Kesan Pendidikan Kolonial Terhadap Sosioekonomi Tanah Melayu Sebelum Tahun 1969 DOCX

Title Kesan Pendidikan Kolonial Terhadap Sosioekonomi Tanah Melayu Sebelum Tahun 1969
Author Zulaikha Halim
Pages 1
File Size 52.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 451
Total Views 942

Summary

1.0 PENGENALAN Tujuan penulisan esei ini adalah untuk membincangkan bagaimana pendidikan kolonial telah mendatangkan kesan terhadap sosioekonomi di Tanah Melayu. Skop penulisan esei ini pula adalah bertumpu sebelum tahun 1969. Seperti yang diketahui, sistem pendidikan di Tanah Melayu mempunyai sejar...


Description

1.0 PENGENALAN Tujuan penulisan esei ini adalah untuk membincangkan bagaimana pendidikan kolonial telah mendatangkan kesan terhadap sosioekonomi di Tanah Melayu. Skop penulisan esei ini pula adalah bertumpu sebelum tahun 1969. Seperti yang diketahui, sistem pendidikan di Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang untuk dilakar. Tambahan pula, perkembangan ilmu dan pendidikan Islam di Malaysia telah bertapak sejak zaman kemahsyuran kerajaan Melaka lagi. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu pada waktu itu mempunyai kaitan dengan sosiobudaya penduduk daripada pelbagai kaum. Kewujudan sistem pendidikan itu pula menggambarkan pemikiran sesebuah masyarakat itu sendiri. Orang Melayu misalnya, telah mengalami sistem pendidikan yang berasaskan agama kemudian berubah kepada keperluan zaman dan akhirnya turut mengalami pendidikan sekular. Di samping itu, esei ini turut mengupas tentang pendidikan vernakular yang wujud di Tanah Melayu sejak zaman pemerintahan British. Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kolonial dilihat telah mendatangkan pelbagai kesan terhadap aspek sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Malah, kedatangan mereka turut dilihat memberi kesan terhadap bidang pendidikan, secara tidak langsung telah mewarnai perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Pihak penjajah British juga menggunakan sistem pendidikan sebagai suatu mekanisme dan pemangkin untuk mengukuhkan lagi dasar imperialisme dan kolonialisme di negara ini sehingga meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam terutamanya dalam aspek sosioekonomi penduduk Tanah Melayu. Antara kesan yang paling ketara semasa dasar tersebut dilaksanakan ialah wujudnya pembentukan sekolah vernakular. Pembentukan sekolah vernakular yang diwujudkan adalah rentetan daripada dasar 'pecah dan perintah' yang dilaksanakan oleh pihak British yang mana dasar ini dilaksanakan atas alasan untuk mengukuhkan kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. 1...


Similar Free PDFs