CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA DOCX

Title CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA
Author Alyssa Simon
Pages 15
File Size 68.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 159
Total Views 601

Summary

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA Juliana Osong¹ (Ph.D), George, T.², Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab³, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 88805 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
 Corresponding author: [email protected] Abstrak Ba...


Description

Cabaran Bahasa Melayu untuk menjadi Bahasa Dunia CABARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENJADI BAHASA DUNIA Juliana Osong¹ (Ph.D), George, T.², Tengku Zahiri Tengku Abd Wahab³, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 88805 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Corresponding author: [email protected] Abstrak Bahasa jiwa bangsa. Bahasa merupakan alat komunikasi dalam masyarakat, di samping menjadi cermin kehidupan sesebuah bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi jiwa bangsa Melayu. Sehubungan itu, kertas ilmiah ini bertujuan untuk membicarkan tentang kedudukan bahasa Melayu dari aspek (i) penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, dan bahasa sosial, (ii) relevansi penggunaanya, dan (iii) keupayaan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa antarabangsa. Senerio semasa menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa utama di institusi pengajian tinggi, IPTA dan IPTS semakin sukar berbanding bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur paling ramai di dunia, namun bahasa Melayu tidak tersenarai dalam 10 bahasa yang paling meluas penggunaannya dalam bidang ekonomi, sosial dan perundangan serta politik antarabangsa. Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan namun peranan bahasa Inggeris masih mengatasi peranan bahasa Melayu. Tidak dinafikan terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu, namun perkembangan bahasa Melayu semakin diuji dengan badai globalisasi, liberalisasi dan pengaruh modenisasi yang semakin sukar. Ini jelas apabila sehingga hari ini bahasa Melayu masih belum mempunyai satu kerangka standard bahasa Melayu (KSBM) yang boleh digunakan secara piawai di seluruh dunia berbanding bahasa Inggeris yang mempunyai 'Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)', iaitu piawai antarabangsa untuk menerangkan keupayaan berbahasa penutur bahasa Inggeris. Kata Kunci: Bahasa Dunia, Bahasa Melayu, Kerangka Standard Bahasa Melayu, CEFR...


Similar Free PDFs