PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA PDF

Title PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA
Author Noor Zila Md. Yusuf
Pages 14
File Size 560.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 156
Total Views 394

Summary

PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA Hjh Noor Zila Binti Md. Yusuf [email protected] Hj Amir Bin Juhari [email protected] Universiti Putra Malaysia Pendahuluan Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan i...


Description

PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA Hjh Noor Zila Binti Md. Yusuf [email protected] Hj Amir Bin Juhari [email protected] Universiti Putra Malaysia

Pendahuluan Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu, memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran, peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia mula mempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini kadang berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting juga wujud bahasa lain di antara kedua-duanya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap digunakan sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di Sarawak, khasnya terdapat lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa pribumi masingmasing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa pertama melalui pemerolehan yang diwarisi secara turun temurun dan prosesnya berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalam keadaan atau situasi yang tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan proses mental dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sarawak menghadapi masalah berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Iban, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.

Pernyataan Masalah Kajian Noor Aina Dani (1994) berkenaan dengan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan BM pelajar B2 di Sabah, didapati memang terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar di Sabah. Fenomena pemindahan bahasa ini dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Hal ini kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur persekitaran linguistik seperti pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang dipelajari. Nathesan (1995) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, kajian terhadap bahasa tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi penuturnya. Oleh yang

demikian, dalam kajian ini pengkaji terdorong untuk mengkaji dan membuktikan bahawa persekitaran linguistik sememangnya mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu pelajar. Tiga kategori utama ialah faktor persekitaran linguistik, faktor psikolgi dan faktor dan kaedah pengajaran. Faktor yang pertama ialah faktor persekitaran lingusitik. Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman dalam Sosiohumanika, (2008) menyatakan lingkungan keluarga individu amat mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Persekitaran linguistik ialah lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu serta suasana politik tentu sekali akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar Iban yang dibesarkan dengan lingkungan bangsa mereka sendiri kurang yakin semasa bertutur bahasa Melayu. Pengkaji menyifatkan pelajar-pelajar ini tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar bahasa Melayu terutama dari aspek pertuturan. Faktor yang kedua ialah faktor psikologi. Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dan motivasi dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Mengikut Lightbown dan Spada (1999) dalam kajian yang dilakukan oleh Nik Mohd Rahimi et al (2008) menyatakan banyak keputusan kajian yang telah membuktikan elemen motivasi memberikan sumbangan kepada pencapaian bahasa kedua dalam kalangan pelajar. Dalam tinjauan yang lepas didapati pelajar Iban tidak suka bertutur menggunakan bahasa Melayu kerana mereka merasakan untuk bertutur bahasa Melayu mereka perlu mempelajari segalanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu yang jauh bezanya dengan bahasa ibunda mereka. Menurut Tamam Timbang et al. Dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Edisi 89, teknik pengajaran yang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar. Pengkaji mendapati guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pula menganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan. Siti Hajar Abd Aziz (2009: 110), kelemahan berbahasa pelajar berlaku kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada pada peringkat sekolah. Pada peringkat menengah pula, pelajar lebih memberikan tumpuan untuk lulus peperiksaan. Dengan kata lain, mereka mempelajari bahasa bukan untuk mendapatkan kemahiran berbahasa, sebaliknya untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan. Persoalan Kajian Adakah faktor-faktor persekitaran linguistik mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua Objektif Kajian Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Kepentingan Kajian Kajian ini penting bagi menambah bilangan kajian yang sedia ada dalam bidang psikolinguistik iaitu berkaitan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Kajian ini juga memberi maklumat kepada para pendidik, khasnya guru-guru yang mengajar bahasa Melayu tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajarai BM sebagai bahasa kedua. Selain itu, kajian ini penting untuk menjelaskan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran BM sebagai B2. Secara amnya kajian ini penting kerana pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa

kedua sering melakukan kesalahan dalam pertuturan dan penulisan mereka akibat pengaruh bahasa ibunda. Sorotan Kajian James (1988), menyatakan bahawa bahasa kedua yang berbeza daripada bahasa pertama menimbulkan kesukaran untuk dipelajari. Beliau turut menyatakan gangguan bahasa dalam membentuk bahasa kedua, iaitu gangguan fonologi. James turut menyatakan bahawa terdapat nosi gangguan bahasa dalam konteks situasi. Beliau turut menyatakan bahawa gangguan fonik merupakan gangguan pembentukan bahasa pada peringkat permulaan. Umumnya , gangguan bahasa Bidayuh ke atas pencapaian bahasa Melayu kanak-kanak. James telah menyatakan bahawa proses pemindahan bahasa sebagai salah satu daripada proses linguistik. Selain itu, pemindahan bahasa dianggap sebagai aturan psikolinguistik yang bermakna. Semasa bertutur bahasa Melayu, kanak-kanak masyarakat Bidayuh sering menggunakan bahasa Bidayuh untuk membentuk pola-pola ayat bahasa Melayu. Lado (1957 & Fries (1945) mengemukakan bahawa dalam proses pembelajaran B2, seseorang pelajar kerap melakukan kesilapan akibat daripada pengaruh bahasa ibundanya. Lado (1957) mengatakan bahawa seseorang pelajar sememangnya cenderung untuk memindahkan aspek-aspek B1 dalam B2 semasa mempelajari B2. Beliau juga mengatakan bahawa apabila satu pola struktural mempunyai fungsi, bentuk dan penyebaran yang sama dalam B1 dan B2, pembelajaran bahasa akan berlaku dengan senang kerana dapat memindahkan bahasa dengan mudah. Namun keadaan yang sebaliknya akan berlaku apabila B1 dan B2 mempunyai fungsi, bentuk dan penyebaran yang berbeza. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dan akhirnya kesilapan akan berlaku. Noriah Mohamad (1987) telah membuat penyelidikan terhadap strategi komunikasi pelajar-pelajar Iban berkomunikasi dalam Bahasa Malayu. Dalam kajian itu, Noriah telah memberikan tumpuan terhadap strategi pencapaian dari aspek sebutan bunyi (fonologi) dan leksikal. Hasil daripada kajiannya, Noriah mendapati bahawa dari aspek sebutan bunyi, sampel kajiannya telah menggunakan strategi pemindahan negatif bunyi dan strategi pemindahan positif bunyi. Kedua-dua strategi ini melibatkan pemindahan semua jenis bunyi dalam Bahasa Malayu, iaitu bunyi vokal, konsonan dan diftong . Kuldip Kaur (1994) membentangkan penemuan tentang cara kanak-kanak dan orang dewasa mempelajari bahasa kedua dengan memberi tumpuan kajian pemelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Beliau yang memetik pendapat Dulay et. al.(1982) menyatakan bahawa pemerolehan bahasa kedua sebagai proses pemelajaran bahasa asing berlaku selepas mengetahui dan menguasai bahasa pertama yang bermula pada peringkat umur lima tahun atau selepasnya. Satu lagi aspek yang berkaitan dengan linguistik ialah umur. Beliau mengemukakan dapatan tentang pengaruh umur seseorang individu dalam usaha mempelajari serta memperoleh bahasa kedua. Beliau turut menegaskan bahawa had umur maksimum bagi berlakunya proses perkembangan bahasa adalah pada waktu seseorang itu berusia 12 tahun atau apabila seseorang itu memasuki alam remaja. Amir Bin Juhari dan Noor Zila binti Md. Yusuf (2012) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar PMIOL, Bandung Indonesia telah membincangkan “ Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua”. Kertas kerja tersebut membicarakan tentang faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai punca pelajar-pelajar lemah menulis karangan. Gangguan daripada bahasa Ibunda dan kekurangan kosa kata dalam bahasa sasaran menyebabkan pelajar berkenaan gagal menulis karangan dengan baik. Bagi pelajar-pelajar B2, mereka masih belum menguasai kemahiran mengolah isi karangan kerana beberapa faktor. Antaranya kurang idea, tahap penguasaan bahasa yang sangat lemah , kosa kata yang terhad dan tabiat membaca yang rendah. Kaedah IsSam diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar B2 menulis karangan dengan baik. Satu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan Kaedah IsSam. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian pelajar lebih baik dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Latar Belakang Responden Kajian Kajian ini dijalankan dengan mengambil sampel kajian daripada sebuah sekolah di daerah Meradong, Bintangor Sarawak. Sampel Kajian terdiri daripada 28 orang pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar yang berumur 10 tahun dan menuntut dalam tahun empat di sekolah kajian. Mereka terdiri daripada 12 pelajar perempuan dan 16 orang pelajar lelaki. Berikut merupakan peratusan pelajar SK Bukit Nibong mengikut kaum.

Peratusan Murid Mengikut Kaum 5% 6%

1%

1%

1%

5%

Iban Cina Melayu Melanau 82%

Kenyah Dusun Bidayuh

Rajah 1 : Peratusan Pelajar SK Bukit Nibong mengikut kaum. Berdasarkan rajah di atas menunjukkan jumlah dan peratusan pelajar mengikut kaum. Terdapat tujuh kaum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong iaitu Iban, Cina, Melayu, Melanau, Kenyah, Dusun dan Bidayuh. Merujuk kapada rajah tersebut, kaum Iban merupakan kaum majoriti di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong dengan peratusan sebanyak 82% yang membawa nilai sebanyak 154 orang pelajar daripada 188 orang secara keseluruhannya. Selain itu, terdapat 6% pelajar berbangsa Cina yang membawa jumlah sebanyak 11 orang pelajar. Kaum Melayu dan Melanau masing-masing sebanyak 5% yang membawa jumlah sebanyak 10 orang. Kaum Kenyah, Bidayuh dan Dusun merupakan minoriti di sekolah ini dengan hanya terdapat seorang pelajar untuk setiap kaum dengan peratusan sebanyak 1%. Keseluruhannya, sebanyak 188 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong ini.

Enrolmen Pelajar Iban 18 16 14 12 10

L

8

P

6 4 2 0 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Rajah 2 : Enrolman Pelajar Iban di SK, Bukit Nibong Rajah di atas menunjukkan, enrolmen pelajar Iban untuk setiap kelas. Terdapat 19 orang pelajar Tahun 1 berbangsa Iban dengan 13 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Selain itu, untuk Tahun 2 pula terdapat 29 orang pelajar berbangsa Iban daripada keseluruhannya 37 orang pelajar dengan 12 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan. Tahun 3 pula adalah seramai 17 orang pelajar Iban daripada 23 orang pelajar dengan sembilan orang lelaki dan lapan orang perempuan. Setelah itu, untuk Tahun 4 pula seramai 30 orang pelajar dengan 28 orang pelajar adalah berbangsa Iban dengan 12 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Seterusnya, Tahun 5 pula adalah seramai 27 orang pelajar dengan 23 orang pelajar berbangsa Iban, sembilan lelaki dan 14 orang perempuan. Tahun 6 pula adalah seramai 32 orang pelajar dengan 26 pelajar adalah berbangsa Iban dengan 15 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Secara keseluruhannya, terdapat 74 orang pelajar lelaki dan 80 orang pelajar perempuan berbangsa Iban di SK Bukit Nibong dan menjadikan jumlah keseluruhan pelajar Iban seramai 154 orang.

Peratusan Pelajar Iban dan Pelajar Melayu Tahun 4 3%

Iban 97%

Melayu

Rajah 3 : Peratusan Pelajar Tahun 4 Mengikut Kaum

Latar Belakang Pencapaian Akademik Berikut merupakan pencapaian responden kajian dalam Ujian Pertengahan Penggal Pertama Mei 2013. Bil Nama Pelajar BMK BMP Markah

Gred

Markah

Gred

1

Andrew Jackson

28

D

7

E

2

Ayang

45

C

43

C

3

Beatrice

75

B

63

B

4

Brownson

35

D

10

E

5

Daisy

55

C

53

C

6

Desmond

42

C

63

B

7

Dyana

48

C

37

D

8

Emelya

35

D

8

E

9

Gilbert Jimbai

28

D

33

D

10

Jeniffer Shirley

40

C

12

E

11

Jennifer

68

B

78

B

12

Joachim

33

D

33

D

13

Joanessanji

33

D

23

D

14

Joanis Slu

75

B

77

B

15

Jordan

45

C

57

C

16

Katerina

58

C

65

B

17

Margaretha

35

D

15

E

18

Martina

55

C

50

C

19

Natasya Kristy

83

A

57

C

20

Nelson Rimong

45

C

50

C

21

Patricia Joana

73

B

75

B

22

Reni Jau

43

C

23

D

23

Ricky Melis

58

C

43

C

24

Ricky Thomas

30

D

7

E

25

Sofia Iging

40

C

27

D

26

Stevenson Untam

35

D

27

D

27

Syarrolyne Challa

40

C

48

C

28

Veronica Ipah

68

B

75

B

Jadual 1 : Markah dan Gred Pelajar Iban Tahun 4 di SK Bukit Nibong

Responden kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah 28 orang pelajar Iban yang sedang belajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Meradong, Sarawak. Pengkaji telah memilih subjek kajian berdasarkan kriteria berikut i. ii. iii. iv. v. vi.

Merupakan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Pelajar-pelajar tersebut sedang belajar dalam tahun 4 dan telah didedahkan dengan pembelajaran bahasa Melayu secara formal di sekolah rendah Merupakan penutur jati bahasa Iban dan merupakan penduduk asal kawasan kajian Ibu bapa adalah penduduk asal kawasan kajian Tidak mempunyai perasaan syak wasangka, dan curiga dalam kajian in Seorang yang sihat, waras dan tiada mengalami masalah pembelajaran

Rasional pelajar-pelajar tahun empat dipilih sebagai responden kajian kerana pada tahap ini, pelajarpelajar tahun empat merupakan pelajar tahap 2 yang sudah mendirikan asas kukuh dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis sebelum melangkah ke tahun 5 dan 6. Kaedah Kajian Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan mengemukakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Melalui borang soal selidik pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang diri dan keluarga responden serta latar belakang bahasa keluarga responden.

Dapatan Kajian Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua Dalam kajian ini pengkaji cuba melihat faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua .Data dikutip berdasarkan borang soal selidik yang diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A ialah latar belakang diri dan keluarga seperti bangsa ibu bapa, bangsa datuk dan nenek, pekerjaan ibu bapa, tempat tinggal dan bangsa jiran. Manakala bahagian B pula berkaitan latar belakang bahasa yang digunakan dalam keluarga.Pengkaji berpendapat pengaruh persekitaran linguistik amat penting dalam pemerolehan bahasa kedua. Hal ini bergantung kepada sikap positif ibu bapa atau penjaga terhadap bahasa Melayu akan membuka ruang yang lebih luas untuk kanak-kanak mempelajari bahasa tersebut. Gleitmann (1986) dalam Puteri Roslina (2004) menyatakan, sikap, kepercayaan, tanggapan, penilaian dan sifat semulajadi menyebabkan seseorang itu bertindak dengan cara tertentu. Sikap kanak-kanak terhadap bahasa kedua mungkin berbeza...


Similar Free PDFs