Kertas Kerja CTU552 ( Group 2) PDF

Title Kertas Kerja CTU552 ( Group 2)
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 28
File Size 745.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 12
Total Views 72

Summary

FAKULTI PENTADBIRAN SAINS DAN PENGAJIAN POLISICTUFALSAFAH DAN ISU SEMASALAPORAN KERTAS KERJAMODERNISMDISEDIAKAN UNTUK:NORMAISARAH BINTI OTHMANDISEDIAKAN OLEH:NAMA PELAJAR NO MATRIKS KUMPULAN NURUL ALIA BINTI NOR SAIDIN 2020837468 AM228 1D WAN HANIS FARHANA BINTI WAN TALIB 2020865992 AM2281D MARHA SH...


Description

FAKULTI PENTADBIRAN SAINS DAN PENGAJIAN POLISI CTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

LAPORAN KERTAS KERJA MODERNISM

DISEDIAKAN UNTUK: NORMAISARAH BINTI OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NURUL ALIA BINTI NOR SAIDIN WAN HANIS FARHANA BINTI WAN TALIB MARHA SHAQIRAH BINTI MOHD HATA FADHILAH BINTI CHE YUSMI

NO MATRIKS 2020837468 2020865992 2020470402 2020621532

KUMPULAN AM228 1D AM2281D AM228 1D AM228 1D

TARIKH 3 DISEMBER 2020

5

PENGHARGAAN Besrsyukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnianya ini kami berjaya melengkapkan kertas kerja CTU552 Falsafah dan Isu Semasa yang bertemakan ‘MODERNISM’. Dengan ini, Insya Allah banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat kami perolehi ketika proses penyediaan kertas kerja ini. Kunci kejayaan atas penyelesaian kertas kerja ini juga dijayai dengan ilmu yang dibekalkan oleh pensyarah kami iaitu Ustazah Normaisarah Binti Othman yang telah membimbing kami tentang cara, format penulisan dan ketepatan isi kandungan yang perlu ada untuk tugasan ini. Kami juga ingin melanjutkan ucapan terima kasih kepada keluarga kami yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sebagai seorang pelajar. Sebelum itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap ahli kumpulan kami yang telah besama-sama bertungkus-lumus menyelesaikan kertas kerja ini dengan menyumbangkan idea-idea dan tenaga. Akhir sekali, pada pandangan kami, kertas kerja ini telah banyak memberi pencerahan kepada kami untuk pembelajaran dalam subjek ini. Oleh itu kami berharap tugasan ini dapat dinilai dengan baik setara dengan apa yang telah kami usahakan selama ini. Sekian, Terima kasih.

ii

PERAKUAN PELAJAR “ Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan saya yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendir, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru manamana pihaktanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa manamana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS.”

NAMA PELAJAR NURUL ALIA BINTI NOR SAIDIN WAN HANIS FARHANA BINTI WAN TALIB MARHA SHAQIRAH BINTI MOHD HATA FADHILAH BINTI CHE YUSMI

NO MATRIKS 2020837468 2020865992 2020470402 2020621532

Tanda Tangan:

Tarikh:

iii

ISI KANDUNGAN M/ S i ii iii iv

MUKA HADAPAN PENGHARGAAN PERAKUAN PELAJAR ISI KANDUNGAN

5 6 7 9 9 10 11 12 14

1.0 PENDAHULUAN 1.1 OBJEKTIF KAJIAN 1.2 LATAR BELAKANG IDEOLOGI MODERNISME 1.3 KESAN IDEOLOGI MODERNISME 1.3.1 KESAN POSITIF 1.3.2 KESAN NEGATIF 1.4 KELEMAHAN DAN KEKUATAN IDEOLOGI MODERNISME 1.5 PERBEZAAN IDEOLOGI MODERNISME DENGAN ISLAM. 1.6 IDEOLOGI MODERNISM DENGAN ISU TERKINI

15 15 16

2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA: SEJARAH DAN ALIRAN 2.2 TRANSFORMASI PEMIKIRAN PEMBAHARUAN DAN MODERNISM DI MALAYSIA: SATU PENELITIAN AWAL 2.3 ISLAM DAN MODERNISME 2.4 ISU-ISU PEMBAHARUAN ISLAM DI BEBERAPA NEGARA: PERSPEKTIF SEJARAH 2.5 PEMBAHARUAM PEMIKIRAN ISLAM: DASAR, TUJUAN DAN MASA DEPAN.

16 17 17

TOPIK

18 19 20 21 21 22

3.0 DEFINISI MODERNISME 3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI 3.2 PELOPOR BAGI IDEOLOGI MODERNISME 3.3 CIRI-CIRI MODERNISME 3.3.1 PANDANGAN INTELEKTUAL BARAT 3.3.2 PANDANGAN INTELEKTUAL ISLAM

23 24

4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 RUJUKAN (BIBLIOGRAFI)

26 26 26

6.0 LAMPIRAN (KAJIAN LITERATUR) 6.1 PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA: SEJARAH DAN ALIRAN 6.2 TRANSFORMASI PEMIKIRAN PEMBAHARUAN DAN MODERNISM DI MALAYSIA: SATU PENELITIAN AWAL 6.3 ISLAM DAN MODERNISME 6.4 ISU-ISU PEMBAHARUAN ISLAM DI BEBERAPA NEGARA: PERSPEKTIF SEJARAH 6.5 PEMBAHARUAM PEMIKIRAN ISLAM: DASAR, TUJUAN DAN MASA DEPAN.

27 27 27

MARKAH

iv

1.0 PENDAHULUAN Kerja kursus ini membincangkan tentang ideologi modernisme yang berkembang sejak 30 tahun sebelum tahun 1914. Membincangkan lebih lanjut tentang bagaimana modernisme atau pembaharuan yang datangnya daripada barat telah mempengaruhi Islam dari pelbagai aspek kehidupan. Modernisme berasal daripada perkataan inggeris iaitu modernism yang bermaksud ‘modern character, or quality of thought, expression or techniques’. Manakala, dari segi falsafah, modernism dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-‘asraniyyah. Istilah ini merujuk kepada gerakan politik, kebudayaan dan seni yang muncul pada akhir abad ke19 dan permulaan abad ke-20. Ia juga merupakan satu kaedah atau gaya moden yang diambil sebagai gerakan falsafah seiring dengan perubahan budaya masyarakat kepada perindustrian moden dan pertumbuhan pesat bandar-bandar di Barat. Para intelektual Islam mempercayai bahawa kemajuan ilmu dan budaya moden adalah penting untuk membangunkan kembali ajaran agama tradisi. Gerakan modernisme keagamaan ini memberi penekanan untuk berpandukan kepada kitab suci Al-quran dan hadis dari segala aspek. Selain itu, modernism juga dapat memberikan kesan positif dan negatif dalam kehidupan manusia. Istilah modernisme merujuk kepada tarikh awal kemunculannya, dan nilai – nilai pembawaannya yang bertentangan dengan nilai – nilai tradisionalisme bahkan ia lebih bercirikan elit. Modernisme memberi gambaran tentang watak moden atau kualiti pemikiran, ungkapan, atau teknik. Pemikiran dan gerakan ini berjuang untuk menggantikan segala pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa yang dianggap ‘modern’. Modernisme Barat ini bersumber dari peradaban Yunani, Romawi, dan peradaban bangsa Eropah lainnya, serta ia terpadu dengan nilai-nilai keagamaan Yahudi dan Kristian. Mereka beranggapan bahawa agama dianggap kolot dan sesetengah ajarannya tidak sesuai dengan konsep pemodenan yang ingin dibawa.

5

1.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kertas kerja ini adalah bagi mengkaji dan mengenal pasti latar belakang ideology modernism. Latar belakang modernism seterusnya dituruti dengan definisi, sejarah perkembangan ideologi modernism, ciri-ciri, sudut pandangan dan juga kaitan ideologi ini dengan isu semasa. Kajian ini juga akan merujuk kepada kesan-kesan ideologi terhadap diri, keluarga dan masyarakat dari segi positif dan juga negative. Malahan, kertas kerja ini turut menyatakan tentang kelebihan dan kekuatan ideologi modernism. Selain itu, menjelaskan perbezaan antara ideologi modernism dan juga islam. Di akhir kajian pula merujuk kepada pengaitan ideologi modernism dengan isu semasa. Sebagai panduan dan untuk mendapatkan pengetahuan asas, kajian literature juga dijalankan sebagai penambahan maklumat kepada kertas kerja ini. Antara metod yang diguna pakai adalah melalui kajian perpustakaan (ebook), bacaan jurnal dan juga sumber artikel. Selanjutnya adalah pendekatan kepada definisi modernism yang diikuti dengan sejarah perkembangannya. Kajian ini turut membincangkan tentang siapakah pelopor-pelopor bagi ideologi ini. Selanjutnya merupakan pernyataan tentang ciriciri modernisme ini daripada pandangan intelektual barat dan islam. Akhir sekali, kertas kerja ini akan merumuskan tentang isi yang terkandung serta cadangan tentang nilai-nilai yang diperoleh daripada kajian ideologi modernism. Malah, turut disertakan bersama rujukan dan lampiran yang digunakan sebagai sumber maklumat kepada laporan ini.

6

1.2 LATAR BELAKANG IDEOLOGI MODERNISM Kemunculan modernisme dapat dikesan di sekitar abad ke 17, selepas perjanjian Westphalia ditandatangani yang menamatkan peperangan selama 30 tahun. Ia adalah dari reaksi penentangan sekelompok manusia di Barat terhadap sistem budaya dan struktur berfikir masyarakatnya yang dianggap mengongkong kehidupan mereka. Kesan daripada itu, kebebasan agama mula terserlah dalam mengatur kehidupan masyarakat Eropah pada zaman itu. Selain itu, terdapat ciri – ciri modernisme yang berkait rapat dalam perkembangan ideologi ini. Antaranya ialah sekularisme iaitu penolakan terhadap peranan agama malahan pendewaan terhadap akal fikiran yang dipandang sebagai satu – satunya kekuatan yang mampu membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. Akibatnya, mereka mengecilkan peranan agama dan aplikasi nilai agama dalam kehidupan manusia. Seterusnya, kebenaran tunggal dimana sikap mendewakan akal fikiran sebagai sumber pengetahuan tertinggi, sehingga akal dipandang mampu menciptakan kebenaran. Ilmu pengetahuan dan teknologi juga merupakan ciri-ciri modernisme yang membawa kemajuan bangsa di dunia. Mereka mengeksploitasi dunia ini dengan teknologi yang canggih dan mendapat keuntungan besar. Modernisme juga menggambarkan kemampuan manusia boleh menjadi lebih jauh. Hal ini kerana, manusia memandang dirinya sebagai ukuran norma bagi segalanya. Menurut salah seorang aktivis Islam iaitu Maryam Jameelah yang lahir sebagai orang berbangsa Yahudi asli dan akhirnya menemukan Islam dan memeluk Islam. Beliau dengan tegasnya memberikan pandangan tentang ideologi modernisme merujuk di dalam bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Modernisme’ bahawa semua ideologi modernisme menolak nilai-nilai murni dan kebenaran. Beliau juga menyatakan bahawa mereka menganggap bahawa nilai-nilai moral serta kebenaran adalah suatu yang relatif, terbatas pada waktunya dan ruang serta keadaan.

7

Ahli-ahli ini memandang masyarakat yang menyandarkan kehidupnya pada wahyu sebagai pasif dan mundur. Bagi mereka, nilai yang terbaik ini ialah nilai yang memandang sepi pada peranan agama dan Tuhan malah mereka sering menganggap segala corak kehidupan dilandaskan kepada rasional akal fikiran semata-mata. Namun begitu, Ideologi modernisme berkembang secara berterusan ke abad 18 yang dikenali sebagai Zaman Kesedaran (Enlightment).

Di zaman ini,

perjuangan untuk melakukan perubahan nilai – nilai, amalan politik, sosio ekonomi dan agama dilakukan secara radikal dan revolusi. Di Zaman Kesedaran ini, ia telah ditukar secara total kepada nilai sekular. Perubahan pada zaman ini merupakan perubahan drastik yang dianggap pemodenan dan kemajuan. Tokoh terkenal ketika itu ialah Karl Marx yang telah melancarkan gerakan ‘enlightment’ dengan mendokong rasionalisme dan begitu meyakini dengan nilai kebebasan dan kebolehan manusia.

8

1.3 KESAN IDEOLOGI MODERNISM Pada era yang kini berkembang maju selaras dengan kemajuan negara yang pesat membangun, ideologi modernisme digunakan dalam kehidupan seharian dan dijadikan sebagai rujukan. Terdapat beberapa kesan positif dan negatif ideologi modernisme ini kepada diri, keluarga dan masyarakat.

1.3.1 KESAN POSITIF IDEOLOGI MODERNISM Antara kesan positif modernisme ialah pengenalan kepada sistem demokrasi dan pilihan raya yang melibatkan semua kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan satu mekanisme demokrasi untuk memilih pemerintah yang sesuai untuk memimpin negara. Peranan pemikiran sangat penting dalam kehidupan seharian untuk membuat keputusan yang rasional dan logik. Sebagai contoh, dalam proses pilihan raya yang melibatkan semua kaum, mereka akan mengundi untuk memilih bakal pemerintah yang akan memerintah negara berdasarkan pandangan sudut pemikiran mereka. Oleh itu, negara Malaysia akan aman dan damai setelah mendapat pemerintah yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memenuhi permintaan rakyat. Seterusnya, kesan positif ideologi modernisme ialah wujudnya sistem teknologi yang semakin canggih dapat memudahkan masyarakat untuk berkomunikasi. Perubahan tersebut telah memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar malah menekankan kelebihan dalam bidang sains. Malahan, teknologi memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta informasi dengan pantas. Dengan ini, segala kerja harian dapat diselesaikan dengan pantas dan cepat.

Selanjutnya,

teknologi

mampu

merapatkan

hubungan,

dengan

menggunakan aplikasi seperti whatsapp, facebook, telegram, masyarakat dapat berhubungan walaupun sedang berjauhan. 9

1.3.2 KESAN NEGATIF IDEOLOGI MODERNISM Selain itu, kesan negatif modernisme ialah keruntuhan akhlak dalam diri. Akhlak merupakan cermin dan peribadi sesorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang sebaliknya akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Namun begitu, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, remaja pada zaman kini lebih mengikut ‘trend modern’’ tanpa memikirkan agama dan suka berfoya-foya dan mengagungkan dunia. Sebagai contoh, banyak gejala sosial telah berlaku dikalangan remaja seperti berzina, pembuangan bayi, perjudian, penagihan dadah dan sebagainya. Hal ini berpunca daripada nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan kurangnya pegangan agama dalam diri. Oleh itu, kita seharusnya memantapkan akhlak yang mulia dalam diri supaya tidak mudah terjebak. Di samping itu, modernisme boleh mengakibatkan institusi sesebuah keluarga menjadi rapuh. Hal ini kerana, keluarga memainkan peranan yang penting dalam permulaan

terwujudnya

kebahagian

dan

keharmonian

dalam

sesebuah

masyarakat. Dalam sepotong hadis riwayat Imam Bukhari “setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah) dimana ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakannya dan mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Namun begitu, dalam mengejar impian dan kejayaan dunia, ibu bapa lebih sibuk bekerja dalam era modernisasi ini untuk mencari nafkah dan tidak sempat bagi mengambil berat tentang anak-anak. Akibatnya, anak-anak terabai dan mudah didorong untuk terjebak dengan gejala sosial Sebagai contoh, masa antara keluarga menjadi singkat menjurangkan hubungan antara ibu bapa dan anakanak. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah menyeimbangkan antara hal keluarga dan hal perkerjaan agar dapat memelihara kehidupan yang selaras dengan ajaran agama Islam. 10

1.4 KELEMAHAN DAN KEKUATAN IDEOLOGI MODERNISM Setiap ideologi mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendri. Antara kekuatan ideologi modernisme adalah kelahiran modeniti ketika Revolusi Perancis. Modeniti ialah satu fenomena budaya hidup tentang sikap dan budaya golongan modernis pada zaman itu. Ekoran dari sifat angkuh ini, membuatkan mereka yakin bahawa manusia tidak perlu bergantung kepada kuasa-kuasa tertinggi di alam semesta ini untuk mengkaji dan meneliti alam dunia ini. Seterusnya, metod saintifilk ditemui sebagai kekuatan ideologi modernism. Fahaman modernisme mendukung imej sains menjadi positif. Hal ini kerana sejarah pemikiran dan sejarah sosial di Barat meletakkan taraf yang tinggi terhadap pemikiran rasional, hujah logikal, dan bukti empirikal di dalam sains. Secara langsung mengangkat martabat kedudukan sains. Mereka juga menolak unsur metafizik dimana tidak mempercayai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Oleh itu, bagi mereka sains dan teori boleh mengawal alam dan kehidupan manusia. Antara kelemahan ideologi modernisme ialah mereka beranggapan Tuhan atau Realiti Hakiki tidak wujud. Disebabkan terlampau taksub kepada aliran sains yang berkembang maju sehingga lupa tanggungjawab kepada pencipta alam semesta ini. Mereka bebas beragama dan berhak untuk memilih agama sendiri selepas tercetusnya ideologi modernisme. Malahan, mereka meneroka alam sains dengan mencari kepuasan sendri tanpa menghiraukan kesan sebaliknya kepada makhluk lain. Natijahnya, telah berlaku perlanggaran batas-batas penerokaan ilmu sains yang terbatas akal fikirannya tanpa disedari. Sebagai contoh, mereka mencipta senjata nuklear yang boleh mendatangkan impak yang sangat besar sekiranya tidak dikawaL dengan baik.

11

1.5 PERBEZAAN IDEOLOGI MODERNISM DENGAN ISLAM Terdapat beberapa sudut pandangan perbezaan antara ideologi modernisme dengan islam. Antaranya adalah pandangan ideologi modernisme tidak menggunakan agama dan kepercayaan sebagai rujukan dalam hidup dan mengamalkan sikap kebebasan. Mereka berpegang kepada akal fikiran dan pembebasan dari ikatan keagamaan malahan mencipta pelbagai budaya barat dalam kehidupan. Ciri yang paling diutamakan yang diterapkan di dalam modernism adalah sekularism, iaitu pemisahan politik daripada agama. Oleh itu, mereka bebas dalam beragama malah mengganggap bahawa kemahiran sains dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam kehidupan Islam. Manakala, dari sudut pandangan Islam amat jauh berbeza daripada ideologi modernisme kerana umat Islam menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan. Dari Muwatta’ Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih. Oleh hal yang demikian, kita perlulah berpegang teguh dengan dua panduan yang berharga ini agar kita sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah malah terhindar daripada melakukan perkara yang songsang terhadap ajaran Islam. Selain itu, ideologi modernisme merupakan budaya yang merenggangkan ikatan kekeluargaan serta kehidupan rumah tangga. Menurut Karl Marx yang merupakan pengasas budaya ini menjelaskan bahawa masyarakat manusia hanya hidup di bawah dua sistem ikatan kemasyarakatan, iaitu kelas pemilik dan kelas proletariat ataupun dikenali sebagai golongan pekerja. Natijahnya, terhapuslah ikatan sosial yang lain termasuklah sistem kekeluargaan setelah wujudnya dua sistem ini. Dari aspek kekeluargaan, ibu bapa sibuk mengejar kemewahan sehingga lupa mengabaikan rumahtangga dan anak – anak yang kemudiannya mudah terjerumus dengan anasir yang tidak baik.

12

Pada perspektif Islam, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam tanpa mengira pangkat dan darjat merupakan aspek penting dalam kehidupan. Ini menggambarkan bahawa Islam itu sangat indah dan mudah. Semua manusia adalah sama disisi Allah dan tidak kira jawatan yang disandang di dunia. Golongan kaya haruslah membantu golongan miskin bagi meringankan beban mereka malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Dalam Islam, tolong - menolong sesama saudara Islam merupakan akhlak yang terpuji dalam budaya Islam. Di samping itu, ideologi modernisme mengamalkan gerakan emansipasi wanita di mana gerakan ini mengasingkan wanita dari tradisinya, sebagai ibu dan isteri. Kesannya, rasa hormat dan tanggungjawab sebagai isteri mula hilang malah tidak dihormati. Mereka menjadikan wanita sebagai hamba abdi dengan melakukan kerja-kerja berat selaras dengan pekerjaan lelaki dan ini merupakan kezaliman kepada kaum wanita. Wanita sebagai ibu mula melepaskan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga dan anak-anaknya. Dari sudut pandangan Islam pula, Islam memberikan kedudukan yang lebih istimewa terhadap wanita dalam kehidupan ekonomi mereka. Wanita merupakan insan yang sangat mulia dan tinggi martabatnya. Pada setiap tahun, Hari Wanita Sedunia disambut bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuklah sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik. Namun, dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Wanita itu adalah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab tentang kepimpinanya”. (Hadis riwayat Bukhari). Oleh yang demikian, seorang wanita itu mempunyai hak tersendiri dan tidak seharusnya diperlakukan dengan kejam dan menghina mereka sepertimana yang dilakukan pada zaman dahulu.

13

1.6 IDEOLOGI MODERNISM DENGAN ISU TERKINI Pada awalnya, ideologi modernism mempengaruhi dunia dari pelbagai aspek. Terdapat beberapa isu terkini yang berkait rapat dengan ideologi modernisme seperti isu politik modernis UMNO & PAS, Pertubuhan Islamic Renaissance Front (IRF) dan Kumpulan G25 mahu sebar dakyah liberal sesat, dan Filem Senario XX (2005, tidak menerima pemodenan). Politik modernis merupakan tren hubungan dalam kalangan orang Mel...


Similar Free PDFs