Bincangkan pengaruh China terhadap Jepun DOCX

Title Bincangkan pengaruh China terhadap Jepun
Author Nurul Ain Ali
Pages 1
File Size 16.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 382
Total Views 681

Summary

Bincangkan pengaruh China terhadap Jepun dari kurun ke-5(Zaman Asuka) hingga ke-14(Zaman Ashikaga). Jelaskan aspek-aspek tamadun Jepun yang dipengaruhi oleh pengaruh China dalam tempoh ini. Pengaruh China telah mula memasuki Jepun bermula seawal dari zaman Yayoi sehingga seawal abad ke-19. Oleh hal ...


Description

Bincangkan pengaruh China terhadap Jepun dari kurun ke-5(Zaman Asuka) hingga ke-14(Zaman Ashikaga). Jelaskan aspek-aspek tamadun Jepun yang dipengaruhi oleh pengaruh China dalam tempoh ini. Pengaruh China telah mula memasuki Jepun bermula seawal dari zaman Yayoi sehingga seawal abad ke-19. Oleh hal yang demikian, kemasukan pengaruh China memberi kesan ke atas kepada kemunculan negara Jepun dan kesannya kepada budaya Jepun. Zaman Yayoi bermula pada 300 Sebelum Masihi hingga 300 Masihi, manakala zaman Tokugawa atau turut dipanggil sebagai Zaman Edo pula bermula pada 1600 Masihi. Pengaruh China pelan-pelan meresap masuk ke dalam budaya Jepun melalui asimilasi atau penyesuaian dengan budaya sedia ada. Pada awalnya, ada sesetengah pengaruh China diterima secara bulat-bulat terutama berkait dengan agama Buddhisme dan juga sistem tulisan. Pengaruh China mula kelihatan apabila bidang pertanian iaitu penanaman padi menggunakan teknik penanaman China mula tersebar menjelang akhir zaman Jomon atau awal zaman Yayoi di bahagian Barat Jepun dan juga Selatan Korea. Pengaruh China ke Jepun Melalui Korea Pengaruh China pada awalnya masuk ke Jepun melalui tahap pertama iaitu secara tdak lansung dengan Korea sebagai transisi. Zaman Yayoi merupakan zaman bermulanya kemasukan imigran daripada Korea dan juga imigran China yang turut menjadi sebahagian golongan atasan Yayoi kerana mereka membawa pelbagai kemahiran dan budaya baharu. Jepun secara langsung telah terlibat dalam pergolakan perebutan kuasa yang berlaku di Korea iaitu antara kerajaan Paekche, Silla dan Koguryo. Pergolakan politk yang berlaku di Korea ini memberi kesan kepada penghijrahan orang China di Korea dan orang Korea sendiri untuk berhijrah ke Jepun. Hal ini secara tdak langsung membantu pengaruh China untuk sampai ke Jepun. Pergolakan ini turut membantu kepada kemasukan pengenalan Buddhisme ke Jepun melalui hubungan Jepun dengan Paekche. Dapat dinyatakan bahawa ketka zaman Kofun ini, Korea memainkan peranan terhadap Jepun melalui hubungan kenegaraan Jepun dengan Korea yang telah membawa masuk pengaruh China ke Jepun apabila imigran China dan Korea sendiri berhijrah ke Jepun akibat pergolakan beberapa kerajaan di Korea. Pengaruh China melalui Korea memperlihatkan pasang surut hubungan antara Jepun dan Korea yang berlaku akibat pergolakan sama ada di Korea mahupun di Jepun sendiri yang melihatkan pada akhirnya, Jepun terpaksa mengundurkan diri daripada Korea. Pengaruh China ke Jepun Melalui China iaitu secara lansung Semenjak dari zaman Yayoi lagi, Jepun telah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan China dalam bidang perdagangan dan kebudayaan. Walaubagaimanapun, pengaruh China secara langsung dapat dilihat bermula pada zaman Asuka terutamanya ketka pemerintahan Putera Shotoku yang telah memain peranan besar dalam membawa masuk pengaruh China ke Jepun terutamanya berkait dengan kepercayaan Buddhisme. Penerimaan pengaruh China ini pada awalnya tdak diterima secara sepenuhnya oleh kebanyakan masyarakat Jepun ketka pemerintahan Putera Shotoku. Muncul Pembaharuan Taika, mengambil pemerintahan Dinast TTang di China sebagai model pentadbiran di Jepun. Permulaan...


Similar Free PDFs