GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA PDF

Title GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA
Author Pentadbir FrogVLE
Pages 17
File Size 261.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 240
Total Views 360

Summary

GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA 1.0 PENGENALAN 1.1 KONSEP DAN DEFINISI Globalisasi pada masa kini sudah tidak menjadi perkara baharu bagi masyarakat di Malaysia. Jika dahulu, proses globalisasi ini adalah satu perkara yang pelik dan sukar diterima oleh setengah masyarakat khususnya masyarakat ya...


Description

GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA

1.0

PENGENALAN 1.1

KONSEP DAN DEFINISI

Globalisasi pada masa kini sudah tidak menjadi perkara baharu bagi masyarakat di Malaysia. Jika dahulu, proses globalisasi ini adalah satu perkara yang pelik dan sukar diterima oleh setengah masyarakat khususnya masyarakat yang sangat berpegang teguh kepada budaya dan agama kumpulan masyarakat tertentu. Pelbagai pendapat, persepsi dan pandangan dilontarkan bagi membahaskan isu globalisasi lebih-lebih lagi isu-isu yang menyentuh sensitivity agama tertentu.

Pelbagai takrifan dapat diberikan bagi menghuraikan maksud globalisasi. Dari segi bahasa, globalisasi bermaksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi (Kamus Dewan edisi keempat).

Menurut Chee Ping Lee (1997), globalisasi ditakrifkan sebagai proses pembuangan sempadan bagi Negara-negara di dunia bagi merapatkan hubungan dan bergabung antara satu sama lain. Mittlen (1996) pula menyatakan bahawa globalisasi suatu fenomena sejagat yang berlaku kepada semua negara di dunia. Ia merupakan proses rentas sempadan yang membolehkan politik, ekonomi, budaya dan ideologi sesebuah Negara menembusi negara lain. Manakala Prof. Chandra Muzaffar (2010) pula mendefinisikan globalisasi sebagao proses yang melibatkan Negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan bersifat nasional.

1

Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada “rapid growth of interdependency and connection in the world of trade and finance.” Tetapi beliau sendiri berpendapat bahawa globalisasi tidak boleh dihadkan kepada fenomena perdagangan dan pengaliran kewangan yang berkembang dan kian meluas. Ini kerana “There are other trends driven by the same explosion of technological capability that have facilitated the financial changes. Globalization of communications is one such trend.”

Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian Globalisasi

dan

Regionalisasi, Universiti

Warwick, England juga

menolak

pengertian globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah. Insitut itu menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Globalisasi ialah suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi, atau sistem.

Agama memainkan peranan yang penuh dalam hidup seseorang individu. Agama merupakan prinsip hidup seseorang yang menjadikan seseorang itu memiliki nilai yang utuh dalam menentukan cara hidup individu. Di samping itu, agama bukan sahaja mempengaruhi kepada individu tetapi ia menyeluruh daripada individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan kepada negara. Ini kerana agama akan mempengaruhi aspek politik, ekonomi dan budaya sesebuah negara.

2

Sejurus itu, dalam konteks globalisasi kepada agama, ia memperlihatkan berlakunya penyulaman unsur-unsur baharu dalam proses perkembangan agama. Penyulaman ini boleh berunsur positif dan juga negatif. Ibrahim Khalil Noh (2010) menyifatkan bahawa globalisasi agama merupakan proses penyebaran agama kepada kelompok manusia yang lain. Penyebaran agama ini boleh berlaku sama ada berlakunya pertukaran agama, ataupun nilai-nilai agama sahaja diasimilasi kepada agama yang sedang dianuti oleh individu masingmasing.

Menurut Maran Ramping ( 2013) , globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang, iaitu bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi. Bukanlah suatu perkara yang menghairankan kita kalau Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Sesebuah kuasa atau sesuatu peradaban tidak boleh menjadi penggerak globalisasi sekiranya ia tidak memiliki semangat globalisme. Adalah suatu kebenaran bahawa “tidak ada globalisasi tanpa globalisme.” Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global. Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya ke segenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama, sosiologi, tradisi

sains

sejagat,

institusi

saintifik

bertaraf

“antarabangsa”

dan

penggembaraan dunia. Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya lebih perlahan.

Apabila berlakunya proses globalisasi pastinya terdapat kesan-kesan yang akan wujud. Kesan yang wujud ini akan menjadi titik tolak sejarah perkembangan sesebuah agama.

3

2.0

IMPAK POSITIF KEPADA AGAMA

2.1

Peradaban Agama

Transformasi dalam peradaban agama turut mengalami transformasi yang ketara sejak zaman dahulu lagi sama ada dalam agama Islam, Hindu atau pun Kristian. Apabila berlaku komunikasi dua hala dengan dunia luar, pasti berlakunya

silang

budaya

menerusi

perdagangan,

perkahwinan

atau

peperangan.

Sejarah membuktikan masyarakat Melayu di Malaysia yang pada asalnya berpegang kepada agama Hindu. Ada juga yang berpegang kepada animisme iaitu tidak mempunyai agama dan hanya berpandukan kepada semangat, roh orang yang sudah mati atau apa jua benda yang pelik atau aneh akan dianggap sebagai keramat. Barang atau benda yang diwarisi daripada turun-temurun pula dianggap sebagai azimat. Apabila dunia melayu mula membuka pintu hubungan dengan dunia luar, maka masyarakat Melayu mula menerima budaya dan ilmu daripada masyarakat luar yang datang ke Gugusan Kepulauan Melayu dengan pelbagai tujuan.

Sebagai contohnya, kegemilangan Melaka yang telah membuka gerbang perdagangan

telah

merapatkan

hubungan

masyarakat

Melaka

dengan

masyarakat dari negara lain. Pedagang-pedagang yang kebanyakkannya dari timur tengah ini datang bukan sahaja untuk berdagang, tetapi untuk menyebarkan ajaran agama yang mereka anuti. Pedagang-pedagang dari timur tengah ini kebanyakkannya beragama Islam. Masyarakat Melayu Melaka pada ketika itu amat tertarik dengan tingkah laku dan ilmu kemahiran pedagangpedagang Islam ini menjadikan mereka terbuka hati untuk mendalami ilmu Islam sekaligus memeluk agama Islam.

4

Walau bagaimanapun, selepas beberapa dekad sekitar tahun 1507, penjajah dari eropah mula menjejakkan kaki ke bumi Melaka. Maka, wujudlah bangsa Papia Kristang iaitu masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan masyarakat Melayu Melaka. Akhirnya, pemikiran baru ini diserap atau diasimilasi dengan adat tradisi masyarakat Melayu yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam. Nilai-nilai yang baik diterima dan diamalkan, manakala amalan yang negatif ditolak.

2.2

Paradigma Nilai Murni Masyarakat

Ada yang menganggap bahawa globalisasi hanya membawa kesan yang negatif dalam nilai murni masyarakat sesebuah agama. Namun, kita harus melihat daripada aspek yang positif kepada sesebuah agama. Terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang diserap masuk ke dalam negara Malaysia melalui pelbagai medium.

Sebagai contohnya amalan 5S yang sangat terkenal di jabatan-jabatan kerajaan. Amalan yang berasal daripada negara Jepun ini sangat menitik beratkan soal kebersihan dan kekemasan lokasi tempat kerja. Antara 5 S tersebut ialai Seiri yang bermaksud sisih. Kedua ialah Seiton yang bermaksud susun. ‘S’ yang ketiga Seiso iaitu sapu. Keempat ialah Seiketsu yang membawa maksud seragam. Manakala ‘S’ yang kelima ialah Shitsuke yang bermaksud sentiasa amal. Sebenarnya amalan nilai-nilai murni ini telah diajarkan di dalam Islam itu sendiri. Namun, ia tidak diselaraskan sebagaimana amalan yang dibawa daripada negara matahari terbit ini. Apabila berlakunya globalisasi, amalan 5S ini sangat memberi kesan yang baik kepada masyarakat di Malaysia khususnya penganut yang majoriti beragama Islam.

Selain itu, kita juga dapat lihat kesan globalisasi terhadap tatacara berpakaian bagi masyarakat muslim di Malaysia. Jika dahulu, masyarakat wanita muslim di Malaysia hanya memakai baju kurung lengkap bertudung untuk keluar 5

bersosial mahupun untuk ke tempat kerja. Namun, lantaran gelombang globalisasi yang melanda, hari ini fesyen wanita muslimah tidak lagi hanya memakai baju kurung sahaja. Ia telah dipelbagaikan gaya pemakaian untuk keluar bersosial atau pun ke tempat kerja. Dalam keadaan masih lagi menjaga tatasusila muslimah dengan menjaga aurat, wanita muslimah di Malaysia hari ini tampil dengan lebih bergaya dan anggun. Dengan gaya pemakaian tudung yang pelbagai, fabrik yang digunakan dan percampuran fesyen dari barat yang disesuaikan dengan ciri-ciri islamik itu sendiri menjadikan fesyen-fesyen muslimah ini menjadi perhatian kepada pereka-pereka fesyen yang bukan beragama Islam. Ini secara tidak langsung memberi pemahaman kepada masyarakat

luar

tentang

ciri-ciri

pakaian

wanita

Muslimah

sekaligus

menyampaikan maklumat mengenai Islam kepada dunia luar.

2.3

Sistem Muamalat di Peringkat Perbankan Antarabangsa

Malaysia

merupakan

Negara

pertama

di

Asia

Tenggara

yang

mengamalkan sistem perbankan Islam bermula tahun 1983. Sehingga kini, sistem perbankan Islam ini telah melalui pelbagai fasa perubahan setanding dengan sistem perbankan konvensional yang bersifat kapitalisme.

Hari ini,

sistem perbankkan Islam ini mula diterima dunia dan dunia mula mengakui akan keteguhan sistem ini dalam membangunkan ekonomi Negara. Sehingga penghujung 2012, perbankan Islam di Malaysia telah berkembang pesat dengan pemilikan aset berjumlah 24.2 peratus (RM469.5 bilion) daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di Malaysia.

Sebelum ini sistem perbankan konvensional memang sudah dikenali dengan pengamalan riba dengan penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau faedah dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah. Sistem perbankan konvensional ini menjadikan aset cair sebagai keuntungan kepada institusi perbankan. Segala produk yang ditawarkan 6

oleh institusi perbankan konvensional ini sepeti kad kredit, bon, saham keutamaan, bil perbendaharaan dan pelbagai lagi berasaskan keuntungan dalam bentuk ‘bunga’ atau interest ke atas jumlah pinjaman yang diberikan kepada pelanggan.

Pada tahun 1997, dunia digemparkan dengan krisis ekonomi dunia yang telah menyebabkan kebanyakkan negara Asia mengalami penurunan prestasi ekonomi yang teruk. Pada ketika itu, Malaysia merupakan antara Negara Asia yang tidak terjejas teruk kesan krisis ekonomi dunia tersebut. Ini telah membuka mata dunia dalam melihat pengamalan sistem ekonomi muamalat di Malaysia. Bermula saat itu, mata wang Dinar Emas mula diperkenal oleh Tun Dr. Mahathir bin

Mohamed

mantan

Perdana

Menteri

Malaysia

bagi

mengurangkan

kebergantungan kepada nilai mata wang Dolar Amerika dalam urusan perdagangan antarabangsa.

Hari ini, perbankan Islam bukan sahaja terdapat di negara yang bilangan penganut agama Islam yang majoriti tetapi mendapat sambutan yang dalam negara yang majoritinya bukan beragama Islam. Setakat hujung tahun 2012, jumlah aset perbankan Islam di peringkat global telah mencecah sehingga AS$1.329 trilion (RM 4.39 trilion). Walaupun industri perbankan Islam kini hanya memiliki aset sebanyak 1.6 peratus daripada jumlah 50 bank terbesar dunia, namun, pencapaian perbankan Islam sangat membanggakan apabila dalam keadaan ekonomi dunia yang mengalami krisis, purata pertumbuhan tahunan perbankan adalah sebanyak 21.1 peratus dari tahun 2007 sehingga 2011.

Kesan daripada keteguhan sistem perbankan Islam ini telah membuka hati Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji struktur kewangan dan perbankan Islam ini. Selain itu, terdapat banyak institusi perbankan dari negara bukan Islam begitu tertarik dalam memasarkan produkproduk kewangan Islam. Manakala, negara Singapura, Hong Kong dan United 7

Kingdom mula mengisytiharkan Negara mereka sebagai hub kewangan Islam kepada dunia.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa kesan globalisasi terhadap kewangan dunia mula bercambah apabila ajaran agama dalam agama Islam mengenai muamalat mula diterima oleh masyarakat dunia amnya. Amalan sistem perbankan Islam mula menggantikan sistem perbankan konvensional yang rata-rata masyarakat mengakui bahawa sistem perbankan konvensional ini dipenuhi dengan riba dan menindas kepada pelanggannya.

2.4

Teknologi Merentas Perkembangan Agama

Teknologi hari ini bukan lagi menjadi satu pilihan kepada mana-mana individu, tetapi ia menjadi satu keperluan. Dengan adanya teknologi pelbagai manfaat diperoleh. Antaranya kita dapat menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Penyebaran maklumat juga berlaku dengan pantas tanpa mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu maklumat.

Marcapada memperlihatkan perkembangan sesuatu agama bergantung penuh kepada teknologi. Segala penyampaian maklumat berkenaan agama dapat dilaksanakan dengan begitu pantas dan tepat. Media sosial, blog, laman web, vlog dan pelbagai lagi dijadikan medium berkesan sebagai platform dakwah yang berkesan. Masyarakat hari ini, tidak perlu ke kedai buku untuk membeli buku-buku agama untuk mendapatkan ilmu agama, tetapi dengan satu klik sahaja, pelbagai informasi dapat dibaca dan dipelajari dengan mudah dan percuma.

Dengan kepesatan teknologi satelit juga membolehkan kita menonton televisyen yang menyiarkan pelbagai rancangan. Para pendakwah agama juga tidak ketinggalan untuk menggunakan pentas ini untuk menyebarkan agama. Pelbagai rancangan berunsur agama seperti Forum Hal Ehwal Islam, Tanyalah 8

Ustaz, Halaqah dan pelbagai lagi. Rancangan televisyen berbentuk realiti pula mengambil tempat seperti Mimbar Pencetus Ummah di Astro dan rancangan Adik-adikku di TV9. Ini semua, banyak memberi impak yang positif kepada masyarakat yang beragama Islam.

Di samping itu, kehebatan teknologi tidak terbatas kepada sesuatu perkara sahaja. Manusia akan sentiasa berfikir kreatif bagi memperkembangkan sesuatu perkara. Hari ini, untuk belajar membaca Al-Quran, penganut agama Islam tidak lagi semestinya berharap untuk duduk belajar di hadapan para ustaz ataupun ustazah. Dengan adanya Al-Quran Digital penganut agama Islam dapat belajar membaca Al-Quran dengan menggunakan alat seperti pen yang dipanggil dengan Pen Reader. Pen Reader ini akan mengeluarkan suara bacaan yang telah direkodkan apabila kita menunjukkan Pen Reader kepada ayat-ayat Al-Quran dalam kitab Al-Quran yang dibekalkan bersama dalam satu set AlQuran digital tersebut. Ini pastinya memudahkan kepada penganut agama Islam dalam mendalami lagi bacaan Al-Quran dengan lebih baik lagi.

2.5

Sekularisme kepada Liberalisme

Sekularisme dalam agama merupakan pemisahan agama dalam urusan kehidupan rutin manusia. Pendapat ini memisahkan antara duniawi dan ukhrawi. Ia bukan sahaja menjadi satu ancaman kepada agama Islam sahaja, malah menjadi ancaman kepada mana-mana agama terbesar di dunia. Manusia mula mempertikaikan kehidupan ukhrawi dari aspek sains yang sememangnya sukar dijelaskan dengan kajian semata-mata. Kesannya, manusia akan hilang kepercayaan kepada agama dan mula menjadi ateisme atau tiada agama. Maka, tokoh-tokoh agama dunia mula mengkaji dan mengambil langkah untuk meliberalkan

agama

masing-masing

kepercayaan kepada agama mereka.

9

supaya

masyarakat

tidak

hilang

Zaman masyarakat feudal Jepun sekitar tahun 1192 hingga 1862. Pada ketika itu masyarakat Jepun berpegang kepada ajaran agama Shinto. Pahlawan Samurai menjadi kebanggaan bagi masyarakat kuno Jepun. Satu amalan yang wajib bagi pahlawan-pahlawan Samurai ini ialah Harakiri atau Seppuku. Harakiri atau Seppuku ini merupakan amalan membunuh diri oleh Samurai. Perbuatan ini dianggap cara kematian yang mulia dan bermaruah. Harakiri ini dilaksanakan apabila seseorang Samurai gagal untuk melaksanakan sesuatu misi. Bagi menebus kegagalan itu, Samurai tersebut akan memilih senjata yang mahu digunakan, membuka kimononya, menikam perutnya dan merobek dari kiri ke kanan. Seorang yang dipanggil kaishakunin akan menolong menamatkan riwayat samurai terbabit dengan memenggal kepala samurai tersebut selepas itu. Namun, amalan ini telah tidak diamalkan lagi apabila proses liberalisme berlaku saat menyedari pada ketika itu Jepun menjadi negara tertinggi jumlah bilangan manusia yang bunuh diri.

Proses liberalisme dalam agama Hindu juga berlaku. Antaranya ialah sekitar tahun 400 selepas masihi. Satu amalan yang sangat tragik iaitu Sati. Sati merupakan amalan membakar diri oleh wanita yang ditinggalkan oleh suami yang mati. Apabila suami mati kebiasaannya, suami ini akan dibakar. Dalam amalan Sati ini, wanita ini akan sama-sama membakarkan diri mereka bersama suami mereka. Ia sebagai lambing hak mutlak lelaki terhadap wanita selain menjaga kesucian wanita tersebut daripada dimiliki oleh lelaki lain. Amalan ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada seluruh dunia. British yang pada ketika itu menjajah India, telah mengharamkan amalan ini. Hukuman gantung dikenakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam amalan Sati ini. Akhirnya, pada tahun 1987, kerajaan India telah menggubal “Commision of Sati [Prevention Act 1987]”. Dibawah undang-undang ini, adalah menjadi kesalahan membesar-besarkan atau mendewa-dewakan sati dan mereka yang didapati bersalah melakukannya boleh dihukum penjara selama satu hingga tujuh tahun. Di

bawah

undang-undang

ini

adalah

menjadi

kesalahan

untuk

cuba

melakukannya dan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum. Demikian 10

juga memaksa seorang wanita melakukan sati boleh dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup. Ini membuktikan bahawa proses globalisasi dalam perubahan fahaman sekuralisme ke arah liberalisme membawa kepada kebaikan kepada penganut sesuatu agama.

2.6

Penyamarataan dalam Politik

Dalam proses penyeragaman atau penyamarataan ini terdapat cubaan untuk menyeragamkan bentuk pemerintahan di seluruh dunia. Sememangnya globalisasi menyalurkan sebuah idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh masyarakat dunia yang diterajui oleh Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia yang terkuat di dunia (Abdul Rahman Embong 2000). Amerika Syarikat menjadikan globalisasi itu sebagi satu medium untuk menyalurkan idea demokrasi dan kesan daripada itu wujudlah satu istilah yang digelar’A...


Similar Free PDFs