E Book-Tamadun-Islam-Tamadun-Asia-Penuh PDF

Title E Book-Tamadun-Islam-Tamadun-Asia-Penuh
Pages 273
File Size 2.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 503
Total Views 696

Summary

Ebook TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 Tajuk Kandungan Jam 1 Pengenalan ilmu ketamadunan dalam 2 pembinaan tamadun Malaysia  Konsep tamadun  Definisi  Ciri-ciri  Objektif 2 Konsep asas tamadun Islam 2  Definisi  Prinsip  Sumber  Matlamat tamadun Islam 3 Interaksi antara pelbagai tamadun 4 (M...


Description

Ebook TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

1

Tajuk 1

Kandungan Pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia    

Jam 2

Konsep tamadun Definisi Ciri-ciri Objektif

2

Konsep asas tamadun Islam  Definisi  Prinsip  Sumber  Matlamat tamadun Islam

2

3

Interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun)  Nilai-nilai universal antara tamadun  Persamaan dan perbezaan  Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan)

4

4

Islam dalam tamadun Melayu  Peranannya dalam pembinaan tamadun Melayu  Teori kedatangan Islam  Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu  Peranan Islam dalam pembinaan tamadun Melayu

4

5

Tokoh-tokoh tamadun Islam dan Asia  Islam  Cina  India  Jepun

4

6

Interaksi tamadun Asia dan relevannya di Malaysia dan dunia  Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia  Kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan  Iktibar dari tamadun India: Pandangan semester dan nilai-nilai yang releven dengan Malaysia  Sumbangan tamadun Jepun dari aspek

5

2

Tajuk

Kandungan

Jam

politik, agama dan pendidikan yang relevensi kepada Malaysia 7

Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun Barat  Hegemoni Barat dan globalisasi - Media - Ekonomi - Politik - Sosial - Hak asasi manusia  Krisis alam sekitar  Persepsi jihad  Etika dalam sains  Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara

4

8

Islam hadhari dan proses pembangunan negara 10 prinsip Islam Hadhari:  Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi  Kerajaan yang adil dan beramanah  Rakyat berjiwa merdeka  Penguasaan ilmu pengetahuan  Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif  Kehidupan berkualiti  Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita  Keutuhan budaya dan moral  Pemeliharaan alam semulajadi  Kekuatan pertahanan

5

3

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan 1.1 Konsep dan Takrif Tamadun 1.2 Hubungan Tamadun Daripada Perspektif 1.2.1 Agama 1.2.2 Budaya

UNIT 1

1.2.3 Bangsa 2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-Ciri Asas Tamadun 2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan.

Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan

penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebabsebabnya.1 Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak. Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.2 Untuk mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

1 2

Ibnu Khaldun-Muqaddimah Abdul Rahman Nawas, Tamaddun Islam

4

Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu pengetahuan, skill dan system kepercayaan.

Tamaddun juga mempunyai

material dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1 Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun a. Konsep Tamaddun i.

Konsep manusia - Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & 'aqli. -

Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia.

-

Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan.

ii.

Konsep Masyarakat Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu. Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :-

iii.

-

Akidah

-

Syariat

-

Akhlak

-

tradisi sendiri

Hak anggota Dalam Masyarakat Islam a. Hak

untuk

Hidup

- setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh. b. Hak

untuk

bebas

- Bebas yang terikat dengan syarak c. Hak

Untuk

Mendapat

- Undang2 islam berdasarkan al-quran & sunnah 5

Keadilan

d. Hak

untuk

mendapatkan

persamaan

- setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

a. Takrif Ilmu Tamaddun - Pandangan Sarjana Islam Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau nama khas yang membawa maksud “ masyarakat “. Apabila dua kata ini digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa maksud “ masyarakat madani “ atau masyarakat yang bertamaddun. Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “ madinah “ yang bermaksud “ kota “ atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat

manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula

menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan Ialam “, bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang

lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang

berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

- Pandangan Sarjana Barat Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : “ tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya” . Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang wujud dibandar-bandar. Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun. 6

Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undangundang dan rangka dasar politik.

1.2 Hubungan Tamaddun Dari Pelbagai Perspektif a. Agama a. Kaitan sesebuah tamaddun dengan agama adalah sangat rapat. Masyarakat yang bertamaddun mempunyai nilai pegangan agama yang tinggi, beradab sopan dan bermoral tinggi. b. Agama telah membentuk pandangan mereka mengenai alam semester

serta

memimpin

mereka

menikmati

kehidupan

bermsayarakat atau individu secara lebih terpuji. c. Kemunculan tamaddun manusia adalah suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama. d. Semua

tamaddun

tradisional

manusia

berasaskan

kepada

pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agama yang mereka anuti. e. Tamaddun moden telah mengenepikan ajaran dan nilai agama lantas menukargantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan penilaian manusia atau falsafah humanisme. b. Budaya a. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran fizikal dan sosialnya, dan pengurusan kehidupan secara kolektif b. Tamaddun

danbudaya

amat

berkait

rapat

kerana

budaya

masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamaddun. c. Tamaddun berbeza daripada budaya bukan kerana semua unsur budaya boleh dianggap sebagai tamaddun 7

d. Kreteria tamaddun - Bernilai tinggi dan terpuji. - Kekal dan bertahan lama - Tidak

terbatas

kepada

kawasan,

malah

tamaddun

melampaui batasan kenegaraan. c. Bangsa a. Bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan geografi b. Tamaddun merentasi batasan budaya dan geografi seperti tamaddun islam dan tamaddun barat modern. c. Tamaddun Jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan negara Jepun.

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-ciri asas tamaddun a. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu seperti kota, bandar, dan sebagainya. b. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. c. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. d. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi berkomunikasi. e. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuat kuasa. f. Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan. g. Perkembangan

daya

kreativiti

dalam

bidang

falsafah,

keseniaan,kesusasteraan dan nilai estatika yang tersendiri. 2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler ) a. Mengikut Arnold Toynbee ( 1889-1979) seorang sejarawan 8

barat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ( Abu Zaid Abd.al-Rahman ibn Muhamad ibn Muhamad al-Khaldun 1332-1406 CA ) dengan menyebut bahawa agama lahir sari tamaddun yang sudah lemah, oleh yang demikian ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula. Keruntuhan ketamaddunan barat adalah kerana Barat meminggirkan agama kristiannya. Terdapat tiga fasa yang dilalui dalam menyatakan teori kitaran ini mengikut Arnold Toynbee iaitu - Breakdown - Disintergration - Dissolution b. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ada empat fasa dalam menyatakan kelahiran dan kemusnahan sesuatu tamaddun, iaitu i. Tahap awal – kelahiran – assabiyah dan agama Salah satu sifat manusia ialah bekerja sama dan saling bantu membantu, semangat ini akan menimbulkan rasa assabiyah di kalangan mereka. Manusia memerlukan organisasi dan kerajaan yang dipimpin oleh orang yang berwibawa, maka dengan assabiyah manusia boleh membentuk kerajaan, kembangkan seni, teknologi, sains, termasukalah pengeluaran barang mewah dan tempat tinggal.

ii. Kehidupan menetap/perkembangan tamaddun Organisasi sama seperti badan manusia, semakin lama semakin

lemah.

Kemajuan

dan

kemawahan

boleh

membawa kepada kelalaian dan menyebabkan kemanusia mula tehakis.

Golongan pemerintah mulai leka dengan

kemewahan dan mengabaikan agama. 9

iii. Kehancuran



kemewahan,

kelalaian dan

kepudaran

assabiyah Assabiyah semakin luntur, pemerintah semakin kaya lantas mereka semakin lalai dengan tanggungjawab.

Kesannya

sesebuah organisasi akan mula berpecah dan menjejaskan ekonomi serta menjadikan sistem masyarakat menjadi lemah.

iv. Penyelamat-agama boleh menyelamat tamaddun Sesebuah organisasi tidak boleh mengenepikan unsur agama dalam pemerintahan.

Agama hendaklah dijadikan

syarat utama dalam membina pembangunan dan tamaddun. Agama mendokong sistem moral yanng sangat tinggi dalam menjamin kelangsungan sesebuah tamaddun.

10

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) 3 Prinsip/ dasar Tamaddun Islam 1.1 Memelihara nyawa 1.2 akal fikiran 1.3 maruah dan keturunan 1.4 harta benda, 1.5 hak kebebasan

UNIT 2

2

Sumber Tamaddun Islam 2.1 Al-Quran 2.2 As-Sunnah 2.3 Tamaddun-tamaddun lain

3 Matlamat Tamadun Islam 3.1 Kesejahteraan manusia ( baldatan thaiyyibah ) 3.2 Keredhaan Allah swt ( rabbun ghafur )

1. Prinsip / Dasar tamaddun Islam Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamaddun Islam ialah untuk memelihara dan meulihkan serta menghormati hak-hak asasi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya di dunia ini dan juga kepada semua makhluk lain ciptaan-Nya. Perkara yang menjadi dasar tamaddun Islam ini ditentukan oleh beberapa elemen penting atau aspek penting iaitu a. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup b. Memelihara akal fikiran c. Memelihara kehormatan dan keturunan d. Memelihara harta benda e. Memelihara hak dan kebebasan.

11

1.1. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup. Allah swt selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekelian alam ini telah mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah swt kurniakan kepada semua makhlukNya.

Allah swt telah menegaskan dalam firmanNya dari

Surah al-Hijr ayat 23

Ertinya : “dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.” Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 32

Ertinya : “ 32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah

membunuh

manusia

semuanya;

dan

sesiapa

Yang

menjaga

keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan Demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami Dengan membawa keterangan Yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang Yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.” Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah melawan qadak Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 30 12

Ertinya : “30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya).” Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa a. Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya adalah wajib di dalam Islam. b. Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti meminum minuman keras ( arak ), menghisap dadah, menghidu gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram disisi Islam. c. Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt. d. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan diri dari kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

1.2. Memelihara akal fikiran

Islam

sangat

mengambil

berat

tentang

pemeliharaan

akal

fikiran.

Pemeliharaan akal adalah wajib ke atas semua manusia kerana membawa kepada kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kepada kesempurnaan 13

makhluk manusia daripada makhluk-makhuk lain ciptaan Allah swt.

Bagi

menjaga dan memelihara akal, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti agar akal manusia berfikiran baik dan terkawal.

Oleh yang

demikian, Islam mewajibkan keatas setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Proses ini tidak dibatasi oleh masa dan tempat ataupun bangsa. Ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “ Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad” Bertepatan dengan kekewajipan menunut ilmu ini, tidak ada tempat bagi orang jahil di dalam Islam. Ini telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud : “ Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada keduanya “

Islam amat menggalakkan asas pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah swt fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan dan kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was. Pemikiran yang negetif akan memungkinan tingkah laku yang negative dalam kehidupan manusia dan keadaan ini tidak selaras dengan kehendak Islam. Allah swt telah menjelaskan dalam Surah al-Ankabuut ayat 43 Ertinya “ 43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.”

1.3. Memelihara kehormatan dan keturunan

Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insane Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap 14

seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah swt telah menurunkan segala bentuk peraturan dan hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian. Mereka samasama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran.

Allah swt telah

menjelaskan semua ini di dalam firmanNya dari Surah An-Najm ayat39 Ertinya : “39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;” Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang Allah swt turunkan kepada manusia, maka manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh ahli masyarakat.

Setiap orang mempunyai kewajipan mereka

masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.

Jaminan tegas ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam Hajjatul Wida’ di Padang „Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud : “ sesunggunnya nyawa, harta dan kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini “

Islam juga menekankan aspek pemelliharaan keturunan. Untuk itu, undangundang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat ( nikah kawin ) telah dijelaskan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas perkara-perkara negativ seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabii ( liwat ) dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebina...


Similar Free PDFs