Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu PDF

Title Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
Author Mansor Embong
Pages 19
File Size 1.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 356
Total Views 642

Summary

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu BAB 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :  Memahami tentang konsep-konsep membaca.  Mempelajari kepentingan kemahiran membaca bagi pelajar sekolah rendah.  Mengetahui faktor yang mempengaruhi kemahiran membac...


Description

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

BAB 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :    

Memahami tentang konsep-konsep membaca. Mempelajari kepentingan kemahiran membaca bagi pelajar sekolah rendah. Mengetahui faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca. Menghuraikan kaedah-kaedah mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu

8.1 Pengenalan 8.2 Konsep Membaca 8.3 Tujuan Mengajar Kemahiran Membaca 8.4 Kesediaan Membaca 8.5 Bacaan Awal 8.6 Kaedah Mengajar Kemahiran Bacaan Awal 8.7 Kaedah Gabungan Bunyi Kata 8.8 Kaedah Lihat dan Sebut 8.9 Kaedah Abjad 8.10 Kefahaman Membaca RINGKASAN RUJUKAN

1

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

8.1. Pengenalan

Bab ini hanyalah pengenalan kepada pengajaran kemahiran membaca dalam bahasa Melayu. Bab ini akan akan dipelajari dengan lebih mendalam dalam subjek EMB 412: Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu nanti di semester akan datang. Murid-murid yang boleh membaca sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan lagi selalunya dianggap bijak. Sebenarnya kebolehan ini bukan petanda awal tentang kebijaksanaan kanak-kanak itu. Mampu membaca dan mahir membaca adalah dua perkara yang berbeza. Dalam sistem persekolahan sekarang, kita mahukan murid yang boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik iaitu boleh membaca, memahami isi bahan yang mahu disampaikan oleh penulis dan dapat menterjemahkan bahan yang dibaca itu. Kemahiran membaca merupakan komponen penting dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, kemahiran membaca perlu dipeljari seawal yang boleh. Penulisan ini memberi fokus kepada beberapa kaedah membaca, kekuatan, kelemahan dan contoh kaedah ini boleh dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1994) dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran Membaca dikatakan kemahiran membaca memerlukan pencapaian beberapa tahap psikomotor dan kemahiran bahasa seperti berikut:     

Deria pendengaran dan deria penglihatan dapat digunakan dengan baik. Dapat menggerakkan mata dalam koordinasi yang seimbang. Senang bergaul dan tingkah lakunya dapat dikawal Daya ingatannya kekal. Dapat bercakap dengan fasih dan petah serta dapat memahami bahasa yang didengarkan.

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1983), telah menyenaraikan 124 kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran-kemahiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian besar iaitu:   

Prabacaan atau Bacaan awal Bacaan Mekanis Bacaan dan Pemahaman

2

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

8.2. Konsep Membaca

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘membaca’? Terdapat pelbagai definisi tentang membaca. 

Atan Long (1978) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambing-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.



Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefiniskan membaca sebagai menggabungkan beberapa kemahiran iaitu penglihatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambing-lambang yang dibacanya kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya.



Bagi Zulkifley Hamid (1994) kemahiran membaca tidak akan dimiliki seseorang pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses; mengenali dan membezakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan simbol-simbol fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambinglambang yang dibacanya itu kepada system saraf untuk diterjemahkan (kepada bunyibunyi bahasa yang diwakili oleh simbol-simbol fonem) dan difahami apa yang dibaca.

3

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu 

Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya bersifat mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca mempunyai fungsi yang lebih jauh daripada itu. Kemahiran membaca merupakan satu proses yang memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang tulisan kepada lambang-lambang bunyi sera memahami makna dan buah fikiran yang hendak disampaikan oleh seseorang penulis itu.

Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekali pun jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid-murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca (Kamarudin Haji Husin, 1988). Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan secara ringkasnya, sesorang yang boleh membaca tetapi tidak memahami isi bacaan serta tidak mampu menterjemahkannya secara tepat dan betul sama ada secara lisan mahupun bertulis bolehlah dikategorikan sebagai tidak pandai membaca. Perkara ini amat penting kepada murid-murid kerana ini dapat membantu mereka dalam pelajaran terutamanya apabila mereka menghadapi peperiksaan.

8.3. Tujuan Mengajar Kemahiran Membaca

Terlalu banyak tujuan mengajar kemahiran membaca. Hal ini bergantung kepada niat dan keperluan individu berkenaan. Dalam konteks di sekolah, murid-murid membaca untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan tajuk dan kemahiran yang dipelajari, memahami fakta tersebut dan paling utama fakta itu dapat dicurahkan di dalam kertas peperiksaan supaya mendapat keputusan cemerlang. Murid-murid yang tidak celik huruf dan tidak mampu mebaca menyebabkan hidup mereka tidak lengkap kerana membaca merupakan jalan utama untuk mencapai kejayaan. Secara ringkasnya tujuan utama kemahiran membaca, supaya murid-murid dapat mengenal dan membezakan setiap huruf dan perkataan seterusnya dapat membaca serta memahami pelbagai bahan bacaan yang dikehendaki. Orang yang buta huruf akan menghadapi pelbagai masalah lebih-lebih lagi dalam menghadapi dunia tanpa sempadan pada masa kini.

4

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Antara tujuan mengajar murid membaca ialah: a. Murid-murid boleh mengenali dan membezakan huruf-huruf, menyebut nama dan membunyikan huruf. b. Murid-murid boleh membaca sebutan, nada dan intonasi yang betul serta sesuai c. Melatih murid membaca secara senyap dan memahami isi bahan yang dibaca itu serta dapat menyatakan semula kandungan yang dibaca dengan betul. d. Menggunakan bahasa yang betul dan tepat secara lisan mahupun bertulis. e. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang pelbagai perkara serta dapat digunakan sama ada dalam peperiksaan, penulisan mahupun semasa berkomunikasi dalam masyarakat. f. Menanam sikap membaca sebagai satu budaya masyarakat. Denagn cara ini dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan perkara yang berfaedah. g. Menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu selaras dengan kehendak zaman pada masa kini. h. Dapat menuturkan ayat yang gramatis, memahami maknanya dan meluaskan kosa kata murid.

8.4

Kesediaan Membaca (Reading Readiness)

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus 5

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya. Kebolehan membaca (reading readiness) kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep bahawa semua “benda” mempunyai nama yang boleh ditulis dalam perkataan yang terdiri daripada simbolsimbol perkataan yang boleh dibaca (Mechado, 1985). Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka dilahirkan dalam persekitaran yang mendedahkah mereka kepada tulisan sepertimana yang terdapat dalam buku, surat khabar, iklan dan sebagainya. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanakkanak adalah seperti beikut 

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, organ pertuturan serta otak yang normal. Contohnya, kanak-kanak yang mengalamai disleksia, menghadapi kesukaran membaca.



Persekitaran intelektual yang memberi pengalamanpengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka adalah persekitran yan dapat menrangsangkan pembacaan.



Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.



Perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak menguasai kebolehan kognitif pada umur yang ditetapkan tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.



Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang normal, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

6

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanakkanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

   

8.5

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kemahiran membaca’? Huraikan tujuan mengajar kemahiran membaca. Apakah yang difahamkan dengan ‘kesediaan membaca’? Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca.

Bacaan Awal

Banyak ibu bapa mahu anak-anaknya pandai membaca sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Guru-guru pula mahu sekurang-kurangnya murid yang memasuki ke Tahun 1, sudah mengenali huruf. Harapan ini terbeban di atas bahu murid itu. Tanpa kedua-dua pihak menyedari bahawa adakah murid-murid mereka atau murid-murid Tahun 1 ini sudah bersedia untuk mengenal huruf, membatang suku kata, menyebut perkataan dan seterusnya membaca dengan lancer. Namun yang nyata, ada murid yang dapat membaca dengan cepat dan ada yang lambat menguasai kemahiran ini. Bacaan awal atau literasi awal (early literacy) merupakan kemampuan dan tahap kesediaan seseorang kanak-kanak itu untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) menetapkan bahawa program bacaan awal hendaklah:   

Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat iaitu mengenal pasti bentukbentuk yang sama dan berbeza. Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar iaitu mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza. Membantu kanak-kanak supaya dapat mengena l dan menyebut semua huruf kecil dan besar serta dapat membezakannya.

7

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu   

Menguasai kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi kata yang bermakna. Boleh menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Dapat memahirkan mereka mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.

Siapa sahaja yang bersama kanak-kanak itu akan menjadi ikutan atau menjadi idolanya. Mereka akan melihat dan meniru tingkah laku dan perbuatan idolanya. Sekiranya rakan dan teman berbual ini sentiasa menunjukkan sikap positif yang dapat merangsang minat membaca, kanak-kanak tersebut akan berpotensi untuk pandai membaca sebelum mereka masuk ke Tahun 1.

KANAK-KANAK BERPURA-PURA MEMBACA!

Misalnya mereka berpura-pura membaca buku menggunakan ayatnya sendiri, meminta ibu, ayah atau adik beradiknya untuk membacakan buku yang diminati atau membacakan terjemahan yang tertera di skrin televisyen dan gemar mendengar cerita. Dilihat dari sudut fizikal pula, alat-alat sebutannya berupaya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, matanya dapat mengecam bentuk-bentuk serta boleh mengecam dan membezakan pelbagai bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti bacaan awal memberi pelbagai faedah kepada kanak-kanak seperti berikut:    

Mereka dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik. Mereka dapat mengukuhkan kemahiran yang telah mereka capai dan membantu mereka menjadi pembaca yang cekap dan berdikari. Proses pembacaan lebih mudah diterima dan mampu menguasai pelajaran lebih baik. Supaya mereka tertarik pada bahan bacaan dan mahir membaca pada usia muda.

8

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu 

 

Mereka lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolahan dengan adanya kemahiran asas iaitu membaca. Hal ini penting kerana ramai murid merasa rendah diri sekiranya tidak kenal huruf apabila memasuki alam persekolahan. Memupuk minat dan keinginan mereka untuk membaca. Mereka dapat membaca dengan cepat dan lancar apabila mereka meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya di sekolah.

Akhir kata, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai jenis bahan yang meransang mereka keluar untuk melihat alam sekeliling dan pelbagai aktiviti berkaitan, membantu mereka lebih bersedia untuk membaca cepat berbanding murid-murid yang sebaya dengannya. Dengan ini, kanak-kanak akan dapat membaca lebih awal dan mudah menyesuaikan diri apabila sampai ke Tahun 1 kelak.

  

8.6

Jelaskan kepentingan program bacaan awal. Bagaimana faktor persekitaran boleh mempengaruhi bacaan awal kanak-kanak? Huraikan kemahiran bacaan yang harus dikuasai oleh kanak-kanak dalam program bacaan awal.

Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca Awal

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi. Terdapat pelbagai teknik dan pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk mengajar kemahiran membaca. Guru digalakkan untuk memvariasikan teknik dan kaedah pengajaran yang menarik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara kaedah yang menarik dalam mengajar kemahiran membaca ialah: (Lihat Rajah).

9

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu

Kaedah Gabungan Bunyi Kata Kaedah mengajar kemahiran membaca

Kaedah Abjad

Kaedah Pandang dan Sebut Rajah 7.5.1 Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

8.7

Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) diperkenalkan oleh Isahak Haron (2006) sebagai alternatif kepada kaedah abjad dan kaedah pandang dan sebut. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, dimana terdapat dua bunyi.  Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya.  Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’. Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’ dan sebagainya.

10

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. Langkah 1: Perkenalkan bunyi vokal mudah seperti a, i, u, dan cara menulisnya Langkah 2: Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya Langkah 3: Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba, bi, bu, dan cara menulisnya. Langkah 4: Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’ Langkah 5: Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’ Langkah 6: Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: Huruf

Suku

kata

Perkataan.

Ulang Langkah-Langkah di atas dengan huruf konsonan baru ‘c’. 1. Bina suku kata ca, ci, cu. 2. Bina perkataan ‘caca cucu cuci aci acu’ 3. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti baca, bucu, cuba. 4. Bina frasa atau ayat seperti cucu, aci, ibu, cuci, ubi, dan sebagainya. 5. Murid salin apa yang dibaca Bila kita gabungkan ‘bunyi’ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), Kanak-kanak diajar menggabungkan pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, dan terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bubu baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan ayat. [Kita akan membincang kaedah ini dengan lebih mendalam dalam kursus lain]

8.8

Kaedah Abjad

Kaedah ini merupakan kaedah tertua sejak kerajaan Greek dan Rom yang digunakan unutk mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf dan mengeja. Mengikut kaedah ini, kanak-kanak perlu menguasai huruf-huruf terlebih dahulu 11

Bab 8: Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu iaitu mengenal, menyebut dan menghafal huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunannya. Kemudian diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Dalam kaedah abjad terdapat beberapa peringkat untuk menguasai kemahiran membaca.

Langkah-Langkah: 1. Menyebut Nama Huruf Abjad A hingga Z Abjad diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Sebaliknya, menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Pelbagai strategi dan pendekatan boleh digunakan bertujuan mengenalkan murid-murid dengan abjad dalam fonem bahasa Melayu. Kreativiti guru akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menyebut abjad tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih beerti dan murid-murid akan merasa lebih gembira ketika belajar. Kaedah pemeringkatan ini dimulakan dengan mengenal nama huruf vokal terlebih dahulu, diikuti dengan konsonan. Kemudian, mereka akan diperkenalkan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil. Kaedah ini dimulakan dengan huruf besar setelah menguasai keseluruhan abjad dalam huruf kecil.  Vokal (a,e,i,o,u)  a,b,c......x,y,z (huruf kecil), diikuti A,B,C, ..... X,Y,Z (huruf besar)  Konsonan (selain huruf vokal) 2. Menyebut Suku Kata V dan KV Setelah mengenal dan menyebut abjad a...


Similar Free PDFs