CABARAN REMAJA ABAD KE-21 DOCX

Title CABARAN REMAJA ABAD KE-21
Author N. Abdul Jabbar
Pages 10
File Size 34.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 104
Total Views 696

Summary

CABARAN REMAJA ABAD KE-21 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi yang...


Description

CABARAN REMAJA ABAD KE-21 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi yang saling berkait antara satu sama lain.WHO menetapkan batasan bahawa golongan remaja terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 24 tahun dan belum berkahwin. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah kematangan. Golongan ini sentiasa mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.Remaja akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, golongan remaja seringkali dilabelkan sebagai individu yang memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa bermasalah. Pelbagai persoalan yang mengganggu benak kita apabila berbicara tentang remja. Persoalannya ialah apakah cabaran yang sebenarnya dihadapi oleh golongan remaja pada abad yang ke-21? Bagaimanakah remaja berdepan dengan cabaran yang dialami? Segala persoalan yang mewarnai mauduk perbincangan di atas wajar dikupas hingga ke akar umbi. Globalisasi merupakan proses membentuk sebuah dunia tanpa sempadan dan kedudukan geografi. Remaja yang hidup dalam abad ke-21 ini terdedah dengan cabaran teknologi maklumat yang cukup terbuka dan bebas. Para remaja boleh mengakses laman pornografi dengan begitu mudah tanpa sebarang halangan dan rintangan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh merosakkan akidah dan jati diri Islam seseorang remaja. Penggunaan media komunikasi yang berkaitan dengan Internet seperti Youtube, Whatsapp, Wechat, Instagram dan lain-lain telah menjadi satu perantaraan yang sangat efektif dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Penggunaan Internet yang tidak terkawal oleh ibu bapa telah mengundang banyak musibah. Kebebasan tanpa had dan batasan akan merosakkan minda dan otak remaja. Banyak berita yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang kisah remaja lelaki yang merogol adik perempuan dan kawan-kawan perempuan setelah terangsang akibat menonton video lucah di Internet. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mempunyai keimanan yang ampuh sebagai benteng untuk menghadapi cabaran ini. Akidah Tauhid yang teguh akan dapat memimpin akal fikiran dan tingkah laku remaja ke arah kebaikan. Sesungguhnya iman dan amal tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya umpama buah dan pohonnya. Remaja seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Budaya ini dianggap sebagai suatu penyakit yang telah mengundang pelbagai masalah lain dalam kalangan remaja kita. Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak diamalkan oleh segelintir remaja pada hari ini? Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik sama ada tempatan mahupun luar negeri berhubung dengan kecenderungan sikap suka melepak. Menurut kajian yang dijalankan oleh tokoh cendekiawan tempatan, tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam. Kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA yang telah menghabiskan masa mereka sebanyak 28.4 jam seminggu untuk melepak. Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan atau mendapatkan hiburan. Sesungguhnya remaja perlu diingatkan bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan setiap detik masa yang dilalui oleh anak-anak mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat. Golongan remaja pada abad ke-21 juga berdepan dengan cabaran pergaulan bebas. Masalah pergaulan bebas telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial yang kian menanah di bumi Jalur Gemilang yang tercinta ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu hal ini akan membawa kepada permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat. Isu terkini benarkah remaja abad...


Similar Free PDFs