Kajian tindakan 2016 peningkatan penulisan esei DOCX

Title Kajian tindakan 2016 peningkatan penulisan esei
Pages 3
File Size 140.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 569
Total Views 660

Summary

KAJIAN TINDAKAN SIRI 1 2016 Tajuk: Peningkatan Penulisan Esei Pengajian Am dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Senior 4 Disediakan oleh En. Jenius Gadiman Jabatan Pengajian Am Pusat Prauniversiti SMK Tambunan Tarikh: 24.2.2016 1.0 Pendahuluan Saban tahun pensyarah mendapati kelemahan dalam penulisa...


Description

KAJIAN TINDAKAN SIRI 1 2016 Tajuk: Peningkatan Penulisan Esei Pengajian Am dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Senior 4 Disediakan oleh En. Jenius Gadiman Jabatan Pengajian Am Pusat Prauniversiti SMK Tambunan Tarikh: 24.2.2016 1.0 Pendahuluan Saban tahun pensyarah mendapati kelemahan dalam penulisan esei dalam kalangan segelintir pelajar prauniversiti sama ada pelajar semester pertama mahupun semester ketiga. Isu serupa turut dihadapi oleh pensyarah Pengajian Am di seluruh negara. Pelbagai kaedah dan inisiatif sama ada di dalam mahupun luar kelas dilakukan oleh pensyarah bagi memperbaiki kemahiran penulisan pelajar berkenaan umpamanya intensif menyalin contoh esei yang baik, mengarang dan program pengucapan awam di samping galakan membaca. Sungguhpun menunjukkan peningkatan tahap pencapaian namun kaedah-kaedah baharu yang lebih efektif dan lebih rigid perlu dilaksanakan disebabkan individu pelajar yang bertukar tahun demi tahun. Inisiatif ini mesti dilakukan sekerap yang mungkin memandangkan subjek Pengajian Am merupakan asas dan tiket pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya di universiti awam negara. Kemahiran penulisan esei diuji pada setiap semester dengan wajaran markah di antara 42 peratus hingga 63 peratus daripada markah keseluruhan dalam semester berkenaan. Oleh itu, bahagian kemahiran penulisan esei memberi sumbangan terbesar dari segi pengagihan markah peperiksaan. Sekiranya pelajar lemah dalam aspek penulisan maka sudah tentu risiko mendapat keputusan gagal atau lulus sebahagian adalah sangat tinggi dan seterusnya menjejaskan peluang melanjutkan pelajaran. Projek kajian tindakan ini bertujuan serampang dua mata iaitu menggalakkan amalan membaca dan membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran penulisan esei dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian dalam peperiksaan STPM. 2.0 Pernyataan Masalah Majoriti pelajar saya adalah Orang Asal (Bumiputera) yang berasal dari seluruh kampung dalam daerah Tambunan. Kekangan terhadap mobiliti dan taraf hidup rendah atau sederhana menyebabkan akses kepada kemudahan perpustakaan dan bahan-bahan bacaan agak terhad, lalu menjejaskan amalan membaca mereka seterusnya menyebabkan pencapaian dalam bidang penulisan atau aspek kebahasaan kurang memuaskan. Keadaan ini mengakibatkan mereka kurang membaca yang terbawa-bawa sehinggalah ke peringkat pengajian prauniversiti. Aspek kebahasaan yang dimaksudkan dalam kajian tindakan ini meliputi perkara-perkara asas seperti struktur ayat, ejaan, tanda baca serta penggunaan kata sendi "di". Pelajar bukan sahaja bermasalah dari aspek kebahasaan malah dari segi kematangan idea-idea yang dikemukakan dalam esei masing-masing. Kualiti idea-idea atau buah fikiran yang dikemukakanan adalah rendah berbanding dengan ekspektasi kita terhadap seorang pelajar prauniversiti. Ringkasnya, subjek kajian tindakan ini menghadapi masalah penyampiaan penulisan yang lemah dan kualiti idea-idea atau buah fikiran penulisan yang rendah. 3.0 Tujuan Kajian Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan standard penyampaian penulisan esei serta meningkatkan kualiti idea-idea penulisan yang dipersembahkan oleh pelajar. Akhirnya nanti diharapkan subjek kajian akan dapat menjawab dengan lebih baik soalan esei semasa peperiksaan STPM dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih cemerlang. 4.0 Sasaran Kajian Sasaran kajian diambil daripada kelas Senior 4. Pakej subjek bagi kelas ini ialah Pengajian Am, Sains Sukan dan Bahasa Melayu sebagai subjek wajib dan Seni Visual dan Geografi sebagai subjek elektif. 1...


Similar Free PDFs