KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI DOCX

Title KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI
Author Ahmad Kamal
Pages 4
File Size 21.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 636
Total Views 901

Summary

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia. Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bahasa menurut Kamus Dewan ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelom...


Description

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia. Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bahasa menurut Kamus Dewan ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran ( Kamus Dewan 1998 : 37 ). Melayu pula didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu ( Kamus Dewan 1998 : 440 ).Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi sesama manusia sama ada dalam bentuk lisan mahu pun tulisan. Bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan sebagai alat komunikasi masyarakat atau asal bangsa yang menduduki Kepulauan Melayu. Menurut Ismail Hussien (1948:5), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam 200 bahasa yang terdapat dalam Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu ini juga menjadi bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bahasa Melayu dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Faktor yang pertama ialah peratusan penutur bahasa Melayu di semenanjung Malaysia pada masa itu. Peratusan sebanyak 49.78 bagi masyarakat Melayu menjadikan masyarakat melayu merupakan penutur bahasa yang paling banyak di Malaysia berbanding dengan masyrakat Cina 37.1 dan masyarakat India 11.0. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bersifat pribumi. Sifat ini menjadi faktor yang membolehkan bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Bersifat pribumi nii dapat melahirkan jati diri yang tinggi ke dalam setiap rakyat Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di Malaysia telah digunakan sejak sekian lama, ia digunakan dalam pelbagai situasi sama ada menyampaikan maklumat, memberi nasihat, malahan untuk urusan perdagangan juga telah menggunakan bahasa melayu. Faktor yang terakhir bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu telah menjadi bahasa pentadbiran...


Similar Free PDFs