Kajian Tentang Bahasa Istana. DOCX

Title Kajian Tentang Bahasa Istana.
Author Atikah Ali
Pages 18
File Size 160.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 87
Total Views 683

Summary

1.0 PENGENALAN Bahagian ini membincangkan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang variasi bahasa Istana serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama seratus peratus. Terdapat kelainan yang kadang- kad...


Description

1.0 PENGENALAN Bahagian ini membincangkan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang variasi bahasa Istana serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama seratus peratus. Terdapat kelainan yang kadang- kadang kita tidak sedari, terutamanya apabila digunakan secara spontan. Misalnya, ada kalanya kita menggunakan bentuk tidak dan ada kalanya bentuk yang lebih ringkas iaitu tak. Perbezaan ini di sebut sebagai variasi bahasa atau kelainan bahasa. Variasi atau kelainan bahasa ini bermaksud bentuk bahasa yang berlainan bagi maksud yang sama. Aspek variasi dalam bahasa mungkin timbul disebabkan oleh perbezaan daerah atau kawasan, mahupun faktor-faktor sosial seperti kedwibahasaan, gaya atau konteks. Salah satu daripada variasi bahasa ialah bahasa istana. Ciri-ciri penting bahasa istana ialah bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu. bahasa Istana juga mempunyai ciri pengulangan, pemulukan dan pendinaan. Ungkapan di raja ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa istana merupakan variasi bahasa halus yang digunakan dalam kalangan diraja dan apabila rakyat 2...


Similar Free PDFs