CTU 554 - Penghayatan Etika DAN Peradaban PDF

Title CTU 554 - Penghayatan Etika DAN Peradaban
Course Values and Civilization
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 29
File Size 561.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 142
Total Views 376

Summary

CTU 554 (KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)LAPORAN KAJIAN BERTULISKonsep Etika Dan Peradaban Menurut Acuan Malaysia :Satu Analisis Berdasarkan Perspektif Struktur Sosial DanSejarahDISEDIAKAN OLEH:ANWAR HUSAINI BIN ARBAIN (KETUA) 2020862054 554-AD1 016-MUHAMMAD ZULHAKIMI BIN ZAINI 2020983605 554...


Description

CTU 554 (KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

Konsep Etika Dan Peradaban Menurut Acuan Malaysia : Satu Analisis Berdasarkan Perspektif Struktur Sosial Dan Sejarah

DISEDIAKAN OLEH: ANWAR HUSAINI BIN ARBAIN (KETUA) 2020862054 554-AD1 016-7106029 MUHAMMAD ZULHAKIMI BIN ZAINI 2020983605 554-AD1 011-37802056 AINATUL SOFIYA BINTI RAHMAT 2020611816 554-AD1 013-5837576 FARAH SYAZWANI BINTI PAUZI 2020991555 554-AD1 018-9508329 MOHAMMAD NOR IKHWAN BIN RASHIDI 2020982121 554-AD1 011-39857186 Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada ENCIK ABD SHUKOR BIN MOHD ALI Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk Kursus CTU554

FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA SARJANA MUDA TEKNOLOGI PERCETAKAN (KEPUJIAN) SARJANA MUDA KREATIF FOTOMEDIA (KEPUJIAN) SESI MAC 2021

ISI KANDUNGAN NO

TAJUK

1.0

PENDAHULUAN

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.0

KAJIAN LITERATUR

MUKA SURAT 3-5

5

5 – 18

3.1 Zaman Kesultanan Melayu di Melaka 3.2 Zaman Penjajahan Portugis di Tanah Melayu 3.3 Zaman Penjajahan Belanda di Tanah Melayu 3.4 Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu 3.5 Zaman Selepas Merdeka

4.0

HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

19 – 23

4.1 Zaman Kesultanan Melayu Melaka 4.2 Zaman Penjajahan di Tanah Melayu 4.3 Zaman Selepas Merdeka

5.0

KESIMPULAN KAJIAN

24 – 25

6.0

SENARAI BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

26 - 29

7.0

LAPORAN TURNITIN

8.0

LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ethic. Ethic pula berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud nilai – nilai atau aspek yang berkaitan dengan sikap yang menentukan individu atau kumpulan.

Etika

mempunyai dua kategori iaitu normati dan mataethic. Normati bermaksud peraturan dan panduan yang ada kena mengena dengan tingkah baik dan buruk. Mataethic pula mempunyai dua jenis kategori iaitu analitik dan kritikal. Analitik berperanan untuk menganalisis, memahami dan mengkaji semua peraturan berkaitan tingkah laku dan perangai manakala kritikal pula berfungsi untuk memberi kritikan terhadap semua perkara yang dikaji atau dianalisis dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi satu etika itu. Jadi, konsep etika ini boleh disimpulkan sebagai suatu peraturan dalam diri manusia yang menjadi asas dalam menjalankan hidup yang berprinsip. Etika ini bukan sahaja digunapakai dalam interaksi antara manusia dengan manusia yang lain, malah ia turut diaplikasikan dalam interakasi manusia dengan alam dan interaksi manusia dengan Tuhan. Kod etika juga digunakan dalam bidang profesional seperti sektor pekerjaan awam dan swasta bagi memastikan setiap ahli dalam suatu organisasi itu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, Kod Etika JAKIM, Plan Integriti, Kod Etika Kejuruteraan, Etika Perkhidmatan Awam, Etika Kerja Islam, Kod Etika Pejabat Perdana Menteri, Kod Etika MDM Terengganu dan sebagainya. Kemudian, peradaban pula berasal daripada perkataan Arab iaitu hadarah, tsaqafah, umran dan tamaddun. Perkataan hadarah berasal daripada hadara yang bermaksud kehidupan yang tetap serta aspek pembangunan yang dimajukan dalam suatu kawasan. Kata berlawanannya ialah badawah iaitu kehidupan yang jauh daripada sebarang bentuk kemajuan ataupun nomad yang bermaksud berpindah – randah. Tsaqafah ialah konsep pemikiran dan pandangan hidup tertentu yang membentuk budaya hidup masyarakat. Pada masa yang sama, perkataan ini juga bermaksud pandai, mahir dan cepat dalam memahami seuatu perkara. Umran ialah sekumpulan manusia yang bekerjasama bagi meneruskan kelangsungan hidup. Tamaddun berasal daripada kata dasar bahasa Arab da- na yang mempunyai makna beragama. Muncul pula perkataan baru daripada da – na iaitu madanna dan tamaddana. Daripada madanna dan tamaddana, muncullah perkataan tamaddun. Pada konteks zaman sekarang, tamadun merujuk pada kemajuan dari segi kebendaan dan fizikal sahaja. Namun, pada hakikatnya, definisi sebenar tamadun ialah kemajuan dari segi ilmu, rohani, budaya dan kebendaan yang berteraskan Al – Quran dan hadis kerana kata dasar da – na yang membawa maksud agama. Menurut pandangan barat mengenai 3

tamadun, contohnya Arnold Toynbee berpendapat bahawa tamadun merupakan satu jenis budaya yang berkembang di bandar. Tamadun ialah satu bentuk pemikiran daripada pelbagai aspek serta kebudayaan yang berfungsi untuk membentuk institusi agama, moral politik dan kesusasteraan. Menurut Dr. Haas dan Lecky, tamadun Eropah bertunjangkan daripada zaman Rom dan Yunani yang mementingkan aspek kebendaan semata -mata.

Bagi membentuk nilai etika dan peradaban menurut acuan Malaysia, perlu merujuk kembali pada kerangka falsafah moral dan etika negara ini. Falsafah moral dan etika Malaysia dibentuk berdasarkan nilai, agama, budaya, sejarah dan tamadun bangsa Malaysia. Permuafakatan bangsa Malaysia ( warganegara yang sah ) mampu direalisasikan sekiranya mempunyai niai etika dan moral yang sama. Oleh sebab itu, amat penting untuk rakyat Malaysia mengamati dan mengamalkan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Malaysia. Jika tidak, timbulnya konflik dalam kalangan rakyat disebabkan faktor kekeliruan dan ketidakfahaman tentang nilai akhlak , moral dan etika negara ini. Nilai keagaaman merupakan faktor penting yang menjadi paksi pada etika dan peradaban menurut acuan Malaysia. Pada masa yang sama juga, nilai moral dan agama tidak wajar dipisahkan. Bukan itu sahaja, malah nilai moral sepatutnya berpaksikan pada nilai agama. Hal ini sebab nilai – nilai murni seperti sikap tanggungjawab, berhikmah, baik hati, dermawan, kesederhanaan serta keberanian tidak dapat dibangunkan dengan kukuh jika hanya bergantung pada faktor sosial, pandangan peribadi, sistem pentadbiran dan undang – undang. Jadi, undang – undang seharusnya disandarkan pada nilai moral dan nilai moral perlu disandarkan pada nilai agama. Maka, ketiga – tiga faktor ini saling melengkapi. Bahkan, pengolahan semula perlu dilakukan jika mahu menerima nilai etika dari budaya barat dan timur bagi memastikan bersesuaian dengan acuan Malaysia yang berpandukan nilai agama. Sebagai contoh, nilai kebebasan tidak boleh bercanggah dengan nilai kesopanan dan kesusilaan di negara ini. Sebarang perbuatan dan tingkah laku yang berlawanan dengan nilai agama dan norma masyarakat di negara ini tidak patut dinormalisasikan walaupun ada sesetengah pihak menganggap perbuatan tersebut ialah hak asasi manusia. Sebagai contoh, lelaki dan perempuan yang belum bernikah duduk di dalam satu rumah yang sama, hubungan sejenis, menukar jantina dan sebagainya. Bagi memastikan gejala sebegini tidak berleluasa, harus diingatkan supaya sentiasa kembali ke akar umbi. Oleh hal yang demikian, sebarang bentuk falsafah moral dan etika harus mengambil kira struktur sosial dan sejarah negara 4

Malaysia. Perkara ini amat penting agar rakyat pada masa kini dan juga generasi pada masa hadapan tidak hilang identiti dan jati diri. Bukan itu sahaja, malah sebarang bentuk kemungkaran tidak sewajarnya dinormalisasikan kerana boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji konsep serta maksud etika dan peradaban. 2. Mengkaji etika dan peradaban masyarakat di Malaysia dari segi perspektif sejarah dan struktur sosial.

3.0 KAJIAN LITERATUR 3.1 Zaman Kesultanan Melayu Melaka Peradaban dan etika budaya orang Melayu ini banyak dipengaruhi oleh faktor kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada tahun 1403M di Melaka. Walaupun begitu, terdapat beberapa kekeliruan mengenai tarikh sebenar kedatangan awal Islam ke Nusantara kerana banyak bukti sejarah yang menunjukkan bahawa Islam telah tersebar lebih awal. Antaranya ialah penemuan batu nisan yang bertarikh 1297M di Makam Sultan Malik al – Sahih, sultan pertama Pasai, Sumatera. Bukan itu sahaja, malah di Terengganu, terdapat sebuah batu bersurat yang mengandungi undang – undang Islam bertarikh 1303M. Namun, itu tidak menafikan bahawa peristiwa keislaman secara menyeluruh di Melaka pada tahun 1403M. Hasil daripada usaha dakwah gerakan Islam yang berterusan, maka terdapat banyak kerajaan Islam kuat telah lahir seperti Kerajaan Islam Johor – Riau, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Islam Perlak, Kesultanan Acheh, Kerajaan Islam Pattani, Kerajaan Islam Samudra – Pasai dan sebagainya. Kaedah dakwah yang dibawa dengan pelbagai uslub atau kaedah merupakan faktor Islam itu tersebar secara holistik. Contohnya, perkahwinan antara pedagang Arab dan penduduk tempatan, keislaman para raja dan kedatangan pedagang serta pengembara Arab ke Tanah Melayu melalui China, India atau secara langsung dari Arab.

Dakwah yang dibawa juga telah memberikan pengaruh dan perubahan dalam peradaban Tanah Melayu. Islam merupakan agama yang menggalakkan penganutnya untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Nilai seperti ini menjadi salah satu faktor kemajuan dan kebijaksanaan masyarakat di Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, malah Islam turut membawa ke arah nilai etika yang postif iaitu cintakan ilmu dan 5

sememangnya etika ini selari dengan hukum Allah SWT. Kesannya, Islam telah melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, Melaka telah menjadi pusat perkembangan ilmu pada sekitar pertengahan abad ke – 15. Peranan Melaka sebagai lubuk ilmu pengetahuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai lingua franca. Tulisan jawi juga turut lahir kesan daripada dakwah di Tanah Melayu. Para ulama’ telah menyusun huruf – huruf Arab serta Parsi sehingga terbentuknya huruf – huruf Arab - Melayu atau Melayu – Jawi. Gabungan antara sumber Arab, Melayu dan Parsi telah meningkatkan perbendaharaan kata sehinggakan bahasa Melayu telah diangkat martabatnya menjadi lingua franca. Bahasa Melayu pada mulanya hanya dituturkan semasa urusan perdangangan, namun bahasa ini telah berkembang secara meluas dan menyeluruh ke seluruh Asia Tenggara. Tulisan jawi bukan sahaja memudahkan orang Melayu membaca Al – Quran, malah turut digunakan dalam mendalami dan menelaah pelbagai bidang displin ilmu . Tulisan ini juga tidak terhad untuk orang Melayu untuk bahasa Melayu sahaja, namun ia juga boleh digunakan oleh bangsa Melayu yang lain seperti Pattani di Selatan Thailand, Champa di Indo – China, Minangkabau, Banjar, Acheh, Riau, Sulawesi, Kalimantan, Betawi dan sebagainya. Banyak kitab, risalah atau buku agama yang ditulis dalam bahasa Melayu sehinggakan ia menjadi bahasa yang umum digunakan dalam penulisan kitab - kitab. Contohnya, Syeikh Muhammad al – Banjari dari dari Kalimantan , al – Raniri dari Gujerat India dan Syeikh Abdul Samad al- Palimbani dari Palembang banyak menghasilkan karya mereka dalam bahasa Melayu walaupun mereka bukanlah berasal dari Tanah Melayu.

Kegiatan ilmu juga dipraktikkan di istana. Sebagai contoh, Sultan Mansur Shah telah menerima pemberian kitab usuluddin daripada ulama’ bernama Maulana Abu Bakar. Kemudian, Sultan Mansur Shah telah menitahkan agar dibawa ke istana Pasai untuk proses tafsiran dan penterjemahan sebelum dipelajari oleh baginda sendiri. Selain daripada ilmu akhirat, ilmu dunia juga dititikberatkan. Contohnya, ilmu sejarah banyak diterjemahkan daripada kitab sejarah bahasa Arab – Parsi ke dalam bahasa Melayu agar mudah untuk dijadikan sebagai teladan, renungan serta rujukan. Tidak dilupakan juga bahawa terdapat banyak kisah sejarah Islam yang terkenal dalam masyarakat Melayu seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Raja Zulkarnain dan Qisas al – Anbiya. Kita boleh ambil contoh Hikayat Raja Zulkarnain yang dianggap sebagai hikayat tertua di Tanah Melayu. Hikayat ini menceritakan tentang kehebatan seorang raja bernama Iskandar Zulkarnain yang 6

dikenali sebagai Raja Rum. Antara sumbangan beliau dalam tamadun Islam ialah menyebarkan ajaran nabi Ibrahim sehingga sampai ke India. Karya asal dipercayai disusun oleh Al – Suri, seorang pujangga Arab pada abad ke – 2 di Iskandariah. Versi bahasa Melayu terdapat sekurang - kurangnya 17 buah naskah salinan yang ditemui oleh para sejarawan barat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh P.J van Leeuwen, beliau mendapati bahawa versi alih bahasa ini bersandarkan pada surah Al – Kahfi ayat 83 sehingga 101. Bagi pendapat Windstedt, kisah penaklukan Iskandar Zulkarnain dikarang dengan tujuan untuk mewujudkan satu atau nilai moral bahawa kegagahan, kredibiliti serta kepahlawanan Zulkarnain ini wajar dijadikan sebagai satu inspirasi, contoh dan teladan buat seluruh lapisan masyarakat Melayu ketika itu. Sejarah kegemilangannya juga sedikit sebanyak menjadi pengaruh dan rujukan karya yang lain seperti Sejarah Melayu, Hikayat Banjar, Undang – Undang Minangkabau, Hikayat Palembang, Cerita Asal Raja Bima, Bustan al – Salatin dan Taj as – Salatin. Raja – raja Melayu turut mendapat pengaruh Hikayat Raja Zulkarnain sehinggakan mereka menggunakan nama Iskandar Zulkarnain pada diri sendiri seperti Raja Iskandar Shah, Sultan Iskandar Zulkarnain Shah , Sultan Iskandar Thani dan Sultan Iskandar Muda Mahkota. Sistem pemerintahan juga mengalami banyak perubahan selepas kedatangan Islam ke Melaka. Walaupun Samudera – Pasai menjadi pusat perkembangan dakwah Islam, namun Melaka lebih menonjol dari segi corak pentadbiran yang berteraskan pengaruh Islam. Kerajaan Melaka merupakan kesinambungan daripada kerajaan Sriwijaya menunjukkan kesan asimilasi antara sistem pemerintahan Islam dengan tradisi kerajaan Melayu Nusantara. Kerajaan Islam di Melaka menyambung tradisi sistem syariat daripada kerajaan Islam di Perlak dan Samudera – Pasai.

Hasil daripada pentadbiran Islam yang aktif, berkredibiliti, berwibawa dan bertenaga, Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan, peradaban, ilmu dan dakwah yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Corak pemerintahan Islam juga telah mengubah etika seorang pemerintah. Selebelum kedatangan Islam, ketua negara dianggap sebagai wakil Tuhan atau devaraja. Selepas kedatangan Islam, konsep itu diubah menjadi Sultan yang dianggap sebagai bayangan Allah SWT yang wajib ditaati oleh semua lapisan masyarakat selagi baginda mentaati suruhan Allah SWT dan rasulNya. Istilah Sultan ini sudah digunakan selepas zaman Dinasti Saljuk iaitu pada 1037 – 1194M. Menurut Nizam Al – Mulk, seorang pemimpin dan pemikir Saljuk, menyatakan dalam karyanya Siyasat al – Muluk, bahawa Sultan merupakan satu institusi yang sah dalam Islam, yang 7

bertanggungjawab dalam memimpin negara di samping khalifah masih kekal sebagai ketua negara. Pendapat beliau disokong sepenuhnya oleh Imam al – Juwaini dan Imam al – Ghazali. Menurut Imam al – Ghazali, Sultan bertanggungjawab menjadi penghubung antara urusan dunia dan akhirat dengan menguatkuasakan syariat Islam di negara secara keseluruhannya. Disebabkan tanggungjawab ini, pada zaman pemerintahan Melaka, Sultan kebiasannya menggunakan gelaran seperti Khalifatullah fil Ardh iaitu pengganti Allah SWT di muka bumi dan Zilalullah fil Ardh iaitu bayangan Allah SWT di muka bumi. Walaupun Melaka ialah sebuah empayar yang merdeka, Sultan Melaka masih lagi patuh kepada khalifah Islam sebagai Amir al – Mukmin atau ketua orang beriman. Sebagai contoh, kerajan Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan khalifah khalifah Islam dari Kaherah ( Daulah Abbasiyah ) dan Instanbul ( Daulah Uthmaniyyah ). Struktur pentadbiran Melaka terdiri daripada pembesar utama yang mempunyai empat tingkat iaitu Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar 16 dan Orang Besar 32. Struktur ini juga dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan. Orang Besar Empat ialah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Empat jawatan ini merupakan pentadbir utama kerajaan Melaka. Bendahara ditugaskan untuk menjadi pentadbir sama seperti Perdana Menteri dan tokoh yang paling terkenal ialah Tun Perak. Tugas utama seorang Bendahara adalah untuk menjadi penasihat sultan dalam urusan yang berkaitan dengan politik dan hubungan antarabangsa. Bendahara juga menjadi ketua hakim, memberikan arahan untuk menjaga kepentingan negara serta menjaga alat – alat kebesaran semasa kemangkatan sultan. Sebelum dilantik sebagai seorang Bendahara, jawatan Temenggung dan Penghulu Bendahari akan disandang terlebih dahulu. Pada peringkat awal, Temenggung dan Seri Bija Diraja akan membantu Bendahara dalam soal keamanan, keselamatan, perdagangan serta ketumbukan hulubalang di Melaka. Di samping itu, jawatan Qadhi mula diwujudkan di bawah Bendahara dengan tujuan untuk menguruskan hal – hal berkaitan kehakiman negara Temenggung atau dikenali sebagai Seri Maharaja diamanahkan sebagai seorang ketua protokol, Hulubalang Besar dan Laksamana. Seterusnya, Penghulu Bendahari berperanan untuk menjadi Setiausaha kerajaan

di

samping

menjaga

khazanah

negara

manakala

Syahbandar

pula

dipertanggungjawabkan untuk memungut cukai dan menjadi penyelia pelabuhan.

Jawatan Laksamana mula ditubuhkan secara rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah. Laksamana bertugas sebagai ketua angkatan tentera laut manakala Seri Bija Diraja bertanggungjawab dalam soal pertahanan darat. Kekuatan tentera yang baik 8

serta perlaksanaan undang – undang dalam perairan Kerajaan Empayar Melayu Melaka telah menyumbang pada perluasan wilayah jajahan Melaka sehingga menjadi sebuah empayar yang berdaulat dan kukuh. Menurut Muhammad Yusoff Hashim, kawasan – kawasan Dinding, Muar, Selangor, Pahang, Inderagiri, Pahang, Kampar , Singapura dan Bentan telah menjadi tanah jajahan Melaka sehingga tahun 1459. Kemudian, tanah jajahan Melaka diteruskan lagi di Bernam, Perak, Siak, Rokan dan Rupat selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah pada tahun 1477. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa jawatan lain yang ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi sistem pentadbiran di Melaka seperti Datuk, Pemungut Cukai, Saudagar dan Penghulu. Penguatkuasaan undang – undang yang baik ini telah menejadikan Melaka sebagai pusat pelabuhan entrepot terkaya di dunia. Menurut Duarte Barbosa, bandaraya Melaka merupakan pelabuhan yang paling kaya dengan jumlah perkapalan dan barang dagangan terbanyak yang boleh diperoleh di seluruh dunia.

Pengaruh Islam sangat kuat dalam soal

pentadbiran terutamanya apabila Sultan Muzaffar Shah telah mengsiytiharkan agama Islam sebagai agama rasmi di Melaka. Implikasinya, Islam telah menjadi sandaran dan rujukan utama dalam Dasar Pemerintahan Negara. Segala urusan pentadbiran negara harus disandarkan pada syarak. Contohnya, Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Laut Melaka. Sebelum wujudnya kedua – dua undang – undang ini, terdapat banyak undang – undang tidak bertulis seperti adat Melayu, titah di – Raja serta Sang Sapurba. Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah, baginda dikatakan telah menyusun adat istiadat negeri seterusnya menitahkan Hukum Kanun Melaka. Antara kandungan Hukum Kanun Melaka adalah yang berkaitan dengan soal perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, jual beli, keluarga, perwakilan dan Islam.

Walaupun unsur – unsur tradisional Melayu dikekalkan, namun Islam masih lagi menjadi rujukan utama agar segala perundangan tidak bercanggah seperti yang telah ditetapkan dalam Al – Quran dan As – Sunnah. Adat masih lagi diamalkan sebagai bentuk garis panduan antara pemerintah dan rakyat dalam soal ketatanegaraan. Hukum Islam akan menjadi keutaaman jika terdapat adat yang bertentangan dengan prinsip Islam. Oleh sebab itu, sebarang bentuk penindasan dan riba’ misalnya akan dihapuskan secara berperingkat. Undang – Undang Laut Melaka pula mula diasaskan oleh Sultan Mahmud Shah dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mahathir. Antara tujuan undang – undang ini ditauliahkan adalah untuk memastikan keselamatan dalam pelayaran sentiasa terjamin, untuk menghindarkan sebarang konflik atau salah faham antara anak kapal 9

ketika berada dalam pelayaran, setiap tanggungjawab, amanah ataupun tugas yang dijalankan ketika belayar dapat dilaksanakan sebaik - baiknya dan memastikan anak kapal mematuhi semua peraturan dan adat ketika berlabuh di lautan. Undang – Undang La...


Similar Free PDFs