Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19. DOCX

Title Kemasukan buruh-buruh dari negeri China dan India yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.
Author Rochelle Rut
Pages 15
File Size 42.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 217
Total Views 710

Summary

1.0 PENGENALAN Sebelum abad ke-19,penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat juga penduduk yang berasal dari negara China dan India yang menetap di Tanah Melayu atas tujuan aktiviti perda...


Description

1.0 PENGENALAN Sebelum abad ke-19,penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat juga penduduk yang berasal dari negara China dan India yang menetap di Tanah Melayu atas tujuan aktiviti perdagangan iaitu semasa zaman kegemilangan Melaka namun masih dalam bilangan yang kecil. Pada abad ke-19,berlakunya fenomena penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Fenomena ini dikaitkan dengan kedatangan British ke Negeri-Negeri Melayu sejak pengambilan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824),Perak (1874) dan negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun yang berikutnya. Kedudukan British di Tanah Melayu semakin kukuh setelah termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Tujuan campur tangan kuasa Eropah ke atas bumi melayu ini bertujuan untuk menguasai kekayaan hasil bumi yang sedia ada. Perkembangan perlombongan timah dan penanaman getah pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menggalakkan British mengusahakan perlombongan timah dan penanaman getah secara besar-besaran.1 Justeru, tenaga buruh yang ramai dan murah diperlukan bagi mengusahakan lombong bijih timah dan ladang-ladang bagi menjayakan agenda yang telah dirancang. Disebabkan masyarakat Melayu pada ketika itu tidak berminat bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang dan lebih berminat untuk mengusahakan tanah sendiri dan tinggal di kawasan perkampungan maka kerajaan British telah mengimport buruh asing dari China bagi mengusahakan kawasan lombong bijih timah dan buruh India bagi mengusahakan ladang-ladang getah. Kebanyakan buruh Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari selatan China,terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Fukien.2 Sementara, buruh India pula kebanyakannya datang dari selatan India iaitu dari Negapatam dan Madras. Justeru, perbincangan ini bermula dengan sebab kedatangan buruh Cina dan India dari faktor penolak dari negara asal masing-masing dan faktor penarik yang ada di bumi dan yang mempengaruhi kedatangan mereka ke tanah melayu. Kemudian, diikuti dengan bagaimana cara 1 Sivachandralingam Sundra Raja …(et al.)(2008). Sejarah masih relevan. Selangor : Karisma Publicaton Sdn.Bhd. Hlmn 242. 2 Thock Ker Pong. (2005). Ketuanan Politi Melayu : Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur : Penerbit Universit Malaya. Hlmn 19. 1...


Similar Free PDFs