CTU552 kajian bertulis FAHAMAN RASIONALISME DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU ANALISIS PDF

Title CTU552 kajian bertulis FAHAMAN RASIONALISME DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU ANALISIS
Author NUR ANIS HADIRAH BINTI MUHAMAD AZHAR
Course Hubungan Etnik
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 33
File Size 761.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 135
Total Views 473

Summary

Download CTU552 kajian bertulis FAHAMAN RASIONALISME DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU ANALISIS PDF


Description

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

FAHAMAN RASIONALISME DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: SATU ANALISIS

DISEDIAKAN OLEH: (1) NUR ANIS HADIRAH BINTI MUHAMAD AZHAR (KETUA) 2021149725 (2) ANIS SYAHIRAH BINTI ZULAFFANDI

2021124451

(3) NURUL AZMINA AFIFAH BINTI MOHD AZAMI

2021112125

(4) MASYITAH SYAFIQAH BINTI MUHAMMAD

2021112549

(5) NURUL ASYIQIN BINTI MAS IRAWAN

2021393567

(6) AIMAN DALILA FATASYAH BINTI ROZMAN

2021112437

Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada Ustaz Mohd Rusydi Ramli Dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA) SEMESTER 2 SESI 2 2020/2021 1|Page

ISI KANDUNGAN

N

PERKARA

O 1. 2. 3. 4.

MUKA HADAPAN ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN

MUKA SURAT 1 2 3 4

1. Konsep fahaman Rasionalisme 2. Kesan fahaman Rasionalisme dalam masyarakat 5.

KAJIAN LITERATUR 

Kajian - kajian Literatur



Perbezaan antara kajian literatur mereka dengan

5-8

kajian yang saya lakukan terdahulu  6.

Persamaan antara kajian literatur mereka dengan

kajian yang saya lakukan terdahulu ISI DAN HURAIAN 

Rasionalisme dari sudut pandangan Islam



Ideologi barat terhadap isu Rasionalisme



Implikasi berkaitan fahaman Rasionalisme



Cabaran yang dihadapi dalam isu Rasionalisme



Faktor penyebaran fahaman Rasionalisme



Langkah-langkah mengatasi dari sudut pandangan

9 - 23

islam

7. 8. 9.



Isu-isu berkaitan fahaman Rasionalisme



Tokoh-tokoh Rasionalisme

KESIMPULAN KAJIAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

26 27 28 - 32

1) PENDAHULUAN

2|Page

Rasionalisme merupakan perkataan daripada bahasa Latin iaitu ration yang membawa maksud akal iaitu reason. Pemikiran rasionalisme ini telah muncul pada abad ke17 dan 18. Pemikiran rasionalisme ini berpegang bahawa prosedur tertentu dari akal merupakan sumber tertinggi bagi kebenaran dan pengetahuan. Dari segi istilah pula, rasionalisme membawa maksud aliran yang berpegang kepada prinsip bahawa akal manusia harus diberi tugas utama kepada apa-apa penjelasan kerana ia merupakan sumber utama pengetahuan. Menurut ahli sumber pengetahuan, bahkan sumber satu-satunya, adalah akal budi manusia dan menolak anggapan bahawa kita boleh menemukan pengetahuan melalui pancaindera kita. Selain itu, rasionalisme merupakan fahaman yang mengatakan bahawa akal itulah sebagai alat pengukur dalam ilmu pengetahuan. Pengetahuan yang dicari dengan bantuan akal. Pengetahuan yang dicari melalui akal ialah ilmu pengetahuan yang dicari dengan berfikir secara logik dan mendalam. Kemudian akal akan diuji dengan apakah ia logik atau tidak sama sekali. Secara pandangan Islam, para Ulamak juga tidak memungkiri akan kekuatan akal atau rasionalisme dalam menentukan sesuatu kebenaran dan juga perkara yang melibatkan kajian-kajian berkaitan agama. Namun, akal masih dipermasalahkan dalam sejauh mana kemampuan rasio akan kebenarannya. Sebahagian para Ulamak menyatakan bahawa rasio harus ditempatkan di bawah wahyu yang menggunakan Al-Quran sebagai sumber untuk membimbing manusia dalam mengenal Allah SWT. Rasionalisme wujud dalam dua konteks dan bidang iaitu dalam bidang agama seperti rasionalisme difahamkan sebagai tindakan melawan pihak penting dalam sesebuah agama untuk pendekatan secara kebiasanya digunakan untuk mengkritik dalam ajaran agama. Dari segi bidang falsafah pula rasionalisme adalah bersifat melawan terutama berguna sebagai teori pengetahuan. Sebagai contoh pemahaman kita tentang logik dalam matematik serta penemuan-penemuan berkaitan kedua-dua bidang ini tentang kebenarannya pasti dan sahih serta kita tidak hanya melihatnya sebagai benar semata-mata malah kita melihatnya sebagai kebenaran yang tidak sahaja mustahil malah bersifat universal atau sejagat. Antara tokoh yang berkait rapat dengan pemikiran rasionalisme ialah Plato. Beliau membezakan dua bentuk pengetahuan iaitu pengetahuan inderawi dan pengetahuan kejiwaan. Pemikiran rasionalisme ini muncul kerana terdapat keinginan untuk membebaskan diri dari segala pemikiran tradisional yang pernah diterima. Menurut pemikiran ini, sesuatu pengetahuan itu diperoleh dengan cara berfikir (iaitu menggunakan akal). Rasionalisme berpegang bahawa setiap kebenaran itu perlu kepada bukti, logik, dan analisis yang berdasarkan fakta.

3|Page

2) OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Konsep fahaman rasionalisme ialah 

Merupakan konsep utama yang menjadi pegangan ini adalah kepercayaan terhadap kemampuan dan keupayaan oleh akal fikiran sebagai alasan untuk menyingkap ilmu dan kebenaran akan sesuatu.



Selain itu, rasionalisme juga menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk memperolehi sesuatu kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan.



Rasionalisme turut nyatakan bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi sesuatu kebenaran.



Disamping itu, rasionalisme juga tergolong dalam perkara yang berasaskan nilai-nilai saintifik yang kebiasaannya menolak tentang wujudnya wahyu dan mukjizat. Hal yang demikian kerana kedua-duanya dianggap tidak rasional sama sekali. Terdapat ukuran samaada sesuatu itu secara saintifik ataupun tidak juga dapat dilihat melalui samaada ia logik ataupun tidak.

2.2 Kesan fahaman rasionalisme dalam masyarakat ialah 

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam cabaran mendepani pemikiran rasionalisme. Cabaran yang dihadapi oleh para pejuang yang memperkenalkan serta mengembangkan ideologi Rasionalisme pada zaman lalu perlu diketahui agar dapat dipraktikkan pada zaman modenisasi



Dapat meningkatkan semangat jati diri seorang muslim yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Jika diteliti tentang rasionalisme, ia mempunyai satu aspek utama iaitu kekuatan idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.



Kajian ini dapat menambah pengetahuan pelajar tentang implikasi rasionalisme iaitu langkah dan cara pemikiran tersebut dalam ilmu falsafah. Pemikiran yang diterapkan dalam ideologi rasionalisme dapat memberi pengajaran terhadap masyarakat Malaysia yang berfikir dengan lebih tinggi.



Pemikiran aliran Rasionalisme dapat menerapkan unsur yang cemerlang dan lebih tepat dalam mengembangkan ilmu-ilmu pendidikan. Dengan kajian ini, aliran rasionalisme dapat diperluaskan dan digunapakai di seluruh pelusuk dunia

4|Page

3) KAJIAN LITERATUR

3.1 Menurut kajian literatur iaitu sejarah perkembangan Rasionalisme ialah 3.1.1 Dr Yusof Al Qordhowi “Liqaat wa Muhawarat haula Qadhaya al Islam wa al’Ashr” edisi Indonesia iaitu “Masalah – Masalah Islam Kontemporer Beliau bersifat terbuka tentang isu dibahaskan iaitu Islam dan akal yang melibatkan tentang rasionalisme. Buku ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan akal dalam konsep Islam. Akal merupakan anugerah terpenting bagi manusia yang supaya dapat membezakan manusia dengan haiwan secara khususnya. Akal juga merupakan tempat daya berfikir manusia dan merupakan ‘mesin’ menyerap dan menganalisis data. Akal manusia juga terbatas dalam cara berfikir individu terutama hal yang melibatkan agama. Tidak dinafikan di dalam buku ini bahawa rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan uji kaji yang menyatakan bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Namun, menurut kajian yang dilakukan ia haruslah berlandaskan syarak yang telah ditetapkan berlandaskan al-Quran, hadis serta para ulamak yang menetapkan bagi kita dua perkara terpenting dalam agama iaitu masalah wujud taala dan menetapkan kenabian. Secara keseluruhannya, buku ini sangatlah bagus kerana mengemukakan bukan sahaja isu tentang Rasionalisme terhadap Islam dan akal sahaja tetapi turut membahaskan tentang isu wahyu oleh Allah swt terhadap Rasul, kewujudan al-Quran dan sebagainya.

3.1.2 Jurnal H. Muhammad Bahar Akkase Teng “Rasionalis dan Rasionalisme dalam perspektif sejarah” Beliau mengatakan bahawa perintis awal aliran Rasionalisme ialah Heraclitus, yang yakin akan akal sebagai sumber ilmu melebihi pancaindera. Akal manusia boleh berhubung dengan akal ketuhanan yang memancarkan sinaran cahaya tuhan dalam diri manusia. Pada zaman pertengahan Rasionalisme, Yunani yang berkembang disebabkan beberapa tokoh, iaitu Socrates, Plato dan juga Aristotle. Rasionalisme juga mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Aristotle yang berusaha melawan serangan pemikiran aliran Sufastho’iyyun yang menyebarkan pengangan bahawa “Sesuatu perkara itu adalah dianggap baik bila manusia mengira ia adalah baik”, dengan kata lain “Manusia adalah kayu pengukur segala perkara”. Ini bermaksud ia berpegang terhadap logic manusia semata mata.

5|Page

3.1.3

Lacey, A.R (1996) “A Dictionary of Philosophy” edisi pertama,

Menurut kajian literatur iaitu buku yang diterbitkan oleh Lacey, A.R (1996) “A Dictionary of Philosophy” beliau berkata bahawa Rasionalisme juga menguji akal kita untuk berfikir mencari kebenaran yang dimana sudah ada dalam diri kita, kita cuma perlu berfikir lebih untuk mencari ilmu pengetahuan. Rasionalisme juga menolak adanya nilai-nilai saintifik seperti wahyu atau mukjizat kerana ianya dianggap tidak boleh diterima oleh akala tau logiknya akal. Untuk mengetahui samada sesuatu itu saintifik atau tidak, ia juga terletak pada samada ianya logic atau sama sekali tidak.

3.1.4

Buku Muhammad Bahar Akkase Teng, 2016 “Logika Dalam Perspektif Sejarah” penerbit De La Macca Makassar Cetakan Pertama

Menurut buku yang dihasilkan dari pengaruh tersebut iaitu Aristotle menerbitkan karyanya iaitu Organaon untuk menambahbaik Rasionalisme dengan Menyusun kaedah ilmu logic secara sistematik. Rasionalisme telah menguasai tamadun Yunani sehinggalah kepada zaman Helenisme. Diantara aliran moden yang membuat Rasionalisme sebagai rujukan ialah aliran idealisme yang diketuai oleh Spinoza (1632-1677) dan Leibniz (16461716). Antara tokoh lain yang juga mengembangkan Rasionalisme ialah Descartes (15961716)

3.1.5

Muhammad Abduh: Konsep Rasionalisme Dalam Islam oleh Nurlaelah Abbas Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN Alauddin Makassar

Merujuk kajian bertulis oleh Muhammad Abduh seorang Pemikir Pembaru Islam yang sangat berpengaruh di dalam sejarah pemikiran Islam. Pemikirannya membawa dampak yang signifikan dalam berbagai kehidupan pemikiran masyarakat meliputi aspek penafsiran Al-Qur'an, pendidikan, sosial masyarakat, politik, peradaban dan sebagainya. Islam adalah agama yang terdiri dari beberapa aspek yang saling berhubungan, satu dengan yang lainnya. Yaitu Aqidah (Teologi), Syariah (Hukum Islam) dan Akhlak (tasawuf). Namun dalam hal ini, penulis memilih focus pembahasan pada pemikiran dalam bidang akidah (teologi) dan hukum kerana kedua ini sangat menentukan kehidupan seseorang dalam bertindak. Kepercayaan pada kekuatan akal, membawa Muhammad Abduh selanjutnya kepada faham yang mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam kemauan dan perbuatan. Dalam falsafah ini terdapat dua konsep mengenai hal tersebut. Pertama, pendapat mengatakan bahawa semua perbuatan manusia telah ditentukan semenjak azali,

6|Page

sebelum ia lahir dan fahaman ini dalam ideologi Islam. Dalam ideologi Barat pendapat ini disebut fatalisme atau predestination. Kedua, bahawa manusia mempunyai kebebasan sungguhpun terbatas sesuai dengan keterbatasan manusia dalam kemauan dan perbuatan. Fahaman ini dalam Islam disebut dalam ideologi Barat disebut free will and free act. Pemikiran Muhammad Abduh sangat berpengaruh dalam dunia Islam baik di Mesir mahupun negara-negara Arab lainnya sehingga muncul ulama-ulama modern seperti Mustafa al-Maraghi, Mustafah Abd Raziq, Tantawi Jauhari, Ali Abd al-Raziq dan Rasyid Ridha. Pengarang-pengarang tersebut dalam bidang agama seperti Farid Wajdi, Ahmad Amin, Qasim Amin yang terdapat di Indonesia tidak sedikit mempengaruhi gerakan pembaharuan yang dicetuskan seperti Ahmad Surkati dan gerakan al-Irsyad, Ahmad Dahlan dan gerakan Muhammadiyah dan ramai lagi.

3.1.6

Syed Ameer Ali: Tokoh Rasionalisme Dalam Dunia Islam Abad Ke-19 (Syed Ameer Ali: Muslim Rationaslist in the 19 th Century) oleh Md Hasri Bin Rajali dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Seterusnya, dalam kajian bertulis ini pula, semangat rasionalisme ini sering kali diguna pakai oleh golongan islamiah yang berpendidikan Barat. Selain itu, ia bermula popular pada abad ke-19 seperti mana yang berlaku di India yakni Syed Ameer Ali merupakan salah satu tokoh yang melaungkan semangat rasionalisme. Syed Ameer Ali dikatakan telah menjadikan falsafah rasionalisme sebagai prinsip kehidupannya bagi memperjuangkan pengertian Islam yang sebenar. Hal ini bertujuan untuk menyelamatkan umat Islam daripada lembah kejahilan dunia intelektual dan mencontohi kebangkitan intelektual sepertimana yang dibawa dalam kerajaan Bani Abbasiyah. Oleh itu, makalah ini akan membahaskan wacana idea Syed Ameer Ali terhadap pemikiran Islam bersumberkan karya-karya agung beliau. Selain itu, kajian bertulis ini juga menunjukkan beliau terpengaruh dengan tradisi intelektual Barat. Ini dibuktikan menerusi kenyataan-kenyataan yang kontroversi daripada nukilan-nukilan karyanya sendiri seperti A Critical Examination of the Life and Teachings of Mohammed pada tahun 1873 yang jelas menunjukkan bahawa beliau mengangkat tradisi rasionalisme kemudiannya dipadatkan dalam tradisi Islam klasik khususnya di India pada waktu itu. Malah pengagungan rasionalisme itu memberi anggapan bahawa Nabi Muhammad sebenarnya membawa perwatakan rasionalisme sebenar dalam dunia Islam. Oleh yang demikian,

pemikiran

beliau

sama

ada

betul atau

tidak seharusnya

dibincangkan daripada sudut wacana idea yang telah dilontarkan terhadap dunia Islam. 7|Page

Hal ini kerana wacana idea tersebut telah memberikan impak pemikiran dalam sejarah Islam

khususnya

di

India.

Dalam pemikiran tersebut, beliau berusaha untuk

memodernisasi pemikiran umat Islam di India pada tempoh tersebut. Lantaran itu, inilah topik menganalisis wacana-wacana pemikiran Syed Ameer Ali yang bercorak rasionalisme terhadap Islam.

3.1.7 Rene Decartes (1596 – 1650) dan Metode Cogito oleh Solehah Hj Yaacob dan Hairunnaja Hj Najmuddin Kajian bertulis ini berkisahkan tentang yang dikenali sebagai ahli filosofi modern. Ia merupakan ahli dalam mengkaji ilmu alam, ilmu hukum, dan juga ilmu kedokteran. Rene Descartes menyatakan bahawa ilmu pengetahuan seharusnya hanya ada satu-satunya tanpa bandingannya dan harus disusun oleh seorang ahli individu sahaja sebagai yang bukti menurut satu kaedah yang umum. Beliau juga berpendapat bahawa sumber pengetahuan yang dapat dipercayai adalah melalui akal pengetahuan yang dapat memenuhi syarat yang dituntut oleh semua ilmu pengetahuan ilmiah. Hal ini kerana dengan adanya akal yang dapat diperoleh dengan kebenaran.

8|Page

3.2 Perbezaan dan persamaan antara kajian literatur mereka dengan kajian yang saya lakukan ialah 3.2.1 Perbezaan antara kajian literatur mereka dengan kajian yang saya lakukan ialah 1. Ada sesetengah dari mereka hanya menggunakan akal semata-mata sebagai panduan hidup yakni tanpa sebarang rujukan penyelidikan hanya mengikut logik otak manakala berbeza dengan kajian yang saya lakukan sebelum ini dalam buku “Masalah – Masalah Islam Kontemporer” yang menggunakan akal dan turut dibantu dengan bantuan Al-Quran, hadis serta para ulamak. 2. Justeru itu, perkara yang berkait rapat dalam Islam ada masalah dalam perbezaan pendapat manusia yang terbatas dalam cara berfikir terutama hal yang melibatkan agama yang dilihat melalui pancaindera dan penulisan. Manakala ada dalam sesetengah kajian mereka, mereka tidak mempunyai masalah yang sehingga melibatkan dosa dan pahala yakni menyebabkan kesan yang buruk kepada umat Islam. 3. Selain itu, di dalam kajian yang dilakukan sebelum ini dua perkara penting iaitu tentang perkara pertama tentang masalah kewujudan Allah swt yang mana dibuktikan dengan wahyu naqli. Manakala, menurut kajian literatur mereka ada manusia yang menentang kewujudan Allah swt. Hal in terjadi kerana terdapat individu yang tidak percaya kepada Allah swt dan Rasul-Nya. 3.2.2 Persamaan antara kajian literatur mereka dengan kajian yang saya lakukan Persamaan antara kajian literatur mereka dengan kajian yang telah saya lakukan ialah menurut kajian literatur mereka dengan kajian yang telah saya lakukan, kedua-duanya menggunakan akal sebagai tempat daya berfikir manusia. Kepercayaan pada kekuatan akal, membawa manusia kepada kefahaman yang mengatakan bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam kemauan dan apa-apa perbuatan.

9|Page

4.0 ISI KANDUNGAN 4.1 Rasionalisme dari sudut pandangan Islam Rasionalisme adalah pemahaman yang mengatakan bahawa akal itulah alat pencari dan pengukur pengetahuan. Pengetahuan dicari dengan akal, temuanya diukur dengan akal pula. Pengetahuan dicari dengan akal ialah pengetahuan yang dicari dengan berfikiran logik dan mendalam, kemudian yang dimaksud dengan diukur oleh akal ialah diuji apakah temuan itu logik atau tidak, apabila ia logik, maka benar, dan apabila ia tidak, maka salah. Akal yang mengatur perbuatan manusia dan alam. Dalam islam, para pemikir islam juga tidak memungkiri akan kekuatan akal atau rasionalisme dalam menentukan kebenaran, dan dalam kajian-kajian agama. Namun, akal masih di dalam isu sejauh mana kemampuan akal boleh diikuti dan dipakai. Sebahagian para pemikir islam menyatakan bahawa ia harus ditempatkan di bawah wahyu, dan ada juga yang sebaliknya, menganggap bahawa dengan menggunakan akal sahaja, sudah cukup untuk membimbing manusia dalam membimbing dan mengenal Tuhan. Sebagai manusia, kita seharusnya memahami bagaimana pandangan dan konsep rasionalisme dalam Islam, sehingga dapat menggunakan kemampuan pemikiran dalam menentukan kebenaran secara baik dan benar. Dalam Islam, rasionalisme juga diperlukan dalam kajian-kajian keagamaan. Lahirnya rasionalisme dalam dunia Islam tidak terlepas dari pengaruh pemikiran dan falsafah Yunani. Menurut Lauis Gardet dan Anawati, kemunculan sistem berfikiran rasional dalam islam, didorong oleh beberapa faktor, pertama, didorong oleh munculnya mazhab-mazhab bahasa, kerana adanya keperluan dalam memahami ajaran-ajaran yang ada dalam Al Qur’an dengan baik dan benar. Al Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab, namun tidak semua lafazlafaz boleh terus difahami dengan mudah, maka diperlukan adanya pemikiran-pemikiran yang juga berasal dari akal. Sebab yang kedua, munculnya mazhab-mazhab fiqh. Persoalan yang ada kadangkala tidak boleh terus dipecahkan oleh Al Quran dan Sunnah, sehingga munculah pemikiran baru dalam bidang hukum yang akhirnya melahirkan mazhab-mazhab fiqh. Ketiga, rasionalisme muncul juga kerana adanya usaha umat islam untuk menterjemahkan buku-buku Yunani Kuno. Dan dengan adanaya usaha penerjemahan ini, kaum muslimin mula mempelajari logik, fizik dan metafizik Aristoteles.

10 | P a g e

Allah memrintahkan manusia untuk selalu berfikir dan mengingat Allah dalam segala keadan. (Ali Imran: 191). Yang bermaksud “(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari seksa neraka.” Dalam Al Qur’an, tidak kurang dari ...


Similar Free PDFs