Cabaran b&k DOCX

Title Cabaran b&k
Pages 2
File Size 30.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 95
Total Views 317

Summary

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3107) GURU PEMBIMBING C) Cabaran Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Program Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Sebagai pendahuluan, kajian-kajian ke atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (b&k) di sekolah-sekolah semenanjung ...


Description

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3107) PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING C) Cabaran Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan Program Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Sebagai pendahuluan, kajian-kajian ke atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (b&k) di sekolah-sekolah semenanjung Malaysia telah dilakukan oleh Suradi Salim (1992), antara lain menunjukkan perkhidmatan b&k di sekolah masih lagi ditahap rendah. Kajian Awang Mat Ali (1978) dan Menon (1983), menunjukkan perkhidmatan b&k di Malaysia masih jauh lagi perjalanannya dan amat memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam perkhidmatan ini semaksima mungkin. Perkhidmatan b&k di sekolah sering menghadapi pelbagai rintangan, bermula dari masalah kekurangan tenaga pelatih dalam bidang b&k, masalah kekurangan asas, kekurangan kewangan dan kekurangan masa sehinggalah kepada ketiadaan sambutan baik daripada murid sendiri. Sementara itu, kajian Awang Mat (1978), mendapati bahawa ramai murid yang masih tidak tahu apakah peranan kaunseling sebenar dan menganggap perkhidmatan tersebut tidak berfaedah atau tidak memberi manfaat apa-apapun. Pengimplementasi perkhidmatan b&k di sekolah menghadapi pelbagai rintangan. Salah satu sebab mengapa timbul konflik kepada kaunselor sekolah ialah kerana anggapan masyarakat umum yang mempunyai jangkaan ata harapan yang terlalu tinggi terhadap kaunselor. Kaunselor sekolah yang tidak mempunyai langsung atau hanya mempunyai sedikit latar belakang pendidikan dalam bidang kaunseling berasa gerun sekiranya tidak dapat memenuhi harapan ini. Arbuckle (1992) menjelaskan kekeliruan terhadap perkhidamatan kaunseling boleh berlaku apabila terlalu banyak pihak yang ingin melibatkan diri dalam bidang ini. Tidak dinafikan bahawa keterlibatan sesetengah pihak dalam bidang ini memang menguntungkan kaunselor namun, keterlibatan pihak-pihak yang tidak professional dan sering tidak berlaku adil terhadap kaunselor sekolah boleh menjeaskan dan melemahkan prsetasi kaunselor sekolah. Seringkali kaunselor hanya menerima kritikan dank omen-komen bukannya cadangan mahupun saranan yang dapat mempertingkatkan perkhidmatan b&k. Kaunselor di sekolah juga mewakili kumpulan yang berbagai-bagi dari segi kepakarannya. Ada yang langsung tidak mempunyai latar belakang yang langsung dengan bidang kaunseling manakala terdapat juga kaunselor yang memang mahir dalam mengendalikan perkhidmatan ini. Mungkin bilangan kaunselor yang tidak terlatih adalah lebih besar jumlahnya dari yang terlatih dan ini secara langsung memberi kesan kepada...


Similar Free PDFs