Kertas Kerja CTU152 assignment PDF

Title Kertas Kerja CTU152 assignment
Author airul hafiq
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 32
File Size 811.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 271
Total Views 962

Summary

DIPLOMA SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK CS1102EAHLI KUMPULAN :NO. NAME STUDENT ID GROUP CONTACT 1. Muhammad Aiman bin Md Elias 2020845928 CS1102E 013 363 8525 2. Arfan bin Ahmad Asari 2020494426 CS1102E 018 230 3428 3. Muhammad Azri Bin Mokhzani 2020836218 CS1102E 010 833 2560 4. Muhammad Airul Hafiq B...


Description

DIPLOMA SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK CS1102E

AHLI KUMPULAN : NO.

NAME

STUDENT ID

GROUP

CONTACT

1.

Muhammad Aiman bin Md Elias

2020845928

CS1102E

013 363 8525

2.

Arfan bin Ahmad Asari

2020494426

CS1102E

018 230 3428

3.

Muhammad Azri Bin Mokhzani

2020836218

CS1102E

010 833 2560

4.

Muhammad Airul Hafiq Bin Muhamad Aini @ Ahmad

2020487774

CS1102E

017 664 0527

NAMA PENSYARAH: DR. SURITA HARTINI MAT HASSAN

Isi Kandungan 1. Maksud dan Sejarah Al-Quran .............................................................................................. 2 1.1 Maksud dan Kepentingan Sains ....................................................................................... 5 1.2 Hubungan Sains dan Al-Quran ......................................................................................... 6 2. Maksud dan Nama Lain Ayat Maqru’ah.................................................................................. 7 2.1 Bagaimana Maqruah boleh dikaitkan dengan Sains dan al-Quran.................................... 8 2.2 Ayat / Fenomena Qauliyah ..............................................................................................11 2.3 Pendapat ulama tentang Maqru’ah dan contoh ayat maqru’ah ........................................13 3. Maksud ayat Manzurah .........................................................................................................17 3.1 Bagaimana Manzurah boleh digunakan untuk kait Sains dan Al-Quran? .........................21 3.2Pendapat ulama mengenai ayat manzurah dan contoh-contoh ayat Manzurah ................24 4. Cabaran Saintisme dalam Ilmu dan Pendidikan ....................................................................29

1

1. Maksud dan Sejarah Al-Quran

Dari segi bahasa, Quran berasal dari perkataan qara’ yang membawa maksud baca. Manakala, Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun melalui Jibril a.s. Setiap kalimah,cara bacaan dan tempat ia ditulis dianggap suci. Al-Quran mempunyai 114 surah dan lebih daripada 6200 ayat yang telah disusun di dalam satu kitab. Al-Quran juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya ialah AlFurqan yang bermaksud peringatan , Al-Huda yang bermaksud petunjuk, Al-Kitab yang bermaksud himpunan buku dan Ar-Rahmah yang bermaksud penawar. (Syed Hossein Nasr (2015))

Berikut merupakan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang nama-nama lain bagi AlQuran : 1. Al-Kitab (Al-Baqarah : Ayat 2)

ْ َ‫َ لِك‬฀َ‫َذ‬ ‫ِقين‬฀َ‫يبه ۛ ُهدًى ل ِْل ُمت‬ ِ ‫ٱل‬ ِ ْ‫َبُ ََل َ َۛر فِي‬฀‫كتَـ‬ Maksudnya : Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

2

2. Al -Huda (Al -Baqarah : Ayat 185)

ْ ‫َى و‬ ْ ‫نز َل فِي ِه ْ َء‬ ُ ‫ن َمش ِ َهدَ مِن‬ َ‫ان ۚ ف‬ ۖ ‫ص ْم ُه‬ ٍ َ฀َ‫اس ِنوـ‬ ُ َ‫ ْه َر فَلْي‬฀َ‫كمُ ٱلش‬ ‫بي‬ َ ‫ش َْه َ ُر َم ر‬ ِ َ‫ٱلفُ ْر ق‬ َِ ฀ََ ‫ٱلاقُ ُنر ُهدًى ل ِلن‬ ِ ُ ‫ِى أ‬ َ َ฀ ‫ت م ِ َن ٱلْ ُهد‬ ٓ ‫ذ‬฀َ‫ضانَ ٱل‬ ฀َ ฀َ ْ ‫ك ُم‬ ْ ُ‫ب ُمك‬ ۟ ‫كَب ِ ُر‬ ۟ ُ‫كمِو ل‬ ْ ‫وا‬ ُ ‫بل‬ ْ ‫ْر‬ ُ‫ت‬ ‫تُو‬ ‫ َة‬฀َ‫ل‬ ‫ل‬ ِ ‫ٱل َ ِعد‬ َ ٍ ‫َى‬฀َ‫عل‬ ِ‫ٱل َعُل‬ َ‫س‬ ِ ‫د ُ ٱل‬฀َُ ‫ ٍام أُخ ََر ۗ ِي يُر‬฀َ‫ة ٌ م ِ ْنأَي‬฀َ‫سف فََر ِعد‬ ِ ‫ٱليُس َْر َو َ َل ِ ي ُدُر‬ َ ‫َو َمن كَا َن َم ِريضًا ْأَو‬ َ ฀َ‫وا ٱل‬ ‫وكُ ْم تَ ْشكُ ُرون‬฀َ‫كعَ ْمل‬ ُ َ‫َل‬฀‫َى‬ ‫َلَ َم‬฀َ‫َع‬ َ ‫ىا هَد‬

Maksudnya : Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan AlQur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.

3. Al-Furqan (Al-Furqan : Ayat 1)

ْ ‫نز َل‬ َ ฀َ ‫ذِى‬฀َ‫بارٱل‬ ‫ِيرا‬ ‫َعَلَعَىب ْ ِدهِۦ ِل‬฀ َ‫ٱل ْفُ قَران‬ ً ‫َ لَمِي َن ن َذ‬฀‫عـ‬ َ‫تَ َ َك‬ َ ‫ونَيَكُل ِْل‬ Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Qur'an) kepada hamba-Nya (Muhammad), agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia).

3

4. Ar - Rahmah (Al-Isra’ : Ayat 82)

ْ َ‫ُنز ُل ِمن‬ َِ ‫َ ون‬ ‫ارا‬ ً َ‫ َل َخس‬฀َِ‫َ لِمِينَ إ‬฀‫ـ‬฀َ‫ان َما ه َُو ِشفَا ٓ ٌءَ حَْو َمرةٌ ل ِلْ ُمؤْ مِ نِينَ ۙ َو ِ َ َلي ُديَزٱلظ‬ ِ ‫ٱلقُر ْ َء‬

Maksudnya : Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian.

Pada asalnya, ayat Al-Quran ini hanya dibaca dan tidak ditulis ketika Rasulullah s.a.w masih hidup. Hal ini demikian kerana ramai para huffaz dari kalangan para sahabat dan sekiranya timbulnya kemusykilan di antara mereka maka mereka akan bertanyakan kemusykilan itu terus kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, telah berlakunya perang Yamamah iaitu perang di antara Abu Bakar As-siddiq dengan kaum murtad yang diketuai oleh Musailamah AlKazzab. Terlalu ramai para huffaz yang syahid pada ketika itu. Oleh itu, Abu bakar As-siddiq mencadangkan bahawa Al-Quran itu dikumpulkan menjadi satu naskah agar ayat-ayat Al-Quran tidak hilang dari muka bumi ini. Pada awalnya, cadangan ini ditolak oleh Saidina Umar Al-Khattab kerana beliau menganggap tugasan itu adalah sangat berat kerana perkara tersebut tidak pernah dilakukan sewaktu zaman Rasulullah s.a.w. Namun, setelah berkali-kali dipujuk oleh Abu Bakar As-Siddiq, cadangan itu diterima oleh Saidina Umar. Abu Bakar As-siddiq meminta pertolongan Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan ayat Al-Quran dan menuliskannya di atas suhuf. Setelah ayat itu telah dikumpulkan, salinan asli ayat Al-Quran diberikan kepada Abu Bakar dan beliau memegangnya sehingga beliau wafat. (Florin Curta & Andrew Holt (2017))

4

1.1 Maksud dan Kepentingan Sains

Dari segi bahasa, Sains berasal daripada perkataan latin “scientia” yang membawa maksud pengetahuan. Manakala, Sains dari segi istilah ialah satu kajian teliti mengenai rangka binaan dan kelakuan fizikal alam menerusi penelitian,pengukuran,melakukan percubaan dan membentuk teori yang dapat menerangkan fenomena semula jadi alam. (Cambridge Dictionary 2021).

Penggunaan Sains dalam kehidupan sudah lama telah diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Para ilmuan mempercayai bahawa segala fenomena yang berlaku di sekeliling kita dapat dibuktikan dengan melalui pemikiran logik dan fakta saintifik. Oleh itu, ianya tidak menjadi satu kejutan apabila bidang sains kini telah berkembang ke arah beberapa cabang antaranya ialah biologi,fizik dan kimia. Kesemua cabang sains ini merupakan salah satu faktor utama kepesatan pembangunan teknologi pada waktu kini. Cabang-cabang sains ini telah memberikan 1001 manfaat yang berguna kepada masyarakat sejagat. Rasulullah s.a.w juga telah menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu yang boleh diguna dan dianggap bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dalam sabda baginda : ฀َ َ ْ‫ ِد ب ِْن ا ْل ُمن‬฀َ‫ عَ ْن ُم َحم‬،ٍ‫سا َمةَ ب ِْن زَ ي ْد‬ ‫ َ ِر ـسُو ُل ل‬฀َ ‫ َجا ِبقَرا َل قَا َل‬، ٍ ‫ عَ ْن‬، ‫ِر‬ ฀َ‫ َحد‬،ٍ‫ د‬฀َ‫ ْب ُن ُم َحم‬฀ُ‫ثَناَ عَ ِلي‬฀َ‫َحد‬ ‫صلىلاهللا‬ ِ ‫كد‬ َ ُ ‫و عَ ْن أ‬،‫كثَِيناَ ٌع‬ ฀َ ฀َ ْ ‫ َلاع‬฀َ‫سلُوا ل‬ ُ‫ َ ذ‬฀ََ‫ت‬ ‫لن عِلْ ٍم الَ يَنْفَع‬ ْ ‫ال‬ ‫ِل ًما ناَ ِفعً َا و‬ َ" ‫ ُ ـ‬. " ِ‫ ِ م‬฀َ‫عووا ِب‬ ‫عليه وسلم‬

5

Ianya telah dilaporkan d aripada Jabir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Mintalah kepada Allah s.w.t. ilmu yang bermanfaat dan mohonlah perlindungan daripada ilmu yang siasia”. (Hasan Darussalam)

1.2 Hubungan Sains dan Al-Quran

Kesimpulannya, konsep sains boleh diaplikasikan untuk mengkaji kebenaran Al-Quran kerana Al-Quran adalah tidak sama sekali dengan kitab wahyu yang lain. Hal ini kerana isi kandungan Al-Quran bukan sahaja mengandungi nasihat dan kisah lampau bahkan ia juga mengandungi peraturan serta fakta saintifik yang boleh dikaji dan diterokai oleh para ilmuwan pada zaman kini. Terdapat ribuan kajian saintifik berkaitan dengan Al-Quran yang telah terbukti kebenarannya oleh ilmuan Barat. Sebagai contoh, saintis telah melakukan konklusi bahawa manusia dilahirkan melalui pembentukan embrio di dalam rahim ibu. Fenomena ini telah dinyatakan di dalam Surah Al-Mu’minun ayat 12 hingga 14.

Bagaimanakah perkara ini boleh tertera di dalam Al-Quran walhal Rasulullah bukanlah seorang yang pandai, malah sejarah juga mengatakan bahawa Rasulullah adalah seorang yang tidak reti membaca? Dan jika diperhatikan kebanyakan fakta saintifik yang ada di dalam Al-Quran diceritakan seolah-olah ianya diterangkan daripada perspective First-Person Point of View (Perspective orang pertama). Oleh itu, kita sebagai Orang Islam digalakkan untuk menuntut ilmu khususnya ilmu Sains agar keimanan kita dapat dikuatkan melalui pembacaan teori saintifik di dalam Al-Quran yang telah terbukti kesahihannya.

6

2. Maksud dan Nama Lain Ayat Maqru’ah

Menurut Awang, R (2003) dalam kajian beliau Simbolisme Sains Dalam Wahyu Keserasian Antara Ayat Maqru´ ah dengan Ayat Manzurah, Ayat Al-Maqru’ah ialah ayat yang ditanzilkan dan dibaca. Ayat maqru’ah terdiri daripada dua iaitu Ayat Al-Quran yang mempunyai 114 surah dan 6l236 ayat serta penjelasan ayat Al-quran yang diterangkan dalam As-Sunnah. Ayat maqru’ah ini juga lebih dikenali dengan Ayat qauliyyah. Di dalam ayat Al-Quran., ayat qauliyyah menyentuh pelbagai aspek yang merangkumi kehidupan manusia antaranya ialah ibadat,peraturan syariat,hukum tentang jihad,pernikahan dan lain-lain lagi. Ini adalah bertepatan dengan prinsip islam iaitu agama Islam ialah agama yang syamil(lengkap) dan syumul(sempurna) kerana setiap perbuatan dan perlakuan yang kita lakukan telah ditetapkan hukumnya di dalam Al-Quran. Sekiranya perbuatan tersebut tidak dijelaskan di dalam Al-Quran, umat Islam boleh merujuk kepada As-Sunnah yang menjelaskan tentang pendapat Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara dan hukumnya disisi Islam.

Penggunaan Ayat qauliyyah adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini dikatakan kerana tanpa panduan daripada ayat-ayat ini, manusia akan menentukan dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan kemahuan dan hawa nafsu. Panduan yang diberikan oleh ayat qauliyyah dapat digunakan bagi menjamin manusia dapat hidup bersama dengan kesejahteraan alam. Kebanyakan ayat qauliyyah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah melibatkan perkaraperkara ghaib. Manusia tidak dapat mengkaji mengenai perkara-perkara tersebut kerana manusia mempunyai had tertentu yang tidak boleh dilangkaui. Maka, kebanyakan informasi mengenai perkara ghaib ini tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tiada penemuan fizikal yang boleh

7

dijadikan sebagai bahan bukti kewujudannya. Oleh itu, Manusia perlu berpegang dengan isi kandungan di dalam Al-Quran dengan meneliti dan melakukan kajian terhadap ayat manzurah yang dapat dikaitkan dengan ayat qauliyyah agar kesahihan isi kandungan Al-Quran dapat dibuktikan sepenuhnya.

2.1 Bagaimana Maqruah boleh dikaitkan dengan Sains dan al-Quran

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ayat Maqruah ini juga dikenali sebagai ayat qauliyah. Di dalam sebuah buku yang berjudul “Ayat Qauliyah dan qauniyah” hasil karya Fir a Fadila, beliau menyatakan dalam artikelnya di mana Allah telah menurunkan atau menyampaikan sebahagian ilmu atau digelar wahyu kepada umat-Nya melalui dua cara: 1) Ath-thariqah ar-rasmiyah (rasmi) penyampaian wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Rasul-Nya, yang digelar sebagai ayat qauliyah. 2) Ath-thariqah ghairu-rasmiyah (tidak rasmi) yang digelar ayat qauniyah, ayat ini berkaitan fenomena alam dan kejadian alam, di mana manusia perlu mengkaji ayat ini sendiri.

Selepas kita dapat membezakan ayat perbezaan ayat qauliyah dan qauniyah, kita dapat mengkaji dan menghubungkaitkan antara ayat Maqruah dengan Sains dan al-Quran. Sekurangkurangnya ada dua perkara yang dapat dikemukakan bagi menyangkut hal tersebut :

8

a) Al-Quran memerintah atau mengarahkan kepada manusia untuk memerhatikan dan mempelajari alam bagi memperoleh dan memanfaatkan kelebihan alam yang dikurniakan Allah kepada manusia bagi kehidupan dan memberi kesadaran akan keesaan dan kekuasaan Allah SWT. b) Alam dan segala isinya beserta hukum-hukum yang mengaturnya, diciptakan, dimiliki dan dibawah kekuasaan Allah SWT dengan sangat teliti. Alam ini tidak boleh dilepaskan dari ketetapan-ketetapan tersebut melainkan dikehendaki oleh Allah SWT

Penerokaan terhadap ayat qauniyah inilah yang kita kenal sebagai sains, kemudian penggunaan disebut sebagai teknologi. Sains dan teknologi ini adalah implementasi dari tugas manusia sebagai khalifah fil ardhi (di dunia) untuk memakmurkan bumi. Kerana bagi seorang muslim, Sains adalah sarana hidup untuk mengelola bumi, bukan membuat kerusakan keatas keindahan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Ini dapat membuktikan betapa pentingnya kepada manusia agar terus mengkaji dan mempelajari maksud ayat-ayat maqruah ataupun dikenali sebagai ayat Qauliyah ini agar dapat menambahkan lagi dan memperkuatkan keimanan diri kepada Allah SWT.

Ayat-ayat Qauliyah ini mengisyaratkan kepada para manusia agar berusaha mengkaji dan mencari ilmu alam iaitu Sains (ayat qauniyah). Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan bagi mengkaji ayat-ayat ini, antaranya adalah manusia haruslah membaca dan merenung intipati bagi setiap ayat-ayat ini. Selain itu, kita juga perlu menyelidik dan mempelajari bagaimana untuk

9

memahami maksud ayat-ayat ini. Kemudian, haruslah kita membuat kesimpulan dari ayat-ayat ini bahawa segala kurniaan ini tidak dapat dilawan melainkan Maha Kuasa Allah SWT.

Dalam sejarah peradaban Islam, para ilmuan dikenali atau digelar sebagai ahli agama. Hal ini kerana, sebagai ahli ilmuan, mereka perlu mengkaji dan memahami intipati dalam al-Quran. Disebabkan itulah para ilmuan layak digelar sebagai ahli agamawan. Mereka belajar ayat Qauliyah ini bagi mentafsir ayat-ayat dalam al-Quran serta ayat qauniyah kerana dua ayat ini saling berkait. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ayat qauniyah adalah ayat ataupun yang bukan melalui perantaraan malaikat Jibril kepada nabi-nabi Allah. Kerana tidak melalui perantaraan malaikat Jibril, maka Allah telah menurunkan wahyu-Nya melalui keindahan alam semulajadi. Contohnya, terdapat surah ataupun ayat yang menyatakan cara bagaimana kewujudan manusia dan juga peredaran bintang, matahari dan bumi di orbitnya. Para ilmuan telah menggunakan ayat-ayat qauliah ini bagi mengkaji kebenaran ayat qauniyah dalam al-Quran.

Di samping itu, banyak kontribusi dan jasa para ilmuan Islam pada dunia kini. Segala idea dan ilmu pengetahuan mereka telah menjadi tonggak kemajuan pada masa kini. Kita boleh mengambil contoh dalam bidang matematik, ilmuwan Islam seperti Al Khawarizmi dan Aljabar telah menyumbangkan ilmu algorithm dan juga algebra. Ilmu mereka masih digunakan sampai sekarang seperti untuk pembinaan bangunan dan pengiraan. Penciptaan angka dan nombor juga telah membantu proses pengiraan menjadi lebih mudah dan cepat.

10

Sementara itu, penemuan ilmu dalam bidang kimia juga telah membantu meningkatkan taraf hidup manusia dengan berlandaskan ayat-ayat Qauliyah ini. Antara jasa yang manusia peroleh daripada kimia juga dikenali sebagai alkemi (chemistry) adalah penemuan alkali dan alkohol. Nama-nama para ilmuan yang terlibat dalam penemuan ataupun penerokaan ini adalah antaranya Ibn Sina (Avicenna), Ibnu Rusyd (Averous), serta Ibnu Khaldun yang telah menjadi tulang belakang dalam bidang kimia ini.

2.2 Ayat / Fenomena Qauliyah

Pada penjelasan fenomena ataupun kaitan antara ayat Qauliyah dengan Sains dan al-Quran, kita boleh mengambil satu contoh dari kejadian alam yang diterangkan dalam al-Quran iaitu proses kitaran air. Proses ini mempunyai 4 fasa iaitu: a. Hujan b. Penguapan/evaporasi c. Infiltrasi dan perkolasi (peresapan) d. Limpahan permukaan (surface runoff) dan limpasan air tanah

11

Para ilmuan telah mengkaji beberapa ayat Qauliyah bagi mentafsir ayat qauniyah bagi mempelajari proses kitaran air. Contohnya para ilmuan mengkaji proses ini melalui dalam surah Nur.

Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Dengan demikian, telah menjelaskan bahawa hubungan antara ayat Qauliyah sebagai wahyu petunjuk dengan ilmu Sains.

Dengan adanya ilmu-ilmu ini, manusia dapat menggunakannya ataupun meminjam ilmu Allah ini bertujuan bagi memakmurkan lagi dunia ini bagi menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Tambahan pula, kejayaan ini telah menjadi titik tolak kepada manusia agar terus berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Oleh itu, jelaslah bahawa kita perlulah bersyukur kepada

12

para ilmuwan Islam terdahulu kerana tanpa mereka nescaya tiada kewujudan teknologi yang canggih yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup manusia. Justeru, penerokaan ilmu dari ayat maqruah ini telah melahirkan ramai ilmuan dan agamawan yang menjadikan Islam sebuah agama yang Berjaya dari segi kedoktoran, matematik dan astronomi sekaligus membantu memudahkan umat Islam menyempurnakan kewajipan sebagai seorang Muslim. Tamsilnya, penemuan buruj telah membantu manusia untuk mengetahui arah kiblat dan waktu-waktu solat.

2.3 Pendapat ulama tentang Maqru’ah dan contoh ayat maqru’ah

Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5) Surah Al-Alaq (96: 1-5),

Berdasarkan dari ayat diatas, telah sertakan oleh Allah kepada manusia bagi menjelaskan tentang ayat Maqruah dan Manzurah. Sudah jelas Allah menyeru manusia untuk mengkaji dan menerokai ilmu Allah. Ayat ini kita boleh melabelkan sebagai ayat Maqruah. Seterusnya, perkara 13

yang ingin dijelaskan diatas adalah tentang kejadian manusia yang daripada hanyalah segumpal darah merah. Dari sini kita boleh mengambil ayat ini sebagai ayat Manzurah. Hal ini kerana, ayat Manzurah adalah ayat yang diturunkan Allah yang menerangkan tentang keindahan alam. Sudah terbukti bahawa berkaitnya kedua-dua jenis wahyu Allah ini.

Maksud: Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. [An-Nahl 16:89]

Perkara yang ingin dijelaskan dari potongan ayat diatas adalah, ““Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang berserah diri”. Ayat ini ...


Similar Free PDFs