PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PDF

Title PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Author Siaraya MGBSIM
Pages 40
File Size 5.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 124
Total Views 218

Summary

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 1. PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan...


Description

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 1.

PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.

Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21 1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Dalam melakukan penambahbaikan ini, perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri. Menyedari hakikat bahawa sekolah merupakan pusat pembelajaran, maka keupayaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diperkasakan bagi memastikan hasrat murni dasar dapat diterjemahkan secara tekal dan realistik, dalam konteks pengalaman bertaraf dunia di sekolah dan di dalam bilik darjah.

2.

LATAR BELAKANG

2.1. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan secara luas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengkhusus kepada tiga objektif, iaitu: i.

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan iii. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. Pelbagai perspektif daripada kalangan pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikannya sejajar dengan dasar awam berkaitan pendidikan. Tambahan lagi, inilah kali pertama Kementerian melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 55,000 pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid, dan orang awam di seluruh negara telah menyertai sesi temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik, Dialog Nasional Pendidikan Negara, hari terbuka, dan perbincangan meja bulat. Lebih 200

2

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 memorandum telah diterima oleh Kementerian dan lebih 3000 artikel termasuk daripada blog telah ditulis tentang isu berkaitan dengan pelan ini.

Rajah 2 : 5 Aspirasi Sistem, 6 Ciri Murid dan 11 Anjakan bagi Transformasi Sistem bagi PPPM 2013-2025

3

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 2.2. Membentuk dan Mengaplikasi Pembelajaran Abad Ke-21 Kurikulum yang direka bentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang elemen penting pada masa kini bagi membantu murid untuk masa depan mereka.

Rajah 3: Kemahiran Abad Ke-21

Rajah 4: Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

4

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran. Buku panduan ini menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk dan susunan bilik darjah abad ke-21 dan kesediaan guru bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 dengan jaya.

Rajah 5 : Keperluan perubahan ke arah pembelajaran abad ke-21

5

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 3.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Rajah 6: Pembelajaran Abad Ke-20

Rajah 7: Pembelajaran Abad Ke-21

Rajah 6 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-20 dan rajah 7 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Transformasi dalam pendekatan dan pedagogi pembelajaran diperlukan untuk menghasilkan generasi yang menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

6

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 3.1. Huraian Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Bil

1

Elemen

Maksud

Pembelajaran Pembelajaran akan lebih berasaskan berkesan sekiranya murid. pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.

Huraian

Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu: i. Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah) ii. Tahap kematangan murid iii. Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) iv. Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual). Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid. Contoh: i. Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran. ii. Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen.

7

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Murid belajar melalui aktiviti hands -on sesuai dengan kecenderungan mereka

Murid belajar menggunakan bahan visual mengembangkan kreativiti

Murid menjalankan aktiviti penerokaan

8

Aktiviti pembelajaran disesuaikan dengan tahap kematangan murid

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 2

Elemen

Maksud

Pembelajaran kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh, 1999).

Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran.

Huraian Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan i.

Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan. ii. Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran. Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran.

9

Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 3

Elemen Kemahiran

Maksud

Huraian

Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisien (Colin, Brown & Newman, 1989).

Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan. Contoh: i. ii. iii. iv.

Menulis dengan kemas

Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat. Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas. Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul.

Menggunakan radas dengan betul

10

Cekap menyelesaikan masalah matematik

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 4

Elemen Pembelajaran adalah proses

Maksud Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran

Huraian Semasa belajar: i. Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru. ii. Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran. Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

Pembentangan hasil 11

Refleksi pembelajaran

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 5

Elemen Pemikiran aras tinggi

Maksud Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). .

Huraian Rajah 3 menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom. Mencipta

Kemahiran aras tinggi

Menilai Menganalisis Mengaplikasi Memahami Mengingat

Kemahiran aras rendah

Rajah 8: Taksonomi Bloom Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya: i. Penyelesaian masalah ii. Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi iii. Pelaksanaan projek iv. Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

Penyelesaian masalah

Integrasi program i-Think 12

Penyoalan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 6

Elemen Praktikal

Maksud Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007).

Huraian Guru harus membimbing murid supaya dapat: i. ii. iii. iv.

Mengaitkan teori dengan amali Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif Mengaplikasi teori secara praktikal Menjalani pembelajaran secara kontekstual

Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah: • • • • • • • •

Penyelesaian masalah

Inkuiri penemuan Projek Penyelesaian masalah Kerja lapangan Eksperimen Simulasi Main peranan Aktiviti hands- on

Kerja lapangan 13

Eksperimen

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 7

Elemen Kemahiran untuk kehidupan

Maksud Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011).

Huraian Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah: i. ii. iii. iv.

sentiasa releven dengan perkembangan terkini. melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid. menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.

Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Lawatan sambil belajar

Aktiviti jual beli 14

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil 8

Elemen Berkumpulan

Maksud Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan muridmurid belajar dan menyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011).

Huraian Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah: Jigsaw, ThinkPair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.

Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong, 2012; O’Donnell, 2006).

15

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 9

Elemen Komuniti

Maksud

Huraian

Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat Sekolah adalah satu komuniti setempat.untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya: kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan i. Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat kemahiran melalui interaksi murid kepada sekolah dengan rakan, guru dan warga ii. Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan sekolah. Seterusnya sekolah persatuan bukan kerajaan perlu membina jaringan iii. kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.

Bantuan latihan sukan oleh masyarakat

Ceramah pengurusan jenzah 16

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil

Elemen

10

Pentaksiran formatif

Ujian ringkas

Buku skrap

Maksud Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, Maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).

Huraian Ciri-ciri pentaksiran formatif: i. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. ii. Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung. iii. Contoh instrumen: Latihan, sesi soal jawab, kuiz, hasil kerja murid, pembentangan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

Latihan Murid

Pembentangan

Rajah 9 : Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) 17

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 Bil 11

Elemen Belajar untuk kehidupan

Maksud Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Huraian Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh. Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk: i. kerjaya dan masa depan mereka ii. generasi bagi kemajuan negara. Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif).

Amali menunaikan fardhu haji

Jual beli dalam hari keusahawanan 18

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 4.

BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21

4.1. Konsep Bilik Darjah Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah yang ideal mestilah berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990), mentafsirkan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada pengurusannya. 4.2. Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21 Bil

Elemen

Maksud

Huraian

1

Bilik Khas

Bilik mengikut keperluan seperti • Makmal Sains, • Bilik Kemahiran Hidup, • Bilik Media, • Bilik Tayang

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras atau kritikal. • Kerusi meja disusun mengikut kumpulan. • Pelbagai peralatan yang berkaitan dengan mata pelajaran . • Bahan Bantu Mengajar (BBM)

2

Bilik Khas Mata Pelajaran

Bilik mengikut mata pelajaran seperti • Bahasa Melayu, • Bahasa Inggeris, • Matematik

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras. • Kerusi meja disusun mengikut model kumpulan. • Bahan Bantu Mengajar (BBM) • Media cetak seperti buku, kamus, majalah untuk bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar. • Jadual penggunaan bilik disediakan • Bilik khas untuk guru mata pelajaran berkenaan 19

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015 4.3. Susun Atur Meja dan Kerusi Murid Bil 1.

2

Elemen Meja dan kerusi

Komputer

Maksud Kerusi dan meja murid disusun secara berkumpulan

Sebuah komputer untuk setiap kumpulan murid



• • •

Huraian Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif. Guru sebagai pemudahcara. Mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.

Susunan meja dalam kumpulan 4 orang

Mengakse...


Similar Free PDFs