CTU552 Group 2 Laporan Kajian Bertulis PDF

Title CTU552 Group 2 Laporan Kajian Bertulis
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 48
File Size 1 MB
File Type PDF
Total Downloads 117
Total Views 677

Summary

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN UiTMCAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAMLAPORAN KAJIAN BERTULISKedudukan Wahyu dan Akal Dalam Islam: Satu AnalisisDISEDIAKAN OLEH:AAFRIN FATEHAH BINTI MOHD FAZALI – KETUA 2020139281HANNAN EMIR BINTI MOHAMAD ARRIF EMIR 2020160343NURATEQAH BINTI MOHAMED KASSIM ...


Description

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM LAPORAN KAJIAN BERTULIS Kedudukan Wahyu dan Akal Dalam Islam: Satu Analisis

DISEDIAKAN OLEH: AAFRIN FATEHAH BINTI MOHD FAZALI – KETUA HANNAN EMIR BINTI MOHAMAD ARRIF EMIR NURATEQAH BINTI MOHAMED KASSIM SITI NURAINA BINTI MOHD DAUD

2020139281 2020160343 2020965865 2020921571

Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada Ustazah Fatin Nabilah Binti Abdul Wahid Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk Subjek CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PERLANCONGAN SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN SENI KULINARI SESI 2020/2021

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1. Pendahuluan 1.1. Pendahuluan tentang Falsafah 1.

1.2. Pendahuluan tentang Logik dan Metodologi

3–8

1.3. Pendahuluan tentang Ilmu Mantik 1.4. Pendahuluan Kedudukan Wahyu dan Akal dalam Islam 2.

2. Objektif kajian

9

3. Kajian literatur 3.1. Kajian - Kajian Lepas 3.1.1. Penghujahan Atau Pandangan Daripada Para Ulama Islam 9 – 19

Mengenai Ilmu Mantik

3.

3.1.2. Hubungan Wahyu Dan Akal Dari Perspektif Islam 3.1.3. Perbandingan Konsep Wahyu Dan Akal Menurut Harun Nasution dan

Muhammad Abduh

4. Isi dan huraian 4.1. Mengenalpasti kedudukan ilmu wahyu didalam ilmu mantik 4.

4.2. Hubungan antara wahyu dan akal

20 – 39

4.3. Mengetahui fungsi akal dan wahyu dalam islam 4.4. Menganalisis kaedah penaakulan dalam ilmu mantik 5.

Kesimpulan kajian

40 – 41

6.

Bibliografi/rujukan

42 – 44

7.

Lampiran

45 – 48

2

1. PENDAHULUAN

1.1. Pendahuluan tentang Falsafah

Penyelidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus "Falsafah dan Isu Semasa". Falsafahnya adalah disiplin ilmiah yang menerapkan kebenaran dan kebenaran asas. Perkataan falsafah berasal daripada perkataan arab, menurut artikel daripada Falsafah dan Sains, (n.d) Menurut al Farabi yang merupakan ahli falsafah yang terbesar pada zaman Tmadun Islam, perkataan arab tersebut adalah berasal daripada perkataan Yunani yang apabila ditranskripsikan menjadi philosophia hasil gabungan daripada frasa ‘philo’ dan ‘sophia’. Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang mendalam. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.

Falsafah juga bermaksud cinta akan kebijaksanaan, kebenaran dan kebijaksanaan. Daripada sudut terminologi, falsafah telah membawa maksud satu ilmu yang didalami maknanya dan hakikat sebenar sesuatu perkara sehingga ia jelas akan maksud dan tujuannya. Seterusnya, falsafah pendidikan adalah pedoman, arah tuju serta pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Didalam falsafah pendidikan terdapat tujuan yang bermaksud untuk memupuk insan yang harmonis dan seimbang daripada pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara yang baik.

Selain itu, dengan memerhatikan perkaran ini dengan lebih mendalam, kebanyakkan penulisan ahli falsafah didalamnya terdapat mengenai pembahagian falsafah kepada lima cabang utama iaitu, logik, epistemologi, etika, estetika dan metafizik (Falsafah dan Sains, t.t). Bagaimanpun terdapat pelbagai perbezaan pendapat mengenai pembahagian cabang-cabang ilmu falsafah, ia juga banyak membantu kepada penyelesaian masalah kepada ilmu seperti ilmu sains (Falsafah dan Sains, t.t). Perbuatan serta perlakuan manusia akan digambarkan oleh apa yang mereka fikirkan oleh akal, dimana dan apa akan sentiasa diminda. Maka, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu boleh dikatakan sebagai individu yang mempunyai pemikiran yang tersusun dan teratur serta mempunyai akal yang sihat.

3

1.2. Pendahuluan tentang Logik dan Metodologi

Antara tajuk dibawah kursus ini adalah Logik dan Metodologi yang akan kami bincangkan dengan lebih mendalam tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam pemikiran logik ini adalah sebuah kajian yang meliputi prinsip-prinsip penaakulan seperti pemikiran yang kritikal tetapi benar dan perkataan yang benar. Logik merujuk kepada idea atau alasan yang dihasil daripada kajian tentang kebenaran tentang sesuatu melalui penaakulan atau penyelidikan. Dari perspektif pemikiran logik, keutamaan diberikan kepada cara pemikiran dan faktor rasional dan yang akhirnya akan sampai kepada ketetapan. Ia merupakan dalam sesebuah perbahasan atau pertelingkahan. Logik berasal daripada perkataan Yunani iaitu, “Logos”. Ia bermaksud katakata pernyataan, pemikiran dan akal. Logik adalah cara untuk mempelajari serta digunakan untuk membezakan antara prinsip serta hujah yang benar dan salah. Maklumat yang didapati untuk dijana perlulah nyata dan dapat diterima. Difahamkan bahawa pemikiran logik ini adalah proses berfikir dalam usaha mencari maklumat pengetahuan, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara. Dengan erti kata yang lain logik bermaksud memberi alasan yang menguatkan hujah dan keadilan yang boleh diterima. Cadangan dan pendapat sebenarnya juga digunakan ketika mencari sebab antara satu perkara yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa tertentu. Ia seperti perkara yang perlu dirujuk untuk mendapatkan sesuatu rumusan berdasarkan andaian.

Metodologi

berasal

daripada perkataan

‘metode’.

Metodologi

boleh

dimaksudkan dengan ilmu yang menyatakan tentang menuju, melalui, dan mengikut. Menurut penulis daripada blog Kenali, (2013) ia mengatakan bahawa metodologi merupakan kaedah dan teknik untuk merancang, mengumpulkan dan menganalisis data untuk menghasilkan bukti yang dapat menyokong kandungan penyelidikan. Selain itu, metodologi adalah tentang menerangkan sesuatu masalah yang telah dikaji dan sebab tertentu seperti kaedah yang digunakan. Justeru itu, ia digunakan untuk membantu memahami dengan lebih mendalam tentang mengaplikasikan teknik yang digunakan.

4

1.3. Pendahuluan tentang Ilmu Mantik Sebutan ‘mantiq’ adalah Bahasa Arab berasal daripada perkataan ‘nutq’ yang bermaksud tutur atau percakapan. Ia dinamakan sebagai ‘mantiq’ adalah kerana ia merujuk kepada lafaz serta percakapan yang dibimbing oleh fakulti rasional. Malah, peranannya adalah untuk mencari kesimpulan yang tepat serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir. Daripada artikel yang ditulis oleh Razif, (2018) menyatakan definisi ilmu mantik yang telah disebutkan oleh para ulama dan antara pengertian yang paling masyhur adalah,

“‫آلة قانونية تعصم مراعاتها الذهن عن الخطأ في الفكر‬ Maksudnya: Wasilah dan qaedah yang sistematik yang memelihara seseorang daripada sebarang kesalahan berfikir.” (Rujuk Ahmad ibn ‘Umar al-Hazimi, AlSyarh al-Mukhtasar li al-Sullam al-Munawraq, 1/12)

Didalam artikel tersebut juga mengatakan ia adalah sebagai takrifan ilmu yang diketahui dengannya pemikiran secara benar dan salah daripada takrifan al-‘Atthar . Jadi, ia adalah qawaid dan usul yang telah dibawa kepada pengetahuan tentang pemikiran yang benar dan pemikiran yang salah (Razif, 2018). Justeru itu, ilmu mantik adalah merujuk tentang perbahasan pemikiran serta sesuatu yang tergambar dalam akal manusia untuk diterjemahkan menjadi sebuah teori yang betul. Dalam bidang perbahasan ilmu mantik yang disebutkan oleh Efendy, (2010) berkaitan tentang maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah iaitu bermaksud, ini dapat membantu seseorang untuk mengenali dan mendapatkan idea tentang perkara yang tidak diketahui, atau membantu seseorang untuk mendapatkan kepastian fakta mengenai perkara yang tidak pasti.

Oleh itu, mempelajari ilmu mantik adalah supaya dapat mengawal fikiran akal manusia daripada tersalah diterjemah atau terpesong. Maka, manusia perlu mengawal dengan sebaiknya menggunakan akal fikiran semasa membuat sesuatu perkara serta ketika ingin membahas tentang kaedah untuk membimbing manusia dalam berfikir. Selain itu, faedah mempelajari ilmu mantik adalah boleh membuatkan fikiran manusia menjadi lebih berkembang melalui kemahiran berfikir dan menganalisis. 5

1.4. Pendahuluan Kedudukan Wahyu dan Akal dalam Islam

Wahyu dan akal mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia adalah makhluk Tuhan yang memiliki akal dan kebijaksanaan manusia juga yang telah memberikan penempatan kita sebagai manusia pada posisi yang mulia di dunia untuk dibandingkan dengan haiwan serta tumbuhan sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam artikel disebuah blog iaitu, kecerdasan akal manusialah yang telah menempatkan manusia pada posisi yang mulia di dunia dibandingkan dengan haiwan dan tumbuhan (Kedudukan Wahyu dan Akal, t.t). Wahyu adalah sumber dan panduan dasar yang berharga untuk setiap individu dan masyarakat secara keseluruhannya. Apabila ianya bertentangan dengan ajaran wahyu akan dianggap salah dan wajib diperbetulkan.

Oleh sebab itu, pengutusan rasul adalah salah satu bukti yang jelas yang boleh membezakan antara baik dan buruk daripada akal yang telah dianugerahkan kepada manusia serta mempunyai Batasan dan halangan secara mutlak tanpa berpandukan wahyu ilahi seperti yang dinyatakan didalam sebuah artikel daripada Ahmad, Yosef, dan Rofaizal, (n.d). Daripada sebuah artikel yang ditulis oleh Akram, (2017) terdapat sebuah petikan hadis iaitu, “Dan Dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau al-Sunnah) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” (Surah al-Najm 53: 3-4)” Dalam ayat diatas Allah SWT telah menyatakan dengan jelas bahawa al-Quran merupakan petunjuk yang perlu diikuti oleh sesiapa sahaja yang inginkan keselamatan di dunia ataupun diakhirat kelak (Akram, 2017). Justeru itu, Akram, (2017) juga ada menyatakan bahawa inilah yang disebabkan mengapa segala sesuatu yang dikaitkan Nabi SAW sama ada perkataan, perbuatan, atau taqrir merupakan al-Sunnah dan merupakan salah satu bentuk daripada wahyu. Namun, al-Quran tetap mempunyai banyak keistimewaan kerana Quran adalah wahyu yang matlu, yang lafaz dan maknanya daripada Allah SWT. Semua penjelasan tentang cara terjadinya komunikasi antara Tuhan dengan nabi-nabi Nya, terdapat didalam al-Quran itu sendiri. Berdasarkan 6

artikel yang telah ditulis oleh Hutasuhut, (t.t) bahawasanya wahyu itu juga adalah penjelasan tentang perincian hukuman dan ganjaran yang akan diterima oleh manusia.

Terdapat berbagai wahyu Allah yang tertulis didalam al-Quran dan pelbagai ilmu pengetahuan. Di dalam al-Quran sendiri terdapat pengetahuan yang diperoleh dari akal iaitu akal juga diberikan penghargaan yang tinggi (Hutasuhut, t.t). Walaupun begitu, ia bukan bererti akal diberi kebebasan tanpa batas dalam memahami agama. Akal selalunya akan dikaitkan dengan rasionaliti. Berdasarkan artikel daripada Akram, (2017), beliau mengatakan bahawa rasionaliti adalah segala pendapat yang boleh diterima akal untuk dijadikan sebagai sumber sebuah pengetahuan atau sebuah justifikasi. Meskipun yang demikian, akal bukanlah penentu bagi segalanya, ia juga mempunya kemampuan dan kapasiti yang terbatas.

Oleh itu, Allah SWT telah menurunkan wahyu-Nya untuk membimbing kita, manusia agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat yang berleluasa didunia ini. Bagi pendapat kami, setelah berbincang kami mendapati bahawa individu yang ilmu pengetahuannya tinggi adalah kerana kecerdasan akalnya yang boleh berfikir dengan rasional dan berfikiran secara terbuka terhadap sesuatu perkara. Selain itu, kami juga beranggapan bahawa orang yang berakal adalah berakhlak mulia kerana mereka adanya iman dan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah SWT digunakan sebaik mungkin juga secara professional dan matang oleh manusia.

Dengan adanya akal kepada manusia, mereka akan mula berfikir daripada datangnya segala kejadian ini dan akan menyebabkan mereka semua boleh menampakkan semua kejadian ini datangnya daripada kekuasaan Allah SWT. Seterusnya, manusia akan mula berfikir daripada mana asal mereka dan akan mula berfikiran secara terbuka dan mencari lagi ilmu untuk mempelajari tentang kekuasaan Allah SWT. Daripada artikel yang ditulis oleh Zuhaili, (2020), untuk memelihara akal terdapat dua aspek yang perlu dititikberatkan iaitu, yang pertama membina dan yang kedua adalah mempertahankannya. Daripada petika yang dinyatakan, membina membawa maksud dengan ia telah ditetapkan oleh syarak bahawasanya ia adalah kewajipan menuntut ilmu. Beliau juga mengatakan didalam artikel tersebut bahawa Allah SWT sangat mengangkat darjat seseorang yang berilmu dan ada pernyataan yang jelas tentang perbezaan orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. 7

Didalam firman Allah SWT, ฀ ِ‫َلالبَاب‬

ُ ‫ ُر‬฀َُ ‫يتَماذَك أ‬ ُ” ‫يع لَ ُم َ ا‬ ‫ذِينَ َيَلع لَ ُم ِ ۗإن‬฀َ‫ونَلو‬ ‫ولو‬ ََ‫ذِين‬฀َ‫يس تَ ِوايل‬ َ ‫قل هَل‬ َ ฀ََ‫ون‬

“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar: 9)

Manakala memelihara akal dari pandangan mempertahankannya pula adalah daripada segi pertahankan diri daripada membuat perkara diluar akal fikiran. Seperti contoh yang disebutkan oleh Zuhaili, (2020), pengharaman arak dan apa sahaja yang mempunyai larangan daripada Allah SWT seperti kepada pengharaman arak kerana ia boleh memabukkan. Ini adalah kerana arak atau apa sahaja yang boleh membuatkan pemabukkan akan menyebabkan akal manusia dalam keadaan tidak sempurna dan menghilangkan pertimbangan rasional dan kewarasan individu tersebut. Bukan sahaja ia akan menyusahkan diri mereka bahkan akan turut menyusahkan masyarakat diluar.

Kehebatan akal fikiran manusia ini tidak boleh dibiarkan tanpa panduan agama. Ini kerana akal yang tidak mengikut panduan agama secara langsung akan mengikut keinginan hawa nafsu. Walaupun akal dikatakan perlu mengikut penduan wahyu agama tetapi ia bukan menjadi penghalang untuk manusia tidak berfikir. Justeru, akal jugalah satu naluri dan hakikat semula jadi yang ada pada manusia. Dengan hakikat dan juga naluri ini manusia juga mampu untuk bersedia untuk menerima semua ilmu pengetahuan yang telah diajarkan.

8

2. OBJEKTIF KAJIAN

2.1. Untuk mengenalpasti kedudukan ilmu wahyu didalam ilmu mantik. 2.2. Untuk mengkaji hubungan antara wahyu dan akal. 2.3. Untuk mengetahui fungsi akal dan wahyu dalam islam. 2.4. Utntuk menganalisis kaedah penaalukan dalam ilmu mantik

3. KAJIAN LITERATUR

3.1. PENGENALAN

Dalam membincangkan topik yang diketengahkan iaitu kedudukan wahyu dan akal dalam ilmu mantik, kebanyakan kajian - kajian lepas adalah m enge nai ‘logik’ dalam islam dan banyak yang menyentuh mengenai perbezaan pendapat atau pandangan terhadap fungsi wahyu dan akal dalam islam. Bagi kajian ini penghujahan wahyu dan akal akan hanya berpandukan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian literatur yang terdahulu dan informasi-informasi sekunder yang berbentuk data, artikel serta pengalaman penulis sendiri. Rujukan melalui kajian lepas adalah dari kajian-kajian tempatan dan luar negara. Diantara sub topik yang akan dibincangkan di dalam bab ini adalah seperti berikut:

a) Penghujahan atau pandangan daripada para Ulama Islam mengenai ilmu Mantik. b) Hubungan wahyu dan akal dari perspektif Islam. c) Perbandingan konsep wahyu dan akal menurut Harun Nasution dan Muhammad Abduh

9

3.2. KAJIAN - KAJIAN LEPAS

3.2.1. Penghujahan Atau Pandangan Daripada Para Ulama Islam Mengenai Ilmu Mantik

Menurut kajian Syed Salim Shamsuddin et al, Sains Insani (2019), ilmu mantik atau ilmu logik didefinisikan sebagai satu alat yang mengatur segala kerja otak dalam berfikir supaya terhindar dari salah silap dengan menyusun al-muqqadimah al-sughra dan al-muqqadimah al-kubra untuk mendapat sesuatu kesimpulan dalam memahami sesuatu perkara dan memperoleh kebenaran. Beliau juga telah membahaskan tentang kaedah - kaedah yang mampu membimbing akal manusia dalam berfikir.

Terdapat dua bidang perbahasan ilmu mantik iaitu tassawwuriyyah dan tasdiqiyyah. Tassawwuriyah adalah gambaran yang ada pada akal manusia secara langsung dengan sendirinya tanpa melibatkan sifat dan hukum lain manakala tasdiqiyyah ialah tasssawur yang disertai dengan hukum, sama ada secara nafi atau isbat (Al-Damanhuri, 2006). Hal ini akan membantu untuk membina definisi dan membina penyataan, penghujahan atau pembuktian serta membantu seseorang individu dalam mengenalpasti dan menggambarkan tentang sesuatu yang tidak diketahui untuk mendapatkan kepastian mengenai hakikat perkara yang belum pasti lagi.

Dengan akal manusia membuat keputusan atas sesuatu perkara berdasarkan tiga hukum sebagai dasar bagi memahami ilmu akidah Ahli Sunnah Waljamaah supaya individu itu boleh mengelakkan dari pemahaman yang mengelirukan. Tiga hukum tersebut ialah hukum akal atau logik, hukum adat atau sering disebut juga hukum alam atau sunnatullah dan hukum syarak iaitu hukum yang diwahyukan oleh Allah (Faudah, 2017). Hukum akal ialah suatu keputusan yang dilakukan oleh akal mengikut logik akal manusia. Keputusan terhadap sesuatu perkara atau kejadian menurut hukum akal dibahagi kepada tiga perkara iaitu wajib (perkara yang mesti benar atau ada dan tidak mungkin sebaliknya), perkara mustahil (perkara yang mesti tidak benar atau tidak ada dan tidak mungkin sebaliknya) dan

10

perkara harus (perkara yang boleh jadi benar atau ada dan boleh jadi tidak benar atau tidak ada).

Kedua, hukum adat atau sunnatullah ialah suatu keputusan yang dilakukan oleh akal mengikut pengalaman secara berulang, paling kurang dua kali kemudian disusun dengan menjadi berbagai - bagai ilmu. Allah S.W.T telah menjadikan alam ini dengan peraturan dan ketetapan-Nya bagi memudahkan urusan kehidupan makhluk-Nya. Ketiga, hukum syarak adalah hukum yang diyakini atas dasar al-quran dan hadis. Dalil yang dipakai ialah dalil naqli yang dipetik dari al-quran atau hadis (Syed Shamsuddin, S., Wan Razali, W., Abdul Aziz, M., & Mohamed, M. (2019, November 29)).

Menurut kajian Ustaz Ahmad Faiz Al- Azhari Al- Asmuniy (Januari,2016), Mabadi Asyara adalah sepuluh prinsip yang merupakan suatu teknik pengenalan ilmu - ilmu secara tradisi Islam. Pelajar yang berpengetahuan harus mengetahui nama pengetahuannya. Oleh itu, prinsip pertama yang terdapat dalam Mabadi Asyara iaitu adalah berkaitan dengan nama ilmu. Ilmu mantik Arab disebut "‫"منطق‬, di mana kata “ ‫ ”منطق‬berasal dari kata “‫”نطق‬, yang bermaksud bercakap dan boleh juga bermaksud akal yang dikaitkan dengan tindakan berfikir minda. Dalam kaedah umum, satu atau lebih definisi biasanya disusun dalam dua cara: iaitu, definisi berdasarkan faedah atau subjek. Misalnya, jika kita mahu menggambarkan kerusi, kita boleh menyebutnya alat untuk manusia duduk. Ia juga boleh disebut sebagai alat yang mempunyai lapik punggung dan juga bahagian untuk menyandarkan belakanag. Inilah cara bagi memperihalkan rupa bentuk dan isi kandungan subjek tersebut.

Selain itu, Al-Imam Al-Ghazali juga ada memberi pandangan tentang ilmu mantik yang diterangkan dalam kajian Mohd Fauzi Bin Hamat (2000). Al-Imam Al-Ghazali adalah individu pertama yang menerangkan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Beliau mengklasifikasikan ilmu mantik adalah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai pembantu dalam menyusun pelbagai hujah yang dikemukakan.

11

Beliau telah bertungkus lumus dalam membersihkan akidah islam dari dicemari oleh pemikiran falsafah Yunani. Hal ini kerana pemikiran falsafah Yunani dalam bab ketuhanan dan akidah mendedahkan umat islam kepada bahaya yang lebih serius berbanding...


Similar Free PDFs