Contoh Esei Ilmiah PDF

Title Contoh Esei Ilmiah
Author Ustazah Upsi
Pages 17
File Size 300.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 176
Total Views 938

Summary

SEMESTER 2 SESI 2015/2016 KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TUGASAN ESEI ILMIAH TAJUK : FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK SUB TAJUK Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). K...


Description

SEMESTER 2 SESI 2015/2016

KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TUGASAN ESEI ILMIAH TAJUK :

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

DISEDIAKAN OLEH : NAMA

NO. MATRIK

SUB TAJUK Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

KUMPULAN KULIAH:

PENSYARAH

:

Tarikh Serah

:

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

2

1.0

Pengenalan

2

2.0

Sorotan Penulisan: Latar Belakang Pembentukan dan

3

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

3.0

Pernyataan Masalah

3

4.0

Objektif dan Persoalan

4

5.0

Metodologi

5

6.0

Analisis Dapatan dan Perbincangan.

6

6.1 Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia. 6.2 Matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. 6.3 Kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. 6.4 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

7.0

Penutup

15

Bibliografi

15

1

Pembentukan dan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

ABSTRAK Esei ilmiah ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukan dan kandungan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Malaysia. Kajian perpustakaan dilakukan menerusi analisis dokumen seperti buku, artikel jurnal, dokumen rasmi dan laman web rasmi. Semua dokumen tersebut dianalisis menggunakan kaedah kualitatif dan dibincangkan dalam bentuk deskriptif dan naratif. Dapatan menunjukkan FPG telah dibentuk pada tahun 1982 susulan dari syor Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979. Matlamatnya adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dan profesional dalam amalan keguruan. FPG digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru melibatkan 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan. Sub-konseptual pula terdiri daripada intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Kandungan FPG menggabungkan kriteria kualiti guru seperti berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

1.0

Pengenalan

Pepatah ada menyatakan "Bagaimana acuan, begitulah rupa kuihnya" dan "Guru adalah arkitek bangsa". Dalam konteks pendidikan terdapat dua pihak yang terlibat iaitu pendidik dan orang yang dididik. Untuk kemenjadian orang yang terdidik adalah bergantung kepada pengaruh pendidik. Selaku agen perubahan, pendidik perlu memastikan perlaksanaan peranannya berjalan lancar mengikut matlamat dan aspirasi negara sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Guru merupakan tunjang yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum kebangsaan secara tersurat dan tersirat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang Had Salleh, 1998). Oleh hal yang demikian, bagi merealisasikan aspirasi negara ini. Kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin utama kepada usaha membina modal insan yang berkualiti tinggi.

2

2.0

Latar Belakang Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pendidikan ini juga merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang seimbang dan boleh menjayakan hasrat serta hala tuju negara. Secara khususnya pendidikan boleh merupakan aktiviti persekolahan. Hal ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan, organisasi dan sistem untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu untuk mengupayakan mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat dan era masa depan. Usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya komponen pendidikan dan latihan guru tidak diberi tumpuan. Bagi memastikan usaha melahirkan murid dan masyarakat yang cemerlang, para guru perlu dididik dan dilatih secara berterusan supaya kekal menjadi seorang guru yang berwibawa dan cemerlang. Kajian-kajian ilmiah telah menunjukkan ada korelasi yang tinggi antara pencapaian murid dengan peranan yang disumbangkan oleh guru-guru (Abu Bakar Nordin, 1994: Awang Had Salleh, 1998; Abdul Rashid Mohamed & Zurida Ismail, 2001; Alimuddin Mohd Dom, 2009). Kejayaan atau kegagalan usaha untuk melahirkan guru yang cemerlang pula bergantung kepada rupa bentuk kurikulum latihan perguruan. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Falsafah Pendidikan Guru (FPG) pada tahun 1982 sebagai satu acuan pendidikan dan latihan guru di Malaysia. Berdasarkan hasrat FPG, guru yang hendak dihasilkan ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3.0

Pernyataan Masalah

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dibentuk dan dokumenkan pada tahun 1982 diyakini untuk menjadi panduan dan rujukan yang mapan dalam proses melahirkan insan yang bergelar guru. Semua institusi pendidikan guru di Malaysia seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Universiti Awam (UA) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dimestikan melahirkan guru-guru yang dapat memenuhi 3

Standard Guru Malaysia (SGM). Selain dari itu, latihan berterusan dalam bentuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) juga dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan profesionalisme keguruan para guru di Malaysia. Walau bagaimanapun dari 430,000 orang guru yang sedang berkhidmat di Malaysia terdapat segelintir daripadanya telah disabitkan dengan pelbagai kesalahan dan dikenakan tindakan tata tertib. Pada tahun 2007 (Januari hingga 15 Mei), Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara. Antara kesalahan tersebut ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus). Berdasarkan contoh statistik tersebut, apakah hal ini menunjukkan FPG telah semakin terhakis penghayatannya?

Sumber: Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Dewan Rakyat.

4.0

Objektif dan Persoalan Esei 4.1

Objektif

Secara umumnya penulisan esei ilmiah ini adalah untuk memahami Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. Manakala secara khususnya adalah untuk:

4

i.

mengenalpasti

latar

belakang

sejarah

pembentukan

Falsafah

Pendidikan Guru Malaysia. ii.

mengenalpasti matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

iii.

mengenalpasti kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia

iii.

menganalisis kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia secara yang tersurat dan tersurat.

4.2

Persoalan

i.

Bagaimanakah sejarah pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia?

ii.

Apakah matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru?

iii.

Apakah bentuk kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia?

iv.

Apakah yang menjadi kandungan Falsafah Pendidikan Guru secara yang tersurat dan tersirat?

5.0

Metodologi

Penyelidik telah memilih untuk mengumpul data dengan menggunakan kaedah resensi perpustakaan. Penyelidikan dilakukan berdasarkan pencarian di perpustakaan, pusat sumber dan laman web bagi mendapatkan data serta bahan sekunder. Bahanbahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, dokumen rasmi dan sumber internet. Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seterusnya menghasilkan dapatan kajian dan objektif kajian tercapai. Kajian perpustakaan ialah sebuah penulisan yang bertujuan untuk mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah sumbangan mengenai sesuatu topik. Kajian perpustakaan ialah sumber sekunder, dengan itu tidak melaporkan apa-apa kajian baru mahupun asli. Ia selalunya dikaitkan dengan kajian akademik. Matlamat utamanya ialah membawa pembaca kepada kajian perpustakaan 5

terbaru pada sesuatu topik dan membentuk asas untuk matlamat lain seperti kajian seterusnya yang mungkin diperlukan dalam bidang tersebut.

6.0

Analisis Dapatan dan Perbincangan 6.1

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia Jadual 1: Analisis pembentukan Falsafah Pendidikan Guru

Tahun Laporan 1956 Penyata Razak i.

1956

Ordinan Pelajaran

1961

Laporan Rahman Talib

1961

Akta Pendidikan

1979

1982

Keterangan Menghasilkan guru-guru yang dapat melaksanakan agenda perpaduan. ii. Guru yang berkebolehan melaksanakan kurikulum kebangsaan. Penetapan pendidikan guru yang dapat membentuk perpaduan masyarakat dan melaksanakan pendidikan kebangsaan. i. Menghasilkan guru-guru yang terlatih dalam pelbagai jurusan. ii. Guru yang berkebolehan mengembangkan inovasi.

Menghasilkan guru-guru yang dapat melaksanakan tranformasi dan inovasi dalam pendidikan dan kurikulum kebangsaan. Laporan i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan Jawatan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan Kuasa Kabinet pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar. ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Bahagian Penggubalan dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan Guru, KPM wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guruguru di Malaysia. Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah

yang nyata untuk pendidikan guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.

Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah

menetapkan halatuju pendidikan guru di Malaysia. Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada 6

semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik: "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin". (Bahagian Pendidikan Guru, KPM: 1982) Menurut Abu Bakar Nordin (1994) dan Choong Lean Keow (2008), Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Guru ini telah menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita.

6.2

Matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia. Jadual 2: Cabang Falsafah Pendidikan Guru

Cabang Falsafah Metafizik (sifat realiti, kewujudan dan kebenaran)

   

Ciri-ciri FPG Ketuhanan Negara Kemasyarakatan Kendiri

Epistemologi (ilmu dan perihal mengetahui)

 Berpandangan progresif dan saintifik.  Menjamin perkembangan individu.

Asikologi (Nilai: etika dan Estetika)

 Berpekerti mulia & berdisiplin  Menunjukkan aspirasi negara  Menyanjung warisan kebudayaan negara  memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu Berpandangan progresif dan saintifik

Logik (Membuat keputusan: Penaakulan membezakan idea sah dan yang mengelirukan)

Analisis Peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik – realiti bidang pendidikan.  Ilmu sentiasa berkembang lanjut penemuan baru dan inovasi.  Tanggungjawab guru untuk memperoleh ilmu baru & terkini. Guru sebagai role model dan teladan yang baik, bermoral, beretika, bersifat profesional dan sebagainya.

 Amalan penaakulan logik dalam menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran.  Peningkatan diri secara profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan kualiti 7

Jadual 3: Matlamat Falsafah Pendidikan Guru Kategori Matlamat Matlamat Intrinsik

Matlamat Ekstrinsik

Kriteria

Analisis

   

Berpekerti mulia Berpandangan progresif Perfikiran saintifik Bersedia menjunjung aspirasi negara  Menyanjung warisan kebudayaan negara

Matlamat yang terbina dalam diri setiap guru untuk berkebolehan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

 menjamin perkembangan individu  memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Matlamat yang berkaitan dengan kebolehan setiap guru membina, membentuk dan melahirkan individu, masyarakat & warganegara.

Matlamat falsafah pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial, menguasai ilmu dan kemahiran serta amalan keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang terlebih dahulu. Ianya sangat penting kerana seseorang guru perlulah mempunyai emosi yang stabil untuk membolehkan mereka membentuk generasi yang positif pula. Guru juga akan menjadi ikon dan contoh yang boleh diteladani oleh murid-murid. Seterusnya, guru perlulah profesional dalam kerjaya mereka. Menurut Shulman (1986), guru yang profesional mestilah berkebolehan menguasai 7 komponen pengetahuan yang berkaitan dengan tanggungjawab dan peranannya. Seseorang bakal guru perlulah berusaha sehabis mungkin untuk mendalami ilmu berkaitan keguruan ketika masih dalam tempoh latihan agar mereka tidak kekok ketika bertugas di kemudian hari. Di samping itu, falsafah pendidikan guru juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi sosial. Guru perlulah mempunyai bijak bergaul dengan semua masyarakat sekeliling tidak kira dalam kawasan sekolah mahupun dengan masyarakat luar. Ini kerana, ke mana sahaja seseorang guru itu pergi dia akan membawa imej seorang guru. Guru juga perlu mempunyai penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran keguruan. Seseorang guru itu bukan hanya perlu memberikan didikan akademik, tetapi dia juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian.

8

6.3.

Kerangka konseptual Falsafah Pendidikan Guru Malaysia.

Rajah 2 berikut menunjukkan Model Konseptual Pendidikan Guru Malaysia.

Rajah 2: Model konseptual pendidikan guru

Berdasarkan model tersebut, karakter seorang guru berkait rapat dengan tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Jadual 4: Dimensi dan kriteria Model Konseptual Pendidikan Guru. Dimensi Ketuhanan Kemasyarakatan Kendiri

Kriteria Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan. Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga komponen, iaitu: Pengetahuan/ilmu, Kemahiran dan Nilai. Jadual 5: Komponen Model Konseptual Pendidikan Guru Komponen Pengetahuan/ilmu Kemahiran

Nilai

Keterangan Berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pengajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

9

Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Guru mesti memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi dan jasmani. Di samping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keempat-empat aspek ini juga adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aspek yang dititikberatkan ini adalah penting kerana seorang pendidik itu haruslah terlebih dahulu mempunyai unsur dalaman yang stabil agar berupaya pula melahirkan generasi seimbang dan holistik. Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. FPG

yang

bersandarkan

Model

Konseptual

tersebut

bermatlamat

menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Justeru, dapatlah disimpulkan disini mengikut model konseptual guru ini bahawa seseorang guru itu perlulah mengukuhkan terlebih dahulu aspek dasar iaitu ketuhanan, kemasyarakatan dan kendiri. Langkah seterusnya ialah memantapkan unsur rohani, jasmani, intelek dan nilai. Selepas itu, memupuk serta mengekalkan aspek kemahiran, pengetahuan serta nilai seorang guru. Bersatunya kesemua unsurunsur dalam model konseptual ini dapat memantapkan lagi unsur akauntabiliti seorang guru.

10

6.4

Kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia Jadual 6: Elemen-elemen kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Elemen Berpekerti mulia.

Berpandangan progresif dan saintifik. Bersedia menjunjung aspirasi negara. Serta menyanjung warisan kebudayaan negara. Menjamin perkembangan individu. Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

Analisis Kriteria  Sahsiah guru yang baik, berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.  Lebih mementingkan dan mendahulukan orang lain  Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.  Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional.  Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan.  Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.  Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik.  Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.  Menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara. Peranan guru yang berkebolehan untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang (aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani). Tanggungjawab guru yang berkebolehan untuk menyemai, memupuk dan menjaga perpad...


Similar Free PDFs