contoh Final Penulisan Esei (selepas disunting) PDF

Title contoh Final Penulisan Esei (selepas disunting)
Author Tuan Nur Fathiah
Course Wacana Akademik Bahasa Melayu
Institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pages 8
File Size 201.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 201
Total Views 510

Summary

BMWWACANA AKADEMIK BAHASAMELAYUISU PENDIDIKAN ALAM SEKITARDALAM KALANGAN MURID DIMALAYSIATUAN NUR FATHIAH BINTI TUAN AB RAHMAN NAMA PELAJAR D20191087912 NO. MATRIK KUMPULAN KULIAHNAMA PENGAJAR TNORSALIZA BINTI MOHD SHUHAINI30 MPUSAT BAHASA DAN PENGAJIANUMUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTANIDRISPENERANGA...


Description

30 M PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

ISU PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN MURID DI MALAYSIA NAMA PELAJAR NO. MATRIK TUAN NUR FATHIAH BINTI TUAN AB RAHMAN D20191087912 KUMPULAN KULIAH T NAMA PENGAJAR NORSALIZA BINTI MOHD SHUHAINI

PENERANGAN KERANGKA FORMAT BAHASA PENYUNTINGAN JUMLAH KESELURUHAN

MARKA H /12 /9 /5 /4 /30

Isi Kandungan Kandungan

Muka surat

1.0 Pengenalan

3

2.0 Isu Pendidikan Alam Sekitar dalam Kalangan Murid di Malaysia

3

2.1 Pengetahuan Guru Terhadap Pendidikan Alam Sekitar adalah

3-4

Terhad 2.2 Pelaksanaan Kempen dan Aktiviti berkaitan Alam Sekitar di

4-5

Sekolah 2.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar dapat Ditingkatkan 2.4 Kesedaran Murid Terhadap Alam Sekitar 3.0 Kesimpulan Rujukan Lampiran

5

5-6 6

3

1.0

Pengenalan

Pendidikan alam sekitar merupakan suatu proses pengajaran penting yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat terhadap alam sekitar. Namun demikian, Pendidikan Alam Sekitar kurang dititikberatkan dalam pengajaran. Menurut Wan Azhar bin Wan Yaacob (2012), menjelaskan bahawa Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu alat pengurusan yang penting kerana ianya boleh mempengaruhi dan menyumbang kepada pengurusan alam sekitar yang berkesan (ms. 4). Oleh itu, beberapa langkah haruslah dilaksanakan bagi mengatasi cabaran ini dan memastikan Pendidikan Alam Sekitar tidak disisihkan.

2.0

Isu Pendidikan Alam Sekitar dalam Kalangan Murid di Malaysia

Pendidikan Alam Sekitar adalah penting dan perlu dititikberatkan. Terdapat beberapa cabaran dan langkah penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam pengajaran iaitu: 2.1

Pengetahuan Guru Terhadap Pendidikan Alam Sekitar adalah Terhad

Pengetahuan guru yang terhad terhadap pendidikan alam sekitar adalah salah satu cabaran untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan murid. Pendidikan alam sekitar tidak akan dapat disampaikan dan diterapkan dengan baik sekiranya guru tidak berpengetahuan luas berkaitan Pendidikan Alam Sekitar kerana pengetahuan yang meluas adalah penting untuk memastikan ilmu yang disampaikan diterima dengan jelas. Haliza Abdul Rahman (2017) menjelaskan bahawa: Guru yang menyampaikan pengetahuan Alam Sekitar juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Ini kerana pengetahuan guru-guru akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan pelajar-pelajar tanpa mengira sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah (ms. 66).

4

Seterusnya, tingkah laku dan sikap tidak peka dalam diri seseorang murid terhadap alam sekitar adalah satu cabaran kepada guru untuk menerapkan Pendidikan Alam Sekitar dalam diri mereka. Guru mestilah menggunakan kaedah pembelajaran yang kreatif dan menunjukkan contoh yang baik dalam usaha menerapkan Pendidikan Alam Sekitar supaya murid sedar akan kepentingan alam sekitar dan lebih tertarik untuk mempelajari Pendidikan Alam Sekitar. Menurut Baniah binti Mustam (2015), “Tingkah laku dan kesedaran terhadap alam sekitar boleh diterapkan ke atas individu melalui sistem pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah. Pada peringkat ini pendidikan alam sekitar menitik beratkan pendidikan secara formal. Pendidikan formal ini diaplikasikan di sekolah, kolej dan universiti” (ms. 56). 2.2

Pelaksanaan Kempen dan Aktiviti berkaitan Alam Sekitar di Sekolah

Pelaksanaan kempen berkaitan alam sekitar di sekolah adalah langkah untuk meningkatkan pencapaian dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar. Hal ini kerana, kempen berkaitan alam sekitar di sekolah dapat memberi pendedahan jelas tentang ilmu alam sekitar serta dapat menarik minat murid untuk mempelajari Pendidikan Alam Sekitar. Tamsilnya, mengadakan kempen “Sayangi Alam Sekitar” dan menganjurkan pelbagai pertandingan menarik bertemakan alam sekitar iaitu pertandingan fesyen mesra alam, kuiz alam sekitar dan sebagainya. Selain itu, pelaksanaan aktiviti berkaitan alam sekitar di dalam kelas dan aktiviti penghayatan melukis mural juga dapat membantu penerapan Pendidikan Alam Sekitar dicapai dengan baik. Pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dapat ditingkatkan sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Alam Sekitar di dalam kelas dan aktiviti penghayatan melukis moral kerana

5

murid tersebut akan memperoleh pengalaman dan maklumat yang baru. “Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di dalam kelas dan aktiviti penghayatan melukis mural telah memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar” (Rohana Othman, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail, 2013, ms. 19).

2.3

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar dapat Ditingkatkan

Antara kepentingan Pendidikan Alam Sekitar ialah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana masyarakat akan rasa lebih bertanggungjawab sekiranya mereka diberi pendedahan dan pendidikan yang awal dan baik berkaitan alam sekitar. Menurut Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi (2017), “pendidikan awal yang diberikan mampu membentuk kumpulan murid yang peka tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar” (ms. 42).

2.4

Kesedaran Murid Terhadap Alam Sekitar

Antara kesan penerapan Pendidikan Alam Sekitar adalah kesedaran murid terhadap alam sekitar dapat ditingkatkan. Penerapan Pendidikan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran murid sahaja malah semua masyarakat yang menerapkan pendidikan ini akan melahirkan kesedaran dalam diri mereka. Hal ini disebabkan oleh penerapan ilmu berkaitan alam sekitar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar akan mewujudkan kesedaran dalam diri murid bahawa alam sekitar adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan. Seterusnya, penerapan Pendidikan Alam Sekitar dapat membantu murid untuk memperoleh ilmu, kemahiran dan pada masa yang sama murid akan bertindak sebagai

6

orang yang mesra alam. Selain itu, sikap dan transformasi dapat dibentuk sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menerapkan Pendidikan Alam Sekitar. Di samping itu, penerapan dan pemupukan Pendidikan Alam Sekitar yang diamalkan sejak sekolah rendah lagi akan menjadikan interaksi seseorang dengan alam sekitar sebagai amalan pada masa hadapan (Abdullah, N.H.L, Hamid, H, Shafii, H., Seow, T.W., Mahat, H. & Ahmad, J, 2018).

3.0

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Pendidikan Alam Sekitar adalah penting untuk mendidik masyarakat terutamanya murid-murid untuk lebih peka dan sedar akan kepentingan alam sekitar dan isu berkaitan Pendidikan Alam Sekitar tidak boleh dipandang remeh. Untuk memastikan Pendidikan Alam Sekitar dapat dipupuk dengan baik, pelbagai pihak mestilah berganding bahu menyelesaikan segala isu dan cabaran bersama-sama serta bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing dalam menerapkan ilmu Pendidikan Alam Sekitar. Segala isu dan kekurangan dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar dapat ditangani dengan mudah sekiranya semua pihak memberi kerjasama untuk menanganinya. Oleh hal yang demikian, pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung haruslah berupaya untuk mengaplikasikan beberapa kaedah untuk mengatasi isu dan cabaran Pendidikan Alam Sekitar supaya kepentingan Pendidikan Alam Sekitar dapat dicapai. Sekiranya Pendidikan Alam Sekitar berjaya diterapkan dengan baik, hal ini akan memberi kesan yang positif kepada murid-murid.

7

Rujukan Abdullah, N.H.L, Hamid, H, Syafii, H., Seow, T.W, Mahat, H. & Ahmad, J. (2018). Pembentukan model konsep peningkatan kesedaran murid terhadap alam sekitar. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. Diperoleh daripada https://www.unisza.edu.my/medc2018/images/10731082_ABDULLAH_N.H.L _et_al. pdf Baniah Mustam. (2015). Penerangan informal dan formal Pendidikan Alam Sekitar di suatu kawasan tercemar. Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/6560/2/BAB_2_TESIS_PHD_BANIAH.pdf Haliza Abdul Rahman. (2017). Usaha dan cabaran dalam mengaplikasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem persekolahan di Malaysia. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 1(2), 61-70. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/33/57 Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Yazid Saleh, Nasir Nayan & Saiyidatina Balkhis Norkhaida, (2017). Pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 41-49. Diperoleh daripada http://web.a.ebscohost.com.ezpustaka2.upsi.edu.my/ehost/pdfviewer/pdfviewer? vid=1 &sid=76456203-d9d9-46c0-a19e-12065935adb0%40sdc-v-sessmgr01. Rohana Othman, Rosta Harun, Azizi Muda & Ismi Arif Ismail, (2013). Kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar melalui aktiviti melukis mural untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar sekolah menengah terhadap alam sekitar. Jurnal Asia Pacific of Educators and Education, 28, 11-31. Diperoleh daripada http://apjee.usm.my/APJEE_28_2013/apjee28_2013_art2_11_31.pdf

8

Wan Azhar Wan Yaacob. (2012). Kesedaran dan persepsi murid-murid mengenai isu dan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah menengah terpilih di Johor Bahru Malaysia (Tesis sarjana). Diperoleh daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67263/1/FPAS%202012%2026%20IR.pdf...


Similar Free PDFs