halangan dan cabaran pengurusan dakwah PDF

Title halangan dan cabaran pengurusan dakwah
Author Ukhti Siti
Pages 16
File Size 144.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 635
Total Views 808

Summary

~ Pengurusan Dakwah Dan Cabaran Kontemporari Masa Kini ~ Disediakan Oleh : Siti Aminah binti Ngadiman (IEJ100036) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan  PENGENALAN Allah S.W.T telah berfirman dalam kitabNya yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nas...


Description

~ Pengurusan Dakwah Dan Cabaran Kontemporari Masa Kini ~ Disediakan Oleh : Siti Aminah binti Ngadiman (IEJ100036) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan

 PENGENALAN Allah S.W.T telah berfirman dalam kitabNya yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”1 Mengimbas kembali sejarah mengenai bagaimana dakwah Islam mula tersebar, berkembang dan disampaikan kepada umat manusia di zaman Nabi Musa a.s. Kita dapati bahawa baginda menggunakan cara dan pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan cabaran dan situasi yang berlaku pada zaman tersebut. Pada zaman Nabi Musa a.s, baginda dianugerahkan oleh Allah SWT dengan mukjizat „tongkat sakti‟ bagi menempuhi cabaran yang dihadapi oleh baginda. Ini kerana baginda mempunyai kepakaran di bidang sihir yang merupakan salah satu ciri-ciri kekuatan yang menjadi pelindung kepada kezaliman yang dilakukan oleh penguasa Mesir iaitu Fir‟aun pada masa tersebut. Namun, beralih pada masa kini, dakwah islamiah sedang memasuki era baru peralihan zaman. Umat Islam sedang berada di dalam era yang dikenali sebagai „masyarakat terbuka‟. Arus globalisasi dan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat menjadikan masyarakat terbuka sebagai satu realiti. Selaku pendakwah yang memikul amanah dalam menyebarkan dakwah dan seorang muslim yang perlu berpandangan positif, era peralihan zaman ini harus dijadikan peluang untuk kita meningkatkan usaha untuk menyampaikan ajaran agama Islam kepada seluruh masyarakat selaras dengan kemajuan yang ada. Kita perlu meningkatkan 1

Surah: AN-NAHL - Ayat: 125

[1]

seluruh saluran dan ruang penghebahan untuk memastikan ajaran agama Islam tersebar seterusnya membangunkan masyarakat berasaskan panduan dan pedoman cahaya al-Quran dan al-Hadith.

Bermulanya era yang baru ini juga maka semakin bertambah cabaran dan mehnah tribulasi dalam menyebarkan dakwah islamiah. Kerana itulah juga perlunya kepada pengurusan dakwah yang lebih berkesan dan efektif agar pelaksanaan aktiviti dakwah itu berterusan dan sampai kepada masyarakat. Justeri itu, wujudlah pelbagai institusi dakwah yang mana terdapat satu sistem pengurusan didalamnya yang bertanggungjawab menguruskan perancanganperancangan yang akan dilaksanakan bagi menjalankan kegiatan berkaitan dakwah, pengurusan dakwah yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dan semua pengurusan yang dilakukan mestilah di ambil kira dari segi aspek strategi perancangan, sumber manusia dan juga prasarana atau kemudahan yang akan diguna pakai. Mesej yang ingin disampaikan oleh pendakwah Muslim mestilah sistematik dan melibatkan perancangan yang teliti, organisasi yang berstruktur dan menggunakan tenaga manusia yang berkualiti serta diyakini

Tidak dinafikan bahawa kadangkala terdapat aktiviti atau program dakwah yang dianjurkan tidak memenuhi keperluan dan kesesuaian sesuatu keadaan dalam sesebuah kelompok masyarakat. Dan tidak juga dinafikan bahawa ada yang mendapati dakwah islamiah masih belum dijadikan panduan atau ikutan oleh masyarakat dalam menghadapi perubahan dalam kehidupan mereka. Maka pengurusan dakwah pada masa kini perlu lebih selaras dan pelaksanaannya yang lebih kontemporari agar mudah diterima oleh pemikiran masyarakat masa kini.

[2]

 DEFINISI Beberapa pendapat mendefinisikan dakwah sebagai: a) Dr. Wan Hussein Azmi (1984 : 2)2 Menurut pendapat Sheikh Ali Mahfuz, dakwah adalah merangsang manusia kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan agar mereka selamat hidup didunia dan di akhirat. b) Dr. Abdul Aziz Mohd Zin3 Memetik pandangan Prof H.M Ariffin bahawa dakwah adalah satu kegiatan ajakan yang baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkahlaku dan sebagainya yang dilakukan secara sedar dan bertujuan untuk mempengaruhi orang lain secara individu mahupun secara berkelompok agar timbul dalam hati kesedaran, sikap penghayatan serta pengamatan terhadap ajaran agama sebagai mesej yang disampaikan kepadanya dengan tanpa adanya unsur-unsur paksaan. c) „‟Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. merekalah orang-orang yang beruntung.‟‟4 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”5 Sebagai mana yang dinyatakan dalam al-Quran diatas, asalnya dakwah bermaksud seruan, iaitu seruan yang mengajak kepada kebaikan, amar ma‟aruf nahi mungkar dan beriman kepada Allah. 2

Dr. Wan Hussein Azmi mengulas pendapat yang diutaran oleh Sheikh Ali Mahfuz, Dr. Abdul Aziz Mohd Zin adalah mantan pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Universiti Malaya 4 Surah Al-Imran: 104 5 Surah Al-Imran: 110

3

[3]

Beberapa kesimpulan yang dapat diambil daripada pengertian pengurusan adalah: a) Perkataan “pengurusan” dari segi etimologinya adalah berasal daripada perkataan “urus” yang bererti “menyelenggarakan sesuatu dengan baik atau secara teratur”. Apabila penggunaan imbuhan “peng” dan “an” digunakan pada perkataan “urus” ia bereti “perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan perniagaan dan lainlain).6 b) Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan “pengurusan” pula sebagai “menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain” c) Secara keseluruhannya dapat kita ketahui bahawa perkataan “pengurusan” bermaksud suatu usaha atau proses mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggotaanggota organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi (kewangan, masyarakat dan lain-lain) bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan

Manakala definisi bagi pengurusan dakwah kontemporari pula adalah menguruskan diri dan organisasi menggunakan kaedah, strategi serta langkah-langkah terkini dan sesuai dengan perubahan persekitaran selagi tidak menyalahi batas-batas hukum syara‟. Pengurusan dakwah sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gaya kepimpinan yang selari dengan matlamat asal dakwah. Namun disebalik pelaksanaan pengurusan dakwah secara kontemporari terselit cabaran yang merupakan rintangan dan ujian masa kini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dakwah.7

6

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 : 1529 Nurhafizah Bt Kasbullah. (2009) Pengurusan dan cabaran dakwah kontemporari. Retrieved Oktober 29, 2012, from http://indahkhairani.wordpress.com /2009/09/ 28/

7

[4]



CABARAN PENDAKWAH

Kemajuan era globalisasi kini menyebabkan ideologi perkembangan mempengaruhi corak pemikiran manusia, era globalisasi diertikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Oleh kerana kepantasan teknologi jugalah yang telah meningkatkan tamadun sesebuah negara. Maka, pengurusan dakwah yang lebih efektif dan berdaya saing diperlukan bagi meletakkan dunia modenisasi bukan sahaja penghalang malahan sebagai pendorong untuk dakwah terus maju kehadapan.

Diantara cabaran yang dihadapi pendakwah adalah: 

Gaya hidup: Pendedahan kemajuan teknologi menyumbang kearah modenisasi yang menekankan manusia kepada kebendaan dan kemodenan, akibatnya mereka lebih mementingkan hal masing-masing tanpa memikirkan apa yang berlaku sekitar mereka. Secara tidak langsung masyarakat akan lebih pentingkan peralatan teknologi dan menyisihkan nilanilai keagamaan dan ketimuran serta hal-hal yang berlaku sekitar mereka.



Pegangan hidup: Disebabkan teknologi yang terlalu moden akan menjadi ancaman kepada programprogram atau aktiviti dakwah yang ingin dijalankan kerana akan ada golongan yang akan memanipulasikan kemajuan tersebut untuk kepentingan peribadi. Natijahnya, masyarakat akan lebih pentingkan program yang berbentuk hiburan khususnya golongan belia remaja.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran kepada pendakwah: 

Faktor dalaman a) Individu, pembentukan sahsiah yang unggul dan berketerampilan bermula dengan individu itu sendiri. Ilmu yang memainkan peranan penting bagi seseorang individu dalam membuat perancangan. Tahap kecetekan atau ketinggian ilmu pengetahuan individu diukur melalui kematangan pemikiran dan [5]

tindakan yang melibatkan struktur masyarakat dan negara. Oleh itu, tahap keilmuan yang tinggi membolehkan individu membuat penilaian sesuatu tindakan yang akan dialkukan samada baik atau buruk. Kekurangan ilmu akan menyebabkan seseorang pendakwah sukar untuk membuat penialaian.

b) Keluarga, Keluarga adalah institusi penyebaran dakwah dan perkembangan Islam bermula dalam kalangan anggota keluarga. Apabila pembinaan institusi keluarga berasaskan kepada ajaran Islam, hasilnya sebuah rumah tangga bahagia. Secara tidak langsung, institusi keluarga bahagia boleh menjadi penggerak dakwah melalui contoh ditunjukkan bukan saja terhadap ahlinya, tetapi juga pihak luar pastinya ingin tahu rahsia kebahagiaan dikecapi. Keluarga sering dikaitkan sebagai antara punca berlakunya gejala sosial dan keruntuhan akhlak remaja. Oleh itu, jika keluarga menjadi punca, maka keluarga juga boleh menjadi penyelamat atau sistem pertahanan bagi mengelak berlakunya gejala negatif.



Faktor luaran: a) Persekitaran, Model pembangunan masa kini terutamanya dalam bidang sosioekonomi negara pada dasarnya berteraskan model liberal-kapitalis, maka berkemungkinan wujudnya budaya barat atau sosiobudaya yang negatif yang boleh meruntuhkan akhlak umat-umat islam yang membolehkan penyakitpenyakit sosial seperti disko, perjudian bertaraf dunia, pengeksploitasian wanita dan sebagainya semakin menular. Malahan budaya yang sering melanda remajaremaja khususnya dan masyarakat amnya ialah budaya k-pop dan rock yang mana sedikit sebanyak mempengaruhi budaya pemikiran dan ia sangat mempengaruhi emosi manusia.

b) Komuniti Masyarakat. Di Malaysia, masyarakat yang menetap disini berbilang bangsa, kaum dan agama. Maka akan berlaku pertembungan dan percampuran budaya yang pelbagai. Disinilah pendakwah menghadapi cabaran bila mana kefaham dan amalan masyarakat bercampur aduk. Para pendakwah harus [6]

melaksanakan penyebaran dakwah berasaskan kepada nila-nilai dan tahap pemahaman sesuatu masyarakat supaya dakwah yang disebarkan tidak terlalu rigid sehingga menyukarkan masyarakat untuk menerimanya. Malahan biar dakwah itu berterusan walaupun perlahan asalkan tidak terhenti ditengah jalan.

c) Media Massa, Media massa sama ada elektronik mahupun media cetak yang merosakan masyarakat ialah satu cabaran dan halangan dalam proses penyebaran dakwah. Sistem komunikasi dan informasi yang canggih ini seperti internet dan sebagainya adalah sukar bagi pendakwah menanganinya kerana maklumatnya yang tidak terbatas, sama ada baik atau buruk, berfaedah atau tidak. Walaupun tidak semua unsure jahat dan ada juga terdapat unsure baik yang dipaparkan tetapi ada juga timbul isu atau unsur-unsur yang tidak sesuai dengan islam yang bole merosakkan akidah. Maka seharusnya pendakwah mengambil ruang dan peluang dgn kecanggihan yang ada untuk kepentingan dakwah itu sendiri.

[7]



CABARAN PENGURUSAN DAKWAH

Terdapat beberapa cabaran dalam pengurusan dakwah serta kelemahan yang terdapat dalam aktiviti penyampaian dakwah yang dilaksanakan. Antaranya: 1. Program hanya sekadar bersifat Oral Communication:8

Pemahaman masyarakat terhadap aspek dakwah Islamiah pada umumnya lebih diertikan sebagai aktiviti yang bersifat komunikasi lisan ( oral communication) atau bersifat tabligh (menyampaikan) sehingga aktiviti dakwah tersebut lebih bersifat kepada penyampaian secara lisan semata-mata ataupun aktiviti ceramah semata-mata. Dari sudut lain, kegiatan ceramah yang banyak diadakan pada masa kini sama ada di surau, masjid, dewan, tempat-tempat awam atau di mana sahaja memang mempunyai kekuatan yang tersendiri, kerana ia dapat mewujudkan hubungan secara langsung antara pendakwah (daie) dengan sasaran dakwah atau kelompok yang akan menerima dakwah (mad‟u). Selain itu para pendakwah yang terlibat dalam aktiviti jenis ini tidak perlu memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk berfikir dan khalayak pula terdiri dari pelbagai jenis kelompok pendengar.

Namun, terdapat kelemahan dalam program yang berbentuk ceramah ini, antaranya ialah penceramah atau pendakwah yang terlibat perlu menyediakan waktu yang banyak untuk program ini. Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat kita pada hari ini masyarakat lebih suka dan tertarik dengan penceramah yang popular dan „menghiburkan‟ atau para penceramah yang perlu „diimport‟ dari jauh. Selain dari itu masyarakat juga perlu menyediakan masa yang cukup untuk mengikut kegiatan ceramah ini yang diadakan di pelbagai tempat sedangkan pada masa kini, masyarakat tidak mempunyai banyak masa akibat dari pelbagai aktiviti bagi memenuhi kehidupan seharian termasuk keperluan bekerja dan tuntutan yang lain. Kemungkinan juga program ceramah-ceramah yang diadakan itu menjemukan atau tidak menepati sasaran khalayaknya kerana terdapat perbezaan daya intelektual para pendengar ataupun terdapatnya kelemahan-kelemahan yang lain dari para pendakwah sendiri. 8

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur

[8]

2. Pemantapan dari sudut keilmuan9

Dakwah dalam era kini bukan lagi bersifat biasa (routine), sementara (temporary) dan juga segera (instant) tetapi dakwah masa kini memerlukan kekuatan keilmuan. Dengan adanya keilmuan dakwah Islamiah tentunya aspek-aspek yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan dakwah dapat dilaksanakan berdasarkan teori dakwah Islamiah yang telah diperkatakan oleh alim ulama atau para cendekiawan yang terdahulu. Perlu akui bahawa aktiviti-aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan pada hari ini pada umumnya tidak menggunakan kaedah pendekatan ilmiah atau kerangka teori dakwah yang jelas. Akibatnya semua program dan aktiviti dakwah yang dilaksanakan terus berjalan tanpa perancangan dan penilaian yang jelas. Masalah yang timbul berkaitan dengan aspek keilmuan dakwah Islamiah ini ialah disebabkan dari segi epistemologi ilmu dakwah tidak selari dengan khazanah ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu kalam, filsafat Islam, tasawuf, hadis, fikah dan lain-lainnya. Ternyata ilmu dakwah yang muncul agak lewat dari segi perkembangan ilmu dan ilmu ini baru dikuasai oleh para ilmuwan terkemudian dan masa kini.

Kelemahannya, program-program atau aktiviti-aktiviti dakwah yang bakal dijalankan tidak menepati perancangan yang dilakukan. Hal ini kerana setiap daripada perancangan yang dilakukan menitik beratkan risiko, kelebihan dan kelemahan serta keberkesanan selepas program tersebut, maka apabila tidak dinilai dengan keilmuan yang tinggi serta strategi pelaksanaan yang berkesan maka program yang berjalan berkemungkinan tidak seperti yang dirancangkan. 3. Modal Insan10

Dalam aspek ini jika diperhatikan aktiviti dakwah yang dilaksanakan masih lagi di tahap sederhana. Kesan dari ini terdapatnya para pendakwah yang tidak profesional dan ini menyebabkan masyarakat memberi penghargaan yang rendah kepada para pendakwah. Pandangan yang sama juga ditujukan kepada agensi atau organisasi dakwah akibat dari lemahnya 9

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur. ibid 10 Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur. Ibid

[9]

daya kepimpinan dan juga aspek pengurusan organisasi dakwah. Para pendakwah yang masih gagal menguasai alat-alat teknologi dakwah ataupun kemudahan yang terdapat ada masa kini yang dapat memberikan kesan dalam menyampaikan dakwah, tidak mampu melaksanakan pengurusan dakwah yang berkesan yang merangkumi aspek perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan juga kepimpinan yang berkesan. Secara idealnya para pendakwah pada masa kini tidak hanya menguasai ilmu-ilmu asas pendakwah seperti penguasaan ilmu pengajian Islam yang mantap, akhlak yang baik tetapi juga perlu menguasai ilmu-ilmu bantu yang lain seperti ilmu komunikasi dan juga kaedah atau metodologi dakwah, sekali gus ia mampu menterjemah ilmu atau kemahiran yang ada dalam usaha untuk menyampaikan dakwah Islamiah secara lebih berkesan.

Dari sudut kelemahan yang mungkin akan terlihat adalah ketelusan dalam merancang aktiviti yang lebih berstrategik dan berkesan. Ini kerana modal insan atau sumber manusia memainkan peranan penting sebagai penggerak yang akan melancarkan gerakan penyebaran dakwah. Ini kerana proses pengurusan dakwah itu bukan dilakukan secara persendirian namun ada organisasi atau jawatankuasa yang membantu dengan kepakaran dan bidang masing-masing bagi melancarkan dan melicinkan lagi perancangan-perancangan yang akan dilakukan kelak. Selain itu juga, setiap bidang tugas dalam sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam kebersamaan menilai kelemahan dan kekuatan bidang tugas yang lain dari perspektif lain untuk membolehkan sesebuah organisasi itu mencapai kematangan dalam pengurusan yang fleksibel. 4. Prasarana11

Untuk mencapai tujuan dakwah, pihak yang menguruskan dakwah juga memerlukan prasarana

serta

kemudahan-kemudahan

yang

sedikit

sebanyak

menyumbang

kepada

keberkesanan dan kelancaran penyebaran dan aktiviti dakwah yang dijalankan. Dari satu sudut kita melihat bahawa memang benar tugas berdakwah adalah satu jihad disisi islam, malahan dakwah yang terbaik adalah dakwah fisabilillah. Namun begitu bukanlah dimaksudkan dengan prasarana dan kemudahan untuk berdakwah diatas untuk kepentingan pendakwah itu sendiri.

11

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal, (2007) Cabaran dakwah islamiah masa kini. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (USIM), Kuala Lumpur. Ibid

[10]

Tetapi kemudahan yang diperlukan adalah bagi membantu kelancaran program dakwah yang akan dijalankan seperti kemudahan dana, kemudahan tempat, kemudahan dari sudut sumber manusia atau kakitangan dalam sesebuah organisasi serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengan gerak kerja islam.

Namun terdapat kelemahan andaikata segala prasarana yang diperlukan diberikan secara secukupnya. Manusia itu sendiri tidak lari dari melakukan kesilapan begitu juga pendakwahpendakwah kerana mereka juga merupakan manusia biasa. Berkemungkinan apabila prasarana dan kemudahan diberikan kadangkala timbul permasalahan seperti penyelewangan ataupun dengan kata mudahnya kemudahan yang diberikan tidak digunakan sebaiknya untuk tujuan dakwah. Disini akan nampaklah kepincangan dari sudut kejujuran dalam berorganisasi dan ketelusan dalam merancang aktiviti dakwah dengan menggunakan disediakan.

[11]

kemudahan yang telah



CARA MENGATASI

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar.”12

Al-Quran telah menerangkan bahawa semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah. Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan oran...


Similar Free PDFs