Refleksi Video MPU1013 ETIKA DAN PERADABAN PDF

Title Refleksi Video MPU1013 ETIKA DAN PERADABAN
Author Naddyel
Course etika dan peradaban
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 20
File Size 430.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 327
Total Views 542

Summary

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANSESI 2021/2022 (A211)REFLEKSI VIDEODISEDIAKAN UNTUK:PROF. MADYA DR. SOLAHUDDIN BIN ABDUL HAMIDDISEDIAKAN OLEH:KUMPULAN 11NO. NAMA NO MATRIK1 AMNAH BINTI ABU BAKAR HAMZAH 2888182 AUNI ZAKIRAH BINTI NAZRI 2854823 FAWATIM NURAL AIN BINTI NOOR ARIS 2884084 INTAN MU...


Description

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI 2021/2022 (A211)

REFLEKSI VIDEO

DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. SOLAHUDDIN BIN ABDUL HAMID

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 11 NO. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

NAMA AMNAH BINTI ABU BAKAR HAMZAH AUNI ZAKIRAH BINTI NAZRI FAWATIM NURAL AIN BINTI NOOR ARIS INTAN MUNIRAH BINTI SHAFIEE MUHAMMAD ALIFF FARHAN BIN AHMAD THANEE MUHAMMAD FAHMI BIN ABD JABAR MUHAMMAD IMAN ZULHAKIM BIN MOHD ZULKHORI NUR ADILA MOHD NAZRI NUR AZURIN BINTI TOKIMAN NURUL JANNAH BINTI ABADAN

NO MATRIK 288818 285482 288408 288506 288535 285912 288430 288438 2884448 2888907

PENGHARGAAN Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Segala puji dan syukur dipanjangkan hanya kehadrat Allah S.W.T.

kerana dengan Hidayat dan

anugerahNya memberikan kekuatan dan menghilangkan segala kesulitan dalam menyiapkan tugasan ini. Pada kesempatan ini, kami ingin mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus kami di Universiti Utara Malaysia iaitu, yang dihormati Prof. Madya Dr. Solahuddin bin Abdul Hamid di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, pandangan dan cadangan sepanjang kami mengikuti pembelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban pada semester ini.

Tidak lupa kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan sokongan serta dorongan. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah jutaan terima kasih juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan ini.

Penutup kata, dengan harapan begitu besar agar tugasan yang kami lakukan ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengatahuan dan di samping itu dapat menjadikan kami pelajar yang lebih beretika pada masa hadapan kelak.

i

ABSTRAK Kajian ini menjelaskan refleksi pelajar-pelajar terhadap video yang berkaitan dengan subjek Penghayatan Etika dan Peradaban. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan

tahap penguasaan dan pemahaman serta membantu pelajar-pelajar

untuk mempraktikkan nilai-nilai yang wujud dalam silibus Penghayatan Etika dan Peradaban dengan lebih baik. Bagi membuat refleksi yang lebih menyeluruh dan baik, Antara maklumat yang digunakan termasuklah daripada video, artikel, pemerhatian dan maklumat daripada laman-laman web. Kajian ini akan berfokus dalam kandungan video, unsur dan nilai yang wujud dalam video dan kesan video yang berkaitan terhadap pelajar-pelajar. Video yang dipilih adalah bercorak dan berunsur perpaduan dalam konteks masyarakat Malaysia. Kesimpulan, kajian refleksi ini menekankan kepentingan penghayatan etika dan peradaban dalam kehidupan kita dulu, kini, dan selamanya.

ii

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN..........................................................................................i ABSTRAK....................................................................................................ii ISI KANDUNGAN........................................................................................iii PENGENALAN............................................................................................1 FAKTA-FAKTA BERKAITAN KANDUNGAN VIDEO..................................2 NILAI MURNI YANG TERDAPAT DALAM VIDEO......................................6 PENGAJARAN YANG DIPEROLEH...........................................................8 KEPENTINGAN SESEBUAH ETIKA DALAM PERSAHABATAN DAN LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGUKUHKANNYA....................11 PENUTUP..................................................................................................12 RUJUKAN..................................................................................................13 LAMPIRAN................................................................................................14

iii

PENGENALAN Pengertian etika secara umum adalah suatu peraturan atau norma yang boleh digunakan sebagai acuan bagi perilaku seseorang.Etika yang berasal daripada istilah perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud khusus kepada perwatakan dan keperabadian. Menurut James J.S, pengertian etika dalam bidang Hukum (2006) adalah “Ethics” atau etika memperhatikan atau mempertimbangkan tingkah laku manusia di dalam mengambil keputusan yang berhubungan dangan moral. Etika lebih kearah penggunaan fikiran yang sihat dengan objektiviti penggunaan yang menentukan benar atau salah serta tingkah laku seseorang terhadap orang lain. Etika melibatkan tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. Selain itu, Etika juga penting kepada kehidupan manusia kerana dapat membentukkan kesejahteraan, keharmonian dan kedamaian hidup seseorang. Peradaban membawa maksud keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju lalu mempunyai kemajuan dari segi lahirian dan rohaniah. Peradaban atau tamadun merupakan pinjaman bahasa parsi dan arab iaitu “madanna”

yang membawa erti

“membuka bandar”. Ia mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi atau tempat sebagai tempat tinggal, membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. peradaban adalah kebudayaan yang telah mencapai taraf perkembangan teknologi yang sudah lebih tinggi. Pembentukan peradaban akan mewujudkan sistem kekuasaan, sistem kemasyarakat, cara hidup yang berbeza, ilmu pengetahuan, bangunanbangunan hasil kebudayaan dan teknologi dalam kalangan manusia. Perpaduan ialah keadaan atau hal berpadu (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2020). Perpaduan adalah kunci untuk kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara terutamanya bagi negara yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan kepercayaan seperti di

Malaysia. Perpaduan dapat dicetuskan melalui persefahaman dan sikap

hormat- menghormati antara rakyat yang berbilang etnik dan budaya. Hal ini dapat

1

mengelakkan negara berada dalam keadaan yang kucar-kacir dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. FAKTA-FAKTA BERKAITAN KANDUNGAN VIDEO Watak utama yang bernama John dilahirkan dengan keadaan buta disebabkan penyakit katarak mata. John membesar dalam keadaan tersebut dengan melihat dunia secara berbeza. Kita dapat lihat john Tidak pernah merungut walau mempunyai kekurangan fizikal ini kerana John sentiasa menerima kasih sayang yang mencukupi daripada orang sekelilingnya. John mempunyai kawan yang berbilang bangsa iaitu Azman, Chandran, Ah Meng dan Juvita.Walaupun John adalah seorang yg cacat penglihatan tetapi rakanrakannya tidak pernah memperlekehkannya. Mereka yang sentiasa mengambil berat akan john dan tidak menjadikan kekurangan fizikal sebagai penghalang untuk mereka memberikan sokongan terus menerus kepada john. Dengan adanya sifat yang sentiasa Mengambil berat ia menjadikan

john

dipermudahkan urusan hidup sehariannya. Sikap mereka yang prihatin akan john memberikan jonh Keyakinan untuk menikmati hidup dan Kegembiraan hidup yang ada membakarkan lagi semangat john untuk tidak putus asa.Kekurangan fizikal yang di alami bukanlah penghalang untuk john tidak

menyerlahkan segala bakat dan

kebolehan yang ada pada dirinya.John tidak pernah hirau dengan kata-kata masyarakat sekelilingnya yang menganggap kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan untuk dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan orang yang sempurna segala sifat. Masyarakat yang tinggal di sekeliling john dan kawan-kawannya mempunyai norma pemikiran bahawa setiap orang berbeza dan mempunyai kaum masing-masing yang boleh membawa kepada rasis terhadap perkauman. norma masyarakat yang mementingkan perkauman serba sedikit berupaya menjadi ancaman kepada negara. Pemikiran sebegini dapat menyebabkan sesetengah kanak-kanak yang masih muda dan mudah dipengaruhi akan cenderung untuk berkawan dan membesar dalam satu kaum yang sama sahaja.

2

John membesar dengan sahabatnya Azman, Chandran, Ah Meng dan Juvita. Datang daripada Kaum yang berbeza tidak menghalang mereka untuk berkawan, sebaliknya membesar seperti sebuah keluarga harmoni dan saling mengambil berat antara satu sama lain. John tidak pernah berasa kekurangan kerana John melihat dunia dengan caranya tersendiri. Perasaan kasih sayang tanpa mengira bangsa dan kaum akan mewujudkan suasana yang harmoni dan damai dalam kalangan masyarakat

Seterusnya, John tidak pernah merasakan kekurangannya iaitu buta sebagai penghalangnya untuk bermain bola sepak. Hal ini demikian kerana, Azman sentiasa ada untuk memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada John. John seorang yang berpandangan positif, sabar, dan yakin pada diri sendiri. John tidak berputus asa dan tidak berpandangan negatif terhadap kekurangan yang dimilikinya, sebaliknya John terus fokus

untuk

mengembangkan

kebolehan

dirinya. Azman tidak

pernah

merendahkan keinginan John untuk bermain bola sepak walaupun Azman tahu bahawa John tidak boleh melihat seperti orang lain. Tidak seperti sebahagian masyarakat, segelintir

mereka

akan

mengecam

dan

merendahkan-rendahkan

kekurangan

seseorang seperti john. Sikap baik hati dan prihatin yang ada pada Azman membuatkan John sentiasa yakin pada dirinya sendiri. Azman juga amat berdedikasi dalam memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada John untuk bermain bola sepak.

Selain itu John juga mempunyai Chandran, seorang rakan yang suka berjenaka dan selalu membuat orang disekelilingnya ketawa. Chandran seorang yang suka membuat gurauan kepada John dan berkata hidup tidak perlu terlalu serius. Hubungan persaudaraan yang terjalin antara Chandran dan John sangat rapat kerana boleh bergurau senda sesama mereka.

3

Ah Meng seorang peminat sains fiksyen dan juga sahabat baik kepada John. Ah Meng mempunyai ilmu tentang galaksi dan planet. Ah Meng mengajarkan ilmu tersebut kepada John, secara tidak langsung dapat mengembangkan imaginasi John. Ah Meng seorang yang pemurah terhadap ilmu yang dimilikinya. Kemudian, Ah Meng berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan berjaya menjadi angkasawan. Ah Meng seorang yang sanggup berkorban demi kepentingan ilmu walaupun perbuatan tersebut menyebabkan Ah Meng terpaksa meninggalkan rakan-rakannya Ah Meng mampu untuk mengejar cita citanya dan mementingkan ilmu sejajar dengan sahutan kerajaan untuk membina masyarakat yang berilmu. Hal ini turut membuktikan bahawa Ah Meng seorang yang mempunyai keazaman tinggi, rajin dan gigih dalam mencapai impiannya kerana kebanyakkan orang dewasa zaman kini akan berputus asa untuk mencapai citacitanya sewaktu zaman kanak-kanak tidak dulu kala. Cukup menarik juga watak Juvita, iaitu seorang yang penuh dengan kasih sayang dan baik hati. Juvita sentiasa memahami perasaan John dan memberi layanan yang baik serta mengambil berat terhadap kebajikan John Pada suatu hari, John diberitahu bahawa dia boleh melihat semula di bawah satu prosedur tetapi ia mendatangkan dengan risiko yang tinggi. Walau bagaimanapun, John tetap akan menjalani prosedur tersebut. Namun demikian, sebelum prosedur tersebut dijalankan John terlebih dahulu ingin memberitahu makna kehadiran kawan zaman kanak-kanaknya iaitu Azman, Chandran, Ah Meng, dan Juvita. Antara nilai yang ditonjolkan melalui keadaan ini ialah nilai keberanian dan rasional. Walaupun terpaksa mengambil risiko John sanggup untuk menghadapi prosedur tersebut dengan yakin dan tabah untuk melihat buat kali pertama dan berharap ada keajaiban buatnya. John ingin menzahirkan perasaan dan perbuatan ikhlasnya atas segala kebaikan, kasih sayang dan kebahagiaan yang diterima olehnya sewaktu zaman kanak-kanak sebelum terjadi sesuatu di luar jangkaan sewaktu proses prosedur berlangsung.

4

Pada akhirnya, John boleh melihat dan bertemu dengan kawan-kawan baiknya semula. Sebuah persahabatan yang sangat bermakna dan tidak dapat dibeli oleh duit. Persahabatan yang lebih daripada sahabat. ini adalah “sentiasa pandang apa yang ada pada diri seseorang dan bukan sebaliknya menilai seseorang itu berdasarkan luaran”.

5

NILAI MURNI YANG TERDAPAT DALAM VIDEO 1. KASIH SAYANG Nilai kasih sayang membawa maksud Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Perasaan sayang sesama manusia akan melahirkan suasana yang harmoni manakala sayang kepada alam akan menjadikan persekitaran terpelihara. Sifat ini perlu dipupuk dari kecil dalam diri anakanak agar kehidupan lebih sejahtera. Kasih sayang lahir dari hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain. Kawan-kawan john menyayangi john sebagai sahabat walaupun john mempunyai kekurangan. Mereka sentiasa ada mambantu john dalam apa jua masalah dan cabaran. Mereka ikhlas berkawan dan memberi bimbingan kepada john. Kasih sayang yang terpancar dalam persahabatan mereka. Waulaupun berlainan agama, bangsa dan budaya, itu bukan penghalang untuk mereka bersahabat.john bersyukur dikurniakan sabahat yang baik sentiasa menyokong apa jua yang dilakukan. 2. KEBERANIAN keberanian bukannya sebagai kehilangan rasa takut, tetapi lebih kepada pertimbangan ke atas sesuatu yang lebih penting daripada rasa takut. Samuel Johnson menganggap keberanian sebagai prinsip kehidupan teragung melainkan sekiranya kita tidak mempunyai nilai ini, maka kita tidak akan berupaya memelihara prinsip kehidupan yang lain. Oleh itu, keberanian bukan saja harus dipraktikkan di medan perang, tetapi juga dalam kehidupan dan kerjaya lazimnya. Seseorang itu mesti ada naluri menegakkan keadilan moral apabila berurusan dan berhadapan dengan kelakuan tidak beretika. John adalah seorang yang sangat berani. Kekurangan yang ada tidak menjadi penghalang untuknya memiliki hobi seperti orang lain. Dikurniakan sahabat yang baik adalah sesuatu yang perlu disyukuri. Kawan-kawan john sentiasa ada menyokongnya. Kitika keputusan untuk majalani pembedahan mata, kita dapat lihat john sememangnya berani walaupun dia tahu keputusan yang dilakukannya itu mendatangkan resiko. Tidak lupa juga Ah Meng berani merealisasikan impiannya untuk menjadi angkasawan.

6

3. PRIHATIN Prihatin membawa maksud mengambil berat atau prihatin terhadap sesuatu perkara. Sikap keprihatinan serta kerjasama yang dimainkan oleh setiap individu terutamanya orang sekeliling amatlah penting. Janganlah ada dalam kalangan warga yang taasub sifat syak wasangka atau mementingkan diri. Sifat sebegini boleh meruntuhkan nilai kepercayaan terhadap keharmonian serta kesejahteraan yang dibina di atas pengorbanan generasi sebelumnya. Tanamkan sikap prihatin dan sikap tolong menolong dalam jiwa kita, kerana sikap prihatin boleh membawa kesejahteraan hidup kita dan masyarakat sekeliling.golongan tua yang seharusnya menjadi contoh kepada golongan muda turut memperlihatkan sikap prihatin dan ambil kisah jika sesuatu berlaku didepan mata. Azman, Chandran, Ah Meng dan Juvita sangat prihatin akan diri john. Sentiasa ada ketika susah dan senang bersama john. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh sahabat john amatlah terserlah. Mereka tidak pernah menghiraukan kata-kata orang sekeliling tentang john dan sentiasa mengambil berat akan john. Mereka juga membantu john dari segala segi. Disebabkan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Azman, Chandran, Ah Meng dan Juvita, John berasa selesa untuk berkawan dengan mereka.

4. BERSATU PADU Definisi bersatu padu adalah bergabung atau berkumpul sebagainya hingga menjadi kukuh.(Kamus Pelajar Edisi kedua, 2020). Nilai bersatu padu adalah kunci bagi sesebuah negara untuk mencapai perpaduan. Nilai ini boleh dicapai jika semua golongan masyarakat saling hormat-menghormati adab dan budaya antara satu sama lain. Usaha baik juga harus dibina bersama agar masyarakat majmuk sentiasa hidup aman damai. Masyarakat yang berbilang etnik dan budaya perlu memahami dan menjaga sentiviti agama dan budaya sesama kaum. John dan kawan-kawannya dapat hidup bersatu padu walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. Dengan ada sikap saling hormat menghormati mereka dapat hidup bersatu padu. Mungkin segelintir masyarakat sekeliling memandang rendah akan persahabatan yang dibina tetapi mereka membuktikan mereka dapat hidup bersatu padu walaupun berlainan bangsa dan agama. John, Azman, Ah Meng, Chandran dan Juvita saling membantu antara satu sama lain. Kekurangan john tidak menjadikan alasan untuk mereka tidak berkawan dengan john.

7

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH

1. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA Walaupun John mempunyai katarak mata sejak kecil, namun john tidak pernah berputus asa untuk merubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Dia tidak merasakan kekurangan dirinya itu membuatkan dia kurang daripada orang lain. Semasa zaman kanak-kanaknya, dia masih boleh bergembira dan mencipta memori yang berharga bersama dengan rakan-rakan sebaya kerana mereka merasakan perbezaan itu sepatutnya diraikan bersama. Apabila dia meutuskan untuk membuat rawatan untuk membuang katarak matanya, ini membuktikan bahawa dia tidak pernah berputus asa dengan dirinya sendiri walaupun sudah lanjut usia.

Sebagai seorang pelajar, kita kerap merasakan bahawa berputus asa itu adalah jalan penyelasain bagi semua perkara. Terutama sekali apabila kita berhadapan dengan situasi dimana kita sedar bahawa kita memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami sesuatu perkara. Hal ini akan menyebabkan kita untuk membandingkan diri kita dengan pelajar-pelajar yang lain. Namun, setiap pelajar mempunyai kelemahan dan kelebihan masing masing. Mempunyai cara belajar yang berbeza tidak bermaksud kita kurang daripada orang lain dan harus berputus asa dengan diri sendiri. Sebaliknya, seseorang pelajar perlulah mengenalpasti kelemahan diri dan sentiasa memperbaiki dir supaya dapat menjadi insan yang lebih baik.

8

2. SEMANGAT PERPADUAN YANG TINGGI

Sejak kecil, John telah diberitahu bahawa masyarakat seklilingnya terdiri daripada pelabagai kaum, etnik dan budaya. Namun, John tidak pernah merasakan bahawa ianya merupakan sesuatu perkara yang penting kerana apabila dia meluangkan masa bersama dengan rakan-rakannya, jurang perbezaan atau isu perkauman tidak pernah timbul antara mereka. Hal ini kerana, mereka saling menghormati antara satu sama lain. John tidak pernah merasakan dirinya sebagai orang asing kerana dia tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain untuk diterima dalam kumpulan rakan-rakannya dan perkara yang sama daoat dirasakan oleh Azman, Chandran, Ah Meng dan Juvita. Sebagai contoh, malaysia merupakan negara yang aman dan harmoni. Hal ini kerana, semua kaum di Malaysia menghormati adat dan budaya kaum lain. Contoh terdekat yang boleh dilihat adalah apabila musim perayaan berlangsung, aktiviti rumah terbuka sangat terkenal dalam kalangan masyarakat. Aktiviti melibatkan semua kaum. Seperti, apabila Hari Raya Aidilfitri, kaum lain disambut dengan gembira apabila mereka menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh orang Melayu. Kesannya, isu perkauman di Malaysia dapat diatasi dengan mudah kerana rakyat yang berbilang kaum saling memahami.

3. BERANI DALAM MENGAMBIL RISIKO Dalam prosedur untuk membuang katarak mata yang dihidapi oleh John, risiko yang perlu dihadapi adalah sangat tinggi. Namun, keberanian John merupakan satu aspek yang perlu dicontohi daripada video ini. Walaupun dia sudah diberitahu tentang risiko yang akan dihadapi, dia tetap bertekad untuk merubah kehidupannya. Hal ini kerana, dia ingin membukti kepada rakan-rakannya bahawa dia sanggup berkorban demi mereka dan sebagai tanda terima kasih terhadao mereka kerana telah membuatkan zaman kanak-kanaknya tidak akan dilupakan.

9

Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang manusia, kita perlulah mempunyai sikap berani didalam diri kerana kita akan berhadapan dengan pelabagai risiko dan halangan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, seorang pelajar juga perlu menghadapi banyak risiko dan cabaran untuk menjadi seorang pemuda harapn bangsa dan pemud...


Similar Free PDFs