PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM BAHASA MELAYU DOCX

Title PENTAKSIRAN AUTENTIK DALAM BAHASA MELAYU
Author Nurul Ain
Pages 24
File Size 39 KB
File Type DOCX
Total Downloads 17
Total Views 71

Summary

1.0 PENDAHULUAN Dunia pendidikan di Malaysia tidak akan lari dengan dunia pentaksiran. Pentaksiran adalah bersifat penting untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentangpencapaian murid dalam sesebuah perkara. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pentaksiran yang boleh dijalankan untuk mentaksir murid ...


Description

1.0 PENDAHULUAN Dunia pendidikan di Malaysia tidak akan lari dengan dunia pentaksiran. Pentaksiran adalah bersifat penting untuk menilai dan mendapatkan maklumat tentangpencapaian murid dalam sesebuah perkara. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pentaksiran yang boleh dijalankan untuk mentaksir murid bagi menganalisis pencapaian murid tersebuyt. Namun, dalam penulisan ini, pentaksiran yang akan ditekankan ialah pentaksiran autentik. Setiap mata pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan pentaksiran untuk mengukur pencapaian murid. Hal ini adalah penting untuk melihat proses pencapaian murid sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. (Ghafar, 2011) telah mendefinisikan pentaksiran ialah satu proses yang sistematik dan melibatkan proses untuk mengumpulkan. Menganalisis dan menterjemah tahap pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pengajaran. Perkara ini berlaku sewaktu guru mengumpul data dan maklumat murid untu proses mengukur penilaian murid. Proses ini berperanan untuk membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir melakukan keputusan secara menyeluruh tentang keseluruhan pencapaian sesuatu perkara yang telah dilakukan untuk menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada masa akan datang. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), definisi pentaksiran ialah proses guru untuk mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang hasil produk sesuatu terutamanya dalam sistem pendidikan. Manakala proses pula ialah 1...


Similar Free PDFs