Kajian Sintaksis BAHASA MELAYU DOCX

Title Kajian Sintaksis BAHASA MELAYU
Author Betty Ngau
Pages 1
File Size 29.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 343
Total Views 416

Summary

S. Othman Kelantan Nama yang diberi ketika dilahirkan Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya. Dalam dunia penulisan nama beliau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan. Lahir pada 13 November 1939 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Beliau seorang yang aktif dalam menulis puisi...


Description

S. Othman Kelantan Nama yang diberi ketika dilahirkan Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya. Dalam dunia penulisan nama beliau lebih dikenali sebagai S. Othman Kelantan. Lahir pada 13 November 1939 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Beliau seorang yang aktif dalam menulis puisi, cerpen, novel, dan esei/kritikan. Dalam penulisan cerpen, beliau telah meletakkan nama beliau sebaris dengan nama-nama cerpenis-cerpenis terkenal negara apabila beliau menulis cerpen 'Pahlawan Lembu'. Cerpen itu sangat berjaya dan sehingga kini ia masih digemari dan diingati para penggemar cerpen tanah air. Cerpen-cerpen beliau juga pernah dipilih sebagai cerpen terbaik bagi tahun 1972, 1973, 1975 dari panel Hadiah Karya Sastera. Dalam penulisan novel pula, antara novel-novel terawal beliau adalah seperti 'Pelangi' 1962, 'Pengertian' 1966, 'Angin Timur Laut' 1969. Menerusi novel 'Angin Timur Laut' inilah khalayak mula memperkatakan tentang tulisan-tulisan beliau. Kebolehannya menulis mula diperhatikan setelah terbitnya novel ini. Cerpen-cerpen dan novel-novel S. Othman Kelantan pernah diterjemah ke dalam beberapa bahasa luar. Antaranya bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun, Thai, Vietnam, dan China. S. Othman Kelantan merupakan penerima SEA Write Awards pada tahun 1990. Penerima anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan pada tahun 2003. Penerima Anugerah Sastera Negara juga pada tahun 2003. S. Othman Kelantan menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana masalah jantung. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sg Tangkas, Bangi, Selangor. Kajian Sintaksis (Jenis Ayat) dalam Novel S.Othman Kelantan PENGENALAN Dalam pembentukan sebuah ayat diperlukan kata. Seterusnya kata itu dirangkai dengan kata yang lain menjadi frasa, lalu frasa digabungkan dengan frasa yang lain menjadi klausa atau ayat. Jadi, ayat dibentuk bermula daripada penyusunan perkataan-perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bahagian atau cabang dalam linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai sintaksis. Sintaksis merupakan subsistem tatabahasa. Bahasa adalah satu system. Hal ini demikian kerana dalam bahasa terdapat sistem bunyi, sistem bagaimana kata-kata disusun menjadi ayat dan sistem makna. Jadi, dalam bahasa terdapat tiga sistem iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan juga semantik. Sintaksis sebagai subsistem bahasa bukan saja membicarakan selok-belok ayat tetapi juga membicarakan selok-belok frasa dan klausa. Oleh itu, pembicaraan sintaksis itu daripada frasa hingga ayat. Ayat terdiri daripada unsur klausa dan intonasi. Intonasi dapat menentukan jenis ayat yang digunakan. Apabila sesuatu ayat itu dipandang dari jenis tindak balas yang diharapkan daripada ujaran tertentu, maka ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Keempat-empat jenis ayat yang didasarkan pada...


Similar Free PDFs