CTU554 - KERTAS KERJA BERTULIS (KERJA BERKUMPULAN) PDF

Title CTU554 - KERTAS KERJA BERTULIS (KERJA BERKUMPULAN)
Author Edward TheStupid
Course Service Design
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 32
File Size 418.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 517
Total Views 815

Summary

FAKULTI SENILUKIS DAN SENIREKASARJANA MUDA SENI REKA GRAFIK (KEPUJIAN) (AD241)KERTAS KERJA BERTULISCABARAN KETIRISAN JATI DIRI MASYARAKAT DIGITALDAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKADARI PELBAGAI PERADABANDISEDIAKAN OLEH:(1.) SYAFIQ HAZWAN BIN ABDUL HAMID (KETUA) 2020861842(2.) ABDUL ZULHILMY...


Description

FAKULTI SENILUKIS DAN SENIREKA SARJANA MUDA SENI REKA GRAFIK (KEPUJIAN) (AD241) KERTAS KERJA BERTULIS

CABARAN KETIRISAN JATI DIRI MASYARAKAT DIGITAL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKA DARI PELBAGAI PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH: (1.) SYAFIQ HAZWAN BIN ABDUL HAMID (KETUA)

2020861842

(2.) ABDUL ZULHILMY BIN ABDUL HALIK

2020614524

(3.) ANA SAYYIDAH BINTI MOHAMMAD

2020872478

(4.) AMINUDDIN NAUFAL BIN ADNAN

2020449176

(5.) MUHAMMAD AMEERUL FARIS BIN ROMZI

2020608662

(6.) MUHAMMAD AMRU BIN UMAR

2020614648

(7.) NURFAZIRA BINTI JA’AFAR

2020461744

(8.) WAZIEN SAZWANSHAH BIN WASIMIN

2020455776

Laporan Kertas Kerja Bertulis ini Dihantar kepada Pn Najwa binti Fudil dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk CTU554 (ETIKA DAN PERADABAN II) SEMESTER 4 SESI 2 2020/2021 4 MEI, 2021

ISI KANDUNGAN

Bil.

ISI KANDUNGAN

1.

Muka Hadapan

2.

Isi Kandungan

3.

Borang Perakuan Pelajar

4.

Pengenalan

5.

Objektif Kajian

6.

Kajian Literatur

7.

Metodologi Kajian

8.

Dapatan Fakta & Perbincangan

9.

Cadangan & Kesimpulan

10.

Biliografi/ Rujukan

11.

Lampiran

BORANG PERAKUAN PELAJAR “Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM Shah Alam.”

1. Nama: SYAFIQ HAZWAN BIN ABDUL HAMID (KETUA) No. Pelajar: 2020861842

2. Nama: ABDUL ZULHILMY BIN ABDUL HALIK No. Pelajar: 2020614524

3. Nama: ANA SAYYIDAH BINTI MOHAMAD NAZARUDIN No. Pelajar: 2020872478

4. Nama: AMINUDDIN NAUFAL BIN ADNAN No. Pelajar: 2020449176

5. Nama: MUHAMMAD AMEERUL FARIS BIN ROMZI No. Pelajar: 2020608662

6. Nama: MUHAMMAD AMRU BIN UMAR No. Pelajar: 2020614648

1. Nama: NURFAZIRA BINTI JA’AFAR No. Pelajar: 2020461744

1. Nama: WAZIEN SAZWANSHAH BIN WASIMIN No. Pelajar: 2020455776

1.0 PENGENALAN

Adakah anda percaya bahawa Bill Gates yang merupakan ahli syarikat yang paling terkenal dalam bidang pengkomputeran dan orang terkaya di dunia telah mengeluarkan pernyataan ini pada tahun 1993 iaitu "The Internet? We are not interested in it". Pada era itu, tidak ada yang menyangka bahawa Internet akan menjadi media baru yang sangat berpengaruh dalam hampir semua bidang kehidupan manusia. Perdebatan sengit mengenai undang-undang dan Internet (termasuk etika) bermula sekitar 16 tahun yang lalu, ketika Ethan Katsh menerbitkan bukunya "Law in the Digital World" pada tahun 1995, diikuti oleh buku Lawrence Lessig "Internet Undang-undang ruang lain. Mereka berusaha memahami keselamatan komputer dan Internet, dan bagaimana undang-undang dan etika mengawal kelajuan dan kemajuan teknologi. Zaman sekarang dicirikan oleh perkembangan pesat ICT (Information and Communication Technology iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan gelombang globalisasi. Pengaruh Internet dalam kehidupan manusia tidak dapat dinafikan. Sama ada kita menyedari ini atau tidak, sama ada kita berada di pejabat, di rumah atau dalam kehidupan seharian di mana sahaja, kita menggunakan Internet sebagai medium baru yang sangat bermakna untuk mempermudah kehidupan seharian kita. Kami berkomunikasi, berinteraksi, membeli, memesan barang, membuat urus niaga, membayar bil, mencari maklumat, membaca berita, dan mencari peristiwa semasa melalui Internet. Kami menyambung ke rangka ian global pengguna telefon bimbit pelbagai fungsi dan komunikasi e-mel melalui komputer, dan melakukan lebih banyak pertukaran dan lebih banyak interaksi melalui ruang siber.

Penggunaan teknologi Internet dapat menyebarkan maklumat secara berkesan dalam masa nyata, termasuk paparan visual, suara dan suara, dan banyak fungsi. Menurut Flickenger, salah satu kriteria untuk mengukur sama ada negara maju adalah kepantasan Internet negara. Pengukuran ini dilakukan dengan mengukur kelajuan tindak balas impuls digital yang dihantar melalui Internet sebelum pengirim menerimanya kembali. Sejak diperkenalkannya Internet, ia membawa banyak faedah kepada manusia. Namun, banyak orang juga menyalahgunakannya. Oleh itu, teknologi maklumat yang menguasai dunia ICT mesti dilindungi dengan cara terbaik untuk memberi manfaat kepada manusia, dan pada masa yang sama, faktor negatif yang berkaitan dengannya harus dielakkan. Umat Islam perlu bersedia menghadapi keadaan ini. Etika digital dan akhlak Islam mesti sentiasa dijunjung tinggi. Cabarannya juga hebat, dan anda perlu bersiap sedia untuk mengelakkan perubahan. Dalam tugasan kertas kerja ini kami akan menerangkan serba sedikit tentang Cabaran ketirisan jati diri masyarakat digital dan penyelesaiannya menurut perspektif etika dari pelbagai peradaban.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Seperti yang kita tahu dunia digital amatlah meluas pada era kini dan ia merupakan salah satu cara yang mudah untuk kita memperolah maklumat . Namun terdapat kesan baik dan buruk di dalam penggunaan media digital ini. Oleh itu ,kita haruslah pandai menilai yang mana baik dan yang mana buruk terhadap diri kita. Terdapatnya media digital juga dapat memudahkan kita untuk mencari ilmu dan mengetahui tentang yang terjadi di dunia luar. Contoh – contoh media yang boleh kita gunakan adalah seperti google, facebook,instagram , google meet dan banyak lagi.Dengan adanya media – media tersebut ia telah banyak memudahkan kerja kita pada zaman di era moden ini.

Pada era ini remaja amat tertarik menggunakan media digital sehinggakan mereka lupa bahawa media digital ini dapat memberi dua kesan terhadap diri mereka . Dari sini kita dapat melihat remaja mula menberontak dan menginginkan kebebasan di tahap ini kita bisa melihat bahawa keadaan remaja masa kini amat membimbangkan.Ini terjadi disebabkan pengaruhi oleh media digital yang berkongsi pengetahuan yang salah .Disebabkan oleh sikap dan pemikiran remaja yang masih muda mereka mudah terpengaruh dengan unsur – unsur yang negative dan budaya barat. Ini yang akan menyebabkan

akhlak – akhlak remaja mulai berkurang

disebabkan oleh terpengaruh dengan unsur yang negative atau budaya

barat

tersebut. Bukan itu sahaja mereka juga telah menyalah gunakan kemudahan ini. Seperti melayari laman web yang tidak sesuai dengan umur dan menaburkan fitnah ini yang telah menyebabkan anak remaja zaman sekarang mulai tidak ada nilai moral dalam diri mereka.Bukan itu sahaja ramai penjenayah menjadikan remaja sebagai mangsa mereka, disebabkan oleh remaja yang mudah terpengaruh dan mudah terpedaya.Padahal media digital ini dapat memberikan kita ilmu tambahan yang lebih berfaedah dan berguna kepada kita.

Pada keluarga media digital telah menyebabkan ibu bapa mula lupa akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak - anak dan mengawasi anak mereka disebabkan terlalu leka bermain dengan media digital. Ini yang telah menyebabkan anak mereka kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa mereka. Ia juga menyebabkan berlakunya salah faham dan menjadikan keluarga tersebut huru hara dan ini menyebabkan nilai kasih sayang dalam keluarga mulai hilang.Jadi tidak heran lah jika anak kita memberontan kerana kurang mendapatkan kasih sayang oleh ibu bapa mereka.

Masyarakat juga turut terkesan oleh media digital ini. Kerana kita dapat melihat masyarakat zaman sekarang terlalu leka dengan dunia digital sehinggakan tidak mengetahui keadaan di sekeliling mereka. Bahkan terdapat sesetengah dari masyarakat menggunakan media digital untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan orang lain dan mampu menyinggung perasaan orang lain, seperti menyebarkan berita tidak sahih, penyebaran fitnah dan gossip. Dari media digital ini mereka mula menyebar fitah bagi tujuan memburukan,menjatuhkan dan memalukan orang lain. Ini juga telah menyebabkan etika bermasyarakat mulai jatuh dan nilai murni dalam diri masyarakat juga berkurang.

Oleh itu kita sebagai manusia haruslah menggunakan media digital dengan betul supaya tidak berlakunya perkara seperti remaja mulai terpengaruh dengan budaya barat dan mula menjadi mangsa kepada penjenayah, ibu bapa mula lupa kepada tanggungjawab, masyarakat mula mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Ini juga telah sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada kita.

3.0 KAJIAN LITERATUR Bab ini membincangkan kajian secara literatur tentang cabaran jati diri masyarakat digital dan cara penyelesaian menurut perspektif dari pelbagai peradaban. Kajian literatur ini dijalankan untuk meningkatkan lagi fahaman tentang tajuk kertas kerja ini. Rujukan telah dibuat dari sumber bacaan dan maklumatmaklumat terkini yang diperoleh dari Internet. Sudah menjadi kebiasaan pengguna laman sosial atau dunia digital pada zaman kini, mempamerkan kehidupan peribadi mereka tanpa memikirkan najitah yang akan menimpa. Menurut (Mukhriz Mat Husin,2021) istilah “kehidup an peribadi” itu sendiri sudah tiada makna dan hilang nilainya yang telah ditelan arus perkembangan digital. Ujarnya lagi masyakat bahkan menunding jari menyalahkan perubahan trend yang berpunca kemajuan teknologi. Sebanyak 5,000 kes jenayah siber telah dicatatkan pada tahun lalu (CyberSecurity Malaysia,2020) ini kerana majoriti rakyat Malaysia melakukan tugas mereka ekoran pandemik melanda negara kita. Walaupun tahap literasi digital dalam kalangan masyarakat Malaysia masih dalam keadaan yang baik, kesedaran tentang jenayah ini harus di tinggkatkan. Pada zaman yang serba serbi digital ini, gaya hidup kita sentiasa berpaksikan teknologi yang canggih dan gajet. Ini membuatkan mahasiswa menjadi tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik. Di tambah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan di jalankan. Semuanya terbatas antara mahasiswa dengan tenaga pengajar. Menurut penulisan (Dunia Hamba, Khalifah & Daie,2017) kurang komunikasi secara interpersonal di kalangan mahasiswa. Hilang kemahiran berkomunikasi ini juga mengakibatkan hilang motivasi diri sehinggakan langsung tidak mahu untuk berkomunikasi.

Tidak asing lagi isu tentang penyebaran fitnah jika kita berada di era digital. Ini bertujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan maruah pihak yang lain. Kesemua ini hanyalah di hujung jari, bergantung setiap individu itu sendiri. Hal ini sangatlah mencabar etika peradaban dan jati diri. Islam juga menentang keras berbuatan ini. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh” Jika ada masalah sudah pasti ada jalan peyelesaian, apa yang dapat kita lihat masyarakat yang beretika adalah masyarakat yang bertanggungjawab moral dan sosial, membentuk jati diri yang baik. Menurut (Nurhanisah Mohamad, 2012) Islam itu sendiri telah mengajar kita etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh umatnya. Seperti sifat Siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Agar setiap apa yang kita lakukan sentiasa betul dan tepat terutamanya kita pada dunia digital ini.

Tidak dilupakan juga nilai kerohanian dalam diri kita seharusnya tidak dilupakan. Ini mempertahankan jati diri setiap insan, untuk membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Setiap masyarakat harus menerapkan nilai ini untuk negara lebih unggul. Negara Malaysia juga akan di pandang mulia jika masyarakat, berbudi bahasa dalam setiap perkara, mahupun dari aspek hubungan sesama individu hinggalah aspek ICTnya.

Menurut (Siti Norhanani, 2011) kujujuran adalah asas dalam perilaku manusia. Setiap apa yang kita layari atau paparkan didalam dunia digital ini adalah bermulanya dari niat. Jika niat kita itu sendiri salah maka dari situ lah jati diri akan terjejas.

Ringkasan dari kajian yang telah dijalankan adalah masyarakat pada era digital ini memberikan impak yang negetif dan juga positif. Tidak dinafikan pengaruh ICT sangat lah besar akan tetapi kita sepatutnya menggunakannya dengan bijak, sehingga jati diri tidak terjejas. Masih belum terlambat untuk kita mengelakkan dari ini semua berlaku. Dari pemerhatian kajian, kesan negatif amatlah sukar untuk dihapuskan akan tetapi jika ditingkatkan kesan positif jati diri setiap masyarat akan terjaga.

4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan Metodologi merupakan satu teknik yang menghasilkan teknik dalam rumusan dan kefahaman teknik yang mereka-bentuk suatu kajian melalui artikel. Oleh itu, bahagian ini merancangkan suatu proses dalam teknik mereka-bentuk kajian yang ingin disampaikan secara jelas seperti mengkaji semua masalah dengan tujuan membantu dan memahami apakah mesej dalam kajian yang telah dikaji. Selain itu, metodologi penyelidikan merupakan kaedah yang menghasilkan bukti yang kukuh dan menyokong setiap kajian yang telah dicari melalui menganalisis data yang penting untuk sokongan setiap isi kandungan yang ingin dijelaskan agar dapat difahami dengan lebih luas oleh para pengkaji. Dengan cara ini, para pengkaji dapat membincangkan tatacara pengumpulan data yang telah dianalisis. Oleh itu, kami sebagai pengkaji menggunakan kaedah kajian artikel melalui online untuk mengenalpasti setiap isi kandungan bidang yang terlibat daripada artikel yang kami pilih, di mana ia memudahkan pencarian topik para pengkaji dan kita telah mendapatkan idealisasi seperti, apakah perspektif-perspektif yang ada dari segi identiti sebenar manusia mahupun dari segi aspek fizikal seseorang dalam jati diri manusia tanpa menyentuh elemen kemanusiaan yang sensitif. Hal ini dapat membantu para pengkaji meneliti isu semasa jati diri manusia secara jelas yang kini kian berterusan dan menjadi kebiasaan manusia. Dalam kajian ini, yang menyokong jati diri manusia adalah daripada diri kita sendiri dan membiasakan diri kita untuk terus belajar perkara yang baharu agar masyarakat bertamadun lebih menjurus kepada masyarakat yang menjalani kehidupan yang berasaskan ajaran agama secara menyeluruh termasuklah dari segi sistem sosial, ekonomi mahupun politik terhadap jati diri manusia. Melalui kajian ini juga, kami para pengkaji telah menjadikan seseorang ahli falsafah islam sebagai rujukan utama kebersanan dalam jati diri manusia yang bertamadun seperti Abdul Waleed Muhamammad Ibn Rushd yang berjaya dari segi falsafah diri yang baik.

4.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk suatu proses kajian yang berkesan. Kajian yang telah kami pilih adalah Cabaran Ketirisan Jati Diri Masyarakat Digital dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika dan Peradaban di mana kajian ini adalah satu tinjauan mengenai cabaran-cabaran masyarakat untuk mengenal pasti tatacara dalam etikan dan peradaban dalam bentuk digital.

4.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah suatu proses berbentuk kajian experimen terhadap artikel yang dipilih oleh para pengkaji. Kajian ini dipilih kerana isu semasa terkini semakin merosot dari segi etika dan peradaban terutamanya dalam bentuk digital. Oleh itu, kajian yang dibuat adalah mengenal pasti apakah cabaran-cabaran bagi masyarakat dan sejauh manakah isu ini mampu kita hadapi sebagai masyarakat yang berfikiran maju ke depan. Dengan ini, instrumen kajian diperlukan untuk memahami lebih mendalami konsep berkaitan dengan etika dan peradaban pada masa kini yang lebih mendorong kepada anak-anak muda iaitu generasi baru yang masih dalam proses memahami persepsi diri, sikap mahupun tabiat seseorang dari segi pengunaan digital. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah untuk mendapatkan cabaran-cabaran masyarakat dari segi etika dan peradaban berbentuk digital.

Kaedah

Instrumen kajian berbentuk artikel

Kualitatif

Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika dan Peradaban

kuantitatif

Cabaran-cabaran ketirisan jati diri masyarakat Jadual 1: Instrumen Kajian

4.4. Cara Mendapatkan Maklumat Pengkaji memilih cara dengan tinjauan faktor semasa masyarakat

4.4.1 Pemilihan Maklumat Maklumat dipilih secara faktor semasa untuk memenuhi kehendak jawapan yang jelas dengan tajuk Cabaran Ketirisan Jati Diri Masyarakat Digital dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika dan Peradaban. Maklumat jelas yang dipilah adalah faktor semasa masyarakat setempat dalam cabaran-cabaran dan penyelesaiannya dalam perspektif Etika dan Peradaban seperti perbahasan hangat undang-undang dan internet. Pada zaman kini, pengaruh internet yang salah terhadap pengunaan manusia sudah menjadi gelombang dalam kemusnahan etika dan peradaban dari segi berkomunikasi, berinteraksi, memesan barang yang diingini mahupun kenalan orang melalui laman web yang haram sudah menjadi satu isu yang berterusan sehinggalah menjadi satu tingkah laku yang kurang positif kepada kita dan juga kepada generasi muda yang akan datang. Dalam hal ini, dalam pemilihan maklumat adalah satu benda yang berkesan dari segi faktor semasa masyarakat terkini di mana sistem ict pada masa kini adalah sangat penting terutamanya dari segi etika dan peradaban masyarakat setempat yang banyak menggunakan sistem ict. Dalam kajian ini, cabaran-cabaran masyarakat adalah melalui faktor semasa pengunaan tatacara digital yang betul.

4.4.2 Pengedaran Borang Soal Selidik Pengkaji telah membuat borang soal selidik secara dalam talian/online. Pengkaji membuat borang soal selidik dengan menggunakan Google Form. Pautan Google Form tersebut akan disebarkan kepada masyarakat yang akan membantu penyelidikan. Perkara ini akan memudahkan pengkaji untuk membuat penyelidikan. Maklumat yang dikumpulkan betujuan untuk mengetahui lebih lanjut cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam bentuk digital. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji adalah responden tidak menjawab soalan dengan baik dan mereka kurang memahami soalan yang diberi. Terdapat segelintir responden kurang memahami perkataan di dalam borang tersebut. Penkaji telah memberi respon terhadap responden yang kurang memahami soalan dam perkataan di dalam borang tersebut. Oleh itu, penkaji berjaya menyempurnakan borang soal selidik dengan bantuan responden yang diwakili oleh masyarakat Malaysia.

4.5 Cara Mendapatkan Data/Maklumat 4.5.1 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan mengikut objektif kajian iaitu cabaran ketirisan jati diri masyarakat digital. Borang soal selidik ini mempunyai soalan tentang mengenalpasti cabaran yang diahadapi oleh masyarakat. Kajian ini menggunakan Skala Likert lima mata yang mengandungi lima aras seperti dalam jadual berikut:

Sangat tidak setuju

1

Tidak setuju

2

Kurang setuju

3

Setuju

4

Sangat setuju

5 Jadual 2: Skala Likert 5 Aras

4.5.2 Rujukan Perpustakaan

Pengkaji juga telah membuat kajian dengan membaca buku, kamus, blog dan sumber dari internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. pengkaji mendapat kesan yang positif apabila semua sumber yang digunakan banyak membantu pengkaji menyiapkan kerja penyelidikan ini.

4.5.3 Memproses dan Mempersembahkan Data

Kaedah statitik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala likert. Kaedah pengkiraan data skala likert ialahs ecara manual oleh pengkaji dengan mengambil kira kekerapan dan peritus. Oleh itu, pengkaji akan mempersembahkan data dalam bentuk jadual, carta pai atau graf bar. Akhir sekali, pengkaji akan membuat penenrangan skala tersebut dengan menggunkan graf bar.

4.6 Kaedah/ Metodologi

Kaedah yang digunakan untuk membuat penyelidikan tentang Cabaran Ketirisan Jati Diri Masyarakat Digital dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Etika dan Peradaban adalah secara online. Artikel yang terdap...


Similar Free PDFs