Bab 9 pengajaran kemahiran menulis PDF

Title Bab 9 pengajaran kemahiran menulis
Author Mansor Embong
Pages 15
File Size 285 KB
File Type PDF
Total Downloads 288
Total Views 327

Summary

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU Pada akhir bab ini, murid akan dapat : a. Memahami tentang konsep menulis b. Meamahami tentang kepentingan menulis c. Memahami tentang persekitaran menulis yang dapat menggalakkan murid untuk memahiri kemahiran menulis d. Mempelajari teknik me...


Description

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, murid akan dapat : a. Memahami tentang konsep menulis b. Meamahami tentang kepentingan menulis c. Memahami tentang persekitaran menulis yang dapat menggalakkan murid untuk memahiri kemahiran menulis d. Mempelajari teknik menulis karangan untuk murid sekolah rendah

9.0. Pengenalan 9.1. Definisi dan konsep menulis 9.3. Persekitaran menulis yang menggalakan 9.5. Pelaksanaan proses menulis karangan

1

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

9.0. PENGENALAN

Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari tentang kemahiran menulis sekolah rendah secara amnya, kemahiran menulis dalam bahasa Melayu akan diajar dengan lebih mendalam pada semester berikutnya dalam subjek Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisah yang baik.

9.1. DEFINISI DAN KONSEP MENULIS

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan symbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayant yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak. Takrif lain menyebutkan menulis sebagai satu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada tahap itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea ke bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu: (a) menggunakan pelbagai jenis ayat (b) mencatat dan menyusun maklumat (c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan 2

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. b. Tujuan menulis Ada dua tujuan menulis iaitu serta merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis. Tujuan serta merta  Mendirikan asas menulis yang kukuh supaya murid-murid boleh menulis dengan baik, cekap dan pantas.  Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul supaya pembaca mudah memahaminya.  Murid-murid boleh mengulangi muridan dengan membaca pelbagai isi tulisan orang lain serta membaca buku-buku luar untuk menambah isi bacaannya.  Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.  Menyuburkan minat mereka supaya mereka suka menulis atau mengarang.  Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.  Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.  Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.  Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.  Melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan tertentu.

Tujuan lanjutan  Meluaskan pengetahuan, pengalaman sedia ada dan matlamat menerusi penulisan.  Memberikan kepuasan jiwa, pemikiran, pengalaman dan perasaan melalui penulisan.  Memotivasi atau meransang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan.  Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.  Murid-murid berpeluang menerokai pelbagai bidang bahasa. 3

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

     

Memperluas pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan. Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk meransang muridan. Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan. Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat. Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi akan datang. Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri dan masyarakat umum.

1. Nyatakan definisi dan konsep menulis? 2. Apakah tujuan kemahiran menulis? 3. Huraikan tujuan lanjutan kemahiran menulis. 4. Pada pendapat anda, kenapa kemahiran menulis ini perlu ditekankan di kalangan murid-murid?

4

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

9.3. PERSEKITARAN MENULIS YANG MENGGALAKKAN Persekitaran penulisan yang menggalakan bermaksud persekitaran yang sentiasa menyokong aktiviti kemahiran yang lain seperti mendengar, bertutur, membaca dan berfikir (Brozo,1999) tanpa batasan tertentu atau had untuk melakukan sesuatu aktiviti penulisan tersebut. Guru akan sentiasa menggerakkan para murid dalam kelas literasinya kearah penglibatan penulisan secara bersepadu dalam kalangan para muridnya tanpa ada had masa atau waktu tertentu dalam seminggu. Pengajaran penulisan tidak terkongkong dengan satu tajuk khusus tentang sesuatu kemahiran literasi dalam suatu tempoh waktu yang dihadkan. Tidak ada juga jumlah penulisan yang seharusnya dilakukan oleh para murid dalam satu tempoh tertentu dalam setahun. Pengajaran penulisan yang bersepadu bermaksud pengajaran penulisan perlu digabungkan dalam semua aktiviti literasi yang dijalankan dalam kelas literasi bahasa. Setiap hari adalah waktu yang menggalakkan aktiviti penulisan, sama ada penulisan tersebut dilakukan secara ringkas dan terhad kepada aspek tertentu atau secara melaksanakan projek penulisan yang besar dan menghasilkan bahan penerbitan yang signifikan kesannya kepada murid. Pengajaran penulisan juga tidak dikhususkan kepada menulis satu tajuk karangan atau surat kiriman. Murid diajar menulis bukan sahaja bagi menentukan agar mereka menguasai kemahiran menulis tetapi mereka diajak menulis agar mereka suka dan gemar menulis dan menjadikan penulisan sebahagian daripada aktiviti harian mereka. Pengajaran menulis juga merupakan teras dalam segala aktiviti literasi yang dijalankan dalam bilik darjah kerana dengan menulis mereka dapat menilai keupayaan mereka menguasai sesuatu kemahiran yang ditugaskan oleh guru literasi pada hari tersebut. Antara perkara yang membantu murid untuk menulis ialah: i.

Sikap guru yang menyokong dan menyediakan persekitaran penulisan yang baik Persekitaran penulisan amat penting dalam menanamkan semangat mahu menulis. Antara infrastruktur asas bagi menyediakan persekitaran penulisan yang menggalakkan ialah perpustakaan kelas, sudut penulisan dan penerbitan, sudut mendengar dan membaca bahan penulisan, sudut berkongsi penulisan, sudut kreativiti, sudut kerja berkumpulan dan sudut pameran. Semua sudut ini penting bagi menggalakkan aktiviti menulis yang berterusan.

5

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

ii.

Guru menunjukkan perasaan bangga terhadap penulisan murid Guru harus menunjukkan perasaan bangga terhadap hasil penulisan para murid, tidak kira sama ada pencapaian yang ditunjukkan sesuatu yang besar maknanya atau sebaliknya. Amat kerap murid merasakan bahawa hasil penulisan mereka adalah tidak seberapa. Namun jika disemak dengan teliti banyak hasil penulisan murid ini boleh diketengahkan dengan beberapa penambahan atau penggayaan yang boleh dilakukan oleh guru.

iii. Guru memberikan seberapa banyak pengalaman menulis di kalangan muridnya Pengalaman amat penting untuk menjadi seorang yang mahir atau pakar dalam satu bidang. Tidak ada kelas penulisan atau kursus penulisan yang dapat menggantikan pengalaman menulisa. Semakin banyak pengalaman menulis, semakin tinggilah keupayaan menulis seseorang. Oleh itu guru haruslah memberikan sebanyak mungkin pengalaman menulis dalam kalangan murid dari bangku sekolah lagi meningkatkan kemahiran menulis mereka dalam suasana yang menggalakkan.

1. Apakah persekitaran menulis yang menggalakkan? 2. Nyatakan cara-cara guru boleh menggalakkan pelajar untuk menulis. 3. Apakah cara yang anda gunakan di dalam kelas untuk menggalakkan muridmurid anda menulis?

6

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

9.5. PELAKSANAAN PROSES MENULIS KARANGAN

Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu . Mengarang dapat melatih murid-murid melahirkan idea dan juga melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea. Muridmurid dirangsang untuk mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. Murid-murid juga digalakkan untuk menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Selain daripada itu, mengarang akan melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul. Mereka akan menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Melalui mengarang juga, murid-murid dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, menyuburkan minat, meluaskan kosa kata, memberikan kepuasan jiwa. Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang dipelajari. Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui deria, pembacaan,menonton televisyen dan sebagainya. Pelaksanaan penulisan karangan ini memerlukan sokongan guru yang mantap bagi mendidik seorang penulis yang baik. Sokongan ini diperlukan mulai dari awal, iaitu minggu atau bulan pertama tahun persekolahan, kemudian sedikit demi sedikit dilepaskan sehinggalah murid dapat mengawal proses penulisan mereka sendiri tanpa memerlukan sokongan guru yang kerap pada akhir pertengahan atau akhir tahun. Pada awalnya, sememangnya pendekatan ini memerlukan masa guru yang banyak. Bagi peringkat sekolah rendah, murid murid didedahkan dengan karangan seperti:                  

Surat Kiriman Tidak Rasmi Surat Kiriman Rasmi Biografi Autobiografi Temu Ramah Diari/ Catatan Dialog Melengkapkan Cerita Cerita Keperihalan Laporan Syarahan Berita Ucapan Peribahasa Perbincangan Tindakan Gambaran

7

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Apabila murid telah dapat menguasai kemahiran menulis, mereka akan dapat menghasilkan bahan dengan lebih cepat dan bermutu.

Merancang

Merangka

Menulis

Menerbitkan

Menyunting

Rajah 1: Langkah dalam proses penulisan Merancang 1. Menentukan Apakah yang Hendak Ditulis Guru boleh membantu atau menyokong murid bagi melaksanakan langkah yang pertama kerana langkah ini amat penting dalam proses penulisan. Sokongan guru boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan memberikan skop yang luas dan mengadakan sesi sumbang saran. Bagi pelajar sekolah rendah mereka dilatih mengikut peringkat umur. Pengajaran penulisan karangan dilakukan secara beperingkat dari darjah satu sehingga darjah enam. Guru harus memilih domain bahan penulisan yang bersesuaian dengan bahan yang hendak ditulis dan juga sesuai dengan peringkat kemahiran menulis murid-murid. . Pemilihan domain penulisan juga banyak bergantung kepada pengetahuan murid tentang sesuatu skop penulisan yang dipilih dan keluasan pengetahuan tentang skop tersebut. Di samping itu, murid juga perlu memastikan bahawa domain yang dipilih dapat memberikan mereka peluang menghuraikan setiap maklumat dan melengkapkan huraian tersebut dengan contoh baik. Penulisan yang baik terhasil daripada penampilan maklumat yang mencukupi, huraian terhadap maklumat tersebut jelas dan dilengkapkan dengan contoh yang sesuai. Sementara itu, penguasaan perbendaharaan kata yang luas serta penguasaan bahasa yang kukuh juga membantu penulisan lebih mudah difahami atau dihayati pembaca.

8

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Merangka 1.

Menyediakan Rangka Sebelum Penulisan

Rangka karangan ialah garis panduan kasar bagi sesuatu penulisan yang perlu dibuat sebelum seseorang mula menulis. Murid-murid akan memperoleh banyak faedah jika membuat rangka karangan sebelum mula menulis. Antara faedah yang akan diperoleh ialah: (a) Penulis dapat mencurahkan idea dalam penulisan secara sistematik. (b) Karangan yang ditulis tidak akan tersasar daripada skop yang ingin ditonjolkan. (c) Idea yang ditulis tidak akan bertumpang tindih antara satu sama lain. (d) Penulis tidak akan tertinggal idea penting yang perlu bagi sesuatu tajuk yang ditulis. (e) Penulis dapat menyusun idea dalam karangannya. Idea yang lebih penting akan ditulis pada bahagian awal dan idea yang kurang penting pada bahagian akhir karangan. (f) Penulis boleh menambah idea lain sekiranya mendapat ilham atau pandangan baru dalam proses menghasilkan bahan penulisan. (g) Penulis juga boleh memperkayakan idea dengan huraian yang lebih mantap dalam proses penulisan 2.

Menyediakan Rangka Penulisan

Rangka sesebuah penulisan bergantung pada genre atau jenis bahan yang hendak ditulis. Bagi karangan berbentuk deskriptif, terdapat tiga komponen yang utama, iaitu, Pengenalan (satu perenggan), Idea Utama atau Isi-isi Penting (beberapa perenggan berdasarkan isi yang ada) dan Penutup. (a) Pengenalan -perenggan ini merupakan gambaran keseluruhan karangan yang akan ditulis. Bahagian ini dapat memberikan gambaran secara umum tentang perkara yang akan dibincangkan dalam karangan. (b) Idea Utama atau Isi-isi Penting — Bahagian ini mengandungi idea atau isi sebenar yang menyentuh tajuk. Bagi menyediakan rangka isi, penulis perlu memikirkan susunan isi yang sesuai. Isi yang terpenting perlu diletakkan pada bahagian awal karangan dan yang kurang penting pada bahagian akhir.. (c) Penutup — Perenggan akhir ini merupakan rumusan idea pendapat, pendirian, atau kritikan ringkas tentang idea atau isi yang telah dibincangkan pada bahagian isi-isi penting.

9

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Menulis Semasa menulis isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaikbaiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh muridmurid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, guru hendaklah menggalakkan murid-murid banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, bukubuku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Menyunting Menyunting merupakan tugas yang amat penting dalam sesuatu proses penulisan. Proses menyunting berkait rapat dengan kemahiran seseorang penulis itu menguasai bahasa. Seseorang penulis yang baik juga seharusnya merupakan seorang penyunting yang baik. Untuk menjadi seorang penyunting yang baik, seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran terhadap hukum dan peraturan bahasa yang digunakan dalam bahan penulisannya dengan baik juga. Bahasa merupakan alat bagi murid-murid menyampaikan idea dan kandungan dalam penulisannya. Sama juga seperti seorang pelukis yang menggunakan pensel atau pewarna bagi meluahkan daya imaginasinya di kanvas, seorang penulis pula menggunakan bahasa bagi menyampaikan kreativitinya dalam bentuk kata-kata bertulis atau menyampaikannya dalam bentuk lisan. Keindahan sesebuah bahan penulisan bukan sahaja terletak pada isi atau fakta yang ingin disampaikan, tetapi juga terletak pada kemahiran murid-murid menggunakan pelbagai ragam bahasa yang dapat menarik perhatian pembaca. Kelemahan dalam kemahiran bahasa akan menyebabkan penilaian pembaca bagi sesebuah penulisan terjejas. Setiap kesalahan dalam bahasa akan menyebabkan penulisan yang ditulis terganggu kelancarannya. Tugas menyemak bahan penulisan yang telah ditulis amat penting bagi memastikan penulis tidak melakukan kesalahan tersebut dan menjejaskan penilaian pembaca terhadap keseluruhan karangan yang ditulis. Sokongan guru dalam penulisan amat penting bagi mengelakkan kesalahan yang ketara berlaku dalam hasil penulisan murid.

10

BAB 9 : PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Menerbitkan Hasil Penulisan Guru perlu ingat bahawa menerbitkan hasil penulisan adalah penting bagi setiap murid dan bukanlah satu keistimewaan bagi sesetengah murid yang dianggap mempunyai bakat menulis sahaja. Oleh yang demikian, guru perlu berbincang dengan murid yang telah menghasilkan sesuatu bahan penulisan tentang cara yang sesuai bagi menerbitkan bahan penulisan tersebut. Antara wadah penerbitan yang biasa ialah: 

Mengadakan Pameran Bahan Penerbitan di Bilik Darjah Mengadakan pameran di bilik darjah adalah salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para murid dan bagi memberi peluang bahan tersebut dibaca oleh murid lain. Ini adalah peringkat penerbitan paling awal yang boleh digunakan guru bagi menggalakkan murid menghasilkan kerja yang bermutu. Walaupun tidak semua bahan yang diterbitkan dipamerkan dalam sesi pameran ini, namun pada peringkat ini murid dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf guru dan murid lain bagi diterbitkan untuk bacaan umum. Guru perlu mengadakan sesi pameran ini setiap minggu atau bulan bagi memberi peluang seberapa banyak bahan penulisan dipamerkan dan dibaca umum. Ini juga memberi peluang murid lain menerbitkan hasil kerja mereka dalam pameran yang diadakan. Guru mesti ingat jangan sekali-kali mempamerkan hasil penulisan yang terburuk bagi tujuan menunjukkan contoh yang terburuk dalam karangan.



Warta Kelas atau Majalah Sekolah Guru perlu berusaha menerbitkan warta kelas atau majalah sekolah sekurangkurangnya sekali dalam semester persekolahan. Ini adalah tugas yang boleh dianggap mesti bagi guru Bahasa Melayu di setiap sekolah. Peruntukan bagi mener...


Similar Free PDFs