang pertama memeluk Islam telah menjemput ramai alim ulama dan pendakwah yang datang berdakwah ke Melaka untuk mengajar Islam di istana. Para pembesar istana dan rakyat jelata yang telah memeluk Islam turut mengikuti pengajaran ini. Istana dijadikan sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris pada abad ke-18 Masihi. (University, n.d., p. 114) Menurut Ramlah Ahmad, terdapat pelbagai institusi pengajian sama ada rumah, masjid, surau atau istana dijadikan sebagai pusat dakwah dan aktiviti keilmuan pada masa itu. Antara pendidikan Islam yang diwujudkan pada masa itu ialah kelas mengaji al-Quran, di mana ia merupakan

pelajaran utama bagi semua masyarakat dalam bentuk tidak formal. (Mohd Nor, 2011, p. 67)

Menurut Abdullah Ishak, pendidikan Islam di Melaka terus berkembang apabila pengajian ilmu lain turut dipraktikkan seperti ilmu Fiqah, Tasawuf, Tauhid, Tafsir dan Falsafah Islam. Struktur pendidikan pada masa itu memberi penekanan kepada pembacaan, penulisan dan pengajian al-Quran di samping ilmu-ilmu asas dalam agama Islam. (Mohd Nor, 2011, p. 68) Institusi pondok juga merupakan satu sistem pendidikan Islam tradisi di Tanah Melayu. Menurut Shafie Abu Bakar, pengajian pondok dijadikan pusat bagi melakukan pelbagai kegiatan dan aktiviti keagamaan bagi mendedahkan segala hukum-hakam dan akidah dalam Islam kepada masyarakat pada waktu itu. Individu yang keluar dengan lulusan pondok telah mengetuai banyak institusi kemasyarakatan di Tanah Melayu seperti institusi masjid dan jabatan agama. (Mohd Nor, 2011, p. 70)

Pada tahun 1952, Ordinan Pelajar 1952 telah digubal bagi memberi peruntukan kepada pelajaran agama Islam dan ia dijadikan sebahagian daripada kursus pelajaran di sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan terus memberi perhatian kepada pelajaran agama Islam, di mana Laporan Razak 1956 mencadangkan agar mana-mana sekolah yang mempunyai pelajar yang beragama Islam tidak kurang daripada 15 orang, pelajaran agama hendaklah di bawah peruntukan kerajaan dan cadangan ini dimasukkan ke dalam Ordinan Pelajar 1957. Manakala, di dalam Syor Penyata Abdul Rahman Talib 1960, segala perbelanjaan berkaitan pelajaran agama Islam ditanggung oleh kerajaan. Akta Pelajaran 1961 pula telah mengadakan peruntukan kewangan dan pelajaran agama Islam wajib dijalankan selama 2 jam di sekolah-sekolah bantuan kerajaan bermula tahun 1962. Sukatan pelajaran pendidikan Islam telah disusun bersesuaian dengan tahap dan umur murid-murid. (Mohd Nor, 2011, p. 71-72) Semenjak tahun 1970-an, pelbagai institusi madrasah atau sekolah agama atau Arab ditubuhkan. Sekolah ini juga turut menerima mata pelajaran moden seperti yang dipelajari oleh masyarakat pada hari ini. Menurut Shaik Abdullah, pada peringkat sekolah, mata pelajaran Pendidikan Agama Islam (PAI) merupakan subjek yang

selaras dengan sistem pendidikan Islam dan ia diwajibkan kepada semua murid sekolah yang beragama Islam. Sukatan pelajaran PAI merangkumi asas dan prinsip yang berkaitan dengan agama Islam. Manakala, pada peringkat pengajian tinggi, terdapat bidang pengajian Islam secara khusus yang ditawarkan dan ia melibatkan program khas seperti amali dan praktikal dalam bidang syariah, guaman dan bidang dakwah. Namun, tidak dapat dinafikan kurikulum pendidikan Islam pada masa kini hanya memfokuskan kepada penyampaian ilmu semata-mata dan tidak mengambil berat soal pembentukan potensi insan, memandangkan pelajar hanya mengingati fakta bagi subjek tersebut tanpa menghayati dan mengamalkan ajaran dan nilai agama Islam dalam kehidupan seharian mereka. (University, n.d., p. 114)

6.2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM Pendidikan Agama Islam adalah sangat penting dalam mengajar kita untuk memupuk akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian kita. Hal ini bagi melahirkan individu yang lengkap dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau social. Sekaligus hal ini membantu kita untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Menurut al-Ghazali, pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni. Akhlak yang murni penting supaya kita dipandang tinggi kerana mengamalkan sikap yang mulia. Di Malaysia sahaja kita dapat lihat, kebanyakan penduduk yang beragama Islam boleh bertoleransi antara satu sama lain dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat yang lain. Agama Islam berperanan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Jadi, sebarang tingkah laku, pertuturan dan gaya hidup seseorang dibentuk dengan cerminan hidupnya yang berpandukan dengan prinsip agama Islam. Manusia akan lebih maju dalam hidupnya jika mereka berpandukan agama Islam kerana Islam itu sendiri bersifatkan universal dan praktikal yang sesuai dipraktikkan dalam kehidupan kita dan boleh dijadikan panduan buat semua bukan sahaja buat penganut agam Islam. Sebagai contoh, di Malaysia banyak masalah yang timbul seperti kes berkhalwat ataupun kes anak luar nikah, hal ini adalah kerana kurangnya pupukan pendidikan agama Islam itu sendiri dalam diri mereka kerana tidak mempraktikkan dalam kehidupan mereka secara menyeluruh dan memandang remeh soal akidah,

syariah dan juga akhlak. Sebaliknya, jika mereka patuh akan agama Islam di mana Islam mengajar kita melakukan kebaikan, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku. Selain itu, Agama Islam juga sangat menitikberatkan soal ketenagan dan keamanan untuk terus hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan . Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang membencikan peperangan kerana Islam telah melarang umatnya untuk memulakan peperangan malah lebih menggalakkan setiap masalah diselesaikan dengan aman secara perbincangan atau persetujuan. Agama Islam itu sendiri penting dalam menjamin kehidupan yang aman damai di sesebuah tempat itu. Tanpa agama Islam, wujudnya masalah seperti isu perkauman yang menimbulkan jurang antara kaum seperti di United States yang kita dapat lihat sekarang kerana pergaduhan yang memberi keutamaan kepada “white man” dan meremehkan soal “black lives”. Kajian juga mendapati bahawa setiap anak yang hidup berpandukan agama akan membesar dengan lebih sihat apabila dewasa dan akan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Kajian ini telah dijalankan oleh Harvard School of Public Health ke atas 5000 orang yang berumur 8 hingga 14 tahun. Menurut kajian, 18% daripada mereka mempunya kadar kegembiraan yang lebih tinggi kerana menerima pendidikan agama sejak kecil. Disebabkan oleh itu, Rasulullah amat menekankan tentang kepentingan membesarkan anak dengan agama. Mereka yang dibimbang dengan iman akan mempunyai hidup yang lebih sejahtera seperti yang dinyatakan oleh kajian di Harvard tersebut. Al-Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah disuruh membisikkan azan di telinga mereka. Hal ini menunjukkan bahawa sejak lahir lagi agama Islam perlu diterapkan dalam kehidupan anak-anak seperti pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Ibn al-Qayyim, Tuhfah alMaudud) Ibn Khaldun dalam kitabnya al- Muqaddimah pula mengatakan pendidikan Islam mengarah kepada dua tujuan iaitu matlamat keagamaan dan matlamat ilmiah. Matlamat keagaaman ialah beramal ke arah akhirat manakala matlamat ilmiah ialah menfokuskan hal keduniaan atau pendidikan moden. Jelaslah bahawa pendidikan Islam itu sendiri sudah menyeluruh dan lengkap serta seimbang kerana mementingkan duniawi dan ukhrawi.

Menurut Ulul Albab, pendidikan pula merupakan asas kepasa kemajuan negara. Pendidikan yang bersifat ijtihadik ini adalah untuk melahirkan golongan ilmuwan yang berdaya cipta tinggi. Perkara ini secara tidak langsung membantu dalam perkembangan Islam kerana dapat melahirkan individu yang cemerlang dan kreatif. Bukan itu sahaja, hal ini adalah penting bagi menuju ke arah moderniti insan yang lebih baik pada masa akan datang selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.

6.3 KESAN SEKULARISME TERHADAP PENDIDIKAN & PERANAN PIHAK TERLIBAT UNTUK MENGATASINYA

Pendidikan adalah satu proses yang membangunkan kebolehan manusia secara menyeluruh. Ia merupakan asas penting dalam pembentukan modal insan. Islam sangat menitikberatkan aspek pendidikan kerohanian dalam membentuk keperibadian manusia agar menjadi insan yang terdidik dan mampu membentuk masyarakat yang seimbang.

Kesan sekularisme terhadap pendidikan yang pertama adalah pendidikan yang tidak mengutamakan wahyu sebagai sumber ilmu ketuhanan. Contohnya, ilmu sains yang telah dikembangkan oleh barat moden. Ilmu ini berdasarkan falsafah yang menafikan adanya Allah, mengingkari adanya roh, nubuwwah, wahyu dan alam akhirat. Ilmu yang terpisah dari ajaran agama ini kini diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti di seluruh dunia. Oleh kerana pendidikan Malaysia berpaksikan barat, kaedah, teknik dan strategi juga berpaksikan kepada teori-teori pendidikan barat. Hal ini juga memberi kesan kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam turut terjebak dengan teori barat dan menyumbang kepada pelajar yang hanya pandai menjawap soalan peperiksaan tetapi tidak tahu untuk beramal dengan agama Islam. Hakikatnya, sains adalah ilmu Allah yang telah dianugerahkan kepada manusia. Hal ini kerana, seluruh kejadian alam ini adalah tanda-tanda yang jelas terhadap kewujudan Tuhan.

Kesan seterusnya adalah, pembelajaran subjek umum di sekolah-sekolah yang digubal menggunakan idea barat yang tidak selaras dengan pemikiran Islam. Hanya pendidikan Islam sahaja yang digubal merujuk kepada pandangan Islam dan rujukanrujukan yang muktabar. Hal ini menjadi lebih serius apabila aliran pendidikan Islam semakin dipandang sepi dan golongan mayarakat mengutamakan disiplin-disiplin yang tidak diajar mengikut perspektif Islam. Pengamalan syariat Islam dan syiarnya hanyalah dilaksanakan di sekolah-sekolah beraliran agama sahaja, seperti kewajipan menutup aurat, pengajaran kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan ajaran Islam. Secara umumnya, masyarakat Islam masa kini telah terbiasa dengan sistem ini serta telah merestui dan ada diantara mereka yang mempertahankannya. Mengikut falsafah Barat, mereka meletakkan ilmu dan agama dalam konsep yang bukan sahaja berlainan tetapi terpisah dan terasing. Ini bermaksud mereka menafikan kesepaduan diantara ilmu dan agama. Contohnya, sains telah membatasi individu itu hanya pada hal-hal yang bersifat fizik dan tidak dikaitkan dengan metafizik. Oleh itu, pentingnya Islamisasi yang merupakan pembebasan akal dan bahasa daripada sekularisme (al-Attas 1993).

Peranan untuk mengatasi sekularisme dalam pendidikan adalah dengan kementerian pendidikan memperkenalkan sistem pendidikan yang berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah yang berlandaskan prinsip tauhid dan mengesakan Allah SWT. Kegagalan untuk meletakkan al-Quran dan al-Sunnah dalam pendidikan akan menyebabkan masalah dalam membentuk sahsiah muslim yang komited terhadap tuntutan agama. Masyarakat Islam masa kini haruslah menghidupkan semula elemen Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan. Tanpa penerapan islam dalam pendidikan, ianya akan menyumbang kepada keruntuhan moral yang berleluasa.

Seterusnya, tenaga pengajar juga berperanan untuk mengatasi sekularisme dalam pendidikan dengan memasukkan unsur-unsur keimanan dan ketakwaan dalam setiap subjek yang diajari di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Abdul Razak b. Chik menegaskan “Yusuf Al-Qardawi mencatatkan bahawa tiga media utama yang sangat ampuh dan berkesan untuk melancarkan suntikan sekularisme ke dalam pemikiran umat islam iaitu melalui pendidikan, informasi atau komunikasi dan kebudayaan. Ketiga-tiga media ini diarah dan dirancang secara bertubi-tubi untuk

mengeringkan semua sumber keagamaan yang bersifat positif dan pro-aktif di dalam diri generasi muslim”. Sistem pendidikan yang dirancang haruslah mengikut dan berlandaskan kerangka islam agar masyarakat islam mempunyai pakar-pakar dalam semua bidang pengkhususan. “… umat Islam dewasa ini perlulah memahami akan rumusan penelitian, takrifan dan huraian konsep-konsep dasar dalam Islam seperti konsep Tuhan, alam, kenabian, insan, ilmu, pendidikan (Ta’dib), agama (Din), akhlak, adab, keadilan, kebebasan, kebahagiaan dan lain-lain kerana semua konsep dasar tersebut amat rapat hubungannya dengan permasalahan kebudayaaan, kemusykilan pendidikan, persoalan sains dan dilema epistemologi yang sedang digadapi oleh kaum muslimin dewasa ini” - Haji Abdul Ghani Samsudin.

RUJUKAN 1.Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. (2013, Desember 7). Share and Discover Knowledge on LinkedIn SlideShare. Diambil 26 Mei 2020, daripada, from https://www.slideshare.net/asrrien79/persepsi-pelajar-terhadap-mata-pelajar an-pendidikan-islam 2.Ruhaiza Rusmin. (2015, Februari 2). Pelajar aliran agama bukan kelas kedua. Harian Metro. Diambil 26 Mei 2020, daripada, https://www.hmetro.com.my/node/28009 3.Mohd Yusri Bin Ibrahim (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2(8), 202-216. Diambil 26 Mei 2020, daripada, http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-15.pdf 4.https://ustazkenali.wordpress.com/2013/01/07/contoh-tujuan-kajian-skop-kajiandan-kaedah-kajian/ 5.https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/islamic-andsouth-east-asian-civilization-1/other/metodologi-kajian-dan-dapatankajian/4049857/view 6.University, W. O. (n.d.). WLA 104/03 Pengajian Islam.

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/perkembangan-institusipendidikan-islam-di-malaysia/

7.Mohd Nor, M. R. (2011). Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. At-Ta'dib, 6(1), 63-74.

http://eprints.um.edu.my/2534/1/ROSLANjurnalTadib.pdf

8.University, W. (n.d.). Matlamat pendidikan dalam Islam. Diambil 16 Jun , 2020, daripada,

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/matlamat-pendidikan-dalamislam/ 9. Semasa, K. (2019, July 02). Kepentingan pendidikan agama buat anak. Diambil pada 16 Jun, 2020, daripada https://www.indahnyaislam.my/2019/07/kepentingan-pendidikan-agama-buatanak/ 10. Najihah, R. (2013, March 08). Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang. Diambil 16 Jun, 2020, daripada, https://www.slideshare.net/rahilanajihah/kepent...


Similar Free PDFs