CTU554 Kertas Kerja KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT ACUAN MALAYSIA : SUATU ANALISIS BERDASARKAN PERSPEKTIF SEJARAH DAN STRUKTUR SOSIAL PDF

Title CTU554 Kertas Kerja KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT ACUAN MALAYSIA : SUATU ANALISIS BERDASARKAN PERSPEKTIF SEJARAH DAN STRUKTUR SOSIAL
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 37
File Size 435 KB
File Type PDF
Total Downloads 100
Total Views 868

Summary

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIKSARJANA MUDA SISTEM MAKLUMAT (KEPUJIAN)KEJURUTERAAN SISTEM PINTARLAPORAN PEMBENTANGANKONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT ACUANMALAYSIA : SUATU ANALISIS BERDASARKANPERSPEKTIF SEJARAH DAN STRUKTUR SOSIALDISEDIAKAN OLEH:1) NABILAH HAFIZAH BINTI MAZELAN 20208280982) NA...


Description

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK SARJANA MUDA SISTEM MAKLUMAT (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN SISTEM PINTAR

LAPORAN PEMBENTANGAN

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT ACUAN MALAYSIA : SUATU ANALISIS BERDASARKAN PERSPEKTIF SEJARAH DAN STRUKTUR SOSIAL DISEDIAKAN OLEH: 1) NABILAH HAFIZAH BINTI MAZELAN 2) NATASHA KHALISH BINTI DAHSIMAR 3) NUR AZRAWINA BINTI AHMAD KONTAR 4) NUR LIYANA BINTI HAYUSRI 5) NURUL HASYIMAH BINTI HASMUNI CHEW

2020828098 2020859702 2020847224 2020828456 2020828484

Ulasan Artikel Dihantar kepada Ustazah Nor Diyanah Binti Zafri dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk CTU 554 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II)

SEMESTER 2 SESI 2020/2021

PERAKUAN PELAJAR SAYA DENGAN INI MEMBUAT PERAKUAN BAHAWA PADA SETIAP MASA SEMUA HASIL TUGASAN YANG SAYA SERAHKAN ADALAH HASIl KERJA SAYA SENDIRI, TIDAK MENIRU DAN PLAGIAT DARIPADA MANA-MANA SUMBER, ATAU MENCUBA UNTUK MENIRU MANA-MANA PIHAK TANPA MELETAKKAN SITUASI YANG SEPATUTNYA. SAYA SEDAR BAHAWA MANA-MANA PELAJAR YANG MELANGGAR ATAU DISYAKI MELANGGAR PERAKUAN YANG DIBUAT BOLEH DIBAWA KEPADA JAWATANKUASA TERTIB ACIS.

Perakuan oleh:

1) NABILAH HAFIZAH BINTI MAZELAN

2020828098

2) NATASHA KHALISH BINTI DAHSIMAR

2020859702

3) NUR AZRAWINA BINTI AHMAD KONTAR

2020847224

4) NUR LIYANA BINTI HAYUSRI

2020828456

5) NURUL HASYIMAH BINTI HASMUNI CHEW

2020828484

ARAHAN PIHAK FAKULTI: *ikrar ini wajib ada pada ketiga-tiga tugasan berkumpulan (selepas muka hadapan). *pelajar perlu berikrar dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar yang amanah.

ISI KANDUNGAN PENGENALAN

1

KONSEP ETIKA MENURUT ACUAN MALAYSIA

3

2.1 Etika dalam Bekerja

3

2.2 Etika dalam Menuntut Ilmu

4

2.3 Pembentukan Sahsiah melalui Etika

6

KONSEP PERADABAN MENURUT ACUAN MALAYSIA

8

3.1 Konsep Peradaban Malaysia

8

3.2 Etika dan Peradaban Malaysia dalam Konteks Sejarah Malaysia

9

3.2.1 Etika dan Peradaban pada Zaman Pra-Kolonial Zaman Kesultanan Melayu Melaka 9

3.2.2 Etika dan Peradaban pada Zaman Kolonial dalam Aspek Kurikulum

11

3.2.3 Etika dan Peradaban pada Zaman Pasca Kolonial

12

ANALISIS ETIKA DAN PERADABAN DARI PERSPEKTIF SEJARAH MALAYSIA 13 4.1 Sejarah Malaysia Membawa Kewujudan Pembangunan Peradaban Islam Di Malaysia 13 4.2 Kesan Etika & Kepelbagaian dalam Masyarakat Kepelbagaian

15

4.3 Kesan Sejarah Etika dan Peradaban Terhadap Pembangunan Negara

17

ANALISIS ETIKA DAN PERADABAN DARI PERSPEKTIF STRUKTUR SOSIAL

20

5.1 Pembentukan Struktur Sosial di Malaysia

19

5.2 Perubahan Sosial Masyarakat di Malaysia

21

5.3 Kesan Kewujudan Etika dan Peradaban dalam Konteks Struktur Sosial

23

5.3.1 Masyarakat Malaysia

23

5.3.2 Negara Malaysia

25

5.3.3 Pasaran Malaysia

27

KESIMPULAN

29

1. PENGENALAN Pada era globalisasi ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang telah dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah menghayati ilmu etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh di sekampingkan ialah konsep etika dan peradaban. Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak dapat diperoleh oleh seseorang tanpa menjalin sesuatu hubungan berbentuk social dengan orang lain. Cabang asas perbahasan etika termasuklah metaetika, etika normatif dan juga etika gunaan. Manakala adab dari segi istilah bermaksud keadaan serta tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Peradaban juga diistilahkan sebagai ketamadunan. Sejarah telah membuktikan masyarakat yang mempunyai berperadaban dapat membina ketamadunan. Ini disebabkan oleh kemajuan yang diperoleh apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai adat dan moral yang tinggi bergerak seiring dengan budaya dan nilai tersendiri yang diterima masyarakat. Seterusnya, objektif kertas kerja yang disediakan ini adalah untuk menghubung kait etika dan peradaban menurut acuan Malaysia. Ini sangat berkait disebabkan oleh seseorang individu yang menggunakan pemikiran, emosi dan tingkah laku yang baik dapat membawa kepada masyarakat yang lebih maju dalam kerangka masyarakat sosial yang berbudaya tinggi. Dengan adanya etika yang baik dalam setiap manusia, ia akhirnya akan membawa kepada kemajuan masyarakat yang menyeluruh secara langsung. Justeru, hal ini terdapat hubungan yang sangat berkait dan tidak boleh dipisahkan dalam membincangkan perkembangan manusia sama ada daripada masa dahulu, sekarang mahupun pada masa akan datang nanti. Tanpa ada etika dan peradaban, maka tiadalah kemajuan dan kemakmuran negara, masyarakat serta tamadun. Agama islam telah memberikan masyarakat di Malaysia cara hidup yang lebih beretika dan secara automatik menjadi sistematik. Dari sistem sosial raja atau sultan diterima sebagai pemimpin. Rakyat secara langsung menghormati pemimpin dengan impak etika dan peradaban yang disebar secara meluas di kepulauan Tanah Melayu. Undang-undang telah dicipta dan memandu masyarakat zaman tradisi untuk beretika sama ada di laut dan juga di darat. 1

Pembahagian peranan juga telah diwujudkan. Terciptanya pemerintah dan golongan yang diperintah. Ini sangat penting dalam pembentukan struktur sosial masyarakat agar negara mempunyai disiplin dan mempunyai motif dan hala tuju. Golongan agama dan intelektual juga telah mempunyai tempat dalam struktur sosial Malaysia sehingga era globalisasi pada waktu kini. Kaum dan bangsa juga telah berjaya diterapkan dalam masyarakat tanpa banyak masalah. Asimilasi kaum tidak terlalu ketat di Malaysia yang menjaga sensitiviti kaum dan sehingga kini tidak terhapusnya kaum seperti kaum India dan Cina. Kertas kerja kami menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia. Terdapat tiga kerangka menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia. Ia termasuklah dari aspek sejarah, dan struktur sosial. Dari perspektif sejarah, kemunculan tamadun melayu telah membuktikan alam melayu telah lama mempunyai peradaban yang tinggi dan tersendiri. Manakala dari perspektif struktur sosial juga terdapat banyak kesan etika dan peradaban dalam acuan Negara kita ini daripada aspek masyarakat Malaysia, negara dan pasaran di Malaysia. Pada tahun lepas kita digemparkan dengan berita virus COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Pelbagai metod dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangani pandemik kes harian seperti garisan panduan & operasi standard (SOP) diwujudkan bagi membendung penyebaran virus COVID-19. Awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan rakyat Malaysia mengikut perintah dengan baik sehingga negara kita pernah mencapai 0 kes harian. Namun, kes menunjak naik di luar kawalan akibat sikap penting diri, tiada keadilan, tidak berintegriti, hilang sifat empati, serta tidak melaksanakan tanggungjawab bersama sama ada rakyat biasa atau ahli kerajaan dan kini kita saling menuduh jari antara satu sama lain kerana keangkuhan dalam diri. Hasilnya kita rakyat Malaysia bersusah-susahan tidak dapat melakukan pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan, hilang pekerjaan, tidak dapat bersemuka bagi pembelajaran atau melancong serta tidak lupa juga jasa yang tidak dapat dibalas kepada para doktor dan jururawat yang merawat pesakit COVID tanpa henti kerana tiada etika yang diamalkan oleh setiap insan dalam masyarakat Malaysia. Hal ini dapat dibanteras sekiranya kita mempraktikkan etika-etika dan adab dalam kehidupan walaupun negara dilanda bencana. Persoalannya bagaimanakah etika dan peradaban memainkan peranan penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang bertamadun khususnya dalam acuan Malaysia?

2

2. KONSEP ETIKA MENURUT ACUAN MALAYSIA KONSEP ETIKA DI MALAYSIA Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), etika merupakan prinsip moral atau nilainilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Di Malaysia, etika menjadi satu perkara yang perlu dihayati dan dipraktikkan oleh semua golongan masyarakat. Aminuddin Basri (2012) menulis bahawa etika menjadi satu bidang disiplin tertentu dan mempunyai kaitan dengan moral dalam menentukan perkara yang baik dan buruk dalam tingkah laku.

2.1 Etika dalam Bekerja Nilai penting dalam bekerja adalah jihad bermaksud bersungguh-sungguh dan ihsan yang bererti baik jika dilihat dari perspektif Islam (Adam, Kassim, 2008). Bekerja memerlukan hati yang ikhlas dan dilakukan dengan ihsan untuk mencapai anugerah atau hadiah yang lumayan samada di dunia dan di akhirat. Etika pekerjaan perlu diamalkan oleh setiap pekerja di Malaysia dalam mengharungi dan menyelesaikan tugas. Etika perubatan di Malaysia antara salah satu bidang kerja yang melibatkan praktikal etika yang sangat tinggi. Hal ini kerana terdapat keperluan dalam membuat keputusan yang rasional dan etika sebagai prinsip yang penting dalam memutuskan satu-satu perkara. Hal-hal perubatan yang melibatkan pengguguran bayi, kejuruteraan manipulasi genetik, pembiusan dan hak pesakit merupakan kes yang melibatkan kesihatan manusia yang memerlukan kepada nilai etika dalam membuat keputusan (Malaysian Medical Association, 2008). Setiap anggota yang bekerja di hospital perlu menghayati etika perubatan dalam merawat pesakit. Menurut Dr. Eddie Soo Fook Mun, Pengerusi Pertahanan Perubatan Malaysia, kesilapan yang berlaku terhadap pesakit dalam kesalahan perubatan tidak semestinya kesalahan tersebut diletakkan kepada doktor sepenuhnya kerana adanya kemungkinan sistem badan manusia itu sendiri yang tidak dapat bertindak balas dengan baik (Amirthalingam,2003). Contohnya, selaras dengan Berita Harian, Emer Cooke iaitu ketua Agensi Perubatan Eropah (EMA) menyatakan bahawa vaksin Astrazeneca tiada faktor khusus untuk pembekuan darah berlaku kepada semua golongan dan perlu dilihat kepada faktor risiko tertentu seperti usia, jantina dan sejarah perubatan (2021)

3

2.2 Etika dalam Menuntut Ilmu Ilmu merupakan satu cahaya dan menjadi petunjuk bagi setiap umat Islam dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah daripada surah al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud: “Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa umat manusia perlu belajar, menyelidik dan mentelaah ilmu bertepatan dengan perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibril as berulang-ulang kali kepada Rasulullah SAW (Stapa, Z., Yusuf, N., Shahrudin, A. F., 2012). Etika sebagai salah satu cabang ilmu itu sendiri boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai umat manusia supaya manusia itu dapat terhindar dari kejahilan dan menjadi umat yang memajukan kehidupan sendiri. Penulis berpandangan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan di Malaysia hari ini semakin deras arus pemodenannya yang menjadikan murid-murid kian hari kian lupa akan pemantapan etika dalam diri masing-masing. Malah, dengan keadaan pandemik Covid19 yang melanda seluruh negara memerlukan kepada pelajar mengakses hal pembelajaran secara atas talian. Namun, kebanyakan peribadi pelajar semakin banyak terhakis keluar dari norma agama ataupun norma susila (Saihu, 2020). Saihu berpendapat pelajar juga perlu menghayati ilmu etika bersama guru kerana ilmu yang diperolehi akan menjadi kurang bermanfaat jika tidak diterapkan etika ilmu. Saban hari, penulis sering mendengar kes di mana pelajar yang sengaja enggan memasuki kelas atas talian sehingga guru atau pensyarah kecewa akan sikap pelajar. Tular di media sosial pada tahun 2020 di mana seorang guru subjek Seni Reka Tanda (MSV), Mustaqim Bajoori yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Selangor yang mengendalikan kelas atas talian melalui platform Zoom tetapi tiada pelajar kelas beliau sama sekali yang menyertai kelas tersebut dan dia hanya menunggu pelajarnya untuk masuk sehingga menyalahkan ‘link’ yang dibuat mungkin tidak berfungsi dengan baik (S. Susan, A. Kassim, 2020). Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia, Cheras, 4

Haslindar Nor berkata pembelajaran di sekolah melibatkan silibus yang ditetapkan KPM terkesan apabila tempoh PKP dilanjutkan. Sejak PKP mula dilaksanakan 18 Mac lalu, beliau menggunakan Google Classroom bagi memastikan pelajarnya tidak ketinggalan. Namun, tidak semua pelajar masuk ke dalam kelas maya itu, kata Haslindar, yang berpengalaman mengajar hampir 20 tahun (2020). Adakah ini etika yang diamalkan oleh pelajar masa kini? Manusia yang bergelar pelajar hari ini perlu menitikberatkan konsep ilmu etika dalam menuntut ilmu kerana guru adalah pembimbing murid untuk jadi manusia yang berakal dan menghormati sesama insan.

5

2.3 Pembentukan Sahsiah melalui Etika Isu keruntuhan akhlak merupakan satu perkara yang tidak asing lagi di Malaysia. Sahsiah pelajar kian hari kian pincang dan menunjukkan pelajar kurang mengambil berat tentang prinsip etika dalam pembentukan sahsiah. Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata daripada 10,154 kes disiplin di Seremban pada tahun 2019, kesalahan ponteng sekolah mencatat angka tertinggi, iaitu 7,709 kes, manakala baki adalah kes disiplin lain seperti tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan vandalisme. Sikap malas dan tidak berminat untuk belajar merupakan salah satu faktor yang mendorong pelajar untuk melakukan hal sedemikian dimana bermula daripada tahap ringan seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, bergaduh dan melawan guru (Buerah T., Shanah N., Hamimah A. N., 2015). Tular barubaru ini di media sosial berkenaan seorang guru yang didakwa membuat jenaka lawak berkaitan rogol sewaktu mengajar subjek pendidikan jasmani di dalam kelasnya. Pelajar yang menularkan isu tersebut malah turut menerima ugutan rogol daripada rakan lelaki sekelasnya (MalaysiaKini, 2021). Hal ini justeru menunjukkan betapa semakin punah organisasi pendidikan kerana wujudnya manusia yang berperilaku sedemikian yang menjadi barah dalam memurnikan nilai etika dalam diri pelajar-pelajar. Pada peringkat awal pendidikan lagi, pembentukan etika seseorang pelajar itu sangat penting untuk dididik. Penulis berpandangan pelajar sebagai kanak-kanak atau remaja perlu dibimbing oleh ibu bapa dan ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang mampu menerapkan nilai etika dalam membentuk sahsiah diri pelajar kerana kanak-kanak dan remaja tersebut adalah tonggak negara pada masa hadapan. Yahaya & Nam (2010) tidak dapat menafikan bahawa rakan anak-anak adalah penyumbang besar dalam peningkatan tingkah laku delinkuen anak. Justeru, beliau mengesyorkan ibu bapa perlu memantau dan mengenali rakan anak-anak. Bergaul dengan orang-orang atau rakan-rakan yang berakhlak mulia merupakan di antara cara yang berkesan untuk memupuk nilai etika dalam pemantapan nilai akhlak. Ini kerana naluri manusia terutama sekali golongan belia cepat meniru, terpengaruh dan terikut-ikut dengan teman rapatnya. Rasulullah SAW telah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam AlTirmizi yang bermaksud: “Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah sesorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman” 6

Sinar Harian (2019) menulis berita mengenai tindakan seorang mahasiswa graduan universiti tempatan menjerit dan menunjukkan tanda protes usai selepas menerima skrol ijazah sarjana muda dalam majlis istiadat konvokesyen menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat dan membuktikan nilai etika dan moral yang semakin merosot dalam kalangan generasi muda. Kebimbangan yang timbul adalah masalah etika dan akhlak ini terus berlaku sehingga terbawa-bawa ke alam pekerjaan (Ruslan H., Farid M. Z., Kaseh A. B., Azmul F. K., 2020). Justeru, etika perlu diterapkan dalam pemantapan sahsiah diri pelajar sama ada murid atau mahasiswa dan mahasiswi untuk membentuk insan yang seimbang rohani, jasmani dan akhlak yang terpuji.

7

3. KONSEP PERADABAN MENURUT ACUAN MALAYSIA 3.1 Konsep Peradaban Malaysia Peradaban atau tamadun ialah suatu bentuk masyarakat yang hidup dalam keadaan tersusun, mempunyai sistem dalam pelbagai aspek kehidupan, mempunyai adab dan akhlak baik serta boleh berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu kesepakatan dalam membangun masyarakat (Hernawati & Suraya, 2018). Berdasarkan keterangan tersebut, ia menjelaskan bahawa peradaban merupakan faktor penting dalam pembentukan sesebuah negara kerana ia membantu dalam menyatupadukan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Dalam konteks perbahasan mengenai tamadun Malaysia berteraskan Islam, sesungguhnya Islam merupakan struktur yang berintegrasi dalam wadah keMelayuan bagi tamadun Malaysia (Hernawati & Suraya, 2018). Perkara ini dapat disahkan kebenarannya kerana menurut Hernawati Nasir dan Suraya Sintang juga, penulis menjelaskan bahawa selain Islam menjadi faktor yang mentakrif bangsa Melayu, ia juga dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan Malaysia. Setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia (Hernawati & Suraya, 2018). Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan peruntukan ini membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan pembangunan Islam dalam pelbagai bidang (Mohammad, 2008). Sehubungan dengan pernyataan tersebut, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama selain agama Islam telah menerima keputusan ini dan telah belajar menghormati agama Islam sejak dahulu lagi. Walaubagaimanapun, pada abad ini terdapat beberapa pihak yang cuba sedikit sebanyak menggugat keistimewaan Islam sebagai agama rasmi dengan menimbulkan isuisu yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Sebagai contoh, isu Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto (orang bukan Islam) yang memberi bantuan Ramadan kepada Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ). Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana “ Di dalam isu zakat, proses wajib yang lazimnya adalah ia diambil daripada orang Islam, diberikan untuk orang Islam dan diuruskan sepenuhnya oleh orang Islam” kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

8

3.2 Etika dan Peradaban Malaysia dalam Konteks Sejarah Malaysia 3.2.1 Etika dan Peradaban pada Zaman Pra-Kolonial Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Pembentukan pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di Nusantara, bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan syariah, sehingga akhirnya mewujudkan sebuah kerajaan dan pemerintahan Islam (Fadhli, 2018). Kerajaan Islam di Melaka telah menyambung tradisi sebelumnya dengan mewujudkan kesinambungan pemerintahan Islam dan perlaksanaan syariat (Fadhli, 2018). Pemerintahan Islam di Melaka lebih bertenaga, perkasa dan berwibawa berbanding kerajaan-kerajaan Islam di utara Sumatera, di mana Melaka bukan sahaja menjadi pusat peradaban Islam, tetapi sebuah kuasa politik yang mampu membentuk empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia (Fadhli, 2018). Berdasarkan pernyataan tersebut, ia menjelaskan bahawa Melaka ialah sebuah kerajaan berkuasa yang terkenal dengan pelbagai fungsi penting terutamanya pusat perdagangan. Hal ini kerana Melaka terletak pada kedudukan strategik yang menjadi tempat persinggahan di antara kerajaan-kerajaan di seluruh dunia...


Similar Free PDFs