BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN DOCX

Title BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN
Author Ajam Hero Malaya
Pages 8
File Size 148.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 730
Total Views 923

Summary

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN 1. Pendahuluan 1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut. 2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua...


Description

CTU151/Tamadun dan Pemikiran Islam BAB 2 NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN 1. Pendahuluan 1. Persamaan dan perbezaan nilai sesebuah tamadun bergantung kepada perkara yang menjadi pegangan secara menyeluruh dalam tamadun tersebut. 2. Tamadun Islam berpaksi kepada sumber wahyu yang mengarahkan semua perkara yang dilakukan oleh umatnya perlu berada pada landasan wahyu. Manakala tamadun selain Islam menjadikan manusia sebagai objeknya. Ini termasuk batas keupayaan, pemikiran, siapa yang kuat maka dialah yang berkuasa. 3. Selain itu, faktor yang menjadi punca persamaan dan perbezaan antara tamadun ialah doktrin, amalan agama, ciri keturunan dan budaya. 2. Konsep Nilai 1. Menurut Kamus Dewan, nilai bermaksud darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian. 2. Identiti tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai. Nilai-nilai yang diamalkan atau dihayati oleh sesuatu kaum atau tamadun itu secara tidak langsung menggambarkan identiti kaum atau tamadun tersebut. 3. Terdapat perbezaan antara tamadun yang muncul disebabkan setiap tamadun muncul sebagai manifestasi budaya, falsafah hidup atau penghayatan agama masyarakatnya. Tamadun Islam misalnya lahir daripada manifestasi tauhid (kepercayaan), tamadun India banyak dipengaruhi konsep ketuhanan Hinduisme, tamadun Greek dengan falsafah dan keseniannya.1 4. Dalam tamadun Islam, nilai-nilai ketamadunannya merangkumi nilai kebendaan dan kerohanian. 5. Kemunculan setiap tamadun mempunyai nilai-nilainya tersendiri yang membezakan antara satu tamadun dengan tamadun lain namun terdapat persamaan nilai-nilai antara tamadun, itulah nilai universal tamadun. 6. Nilai universal diertikan sebagai nilai yang diterima umum dalam semua masyarakat.2 Terdapat beberapa nilai universal tamadun yang akan dibincangkan yang mewujudkan persamaan dan perbezaan. 3. Nilai-nilai Universal Tamadun 3.1 Nilai Kepercayaan 1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. 2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.3 3. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun. 4. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah.4 5. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama. 1 Zulkifli Dahalan et. al, 2009, Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Shah Alam: UiTM, hlm. 49. 2 Mohd Nasir Ayub et. al, 2011, Pengenalan Tamadun Islam & Pemikiran Islam Kontemporari, Kedah: UiTM, hlm. 54. 3 http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html 4 Zulkifli Dahalan et. al, op.cit, hlm. 51. 1...


Similar Free PDFs