Cabaran Relativisme Pascamoden Dalam Kehidupan Seharian PDF

Title Cabaran Relativisme Pascamoden Dalam Kehidupan Seharian
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 21
File Size 419.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 114
Total Views 729

Summary

TAJUK KERTAS KERJA:CABARAN RELATIVISME PASCAMODEN DALAM KEHIDUPAN SEHARIANCTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASANAMA PENSYARAH: MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMIDKUMPULAN 2: BA2411ABILNAMA PELAJAR NO. MATRIK1. MUHAMMAD ALIFF IQMAL BIN AHMAD 20208189342. HEBRITNEY RAPITI 20204618263. SHAHRUL IMAN BIN SABARUDDIN ...


Description

TAJUK KERTAS KERJA: CABARAN RELATIVISME PASCAMODEN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA

NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMID KUMPULAN 2: BA2411A

BI

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

L 1. 2. 3. 4.

MUHAMMAD ALIFF IQMAL BIN AHMAD HEBRITNEY RAPITI SHAHRUL IMAN BIN SABARUDDIN MUHAMMAD HAFIZULLAH BIN ABDUL SAMAD

2020818934 2020461826 2020498624 2020834552

ISI KANDUNGAN BIL PERKARA

M/S

. 1.

1.0 PENGENALAN

3-5

2.0 KONSEP

6

2.

3.

2.1 KAJIAN LITERATUR

7 - 11

3.0 PERBINCANGAN KAJIAN

12 - 13

4.0

KAJIAN METODOLOGI

14 – 15

4.1

KAEDAH KAJIAN

16 - 17

4.

4.1.1 KAJIAN MELALUI INTERNET

17

4.1.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN

18

5.

5.0 KESIMPULAN

19

6.

6.0 RUJUKAN

20 - 21

2

1.0

PENGENALAN Relativisme didefisinikan sebagai fahaman bahawa kebenaran nilai moral tidak semestinya mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau kebudayaan. Ia juga merupakan suatu doktrin iaitu ajaran yang dipegang bahawa ilmu pengetahuan, kebenaran dan nilai moral tersebut ditentukan secara berkait dengan budaya, masyarakat, dan konteks pensejarahan. Ia juga teori atau pengetahuan bahawa penilaian adalah relatif dan berbeza-beza menurut situasi, peristiwa atau garis waktu dan individu yang mengalaminya. Kebenaran mengenai relativisme ini dinilai relatif, tidak mutlak atau kekal dan saling berbeza antara budaya dengan budaya lain, individu dengan individu yang lain dan situasi dengan situasi yang lain.

Relativisme mempunyai banyak cabang yangh membawa kepada pelbagai aspek; antaranya ialah Relativisme budaya iaitu aspek budaya seperti agama, bangsa, bahasa dan tingkah laku harian tetapi secara pratikalnya, ia adalah mengenai tingkah laku apa yang boleh diterima atau tidak boleh diterima oleh sesetengah individu. Aspek kedua ialah Relativisme epistemik yang membawa maksud bagaimana kita sebagai individu ini mengetahui sesuatu yang boleh dibezakan dalam konteks dan budaya yang berbeza. Aspek ketiga pula adalah Relativisme terhadap kebenaran iaitu kebenaran adalah relatif dan ia adalah satu-satunya jenis relativisme yang sama-sama ditentang oleh beberapa individu yang berpegang dengan agama dan ilmu. Yang keempat pula ialah Relativisme Moral atau Etika iaitu mengatakan bahawa betul dan salah itu berkaitan dengan sistem kepercayaan atau budaya seseorang individu.

Awalan kata ‘pasca’ atau ‘post’ daripada perkataan pascamoden pula ini membawa maksud sesuatu yang datang setelahnya; dan di dalam konteks ini, ia membawa erti sesuatu yang datang selepas era moden; atau suatu pemutusan; atau berbezaan dengan masa moden. Menurut Mike Featherstone (2001), Realitivisme ini mempunyai makna yang hampir definisinya kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan dengan definisi moden.

3

Ini sehinggalah istilah pascamoden ini menjadi kurang baik apabila dilihat dan dipandang daripada sudut yang relatif kerana ia hanya memandang pascamoden bukan sesuatu yang bersungguh-sunggu sehingga wujud daripada perasaan ketidakpuasan terhadap keberadaan moden. Menurutnya lagi, masalah yang dihadapi dalam mengupayakan definisi pascamoden ialah perkara ini menyatakan pelbagai hal yang berbeza dalam bidang-bidang tertentu.

Selain daripada itu, hujah lain seperti yang diperkatakan oleh Woods (2001), pascamoden ini bukanlah sebagai masa yang menggantikan moden tetapi lebih lebih kepada cara berfikir dan bertindak. Hal ini dapat dikatakan bahawa pascamoden ini merupakan sesuatu perbezzan cara berfikir yang baru atau perbezaan sikap yang tidak baik kepada sikap yang lebih baik berbanding dengan pada masa moden. Perkara yang terjadi pada masa moden ini dipandang sesuatu yang perlu diperbaharui dengan cara berfikir yang baru pada masa pascamoden. Jadi ia dapat disimpulkan bahawa pascamoden wujud sebagai kritik kepada masa moden.

Pascamoden atau Pascamodenisme ini tidak mempunyai kebenaran yang multak kerana idea tentang wujudnya kebenaran mutlak suatu ilusi yang dibuat-buat oleh sesetengah pihak untuk berkuasa dan mempengaruhi minda dan tingkah laki individu lain. Ia juga merupakan suatu yang dianggap fakta hari ini yang boleh dinilai salah di kemudaian hari; juga boleh dijelaskan sebagai pengkonsepsian diri sendiri dan rasionalisasi dan metodologi saintifiknya bersandarkan teori yang objektif digantikan dengan kebergantungan kepada pandangan diri sendiri.

Dalam pada itu, kuasa autoriti dalam pascamoden oleh institusi seperti agama adalah suatu yang dianggap menyeleweng dan tidak benar; atau palsu. Nilaian moral yang dipandukan oleh agama atau institusi sekular ini adalah suatu kekangan manakala kewujudan pihak autoriti agama dipertikaikan. Pascamoden ini juga merujuk kepada prinsip moral yang bersifat ‘personal’ atau peribadi kerana ia ditentukan sendiri oleh setiap individu tanpa perlu meruuk dan mengikut nilai dan peraturan tradisonal. Ia juga merujuk kepada kepentingan globalisasi dan pengantarabangsaan di mana kewujudan negara bangsa yang bersempadan dan menghalang komunikasi antara individu bahkan disebut terbukti mengakibatkan peperangan.

4

Usaha yang dilakukan pascamoden ialah membongkar dan menghancurkan metanaratif yang dihasilkan daripada sebuah ideologi dan pemikiran asas dan menguasai budaya pengetahuan masyarakat. Meta-naratif ini merujuk kepada cerita besar yang berlaku kepada semua individu. Dalam teori kritis terutamanya dalam istilah pascamoden ini, ia merujuk kepada penjelasan yang komprehensif, pengalaman atau pengetahuan yang menawarkan legitimasi masyarakat melalui penyelesaian yang diharapkan sebagai idea utama.

Istilah tersebut menjadi popular dan terkenal oleh Jean-François Lyotard pada tahun 1979, dengan dakwaannya bahawa pascamoden itu dicirikan dengan tepat oleh ketidakpercayaan kisah-kisah ataupun cerita-cerita besar yang telah membentuk sebahagian penting dari kemodenan. Secara bersamaan, falsafah pascamoden ini menyalahkan kapitalisme yang bersifat mengeksploitasi dan sosialisme yang birokratik, dan sama-sama dipandang sebagai naratif-naratif besar yang menyebabkan kesan bagi dunia sosial moden. Perkembangan yang wujud dalam pascamoden ini juga menjadi tantangan besar bagi orientalisme di mana ia merupakan bahagian daripada meta-naratif yang menjadi kemungkinan untuk dibantah atau dilawan bagi pihak pascamoden.

5

2.0

KONSEP Konsep relativisme pascamoden kepada sesetengah pihak dianggap sebagai sebuah model intelektual yang kosong atau sekadar refleksi daripada keinginan yang devians iaitu menyimpang daripada tingkah laku yang normal dan bersifat kolot; atau boleh dikatakan reaksioner ke atas perubahan-perubahan sosial yang berlangsung pada masa kini. Lantaran itu, ia bekerja hanya untuk membongkar-bongkar segala perkara. Namun sarjana yang mendokong aliran pancamoden atau pascamodenisme membalas bahawa kritikan yang sedemikian itu adalah kritikan yang terburu-buru atau sembrono, yang sebetulnya adalah kenaifan dan kadangkala yang tersendiri. Mereka menyifatkan bahawa kritikan terhadap pascamodenisme seringkali

bermain di permukaan dan

akhirnya hanyalah karikatur iaitu individu yang kolot dari pascamodenisme.

Perbahasan daripada pascamodenisme tentunya meyakinkan apatah lagi apabila istilah senjata digunakan sebagai ‘pembunuh’ dalam sesuatu pergelutan. Individiindividu ini juga sering melarikan persoalan-persoalan besar yang mereka kusutkan ke dalam ruangan-ruangan kecil seperti penyerpihan, kebingungan, dan perceraian sesama mereka yang sememangnya dibina sebagai kubu bagi berhadapan dengan segala serangan ke atas tingkah laku mereka yang lari daripada persoalan tersebut.

Lantaran ini tulisan ini mengambil isu pascamoden dengan melihatnya secara menyeluruh ataupun makro dan bukan kekhususan terhadap model yang terpecah di dalam pascamodenisme.

6

2.1

KAJIAN LITERATUR Objektif kertas kerja kami ini adalah untuk membincangkan tentang cabaran-cabaran

relativisme yang dihadapi oleh masyarakat-masyarakat pascamoden di dalam kehidupan seharian mereka. Di dalam mengharungi era pascamoden ini juga telah mempengaruhi relativisme masyarakat dan ramai daripada para-para intelektual mengatakan teori pascamoden ini kontra kepada teori modenisme. Oleh hal yang demikian, munculnya pemikir-pemikir yang menentang pandangan yang berleluasa ini.

Teori Pascamodenism dihargai bukan sahaja di barat di mana ianya dilahirkan dan diwujudkan malahan ia juga muncul di negara-negara dunia ketiga seperti India, Afrika Selatan dan Amerika Latin. Ramai intelektual ini mengatakan teori pascamoden atau pascamodenisme ini sebagai kontra atau ‘counter-trend’ kepada teori modeniti iaitu mengenai pinggirnya dunia ketiga ini daripada aspek pemikiran dan budaya masyarkat mereka. Kuasa ‘Pusat’ di runtuhkan dan beralih kepada ‘pinggiran’. Dalam hal sedemikian, pascamodenisme yang bermula sebagai ‘counter-movement’ dalam kesenian dan seni bina telah berubah menjadi pengaruh besar atau domanasi yang bersar dalam dunia intelektual dan sosial, yang mana selepas 20 tahun itu ia telah meruntuhkan modeniti dan mewujudkan pascamodenism yang baru.

Aspek yang termasuk dalam pembangunan idea Pascamoden ialah: 1. Aspek yang menolak saintifik dan objektiviti dalam peradaban Barat. 2. Aspek yang meruntuhkan asas falsafah Barat. 3. Aspek yang menekan ketidaktentuan dan ketidakpastian dalan fizik quantum dan matematik. 4. Aspek yang menekankan ketidaksinambungan atau ketidakstabilan masa dan tempat dalam sejarah manusia. 5. Aspek yang menjadi asbab atau penyebab munculnya ‘magical realism’ atau mazhab fiksyen oleh para novelis. 6. Aspek sekularisasi agama, pembuangan konsep dan praktis agama yang merupakan asas moraliti daripada masyarakat. 7. Asperk yang menggembar-gemburkan ekonomi pasaran (market economy) dan menyemarakkan konsumerism (consumer choice).

7

Antara pandangan-pandangan pemikir era pascamoden tersebut ialah :

Jean Baudrillard mempercayai bahawa media elektronik yang semakin ini telah memusnahkan hubungan manusia dengan latar belakang sejarah mereka dan membina keadaan yang huruhara (chaos) kekosongan. Baudrillard mengakui bahawa teorem Marxism telah diterbalikkan iaitu kehidupan masyarakat yang mempengaruhi ekonomi yang kemudian berkuasa membentuk simbol dan imej, bukan sebaliknya. Berdasarkan pendekatan strukturalisme, beliau berpendapat bahawa makna atau maksud yang dicipta oleh hubungan antara manusia adalah secara verbal dan bukannya dari segi realiti luaran.

Jean Baudrillard juga mengatakan bahawa makna yang dicipta oleh aliran imej seperti dalam sebuah rancangan televisyen yang menggunakan imej untuk mencetus sesuatu makna atau sesuatu yang tersurat atau tersirat. Di samping itu, kehidupan sosial dan peribadi manusia adalah bergantung kepada imej yang ditunjukkan atau dipancarkan di media dan oleh yang demikian, ia juga boleh dikatakan bahawa persekitaran mereka adalah sesuatu yang dicipta kerana ai berlaku secara langsung serta media yang disiarkan itu mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku manusia dan pengalaman mereka. Dengan keadaan yang dinyatakan seperti dia atas, Baudrillard menyebut d ini sebagai ‘Dissolution of Life into TV’.

Michael Foucalt menyebut bahawa organisasi keluarga juga semakin luntur ataupun sudah berubah dan ia diganti oleh organisasi moden seperti penjara, sekolah dan hospital yang memainkan peranan dalam mengawal masyarakat. Oleh sebab itu, kebebasan individu yang muncul dalam era moden seharusnya mempunyai disiplin dan pengawasan.

Kuasa dan kawalan ataupun pegawasan ini sangat berkait dengan wacana yang membawa maksud sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan dalam memberikan atau menyatakan fakta atau cerita serta perbincangan dan pertukaran idea secara lisan. Dalam erti kata lain juga ia membawa makna iaitu cara bercakap dan berfikir yang berkait dengan andaian manusia keatas sesuatu perkara. Sebagai Contoh, subjek kegilaan bertukar wacana dari ‘Middle Ages’ hingga masa kini dan suatu ketika dahulu, kegilaan yang wujud itu dilihat sebagai tidak mencederakan orang lain, dan juga sebagai pemberian (gift). Dalam masyarakat moden kegilaan dikaitkan dengan wacana perubatan yang mengaitkan bahawa ia adalah satu penyakit yang perlu diubati. 8

Menurut Ulrich Beck , manusia pascamoden ini sebenarnya hidup dalam era moderniti atau era moden yang kedua (Secondary Modernity) di mana institusi moden semakin global dan meluas serta kehidupan sehariannya tidak lagi berlandaskan tradisi dan adat semata-mata. Hal ini kerana istilah masyarakat industri telah digantikan dengan masyarakat berisiko dan penuh ketidakpastian kerana tidak mempunyai pola dan struktur yang tegas (Lack of Pattern) dan keadaan masyarakatnya yang kacau-bilau serta kucar-kacir.

Risiko yang terdapat dalam era pascamodern adalah berlainan dari era lalu. Contohnya, risiko akibat bencana alam adalah kurang dari risiko yang dihadapi akibat pembangunan sosial dan penemuan sains dan teknologi. Lantaran itu, menurut beliau juga untuk menghadapi permasalahan ini adalah subpolitik perlu muncul sebagai barisan hadapan untuk membawa masalah ini ke arah reformasi sosial dan politik. Kumpulan ini perlu bergerak diluar mekanisme formal seperti NGO ekologi, institusi hak kemanusiaan dan konsumer serta tanggungjawab dalam mengurus risiko ini bukan sahaja tanggungjawab saintis, ahli politik malah semua ahli masyarakat. Oleh itu, subpolitik inilah yang dapat mempengaruhi dan reformasikan mekanisma politik ortodoks yang membawa maksud politik yang berpegang pada pendapat yang diterima oleh umum.

‘Run away world’ yang merupakan salah satu konsep yang dicadangkan oleh Anthony Giddens dalam membincangkan era pascamoden. Menurut konsep ini, dunia ditandai ataupun ditakdirkan untuk mempunyai risiko dan ketidakpastian yang baru seperti yang disebut oleh Ulrich Beck tetapi beliau menambah kenyataan beliau bahawa ‘trust’ perlu dikaitkan dengan risiko. Keadaan masyarakat yang berubah pada kadar yang segera menyebabkan ‘trust’ telah berkurang yang mana pada waktu dahulu ia wujud dalam komuniti kecilan. Hidup dalam dunia global dan meluas ini menyebabkan kehidupan manusia dipengaruhi oleh orang yang tidak dikenali dan berada beribu-ribu batu di seberang lautan serta daratan. ‘Trust’ yang dikaitkan adalah ke atas sistem abstrak seperti berkeyakinan ke atas agensi regulasi makanan, ke atas sistem perawatan air dan ke atas keberkesanan sistem perbankan dan membawa kepada manusia untuk memerlukan keyakinan ini ke atas autoriti bagi menghadapi risiko secara yang berkesan.

9

Dengan mengikut Prinsip Pascamodenisme, pascamoden pada mulanya wujud untuk menentang secara penuh terhadap pemikiran (reasoning) yang menjadi akar tunjang pada zaman pencerahan atau ‘The Era of Enlightenment’ di Eropah dan kemegahan tamadun, budaya dan masyarakat Eropah yang mengecilkan serta menjatuhkan taraf, kedudukan dan cara pemikiran dan budaya lain. Pada masa ini, pascamoden telah ditransformasikan menjadi satu sistem yang ‘total’ sehingga boleh mengganti sistem modeniti dan tradisional dalam pemikiran dan praktis.

Berdasarkan Ziauddin Sardar (1995), prinsip asas pascamoden ialah:

• Semua yang dipercayai benar semasa zaman moden dianggap langsung tidak benar dan tidak boleh dipakai pada era pascamoden. Kebernaran pula adalah relatif, dan dan semua aspek kehidupan merupakan kontigensi dan menurut Rorty, pascamoden menolak semua bentuk kebenaran dan tidak menerima apa-apa sebagai ‘absolute’. • Pemikir pascamoden melihat semua jenis pengetahuan, dan semua sumber pengetahuan sebagai sesuatu yang tiada asas kewujudan dan bagi mereka, kebenaran begitu skeptical sehingga magis dan sains tidak ada bezanya. Pengetahuan merupakan subjek imaginasi bukan inquiryuntuk memahami tingkah laku manusia, hendaklah menggunakan fiksyen daripada ilmu falsafah, penceritaan daripada teori . • Pemikiran pascamoden ke atas kewujudan ialah Simulacrum, di mana tidak ada perbezaan di antara imej dan realiti material. Era pascamoden ini menggambarkan simbol serta imej dan ia tidak ada hubungan dengan realiti. Hidup manusia dalam teater global berubah secara tidak pasti sehingga menyebabkan realiti diserap menjadi fiksyen yang disebut sebagai ‘hyperreality’. Kehidupan sosial masyarakat ini diatur bukan oleh realiti tetapi oleh simulasi, model, imej suci dan watak yang diciptakan (representation) dan watak ini membawa kepada simulasi baru dan proses itu sambung menyambung dalam kaleidoskop.

10

• Tidak menerima realiti (Denial of Reality). Pemikiran pascamoden mengatakan tidak ada ‘ultimate reality’ iaitu kenyataan hakiki yang membuatkan manusia melihat apa yang diingini oleh mereka mengikut kedudukan mereka dalam masa, tempat dan latar belakang budaya dan sejarah. Kehidupan yang tiada makna (meaninglessness) dalam kehidupan yang tiada kebenaran dan kenyataan yang benar, tiada pengetahuan dan bahasa hanyalah merupakan alat perhubungan dalam kewujudan manusia serta realiti hanyalah merupakan imej semata-mata. Pemikiran sebegini seperti keraguan dan kesangsian akan membawa kepada ketiadaan teori yang diterima, tiada pengukuran mutlak dan tiada pengalaman lalu yang boleh dijadikan panduan. • Penekanan dalam penggandaan etnik, budaya, jantina, kebenaran, realiti, seksualiti dan reasoning adalah sesuatu perkara itu tidak dibenarkan mendominasi dan mempunyai hak istimewanya sendiri ke atas perkara-perkara yang lain. Elitisme iaitu kepimpinan oleh sesuatu kumpulan elit dan jurang kelas di antara satu sama lain dibuang dan hal ini memaksa para pemikir pascamoden untuk cuba mendapatkan kesamaan perwakilan dalam pemikiran dan kehidupan tidak bias iaitu menyimpang atau membelok daripada matlamat sebenar atau bertukar arah atas sesuatu sebab kepada kelas, gender, orientasi seks, ras, etnik dan budaya: dan ianya cuba mengalih dominasi halacara Barat dalam pemikiran dan tingkah laku.

11

3.0

PERBINCANGAN KAJIAN

Hasil daripada kajian kami menunjukan bahawa relativisme merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang bersifat tidak tetap dan mutlak. Ianya boleh berubah mengikut suasana di sesuatu persekitaran. Relativisme menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai sudut. Umpamanya dalam sains kita boleh menerima teori A sebagai benar dan di suatu sudut yang lain kita boleh melihat teori B juga sebagai benar. Jadi jika kita menganggap bahawa kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang mutlak, maka ini bermakna bahawa kita boleh menerima pelbagai sudut pandangan atas dasar bahawa tidak wujud suatu kebenaran yang mutlak, tetapi wujud cara-cara yang berbeza untuk memahami akan hakikat kebenaran itu.

Seperti yang kita ketahui relativisme ini mempunyai beberapa aliran iaitu etika, budaya dan juga agama. Relativisme etika secara ringkasnya adalah aliran pemikiran falsafah yang secara tegas menolak pendapat yang mengatakan norma etika berlaku untuk semua orang. Manakala relatvisme budaya pula adalah pegangan yang teguh pada prinsip perkembangan prinsip dan tanggungjawab penuh dalam kehidupan dan pengalaman seorang. Akhir sekali relativisme agama adalah keraguan umat beragama terhadap kebenaran agamanya sendiri.

Diantara cabaran relativisme adalah terlalu mempercayai sesuatu perkara itu betul adalah mustahil untuk berlaku. Seperti yang kita ketahui relativisme tidak menggalakkan individu untuk menghakimi sesuatu budaya yang diamalkan oleh masyarakat lain. Jika budaya yang diamalkan dikatakan betul namun hakikat yang sebenarnya tidak, maka ini akan menjadikan sesetengah budaya itu sukar untuk mencapai kemajuan kerana tiada unsur penghujahan dan kri...


Similar Free PDFs