kaedah pengajaran bahasa melayu PDF

Title kaedah pengajaran bahasa melayu
Author Valentine B Jenny
Pages 63
File Size 629.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 283
Total Views 410

Summary

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 1  Kemahiran Induksi Komponen Pengajaran  Penerangan  Penyoalan  Variasi Rangsangan Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk in...


Description

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1

Komponen Pengajaran  Kemahiran Induksi  Penerangan  Penyoalan  Variasi Rangsangan

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:    

Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran 1.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

1

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Pengajaran Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan. Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu: 

Kemahiran Induksi



Kemahiran Penerangan



Kemahiran Penyoalan



Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1

Kemahiran Induksi

Konsep •

Cara guru memulakan pelajaran



Guru perlu menimbulkan minat

serta menggerakkan murid

berfikir

2

supaya bersedia dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip-prinsip Induksi •

Bermakna kepada murid



Berkaitan isi dan objektif pelajaran



Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid •

Dengan suara, gerak geri dan kontak mata



Dengan ABM



Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi •

Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3. Menstruktur •

Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4. Membuat perkaitan •

Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

3

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.2

Kemahiran Penerangan

Definisi Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan. Objektif; 1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain 2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll. 3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan •

Takrif:



Huraian: Menerangkan sesuatu proses.



Taakul:

Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan 1. penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik 2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid 3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran 4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikan

4

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Penerangan

1.

Komponen Struktur •

Penggunaan tanda saran



Penggunaan contoh-contoh



Penyimpulan atau rumusan

2.

Komponen Penyampaian       

kejelasan pelbagai penekanan memberi petunjuk membuat perkaitan dan keutamaan mengelakkan kekaburan turutan maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan •

Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.



Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.



Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur.



Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahanbahan visual yang lain.



Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.



Penutup – kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara yang diterangkan.

5

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.3

Kemahiran Penyoalan

Pengenalan •

Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja



Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.



Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip: •

Ditujukan kepada semua murid



Murid diberi masa berfikir



Sesuai dengan kebolehan murid



Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi



Penyampaian soalan jelas



Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan; •

Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P



Menimbulkan minat dan ingin tahu murid



Membantu murid dalam perkembangan daya fikir



Menggalakkan murid menyoal



Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan •

Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.

6

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah



Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan.



Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir



Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan



Melayan murid dengan adil



Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.



Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

7

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENILAIAN Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran. APLIKASI Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.

PENGETAHUAN Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

8

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan 1.

Soalan Bertumpu (Tertutup) •

Bentuk convergent atau tertutup



Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman



Lebih bersifat objektif



Jawapan atau respon terhad



Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka) •

Bentuk divergen atau terbuka



Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian



Lebih bersifat subjektif



Jawapan atau respon luas atau terbuka

9

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah



Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar

membuat

spekulasi,

mengaplikasi

dan

merumuskan

maklumat

atau

pengetahuan yang diperoleh.

1.4

Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep: Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Komponen Kemahiran Perubahan tingkah laku guru

Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian Saluran Deria

Kepelbagaian Interaksi KOMPONEN KEMAHIRAN

Kepelbagaian Media dan

Kepelbagaian Kaedah

Bahan Bantu Belajar

dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan 1. Perubahan tingkah laku guru •

Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif



Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat



Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

10

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.

Perubahan Pertuturan (Suara) • Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi. • Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.

3.

Kepelbagaian Saluran Deria • Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4.

Kepelbagaian Interaksi •

Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan sebagainya.



Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya.



5.

Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar •

Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.



Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar •

Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid.



Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.

11

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan:  

Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.

12

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 2

Komponen Pengajaran :  Penggunaan Papan Tulis  Pengelolaan Bilik Darjah  Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran   

penggunaan papan tulis, pengelolaan bilik darjah, dan penutupan dan membuat kesimpulan.

Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran 1.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

2.1

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :  

Papan Hitam



Papan Gulung



Papan Putih



Papan Planner Papan Magnetik

13

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

 

kebersihan



kejelasan



keteraturan



ketepatan keberkesanan

Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah   

Memastikan kebersihan papan tulis

pada awal dan selepas pengajaran dan

pembelajaran Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah 

Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu luas



Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau penerangan yang berkaitan



Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan tulis



Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2

Pengelolaan Bilik Darjah Konsep Bilik Darjah   

Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, muridmurid, dan keseronokan berkerjasama. 14

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jenis-Jenis Bilik Darjah       

Biasa (Tradisi) Bercantum KBSR/KBSM Mata Pelajaran Khas Multimedia Bestari Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens) 



   





   

Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan. Pelbagai aktiviti dijalankan serentak Jadual anjal mudah diubah Banyak ABM/BBM digunakan Murid berpeluang membuat keputusan Murid bebas bergerak/ bekerjasama Murid bebas mengkaji mengikut minat Penyerapan dan penggabungjalinan Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik., keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif Pemberian markah / gred minimum Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.

Peranan Guru dalam Bilik Darjah  

Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran



Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat



Pengajar / pakar mata pelajaran Menentukan peraturan 15

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

 

Melaksanakan aturan biasa



Contoh dan teladan kepada murid

  

Pendisiplin / penyelia



Penghubung antara sekolah dengan masyarakat



Pengadil tingkah laku Pengganti ibu bapa Kerani Kaunselor

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah 

  

Guru memainkan peranan sebagai pengurus Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid bertugas

menjalankan tugas ikut jadual

Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang   

Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk pengajaran dan pembelajaran

mencapai objektif

Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Kemahiran Merancang Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :     

Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan, dan menarik. Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Utamakan pendekatan berpusatkan murid Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap 16

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru sebagai Pengelola Elemen Kemahiran Mengelola Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran 

Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Dua Fungsi Utama Pengajaran 



Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang / menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar. Pengajaran Motivasi Pembelajaran Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran  

Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas. Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah Tugas guru meliputi 3 bidang utama 1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod     

Rekod Pendaftaran Murid Buku Jadual Kedatangan Buku Kemajuan Murid Kad Himpunan 001 dan 002 Rekod Kutipan Yuran

2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah 

Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan 17

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

   

Menanda jadual kedatangan Menyemak keadaan fizikal bilik darjah Menyusun kerusi meja Mengutip yuran

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain 



Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu Sekolah

3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah  Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah  Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang ...


Similar Free PDFs