Cabaran dan Penolakan Pasca Modernisme PDF

Title Cabaran dan Penolakan Pasca Modernisme
Course Islamic Legal System
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 111.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 65
Total Views 837

Summary

CABARAN PASCA-MODENISME TERHADAP UMAT ISLAMPada sekitar tahun 1970, seorang pengkaji yang bernama Michael Koehlar telah membuat kajian yang menjelaskan tentang kemuncualan ideologi barat seperti pasca-modenisme yenag telah mula mempengaruhi agama islam dalam aspek rohani, sosial, pendidikan dan fizi...


Description

CABARAN PASCA-MODENISME TERHADAP UMAT ISLAM

Pada sekitar tahun 1970, seorang pengkaji yang bernama Michael Koehlar telah membuat kajian yang menjelaskan tentang kemuncualan ideologi barat seperti pasca-modenisme yenag telah mula mempengaruhi agama islam dalam aspek rohani, sosial, pendidikan dan fizikal serta telah melahirkan budaya yang negatif di kalangan umat islam. Secara am-nya, pasca-modenisme ini adalah zaman dimana ia merupakan era baru kepada kefahaman sekularisme barat moden yang telah mengubah pandangan umat islam ke arah pemikiran barat. Oleh sebab demikian, terdapat beberapa cabaran pasca modenisme terhadap umat islam kerana berlakunya penolakan nilai rabbani dalam kehidupan seharian manusia. Disebabkan perkara ini terdapat banyak cabaran-cabaran yang ditempuhi oleh umat islam. Cabaran yang pertama ialah dari segi akidah umat islam dimana pemikiran pascamodenisme ini mereka telah menolak sistem hukum islam yang mutlak di dalam agama. Ini adalah kerana mereka tidak mempercayai rukun islam dan rukun iman. Perkara ini dapat dilihat dimana mereka tidak menerima ibadah wajib seperti solat, puasa dan membayar zakat. Di sebabkan perkara ini, umat islam perlu melakukan banyak program ibadah supaya dapat mengukuhkan iman dan taqwa umat islam serta dapat membentuk akidah yang tinggi di dalam diri mereka. Pemikiran barat ini mampu mempengaruhi kehidupan umat islam sehingga menyebabkan umat islam lalai dalam melaksanakan ibadah wajib yang telah dituntut oleh agama. Seterusnya, fahaman pasca-modenisme ini juga telah disebarkan melalui kecanggihan teknologi yang mampu mempengaruhi pemikiran umat islam sehingga mereka hanya akan mementingkan kebebasan diri sendiri tanpa memikirkan pendapat daripada orang lain di dalam sesuatu perkara. Oleh hal demikian, perkara ini telah berkembang luas di dalam dunia Islam serta menyebabkan umat islam lebih cenderung terhadap kefahaman diri sendiri tanpa memikirkan dan menerima pendapat daripada orang lain dalam sesuatu perkara. Hal ini juga telah terjadi akibat daripada sistem kapitalis, perubahan ini telah membuatkan persaingan yang tidak sihat antara umat islam dimana mereka menjadi gelojoh, mengejar kebendaan di dunia sehingga menggantikan nilai-nilai dan akhlak manusia serta melupakan nilai keagamaan. Cabaran pasca-modenisme ini juga tidak terlepas daripada mempengaruhi golongan wanita islam terutamanya di Malaysia mahupun umat islam di seluruh negara dalam

mempercayai bahawasanya golongan wanita ini mampu mendapat hak yang sama seperti golongan lelaki. Perkara ini dapat dilihat apabila munculnya gerakan feminis yang dibawa oleh golongan wanita elit di seluruh negara. Gerakan ini terjadi di kalangan wanita yang mahukan keadilan sosial, hak kemanusiaan serta hak asasi persamaan yang sama terhadap golongan wanita. Gerakan feminis ini adalah perkara yang bertentangan dengan konsep kedudukan wanita di dalam agama islam yang secara umumnya agama islam mengangkat darjat golongan wanita daripada perkara yang tidak memberi manfaat seperti konsep perhambaan. Hal ini dapat dilihat daripada nasihat Rasulullah SAW ketika Haji Wida’ antaranya, “Aku berpesan agar kamu melayan kaum wanita dengan baik”. Maka era pasca-modenisme ini memberikan impak yang sangat negatif kepada umat islam dalam kehidupan seharian mereka. Pasca-modenisme ini juga telah wujud satu aspek negatif yang telah diperkenalkan oleh pembangunan hedonisme yang memberi cabaran besar terhadap umat islam. Menurut Prof Dr Mohd Kamal Hassan (1981), hedonisme ini bermaksud sesuatu pegangan hidup yang mementingkan keseronokkan semata-mata atau kesenangan hidup di dunia sehingga lahir penyakit-penyakit sosiobudaya seperti kehilangan adab dalam diri setiap individu. Perkara ini memberi cabaran yang besar kepada umat islam apabila mereka mula memuja gaya kehidupan budaya barat yang mampu memberi kesan negatif kepada diri seperti perjudian, budaya dadah, budaya hiburan dan menonton filem-filem yang mampu meningkatkan nafsu sehingga memudaratkan diri umat islam. Cabaran yang terakhir pula ialah dari segi pendidikan. Sistem pendidikan islam amat berbeza dengan sistem pendidikan konvensional kerana islam memberi maksud pendidikan ke arah yang lebih baik daripada pendidikan konvesional yang hanya mementingkan matlamat akhir yang diamalkan oleh pemikir Barat seperti corak pendidikannya yang moden tanpa tapisan yang mampu menimbulkan berbagai masalah sosial. Menurut Khurshid Ahmad (1980) pendidikan islam dapat dilihat melalui empat konsep asas antaranya ialah konsep tauhid yang telah membuktikan tentang kepercayaan manusia kepada Allah swt secara mutlak. Seterusnya prinsip rububiyyah yang bermaksud bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta alam, memberi rezeki dan memberi manfaat kepada umat islam. Selain itu, prinsip khalifah yang bermaksud kedudukan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini yang bertangungjawab kepada Penciptanya dan akhir sekali ialah prinsip tazkiyah yang membawa maksud suatu penyucian diri dalam aspek rohani seperti berzikir, solat dan membaca al-Quran.

PENOLAKAN PASCA-MODENISME TERHADAP MODENISME

Pasca-modenisme ini terjadi selepas wujudnya ideologi barat yang lain iaitu modenisme yang menjelaskan tentang satu budaya pemikiran barat moden. Modenisme ini telah menunjukkan satu perubahan cara berfikir yang bertentangan dengan agama islam dan perkara ini dapat dilihat dari segi sosial, pendidikan, seni bina, muzik dan fizikal. Selepas berlaku beberapa faktor terhadap idea modenisme yang dapat dilihat bahawa gerakan ini gagal sehingga wujudnya penyakit sosial dalam kalangan penyokongnya dan dianggap seperti menindas manusia maka tercetuslah fenomena idea baru iaitu pasca-modenisme. Oleh sebab berlaku beberapa faktor semasa zaman modenisme, maka terdapat beberapa perkara yang menyatakan tentang berlakunya penolakkan pasca-modenisme terhadap gerakan modenisme. Pada tahun 1960-an atau 1970-an, ketika itu telah mula gerakan budaya pascamodenisme yang dikatakan lebih sukar untuk difahami dan dipelajari daripada budaya gerakan modenisme. Walau bagaimanapun, gerakan pasca-modenisme ini menyatakan bahawa gerakan modenisme adalah gerakan yang gagal dilaksanakan dan dianggapkan tidak saintifik dalam pendekatannya. o Antara sebab penolakan ini berlaku apabila gerakan modenisme ini telah menunjukkan satu gerakan yang gagal dalam mewujudkan pemulihan ke arah yang lebih maju ke hadapan atau ke arah masa depan yang lebih baik seperti mana yang telah diharapkan oleh penyokongnya. Perkara ini dapat dilihat apabila pada zaman gerakan modenisme menganggap buku adalah salah satunya cara yang amat penting untuk mempelajari ilmu pengetahuan manakala pascamodenisme amat bergantung kepada teknologi canggih dan mereka menggunakan akses teknologi maklumat untuk menyebarkan berita dan ilmu tanpa sempadan. Hal ini dianggap lebih maju dan lebih berkesan dalam membangunkan budaya barat ke arah yang lebih tinggi. Semasa gerakan budaya modenisme ini terdapat banyak percanggahan mengenai ilmu teori dan fakta dalam perkembangan ilmu moden. Perkara ini dianggap suatu perkara yang gagal membangun dan tidak maju. Oleh sebab demikian, gerakan pasca-modenisme ini mengambil peluang untuk menggantikan gerakan modenisme ketika itu supaya gerakan ini lebih maju dan lebih terjamin untuk masa hadapan.

Akhir sekali, penolakkan gerakan pasca-modenisme ini berlaku apabila ketika gerakan modenisme gagal menyelesaikan masalah yang timbul seperti masalah penyakit sosial di kalangan penyokongnya, perkara ini membuatkan gerakan pasca-modenisme melihat bahawa gerakan itu tidak mampu membuktikan yang hanya dengan ilmu pengetahuan moden mampu menyelesaikan segala persoalan yang berlaku di kalangan manusia.

RUJUKAN Al-Dawamy, P. M. (n.d.). GAGASAN NARATIF DALAM PASCA MODEN:. Universiti Teknologi Malaysia. Retrived from http://repo.uum.edu.my/1817/1/12.pdf Modernisme vs Postmodernism. (19 januari , 2020). Retrieved from Montanacoc.org: https://ms.montanacoc.org/blog/difference-between-modernism-and-postmodernism/ Zain, M. b. (26 Mei, 2011). Utusan Malaysia. Retrieved from Institut Kefahaman Islam Malaysia: http://www.ikim.gov.my/index.php/2011/05/26/cabaran-era-pasca-modenisme-kepada-umatislam/...


Similar Free PDFs