Kolonialisme & Perubahan Sosiopolitik Melayu di Tanah Melayu PDF

Title Kolonialisme & Perubahan Sosiopolitik Melayu di Tanah Melayu
Author Muhamad Helmy Sabtu
Pages 20
File Size 1.9 MB
File Type PDF
Total Downloads 241
Total Views 805

Summary

1 KURSUS: SKSP1033 EVOLUSI POLITIK MALAYSIA PENSYARAH: DR. JAMAIE BIN HJ. HAMIL DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD HELMY BIN SABTU (A145489) TAJUK: PERUBAHAN SOSIOPOLITIK MELAYU KESAN DARI PENGARUH KOLONIALISME DI TANAH MELAYU FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2 PENGENALAN Es...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Kolonialisme & Perubahan Sosiopolitik Melayu di Tanah Melayu Muhamad Helmy Sabtu

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

sejarah malaysia wida wahida

Modul sejarah p3 sit i nur dhuha Kesan Perang Salib Terhadap Penjelajahan Kuasa Eropah ke Alam Melayu Mohd Hafiz Ot hman

1

KURSUS: SKSP1033 EVOLUSI POLITIK MALAYSIA

PENSYARAH: DR. JAMAIE BIN HJ. HAMIL

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD HELMY BIN SABTU (A145489)

TAJUK: PERUBAHAN SOSIOPOLITIK MELAYU KESAN DARI PENGARUH KOLONIALISME DI TANAH MELAYU

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2

PENGENALAN Esei ini membincangkan imperialisme dan kolonialisme di Tanah Melayu serta kesannya terhadap perubahan sosiopolitik Melayu dimana pengkhususan akan diberikan kepada perubahan sistem pentadbiran feudal Tanah Melayu kepada sistem Residen British akibat pengaruh kolonialisme. Bahagian pertama esei akan menjelaskan epistemologi imperialisme dan kolonialisme. Bahagian kedua pula akan menceritakan latar belakang Melayu memandangkan fokus esei pada Tanah Melayu dan juga bangsa Melayu. Kemudiannya, bahagian ketiga akan membincangkan latar belakang kolonialisme di Tanah Melayu. Bahagian keempat pula akan membahaskan kesan kolonialisme terhadap sistem pentadbiran feudal Tanah Melayu selepas pengenalan sistem Residen British. Sebagai penutup, esei akan diakhiri dengan kesimpulan. EPISTEMOLOGI IMPERIALISME DAN KOLONIALISME “Imperialism” dan “colonialism” merupakan istilah yang berasal dan diperkenalkan di Eropah sekitar abad ke-17 sebelum diterima pakai dalam bahasa Melayu dengan ejaan “imperialisme” dan “kolonialisme”. Imperialisme berasal daripada perkataan “Imperialiste” yang menggambarkan keunggulan empayar Napoleon pada tahun 1830. Namun, pengertian makna kedua-dua perkataan ini kerap kali disalah tafsir dan digunakan silih berganti sehingga masyarakat awam tidak mampu untuk membezakan antara keduanya. Kedua-dua istilah ini sering digunakan untuk merujuk kepada perihal menjajah atau penjajahan. Namun, ahli akademik dan penulis daripada Barat pula mempunyai pandangan yang berlainan dimana mereka menyifatkan kedua-dua istilah itu membawa pengertian yang berbeza. George Nadel dan Perry Curtis (1964) menyatakan bahawa Imperialisme Barat boleh dirujuk sebagai suatu perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau tidak, sama ada dari aspek politik atau ekonomi, oleh suatu kerajaan, bangsa, atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idealisme tertentu. Professor D.K. Fieldhouse (1983) pula mentakrifkan imperialisme sebagai suatu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain walau apa jua cara dan tujuan tindakan tersebut. Richard Koebner (1964) pula memberi tafsiran bahawa imperialisme mempunyai perkaitan dengan sistem ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada individu

3

tertentu dan kedudukan politik sesebuah negara. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran jelas bahawa konsep imperialisme mempunyai perkaitan dengan ekonomi yang tidak seimbang di mana negara yang miskin dan kecil akan memerlukan kebergantungan dari aspek politik dan juga ekonomi terhadap negara yang lebih kaya dan besar (V.L. Lennin 1939). Sarjana tempatan, Wan Abdul Rahman Latif pula memberi pengertian imperialisme sebagai suatu fahaman dan kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain dengan menonjolkan keunggulan bangsanya sendiri. Imperialisme ini didorong oleh penemuan Amerika Syarikat yang digelar “Dunia Baru” oleh Christoper Colombus pada abad ke-15 yang membawa kepada penghijrahan besar-besaran oleh bangsa Eropah. Penghijrahan ini akhirnya mendorong mereka untuk membuka lebih banyak tanah jajahan, terutamanya dibawah naungan dua kuasa besar Britain dan Perancis sehingga mereka percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang putih untuk “mentamadunkan dunia” (Mohamad Daud & Zabidah Yahya 2005). Imperialisme juga dikatakan berkembang di negara-negara Eropah apabila berlakunya Revolusi Perindustrian pada awal abad ke-19 apabila negara-negara seperti Perancis dan Britain memerlukan lebih banyak bahan mentah untuk kilang industri dan juga tempat untuk memasarkan produk mereka. Dalam merujuk hal ini, kepentingan ekonomi jelas membawa kepada perkembangan kedua-dua proses ini (T.E. Smith & John Bastin 1967). Pada kebiasaannya, imperialisme akan dikenali dengan dua peringkat iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama merujuk kepada imperialisme yang mendukung ciri-ciri “God, Gold, Glory” yang bermula pada abad ke-17 sehingga abad ke-19 atau sebelum tahun 1870. Imperialisme baru pula bermula sejak tahun 1870-an. J.S. Furnivall (1948) melalui tulisannya yang bertajuk "Colonial Policy and Practice” memberi gambaran bahawa imperialisme baru ialah zaman ledakan industri di Eropah yang menyebabkan mereka memerlukan kawalan secara tetap ke atas kebanyakan bahan mentah yang dibekalkan oleh negara yang dijajah di samping mewujudkan lebihan modal untuk tujuan pelaburan. Secara kesimpulannya, imperialisme era baru ini bolehlah dikatakan dilaksanakan atas empat tujuan utama iaitu mendapatkan sumber bahan mentah, mencari pasaran baru untuk memasarkan produk yang dihasilkan, membolehkan negara

4

imperialis mendapatkan keuntungan yang besar, dan juga sebagai strategi untuk mengukuhkan kuasa negara penjajah. Manakala, istilah kolonialisme menurut Nadel dan Curtis (1964) pula boleh diertikan sebagai suatu penindasan, penghinaan atau eksploitasi terhadap masyarakat peribumi. Kebiasaanya, dasar kolonialisme akan mencari dominasi dari aspek ekonomi, pasaran, tenaga kerja, nilai perdagangan, kekayaan sumber asli dan bahan mentah, politik pentadbiran, dan juga nilai kemasyarakatan. Kolonialisme juga diertikan sebagai suatu proses sesebuah negara mendapatkan kawasan jajahan melalui penaklukan dengan tindakan ketenteraan mahupun penghijrahan rakyat. Melalui kaedah ini, suatu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama ada melalui paksaan ataupun secara aman di negara-negara yang dijajah. Kesemua negara-negara yang dijajah atau digelar koloni ini akhirnya akan mendatangkan manfaat kepada negara induk yang menjajah mereka (A.D. Moses 2010). Kolonialisme juga merupakan pertapakan kuasa asing, pemerintahan sebuah kuasa luar ke atas golongan bawahan, dan pemisahan golongan bawahan daripada pemerintah (C.O. Bassey 2010). Negara penjajah yang menguasai dan mendominasi politik dan ekonomi negara koloni menyebabkan ketidakseimbangan kaum dan kebudayaan. Pannikar (1963) yang merupakan seorang sejarawan India menganggap bahawa kolonialisme adalah satu keangkuhan, kekejaman, dan ketaksuban bangsa. Melalui hal tersebut, jelaslah bahawa kolonialisme ini merupakan suatu daya keyakinan bangsa penjajah untuk mempromosikan sistem kolonial terutama kepercayaan bahawa moral dari pengkoloni (penjajah) lebih hebat berbanding yang dikoloni (dijajah). Menerusi pengertian tersebut, dapatlah difahami bahawa kedua-dua konsep imperialisme dan kolonialisme terhadap Tanah Melayu ini berbeza jika diteliti dari aspek epistemologinya. Imperialisme terhadap Tanah Melayu boleh difahami sebagai suatu perluasan kuasa oleh suatu pemerintahan (yang dalam hal ini merujuk kepada Barat) dengan cara mengawal kegiatan politik mahupun ekonomi terhadap masyarakat dan pemerintahan di Tanah Melayu. Kolonialisme terhadap Tanah Melayu pula lebih merujuk kepada suatu bentuk penjajahan menerusi eksploitasi dan penindasan terhadap tanah jajahan (dalam hal ini merujuk kepada Tanah Melayu) oleh pihak Barat. Maka, konsep perluasan kuasa (imperialisme) dengan penjajahan (kolonialisme) itu tidak wajar disamakan kerana dasar-dasar imperialisme dirangka dan diperkenalkan di

5

negara-negara imperialis seperti Britain, Sepanyol, Perancis, dan Belanda. Manakala dasar-dasar kolonialisme pula akan berbeza di setiap negara bergantung kepada aspek persekitaran sosial, ekonomi, demografi, dan politik sesebuah negara tanah jajahan. Contoh yang paling jelas boleh dilihat pada dasar-sasar kolonialisme yang dilaksanakan oleh British di India dengan Tanah Melayu yang kedua-duanya memperlihatkan perbezaan yang ketara. LATAR BELAKANG MELAYU Oleh kerana esei ini banyak menyentuh perihal masyarakat Melayu di Tanah Melayu, maka eloklah pembaca didedahkan dengan susur galur Melayu. Melayu secara lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar tetapi tegap, dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa (Syed Husin Ali 1976). Menurut Prof. Dato’ Dr Asmah Haji Omar (1986), masyarakat Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu di samping Orang Asli. Pelaut-pelaut Melayu Proto (Melayu Asli) yang berhijrah dari Yunnan merupakan antara masyarakat awal yang mendiami Tanah Melayu iaitu sekitar 35,000 tahun yang lampau. Mereka ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pertanian. Selepas kedatangan mereka, masyarakat Orang Asli terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman di lereng-lereng bukit. Maka, ketika inilah masyarakat dan tamadun Melayu mulai berkembang. Golongan berikutnya pula dikenali sebagai Melayu Deutro yang mahir menangkap ikan yang kemudiannya mendiami persisir-persisir pantai dan berlakulah proses asimilasi. Orang Asli, Melayu Proto, dan Melayu Deutro ini akhirnya dikenali sebagai masyarakat bumiputera yang mana merupakan penduduk peribumi di Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia pada hari ini. Jamaie Hamil (2005) pula melihat kepada bermulanya kerajaan Melayu Melaka sebagai garis panduan untuk memperhalusi latar belakang sosiopolitik Melayu memandangkan

ianya

disertai

sumber-sumber

bertulis

yang

dengan

jelas

memperincikan kewujudan sebuah kerajaan Melayu yang sah. British pada era kolonialnya di Tanah Melayu turut memperakui bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal dan merupakan anak peribumi yang sah (R.S. Milne & Diane K. Mauzy 1978). Hari ini, masyarakat bumiputera mewakili sebanyak 65% populasi masyarakat di Malaysia. Oleh itu, haruslah difahami bahawa masyarakat Melayu merupakan penduduk asal yang menguasai politik, ekonomi, mahupun sosial di Tanah Melayu.

6

LATAR BELAKANG KOLONIALISME DI TANAH MELAYU Umumnya, imperialisme dan kolonialisme telah berlangsung di Tanah Melayu sejak sebelum abad ke-20 lagi. Catatan-cacatan sejarah telah dengan jelas menyatakan bahawa proses imperialisme dan kolonialisme di Tanah Melayu telahpun bermula sejak abad ke-16 sehinggalah abad yang ke-20 iaitu bermula 1511 hingga 1957. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dan merupakan laluan persinggahan laut menjadikan nilai komersialnya sangat tinggi dan telah menjadi tumpuan perdagangan oleh kuasa-kuasa imperialis (R.S. Milne & Diane K. Mauzy 1978). Pendudukan Portugis di Melaka sekitar tahun 1511 telah menjadi penanda aras berlakunya kedua-dua proses yang disebutkan di atas di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan pula dengan pertukaran kuasa penjajah kepada Belanda (1641), British (1824), Jepun (1941), dan berakhir dengan British pada tahun 1945 sebelum Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat pada tahun 1957. Maka, sepanjang 446 tahun Tanah Melayu terjajah dan melayari era kolonial, tentu sahaja ia mendatangkan kesan kepada perubahan sosiopolitik Melayu di Tanah Melayu. Kolonialisme era moden secara tak langsung di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 apabila Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada Inggeris dengan syarat beliau dilindungi daripada Siam (R.S. Milne & Diane K. Mauzy 1978). Francis Light melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju dan memberi pampasan berjumlah 6,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah. Peristiwa pada penghujug abad ke-18 ini diperakui oleh para sarjana telah menjadi titik permulaan bagi sejarah Malaysia moden. Penjajahan Inggeris dari segi perundangan bermula apabila perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimeterai. Perjanjian ini telah menyaksikan pembahagian kuasa politik di Nusantara kepada dua wilayah. Bahagian selatan Selat Melaka telah diserahkan kepada kekuasaan Belanda, manakala bahagian utara Selat Melaka pula menjadi blok kekuasaan Inggeris. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 pula merupakan perjanjian rasmi yang menandakan permulaan era kolonial di Tanah Melayu di mana Sultan Perak menerima residen British sebagai penasihat dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu (Parkinson 1960). Dalam hal ini, perkara yang perlu difahami adalah walaupun Tanah Melayu pernah melalui era kolonial semasa penjajahan Portugis, Belanda, dan Jepun. Namun, ia tidak

7

meninggalkan kesan terhadap sistem pemerintahan, ekonomi, dan juga nilai kemasyarakatan terhadap Tanah Melayu selepas merdeka. Oleh itu, esei ini memberi tumpuan dan penekanan terhadap perubahan sosio politik Melayu kesan daripada pengaruh kolonialisme yang dilaksanakan British di Tanah Melayu selepas pengenalan sistem Residen British. KESAN KOLONIALISME TERHADAP PENTADBIRAN FEUDAL TANAH MELAYU Kolonialisme yang dilaksanakan di Tanah Melayu oleh British telah membawa perubahan yang sangat ketara dari aspek pentadbiran Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Rajaraja Melayu melalui sistem feudal. Kesultanan Melayu yang terdiri daripada beberapa buah negeri merupakan satu-satunya kuasa takluk yang menguasai sebahagian besar wilayah di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia (T.E. Smith & John Bastin 1967). Melalui sistem feudal, Sultan atau Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu, gelaran Raja bertukar menjadi Sultan dan dianggap sebagai “Amirul Mukminin” atau pemimpin bagi orang-orang mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti Johor, Pahang, Perak, dan Kedah mengekalkan gelaran Sultan sehinggalah abad ke-19. Begitu juga dengan Kelantan dan Terengganu. Di Negeri Sembilan, Raja menggunakan gelaran Yamtuan Besar atau Yang Dipertuan Besar. Perlis pula kekal dengan gelaran Raja. Namun hal yang demikian, semua Raja-raja Melayu ini mempunyai peranan yang luas dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial sehinggalah campur tangan Inggeris bermula pada tahun 1874 di Perak dimana sistem Residen British diperkenalkan. Melalui sistem Residen yang diperkenalkan, Sultan perlu mendapatkan nasihat daripada Residen British dalam semua hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Walaupun dari segi teori Residen hanyalah merupakan penasihat kepada Sultan, namun dari segi pengamalannya amat berbeza dimana kuasa Residen dalam membuat keputusan lebih meluas dan mengatasi Sultan itu sendiri (R.S. Milne & Diane K. Mauzy 1978). Sistem ini kemudiannya turut diaplikasikan di negeri Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Inggeris menganggap dengan meletakkan seorang Residen yang merupakan orang putih sebagai penasihat

8

akan dapat untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh Sultan dalam pentadbiran negerinya (Swettenham 1948). Sebelum campur tangan British, Sultan atau Raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri di Tanah Melayu. Menurut sejarah, Raja pertama di Tanah Melayu ialah Raja Megat Iskandar Shah atau Parameswara yang merupakan orang yang bertanggungjawab membuka negeri Melaka sekitar tahun 1400 (Agus Salim 1969). Dari keturunan Sultan Iskandar Shah inilah kemudiannya lahir pemerintahan raja-raja yang berdaulat di negeri-negeri Melayu. Institusi kesultanan dilihat oleh masyarakat Melayu sebagi kuasa pusat bagi negeri. Tugas Sultan adalah untuk menentukan dan menjaga hubungan diplomatik dengan negara luar, berperanan sebagai ketua angkatan peperangan jika ditakdirkan berperang, dan menjadi ketua adat istiadat dalam semua majlis dan keraian negeri (T.E. Smith & John Bastin 1967). Sultan juga bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan memiliki kuasa mutlak dalam pemerintahan dan hak Sultan tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Perintah yang dikeluarkan oleh Sultan tidak boleh dibantah kerana dianggap akan melanggar perintah Tuhan. Dengan kuasa mutlak yang dimiliki oleh Sultan, maka segala titah perintah Sultan perlu digazetkan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah Sultan wajib dipatuhi tanpa sebarang bantahan walaupun ianya bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama itu sendiri. Kedudukan seseorang Raja itu bertambah kukuh apabila sistem kepercayaan dan agama di Tanah Melayu ketika itu memberikan kewibawaan kepada pemerintahan beraja. Ianya seolah-oleh memperlihatkan kedudukan Raja itu di sisi agama dijunjung tinggi dan didaulatkan. Terlalu banyak keistimewan yang diangkat pada Raja itu sehingga terdapat bayak adat-adat diraja tertentu, perkataan, bahasa dalam, kebesaran, kekuasaan, dan istiadat diraja yang perlu dipatuhi oleh rakyat kebanyakan ketika mengadap Raja (H.M. Sidin 1964). Unsur-unsur kepercayaan dahulu kala seperti mitos, daulat, dan lagenda memantapkan lagi kedudukan mereka sebagai Raja yang memerintah. Konsep-konsep seperti daulat dan derhaka contohnya dilihat mempunyai kekuatan tradisinya yang tersendiri sehingga dapat mengangkat kedudukan dan ketinggian Raja. Raja adalah ketua pemerintah dan ketua kepada unit politik terbesar dalam organisasi pentadbiran di sesebuah negeri. Hal ini bermakna Raja merupakan Yang Dipertuan kepada negeri dan jajahan takluk kawasan tersebut secara keseluruhannya.

9

Dan dari segi teorinya, Raja mungkin dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kesemua perkara. Namun, dari segi realitinya tidaklah sedemikian secara keseluruhan. Hal ini kerana kuasa pentadbiran seseorang Raja itu hanyalah terhad kepada daerah Diraja sahaja manakala para pembesar daerahlah yang berkuasa dalam menentukan pentadbiran di daerah masing-masing. Walaupun begitu, Raja tetap dianggap sebagai penanung dan pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat dan pembesar keseluruhannya. Namun, kedudukan Raja juga perlu diperakui dan disokong oleh pembesar dibawahnya. Hal ini kerana Raja bergantung kepada para pembesar untuk menjamin kedudukannya. Disini dapatlah dilihat bahawa para pembesar juga memainkan peranan yang penting dalam sistem feudalisme yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional. Pembesar dilihat menjadi tulang belakang utama kepada pemerintahan Raja dalam menjalankan pentadbiran di sesebuah negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu dan berlainan di setiap negeri. Contohnya di Perak mengamalkan sistem pembesar empat lipatan di mana terdapat Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, dan Orang Besar Enam Belas. Di Negeri Sembilan pula, Yang Dipertuan Besar dibantu oleh empat orang Undang untuk mengukuhkan kedudukan ketua Negeri. Pembesar merupakan individu yang bertanggungjawab mewakili Sultan dalam bidang pentadbiran. Kebiasaannya, pembesar yang memegang jawatan bendahara akan menduduki tangga teratas pembesar dimana peranannya adalah sebagai Perdana Menteri dalam pentadbiran, Temenggung pula bertanggungjawab sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Kehakiman, Laksamana merupakan Ketua Angkatan Laut yang juga bertanggungjawab untuk melindungi Sultan, dan ramai lagi pembesar yang melaksanakan tugas pentadbiran dan menjadi wakil bagi pihak Sultan (T.E. Smith & John Bastin 1967). Sungguhpun begitu, Sultan atau Raja mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan pembesar. Kebiasaanya, mereka akan diberi surat tauliah dan sebilah pedang daripada Raja sebagai tanda mereka dilantik menjadi pembesar di sesuatu daerah tersebut. Dalam sistem feudal masyarakat Melayu tradisional, pembesar dilihat memainkan peranan yang cukup penting terutama di daerah di bawah jagaan mereka masing-masing. Hal ini kerana, dari segi praktikalitinya, mereka merupakan penggerak utama yang mengawal dan mengurus tadbir soal politik,

10

ekonomi, mahupun keselamatan negeri. Tegasnya, walaupun kuasa Raja atau ...


Similar Free PDFs