PENJAJAHAN TANAH MELAYU DOCX

Title PENJAJAHAN TANAH MELAYU
Author Miss Najiha
Pages 15
File Size 55.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 902
Total Views 973

Summary

Historiografi Malaysia bermula dari kurun ke-19 digambarkan sebagai ‘Zahirlah Sebuah Dunia Baru’ oleh Barbara Watson Andara dan Leonard Y. Andaya (1983) telah menyaksikan penggarisan sempadan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia moden, pengukuhan peranan Semenanjung Tanah Melayu ...


Description

Historiografi Malaysia bermula dari kurun ke-19 digambarkan sebagai 'Zahirlah Sebuah Dunia Baru' oleh Barbara Watson Andara dan Leonard Y. Andaya (1983) telah menyaksikan penggarisan sempadan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia moden, pengukuhan peranan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pembekal bahan-bahan mentah dan juga perbezaan sosioekonomi yang semakin ketara antara kumpulan etnik yang terbesar.1 Secara keseluruhan, perkembangan ini membantu untuk melihat dan memahami serta meneliti dengan lebih mendalam masalah-masalah utama yang dihadapi khususnya oleh kerajaan Melayu hingga membawa kepada kurun ke-20.2 Menurut Abdullah Zakaria (1984): "Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Sebab itulah strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti biji timah. Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan dan pembesar Melayu. Namun begitu, hakikatnya mereka sering menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan mana-mana pemerintah di Tanah Melayu."3 Gambaran daripada kata-kata beliau sudah jelas menggambarkan suasana politik di Tanah Melayu bermula dari kurun ke-19 telah dimasuki oleh sebuah kuasa penjajahan iaitu British yang bijak dalam memanipulasi keadaaan sosial, politik mahupun ekonomi di negeri- negeri Tanah Melayu dalam memenuhi agenda dan kepentingan mereka sahaja. Abdul Malek (1977) pula menegaskan bahawa dalam jangka masa sekitar pertengahan kurun ke-19 dikatakan sebagai peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka semenjak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka serta kemunculan unit-unit politik dalam 1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan Publishers (M), 1982), hlm. 131-132. 2 Ibid. 3 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspekti Sejarah dan Politk (Johor, Malaysia: Universit Teknologi Malaysia, 2002), hlm. 73. 1...


Similar Free PDFs