CTU552 F Group Assignment PDF

Title CTU552 F Group Assignment
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 10
File Size 228.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 63
Total Views 906

Summary

CTU 552FALSAFAH DAN ISU SEMASATAJUK:KONSEP DAN SIFAT SYAITAN DARI PANDANGANMITOLOGI SLAVICKUMPULAN: CTU552FDISEDIAKAN OLEH:NOORATIRAH BINTI MOHD AZLI 2020847514NABILAH HAYAA BINTI MUHAMMAD PUTERA2020856158MUHAMAD NASHRULLAH BIN ABDUL HALIM2020455318DISEDIAKAN UNTUK:MOHD NORAZRI BIN MOHD ZAINIiPENGES...


Description

CTU 552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA TAJUK: KONSEP DAN SIFAT SYAITAN DARI PANDANGAN MITOLOGI SLAVIC KUMPULAN: CTU552F DISEDIAKAN OLEH: NOORATIRAH BINTI MOHD AZLI NABILAH HAYAA BINTI MUHAMMAD

2020847514 2020856158

PUTERA MUHAMAD NASHRULLAH BIN ABDUL

2020455318

HALIM

DISEDIAKAN UNTUK: MOHD NORAZRI BIN MOHD ZAINI

i

PENGESAHAN PENSYARAH

DISEDIAKAN OLEH: Nabilah Hayaa Binti Muhammad Putera Muhamad Nashrullah Bin Abdul Halim Nooratirah Bt Mohd Azli

2020856158 2020455318 2020847514

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU552 (Falsafah dan Isu Semasa), khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Fakulti Pengajian Perniagaan, Semester 1, Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Alam.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh:

______________________

Mohd Norazri Mohamad Zaini Pensyarah ACIS Tarikh:

ii

Table of Contents Isi Kandungan Pendahuluan Permasalahan Kajian Objektif kajian Metedologi Kajian Hasil Kajian Kesimpulan dan Cadangan

iii iv iv v v viii ix

Nama: Nooratirah Bt Mohd Azli Tajuk Individu: Syaitan Rusalka Si Iblis Penggoda Pengenalan Isi 1: Konsep Rusalka Isi 2: Sifat Rusalka Isi 3: Ciri-ciri Rusalka Isi 4: Asal Usul Kepercayaan Terhadap Rusalka Isi 5: Kesan Mempercayai Rusalka Terhadap Bangsa Isi 6: Matlamat Rusalka sebagai Iblis Isi 7: Tugas Rusalka Sebagai Iblis Isi 8 Cara Bangsa Slavia Menghalau Rusalka Kesimpulan Rujukan Nama: Nabilah Hayaa Bt Muhammad Putera Tajuk Individu: Syaitan Ala Pengenalan Isi 1: Konsep Ala Isi 2: Ciri-ciri Ala Isi 3: Sifat Ala Isi 4: Asal-Usul Kepercayaan Terhadap Ala Isi 5: Kesan Ala Terhadap Bangsa Slavia Isi 6: Matlamat Ala sebagai Syaitan Isi 7: Tugas Ala Sebagai Syaitan Isi 8 Cara Bangsa Slavia Menghalau Ala Kesimpulan Rujukan Nama: Tajuk Individu: Pengenalan Isi 1 Isi 2 Isi 3 Isi 4 Isi 5 Isi 6 Isi 7 Isi 8 Kesimpulan Rujukan

iii

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

12 13 14-15 16 17 18-19 20 21 22-23 24 25-26

PENDAHULUAN Sejak awal abad ke-6, Slav telah meluaskan penempatan untuk mendiami sebahagian besar Eropah Tengah, Eropah Timur dan Eropah Tenggara. Rakyat Slav adalah kumpulan etnolinguistik, yakni mereka mampu menuturkan pelbagai bahasa Slavia dari kumpulan besar linguistik Balto-Slavia dari keluarga bahasa Indo-Eropah. Tiga bahasa dari Eropah Timur berpecah agak lewat dalam abad ke-14 hingga abad ke-15. Perpecahan ketiga-tiga bahasa ini telah menyebabkan demonologi, mitologi dan kepercayaan agama di antara rakyat Eropah Timur (Rusia, Ukrain dan Belorusia) hampir serupa (Witold Manczak, The Original Homeland of the Slavs Praojczyzna Slowian, 2009, 137). Mitologi Slavia dan agama Slavia berkembang lebih dari 3,000 tahun yang lalu dan dijangka bahawa beberapa bahagiannya berasal dari zaman Neolitik mahupun zaman Mesolitik. Kebanyakan mitologi Slavia berpendapat bahawa Tuhan memerintahkan syaitan untuk memunculkan sedikit pasir dari dasar laut dan diciptakan tanah darinya (Boris Naimushin, Slavic culture and Slavic civilization or communities imagined and communities imposed, 2003, 425).

PERMASALAHAN KAJIAN Menurut sejarah Slavia, kepercayaan terhadap kekuatan ghaib, iblis, dan roh jahat telah mendominasi pada masa itu. Tingkah laku yang tidak normal sering dikaitkan dengan kerasukan atau disampuk kekuatan ghaib . Namun, pada hari ini, era yang lebih moden, kepercayaan Slav terhadap kekuatan ghaib, roh jahat dan sebagainya telah dianggap sebagai tahyul atau dongeng. Pandangan Slav (bukan keseluruhannya) terhadap roh jahat, kekuatan ghaib dan sebagainya telah beralih kepada kepercayaan pada sains dan logik akal. Tingkah laku tidak normal telah dilihat sebagai kesan dari faktor fizikal dan psikologi. Perkembangan perubatan moden menguatkan lagi pandangan Slav, iaitu pandangan bahawa tingkah laku yang tidak normal adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan mental seseorang individu itu. Masalah kepercayaan yang berlaku pada masa kini dan dahulu, memerlukan kajian untuk membongkarkan kebenaran yang dicari. Oleh sebab itu, kami telah tertarik untuk mengkaji permasalahan ini demi membuktikan kewajaran kepercayaan terhadap mahkluk ghaib, iblis dan sebagainya.

iv

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji konsep syaitan menurut mitologi slavik dan memahami ciri serta sifatnya. 2. Memahami asal usul kepercayaan ini dan kesannya terhadap penduduk slavia. 3. Mendalami matlamat dan tugas syaitan serta cara menghalaunya menurut mitology slavik.

METODOLOGI KAJIAN Metodologi berasal daripada bahasa yunani iaitu “methodos” dan “logos”. “Logos” bererti ilmu atau bersifat yang ilmiah. Oleh itu, metodologi adalah ilmu atau cara yang digunakan untuk memperoleh suatu kebenaran dengan menggunakan penelusuran dengan urutan atau tatacara tertentu yang sesuai dengan apa yang akan dikaji atau diteliti. Berdasarkan pandangan Sulaiman Masri, beliau menyatakan bahawa penyelidikan ialah proses penghasilan dan penambahan pengetahuan tentang manusia, alam dan sebagainya (Sulaiman Masri, Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. 2003, 1) tetapi menurut Cohen dan Manion, metodologi ditakrifkan sebagai pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi mengumpul data (Othman Mohamed, Penulisan Tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan, 2001, 26) dan nenurut Noorzan Mohd Noor, penyelidikan ialah suatu kajian untuk mencari jawapan secara tersusun dan sistematik (Noorzan Mohd Noor, Writing Research and Thesis Proposal : Guidelines and Examples , 2010, 1) Metode Kajian Metode kajian menjelaskan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data. Selalunya, metode kajian, terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan tetapi sesuatu penyelidikan yang dilakukan itu tidak semestinya memerlukan semua jenis metodologi yang ada bahkan mencukupi dengan beberapa metodologi yang sesuai bagi mendapatkan laporan penyelidikan yang cukup baik. Di antara metodologi yang digunakan di dalam penyelidikan yang dilakukan untuk menghasilkan laporan ini ialah: Metode Pengumpulan Data Pengumpulan data terbahagi kepada dua iaitu kajian perpustakaan yang menggunakan dokumen-dokumen yang berautoriti misalnya manuskrip, fail rekod dan sebagainya manakala kajian lapangan dijalankan dengan menjalankan temu bual, soal selidik, dan observasi. v

Sumber Data Sumber data menjelaskan sumber dari mana data-data berkenaan diperolehi. Sumber data boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber primari dan sumber sekunder. Data primari ialah data yang diperolehi melalui pemerhatian, soal selidik, interview, ujian makmal dan kerja-kerja lapangan.manakala data sekunder adalah data-data yang diperolehi dari bahan bertulis yang dihasilkan oleh orang lain seperti buku-buku, jurnal atau laporan bertulis di dalam buku atau atau di laman web. Sumber primari pula ialah sumber yang ada kaitan secara langsung dengan keadaan yang dikaji termasuklah dengan menjalankan aktiviti temu bual, observasi dan seumpamanya manakala sumber primari lain pula ialah laporan, autobiografi, diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal seseorang penulis. Sumbe sekunder pula ialah sumber yang ada perantara di antara keadaan atau pengalaman yang dikaji seperti ulasan, majalah dan juga buku-buku ilmiah. Bagi mendapatkan data-data dalam kajian ini, kumpulan ini telah menggunakan beberapa metode:

Data Sekunder a) Laman Web Laman web menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud dokumen elektronik pada paparan skrin komputer yang biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dan lain-lain yang dapat dicapai melalui Internet. Di sini, kumpulan kami telah melayari beberapa laman web untuk menjalankan kerja kursus ini.

b) Buku Buku meruapakan sejumlah kepingan kertas yang mengandungi maklumat, cerita, atau puisi, Beberapa buku berkaitan dengan tajuk kerja kursus kami juga digunakan iaitu buku-buku yang mempunyai kaitan dengan ‘Mitodolgi Slavia’

vi

c) Artikel Artikel merupakan komposisi bertulis dalam prosa tentang sesuatu cerita atau penulisan yang biasanya bukan fiksyen, mengenai topik-topik tertentu yang diambil daripada beberapa bahagian dari buku atau penerbitan lain dan telah bebas diolah untuk menghasilkan suatu cerita sebagaimana yang telah ditulis atas surat khabar atau majalah. Kumpulan ini telah merujuk beberapa artikel yang berkait dengan ‘Mitodologi Slavia’

Metode Analisis Data Data yang telah diproses haruslah dianalisis untuk membolehkan mendapatkan keputusan bagi masalah yang dikaji Kumpulan ini telah mengubah struktur data kepada maklumat yang boleh digunakan dalam kerja kursus ini. Apabila membincangkan analisis data, selalunya kaedah induktif dan deduktif dijelaskan.

a) Metod Induktif Metode induktif juga dikenali sebagai induktif-generatif atau secara mudahnya, penyelidik akan mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan atau menghuraikan fenomena yang dikaji. Permulaan bagi kerja kursus ini bermula dengan data yang terhad dan berasingan dan secara generatifnya terus dikumpul dan diteliti sehingga persoalan yang dikaji menjadi jelas. Metode Induktif ini digunakan dalam beberapa isi iaitu di matlamat dan tujuan bagi syaitan-syaitan berdasarkan mitologi Slavia.

b) Metode Deduktif Metode deduktif bermaksud penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada atau dibentuknya sendiri berasaskan pemikiran atau pengalaman tertentu untuk melihat vii

fenomena yang berlaku. Pergerakannya dari yang bersifat umum menuju kepada yang lebih khusus iaitu apa yang diteorikan dengan keadaan yang sebenar berlaku dalam situasi yang dikaji. Metode dedukitf digunakan dalam isi 2 iaitu sifat bagi syaitan dan juga di isi 6 iaitu matlamat syaitan tersebut.

HASIL KAJIAN Pengaruh Syaitan dalam peradaban Ketamadunan Slavic dilihat sebagai suatu kepercayaan yang masih bermain difikiran rakyat Slavic. Slavic yang merangkumi pelbagai negara dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Timur, Barat, dan Selatan dimana negara – negara tersebut adalah Belarus, Russia, Ukraine merupakan Timur Slavic, Cezh Republic, Poland , Slovakia merupakan Barat Slavic dan dibahagian selatannya dianggotai oleh Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia, and Slovenia. Kesemua negara berikut mempercayai kepada Mitologi Slavic. Vakar, N.P. "Teaching Russian Civilization." AATSEEL Bulletin, VI (June, 1949)

Mitologi Slavic itu sendiri kaya dengan kepercayaan mistik mereka sendiri. Dimana Mitologi Slavic mempunyai kepercayaan keagamaan yang dianuti oleh mereka iaitu Slavic Paganism yang diamalkan sebelum ketibaan Kristian pada abad ke 8. Pada masa kini agama yang terbesar dianuti oleh penduduk Slavic ialah Kristian dan islam. Penganutan kepada kepercayaan Slavic Paganism mempunyai kepercayaan terhadap alam ghaib mereka tersendiri yang diceritakan di dalam ‘Slavic Folk Religion’iaitu agama rakyat Slavic. Slavic mengakui bahawa dunia ini tidak dihuni hanya oleh manusia sahaja malah ia juga dihuni oleh makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat. Melalui kajian yang dilaksanakan dapat diperoleh berbagai jenis syaitan yang dipercayai oleh pemahaman Slavic antaranya ialah Azhdaya, Alkonost, Ala, Babayaga, Bes, Butzaman, Chort dan banyak lagi. Syaitan – syaitan ini mempunyai sifat dan kekuasaan yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh Azhdaya, ia merupakan syaitan yang mempunyai bentuk fizikal seperti seekor naga yang berkepala tiga yang akan mengeluarkan api dan mempunyai wajah yang mengerikan. Menurut kepercayaan mereka, Ia mempunyai kuasa untuk mewujudkan angin ribut yang mampu memusnahkan dan mengakibatkan bencana. Anon E. Mouse (Author), Retold by C J Tibbits (Author) FOLKLORE AND THE LEGEND OF SLAVIC AND POLISH. Selain itu, Kita dapat mengetahui bahawa syaitan dan ciri fizikalnya ada bergantung kepada kepercayaan masyarakat itu sendiri. Ia tidak mempunyai ciri tetap yang menjadi asas

viii

kepada pembentukan syaitan itu sendiri. Erti perkataan syaitan itu sendiri membawa maksud terbakar atau hancur manakala dari segi istilah pula syaitan ini merujuk kepada segala yang buruk dan jahat. Walaupun berbeza agama dan fahaman namun ciri syaitan di dalam Mitologi Slavic itu sendiri masih mempunyai persamaan seperti mempunyai rupa paras yang buruk dan berperanan untuk menghancurkan manusia. Ini dapat membuktikan bahawa, setiap agama di dunia ini masih mempunyai persamaan iaitu penghuni di dunia ini bukan hanya makhluk yang dapat dilihat dengan mata kasar, malah terdapat juga makhluk alam ghaib yang berkongsi alam dengan kita. KESIMPULAN DAN CADANGAN Melalui kajian terhadap Mitologi Slavic yang dilakukan dapat disimpulkan bahawa setiap agama mempunyai kepercayaan terhadap konsep syaitan itu sendiri. Dari sudut pandangan Mitologi Slavic itu sendiri menggambarkan bahawa syaitan itu sendiri mempunyai berbagai tugas mengikut sifat mereka. culture.pl/en/article/slavic-daemons-the-good-the-bad-the-ugly Author-Marek keepa. Sebagai insan yang berfikir wajarlah kita mengesakan kekuasaan dan ciptaan Allah Swt terhadap kekuasaannya menciptakan makhluk yang mendiami muka bumi ini. Allah swt tidak menciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadanya. Maka, kami menyeru agar semua untuk bermuhasabah dan berfikir semula apakah tujuan kita diciptakan diatas muka bumi. Adakah kita telah melaksanakan segala apa yang diperintahkannya dan menjauhi segala larangan nya. Pemikiran secara logik tentang kewujudan makhluk ghaib ini membawa kita kepada pemikiran yang lebih rasionalism dan memantapkan lagi akidah dan kepercayaan kita terhadap adanya Kebangkitan selepas kematian iaitu hari akhirat dengan kewujudan syurga dan neraka. Oleh itu, kami berharap melalui kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membentuk peribadi kami sebagai pelajar mahupun individu yang lebih baik. Di mana kita seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu agama dalam menghalang hasutan syaitan di dalam diri untuk melakukan kemungkaran terhadap Allah swt. Setiap agama di dalam dunia ini menekan ajaran kebaikan dimana setiap perkara yang baik akan mendapat pahala dan mendapat balasan syurga manakala setiap perkara yang jahat akan mendapat dosa dan imbalannya pula adalah neraka. Mengambil iktibar daripada mitologi Slavic itu sendiri kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa beriman kepada makhluk ghaib, tidak lengkap diri sebagai seorang muslim jika dirinya tidak beriman kepada perkara ghaib walaupun jika dilihat karekter makhluk ghaib itu berbeza mengikut tempat namun ia diciptakan mengikut kesesuai tamadun dan kepercayaan. Jika manusia itu dapat beriman dan percaya kepada makhluk ghaib maka ix

ianya akan sentiasa bertaqwa kepada Allah swt. Makhluk ghaib tidak hanya jin, syaitan, iblis malah nyawa juga dikira sebagai makhluk ghaib kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Firman Allah swt dalam Surah Al Imran ayat 179 Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. Oleh itu, marilah kita bersama – sama meningkatkan keimanan dan bertaqwa kepada nya dengan sesungguh – sungguhnya.

x...


Similar Free PDFs