Tugasan Kertas Kerja- Konsep Etika Dan Peradaban Menurut Perspektif Islam Dan Barat PDF

Title Tugasan Kertas Kerja- Konsep Etika Dan Peradaban Menurut Perspektif Islam Dan Barat
Author Muhammad Amirul Hasif
Course Business Studies
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 38
File Size 467.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 237
Total Views 738

Summary

FAKULTI:PENGURUSAN DAN PERNIAGAANPROGRAM/ KELAS:MBA1112BNAMA KURSUS:PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANKOD KURSUS:CTUNAMA PENSYARAH:USTAZAH MARIAM FARHANA BINTI MD NASIRTAJUK TUGASAN:KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARATAHLI KUMPULAN:1. MUHMMAD AMIRUL HASIF BIN BADRUL EHWAN (2021...


Description

FAKULTI: PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN PROGRAM/ KELAS: MBA1112B NAMA KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN KOD KURSUS: CTU152 NAMA PENSYARAH: USTAZAH MARIAM FARHANA BINTI MD NASIR TAJUK TUGASAN: KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT AHLI KUMPULAN: 1. MUHMMAD AMIRUL HASIF BIN BADRUL EHWAN (2021116081) 2. MUHAMMAD AQLAN BIN ZAIRULADIRA (2021107465) 3. MUHAMMAD UWAIS BIN HUSAINI (2021126715 4. NUR AKMAL BIN MOHD AZIZ (2021108927)

MARKAH (30%)

KOMEN/ CADANGAN

1

ISI KANDUNGAN BIL 1.

TAJUK Pendahuluan

M/S 3

2.

Asas-Asas Peradaban Islam

4-6

3.

Konsep Peradaban

7-9

4.

Definisi Etika Dan Peradaban

10

5.

Nilai Dan Etika Dalam Islam

11-12

6.

Ciri-Ciri Peradaban Barat

13-15

7.

Sumber- Sumber Peradaban Islam & Barat

16-21

8.

Ciri- Ciri Etika Islam

9.

Prinsip-Prinsip Etika Islam

23-24

10.

Eleman Teras Dalam Peradaban Islam

25-28

11.

Perkembangan Peradaban Ketika Zaman Kegelapan

29-32

22

Dan Kebangkitan Di Barat. 12.

Kesimpulan

33

13.

Rujukan

34

2

Pendahuluan

Sekian kalinya, kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengizinkan kami untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk Konsep Etika Dan Peradaban menurut perspektif Islam dan Barat. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah CTU152 kami, Ustazah Mariam Farhana Mohd Nasir, serta rakan rakan kumpulan yang turut membantu dalam menjayakan penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa tersayang yang bertungkus lumus bekerja untuk membiayai pembelajaran kami. Selain itu, kami telah membahagikan kerja kertas ini kepada beberapa bahagian iaitu: Asas asas peradaban Islam.  Konsep peradaban Barat.  Nilai dan etika dalam Islam.  Ciri ciri peradaban.  Ciri ciri etika Islam.  Elemen elemen teras dalam peradaban Islam.  Konsep peradaban.

Kami telah mendapatlan rujukan daripada beberapa sumber terutamanya buku-buku berilmiah dan laman sesawang. Penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan kertas kerja ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

3

Asas-Asas Peradaban Islam

Mengikut perspektif Islam, terdapat beberapa asas yang manjadi titik kepada pembinaan peradaban Islam dalam menghadapi keperluan semasa manusia. Antara asas kepada peradaban ialah akidah, ilmu, akhlak dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni seperti tolong menolong, hormat menghormati agama lain, bersifat sederhana serta mengamalkan sikap yang baik supaya menjadi contoh kepada masyarakat.

1. Akidah Akidah merupakan salah satu syarat kepada pembentukan peradaban manusia. ikatan kepercayaan yang dipegang akan menjadi faktor kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Kesan dari penerapan nilai akidah menjadi dasar kepada kehidupan dan pentadbiran negara yang dapat mencipta satu umat yang kuat dan sukar digugat oleh bangsa lain. Secara tidak langsung masyarakat Islam dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam apa jua bidang dan akhirnya dapat membentuk satu peradaban yang unggul. Terbukti kejayaan Nabi Muhammad SAW yang telah menjadikan Madinah sebagai sebuah bandar yang hebat dari sudut persaudaraanya dan kesatuan umatnya dengan menjadikan Piagam Madinah sebagai undangundang Islam pertama di dunia.

2. Ilmu Selain

itu,

ilmu

merupakan

eleman

yang

kedua

terpenting

dalam

membangunkan peradaban manusia pada hari ini. Perkembangan dan kemajuan peradaban Islam telah membuktikan betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam pembangunan dan kemajuan peradaban. Melalui ilmu, manusia dapat memperolehi dan menyerlahkan hakikat keadilan serta kebenaran. Masa depan peradaban manusia bergantung kepada sejauh mana manusia belajar mengenai kehidupan mereka yang pelbagai dari segi warna kulit, bangsa, keturunan, asal- usul, pangkat, kuasa kududukan dan lain- lain. Peradaban akan lebih teguh sekiranya umat manusia dapat menggunakan ilmu untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka. 4

Secara asasnya, ilmu pengetahuan merupakan sesuatu yang semula jadi dalam peradaban manusia. Sekiranya manusia mengabaikan elemen ini, mereka akan hidup dalam kesesatan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan. Sekirannya dilihat dari segi sejarah peradaban masyarakat jahiliah, antara ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat tersebut ialah tradisi keilmuan diabaikan oleh masyarakat tersebut. Teras kehidupan mereka berasaskan kepercayaan primitif nenek moyang yang cenderung kepada kepercayaan animisme yang menyebabkan pemikiran mereka dibelenggu dengan kepercayaan karut-marut. Ilmu merupakan antara faktor utama dalam mengasaskan

peradaban

manusia.

Sekiranya

kita

melihat

sejarah

kegemilangan peradaban umat Islam zaman dahulu, pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, dan Basrah telah mencipta dan mencapai tamadun yang hebat dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu perubatan, seni bina, falsafah, sains teknologi dan sebagainya. Masyarakat pada ketika itu dikelilingi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.

3. Akhlak Nilai ketiga yang terpenting adalah akhlak, yang merupakan unsur keperluan dalam melengkapkan lagi umat manusia ke arah peradaban yang ideal dan berjaya. Akhlak mencerminkan keperibadian dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban. Kelahiran Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia adalah contoh untuk mengikut sifat terpujinya. Masyarakat yang dihasilkan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan satu institusi komuniti sosial yang berakhlak dan beretika serta telah manghasilkan satu sistem politik, sosial dan ekonomi. Tanpa akhlak yang mantap, nilai kemanusiaan yang di asaskan akan hancur dan menyebabkan nilai-nilai murni hilang dalam kalangan masyarakat. Nilai akhlak dianggap sebagai kawalan sosial bagi masyarakat Islam dalam perilaku dalam kehidupan seharian.

5

4. Syariah Akhir sekali ialah, Syariah merupakan peraturan dan hukum-hukum yang diturukan oleh Allah kepada umat manusia yang berkait dengan hubungan manusia dengan Allah. Hubungan antara manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Tujuan Syariah diturunkan oleh Allah ialah sebagai garis panduan kepada manusia bagaimana tatatertib yang perlu dipenuhi dalam usaha membentuk peradaban manusia dan diredhai oleh Allah SWT. Lima unsur dalam maqasid Syariah merangkumi pemeliharaan agama, nyawa, akal, maruah dan harta adalah bertujuan menjaga hak bagi setiap manusia agar tidak dicerobohi oleh orang lain. Pelanggaran terhadap hak-hak ini akan menyebabkan ketamadunan manusia itu akan runtuh.

6

Konsep Peradaban Barat Pemikiran Barat dan Islam berbeza daripada banyak perspektif. Konsep berkaitan nilai, moral dan etika Barat juga berbeza dengan Islam. Inilah akibat daripada sekularisasi yang menyebabkan Eropah menderita akibat rakyatnya kurang percaya kepada kepimpinan negara. Istilah "sekularisasi" berasal daripada perkataan Latin "saeculum," dan ia merujuk kepada satu tempoh masa di masa lalu atau sekarang. Yang kuat dan tahan lama hanya wujud di dunia, dan ia adalah moral yang berdasarkan keperluan manusia, sama ada mereka kanak-kanak atau orang dewasa, dan ia berdasarkan pemahaman bahawa aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah negara. tidak perlu berlandaskan agama. Sekularisasi adalah kesan untuk memisahkan

agama

daripada

perkhimatan,

pendidikan,

atau

semua politik

aktiviti yang

kehidupan

menyebabkan

duniawi,

seperti

bangsa

eropah

menganggap bahawa perkara ini tidak bersifat universal. Dari sudut yang berbeza, pemikiran dan keinginan manusia menjadi sumber rujukan utama dalam pembangunan tamadun mereka.

Di samping itu, mereka melihat agama sebagai sebahagian daripada kebudayaan dimana budi bahasa manusia mencorak kepada perubahan budaya dan mencipta agamanya. Kefahaman mereka mengajar bahawa dunia hanyalah untuk dunia, tidak berkait dengan keagamaan di akhirat. Menurut Sir Francis Bacon, tokoh Barat mengatakan kegemilangan sains yang dilahirkan oleh Barat dapat menjamin bahawa ia dapat menggantikan agama dan pengetahuan saintifik pada masa akan datang dan merupakan cara-cara yang boleh membawa kepada kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran. Dari sudut kemajuan, konsep Barat lebih kepada peningkatan kualiti kehidupan dimana mereka mengukur jumlah keuntungnya, penciptaan perkara-perkara baharu dan lain-lain. Selain itu, Menurut tokoh Barat, Lecky dan Dr Haas mengatakan ianya lebih kepada Tamadun Yunani dan Tamadun Rom yang mementingkan kebendaan dan mengenepikan kerohanian. Semuanya dikuasai oleh hawa nafsu dari sumber akal fikiran dan penglihatan. Ini menunjukkan perbezaan di antara masyarakat muslim mempunyai Al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber rujukan yang mengatur

7

kehidupan dan peradaban Barat tidak mempunyai peraturan tertentu yang berbentuk kitab.

Konsep Peradaban Islam

Konsep peradaban merujuk kepada sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, selain kemajuan sosial dan kebudayaan bangsa tersebut. Dalam membincangkan terminologi mengenai peradaban, terdapat empat istilah bahasa Arab dan satu istilah dari sudut terminologi Inggeris yang harus difahami. Istilah bahasa Arab tersebut ialah umran, hadharah, madaniyyah dan juga tamaddun. Manakala istilah terminologi Inggeris, peradaban dikenali dengan istilah civilization. Civilization merupakan istilah yang berasal daripada Greek, iaitu civitas, yang bermaksud Bandar atau kota. Dari sudut terminologi Arab, umran merupakan istilah yang popular yang telah diperkenalkan oleh tokoh falsafah Islam masyhur sekitar abad

ke-14, iaitu

Ibn Khaldun. Perkataan

umran

itu

sendiri

bermaksud

pembangunan. Umran menerangkan sifat-sifat fizikal tamadun, iaitu kawasan tanah yang didiami secara tetap dan aspek-aspek pembangunan yang wujud di satu-satu kawasan. Keseluruhannya umran merujuk kepada maksud pembangunan dan kuantiti penduduk hasil daripada kewujudan tamadun. Hadharah pula bermaksud menetap di Bandar atau kota. Selain istilah umran, Ibnu Khaldun turut menggunakan perkataan hadharah, yang bermaksud, suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dari kawasan tanah yang

didiami, berlawanan

dengan

perkataan

Badwi

(Shalaby,

tt). Dalam

membincangkan mengenai istilah tamaddun, terdapat pelbagai teori dari ahli sejarawan Islam lain, seperti menurut Prof. Syed Naquib al-Attas, tamaddun berasal daripada al-Din, bermaksud; kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Syed Qutb pula menakrifkan tamaddun sebagai segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai Islam. Pada pendapat Jurji Zaidan, tamaddun adalah tahap perkembangan yang tinggi bercirikan pentadbiran yang tersusun rapi, kehidupan bandar, sains, teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan berasaskan 8

agama. Dari terminologi istilah madaniyyah, perkataan tersebut berasal daripada perkataan bahasa Arab madanna, iaitu perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Istilah madanna juga bermaksud sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Istilah madaniyyah berasal daripada perkataan Din (agama), iaitu menggambarkan kehidupan beragama. (Mohammad Zuhdi, 2006). Muhammad Abduh menakrifkan madaniyyah sebagai kehidupan bandar atau kota yang merupakan asas dan tempat perkembangan sesuatu tamadun.

Istilah peradaban Islam juga bermaksud tamadun Islam, laitu segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi, kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilainilai moral Islam (Al-Syahid Syed Qutb, tth). Tamadun sebagai suatu yang lahir dan berkembang bersama kehidupan manusia berlandaskan agama (Abu Bakar Hamzah, 2009).

9

10

Definisi Etika dan Peradaban

Perkataan etika berasal dari perkataan Yunani Kuno iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘watak’. Selain itu, munurut kamus pelajar edisi kedua, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak iaitu sopan santun yang manjadi pegangan seorang individua tau sesuatu kumpulan manusia. Etika turut murujuk kepada prinsip tingkah laku yang bermoral dan diterima oleh masyarakat yang merujuk kepada akhlak sama perbuatan tersebut ‘betul atau salah’. Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi suatu pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku masing-masing.

Perkataan peradaban merujuk bahasa Inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk kepada istilah peradaban atau tamadun. Perkataan civilization menunjuk kepada pembetulan tingkah laku yang kurang sopan, memperbaiki

dan

menyelaraskan

mengikut

keperluan

masyarakat.

Secara

ringkasnya civilized boleh dikaitkan sebagai keluar daripada kehidupan kuno atau barbarian kepada kehidupan yang mempunyai akal budi dan kesopanan. Perspektif tingkah laku atau moral lebih ditekankan dalam definisi civilizations ini. Selain itu, perkataan civilizations dalam bahasa Inggeris itu dikatakan lahir sebagai perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud kepada bandar atau city. Perkataan peradaban lebih kurang dengan perkataan bandar atas alasan tiap-tiap tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan mempunyai ciri-ciri sesebuah peradaban yang mudah ditemui di kawasan perbandaran.

Di samping itu, dalam bahasa Greek pula, peradaban merujuk kepada perkataan kei. Perkataan kei bermaksud terhampar atau terbentang atau sesuatu yang datang kepada diri kita. Selain itu kei juga membawa maksud rumah atau kediaman. Tempat perlindungan yang selamat boleh dikaitkan dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan keamanan. Akhir sekali, soal penempatan, undangundang dan harta diberi penekanan bagi menjelaskan maksud peradaban.

11

Nilai dan Etika dalam Islam 1.

Pengertian nilai dalam Islam

Pada dasarnya konsep umum yang ada dalam masyarakat kita tentang istilah nilai merupakan konsep ekonomi. Hubungan suatu komoditi atau jasa dengan barang yang mahu dibayar oleh seseorang untuk memunculkan konsep nilai. Sedangkan makna spesifikasi nilai dalam ekonomi adalah sesuatu yang diminta dan diinginkan oleh manusia yang dapat memenuhi kehendak, maka barang itu mengandungi nilai. Akan tetapi makna nilai dalam pembahasan ini berbeza dengan konsep nilai dalam bidang ekonomi karena pembahasan ini berobjek pada manusia dan perilakunya, maka kita akan berbicara mengenai hal-hal yang dapat membantu manusia agar lebih bernilai dari sudut pandangan Islam.

Menurut Zakiyah Darajat, definisi nilai adalah suatu perangkat keyakinan atau perasaan yang diyakini sebagai suatu identitas yang memberikan corak yang khusus kepada pemikiran dan perasaan, mahupun perilaku. Jika definisi nilai merupakan satu keyakinan atau identitas secara umum, maka penjabarannya dalam bentuk formula, peraturan atau ketentuan pelakasanaannya disebut dengan norma. Dengan kata lain, norma merupakan penjabaran dari Nilai sesuai dengan sifat dan tata nilai. Adapun definisi nilai yang benar dan dapat diterima secara universal menurut Linda dan Ricard Eyre, ia merupakan sesuatu perkara yang menghasilkan perilaku positif yang menjalankan mahupun bagi orang lain. 2.

Pengertian etika dalam Islam

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etika mempunyai dua maksud yang berbeza, yang pertama ialah ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral, dan yang kedua pula ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika juga merupakan suatu cabang yang membicarakan tentang perilaku manusia atau mempelajari tentang baik dan

12

buruk. Etika juga selalunya dibiasakan dengan banyak istilah lain seperti moral dan norma. Perkataan etika ini juga berasal daripada Yunani Kuno, iaitu ethos yang merupakan bentuk tunggal yang biasa memiliki banyak maksud seperti tempat tinggal yang biasa. Etika ini boleh juga ditakrifkan sebagai falsafah moral, iaitu konsep pengajian yang sistematik mengenai sifat dasar dari konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah dan sebagainya. Profesor Robert Salomon juga menyatakan yang etika dapat dibahagikan kepada dua definisi. Antaranya ialah etika merupakan karakter individu, dalam hal ini termasuk bahawa orang yang beretika adalah orang yang baik dan ini juga disebut sebagai individu yang beretika. Definisi kedua ialah etika ini merupakan hukum sosial dan etika ini juga merupakan hukum yang mengatur, mengendalikan serta membatasi perilaku manusia. Dari segi etimologi, etika adalah merupakan ajaran tentang baik buruk, yang diterima umum tentang sikap, perbuatan, kewajipan dan sebagainya. Istilah etika ini juga mula digunakan secara bergantian dengan falsafah moral kerana kebanyakan hal berkaitan dengan moral mengkaji tentang prinsip-prinsip etika.

Etika Islam boleh dikategorikan sebagai etika keagamaan jika mengikut perspektif Barat. Menurut perspektif Islam pula, etika Islam disinonimkan dengan akhlak. Berdasarkan Abdul Haq Anshari dalam Islamic Ethics: Concepts and Prospects menyatakan bahawa etika Islam sebagai sebuah disiplin ilmu atau subjek keilmuan yang berautonomi yang tidak pernah ada pada hari ini. Terdapat juga beberapa tokoh Islam yang telah menyatakan mengenai konsep etika menurut pandangan masing-masing. Antara tokoh yang boleh kita lihat di sini ialah Al-Khindi yang menyatakan perkataan etika ini mempunyai kaitan yang rapat dengan definisi mengenai falsafah atau cita falsafah.

13

14

Ciri-ciri Peradaban Barat

1.

Wujudnya sistem kepercayaan dan agama.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkait. Tetapi agama mempunyai makna yang lebih luas, iaitu merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, manakala kepercayaan pula adalah mengenai aspek ketuhanan. Contoh agama ialah Agama Islam, Agama Kristian, Agama Buddha, manakala masyarakat China pula telah menjadikan ajaran Confucianisme sebagai satu kepercayaan dan tokoh confuciuse telah disembah sebagai sebuah dewa yang penting. 2.

Perkembangan teknologi dalam bidang pertanian, dan pengairan.

Dengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk skala yang lebih besar. Contohnya terusan yang dibina untuk mengairi sawah. Selain itu, orang Sumeria telah mencipta bajak dan alat menabur untuk mempercepatkan lagi kerja pertanian. Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesapotamia menghasilkan keuntungan dalam hasil pertanian dan pertenakan yang mendorong kepada pembinaan bandar, contohnya ialah kincir air yang dapat mengairi kawasan tandus, mengawal banjir dan dapat m...


Similar Free PDFs