Wanita mendepani cabaran sosial pasca moden PDF

Title Wanita mendepani cabaran sosial pasca moden
Author N. Mohd Salleh
Pages 16
File Size 479 KB
File Type PDF
Total Downloads 34
Total Views 612

Summary

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS ‘10 1 WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCAMODEN Oleh Nor Saleha Mohd. Salleh2 Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 1. PENDAHULUAN Pasca moden merujuk kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan dengan definisi moden (Feathersto...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Wanita mendepani cabaran sosial pasca moden Norsaleha Mohd Salleh

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

REFLEKSI NILAI MODENISME DIKALANGAN GENERASI MUDA MELAYU DI DALAM PROSES PEMIL… Dr Hairol Anuar Mak Din Pat riot isme dan Ident it i: Mit os Warga Tanpa Bangsa Kart ini Aboo Talib Drama Rant aian Asia: Wanit a Melayu, Gelagat Menont on, dan Idea Kemodenan MD Azalanshah

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10 1

WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCAMODEN Oleh Nor Saleha Mohd. Salleh2 Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

1. PENDAHULUAN

Pasca moden merujuk kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan dengan definisi moden (Featherstone 2001) atau pemikiran falsafah yang menyerang moden (Sugiharto 1996). Kita biasa mendengar ungkapan seperti zaman kegelapan, zaman pencerahan, zaman pertengahan, zaman moden dan ungkapan terkini yang digelar pada zaman ini ialah pasca moden. Zaman kegelapan adalah ungkapan yang ditujukan kepada dunia Eropah dan Barat suatu ketika dahulu yang jauh daripada kemodenan dan hidup dalam cengkaman kuasa gereja. Ini berbeza dengan dunia Islam. Sewaktu Barat mengalami zaman kegelapan, dunia Islam sedang rancak dengan arus kemajuan di mana dunia Islam ketika ini berada pada tahap kemuncak tamadunnya. Zaman pencerahan pula adalah zaman setelah masyarakat Barat melakukan revolusi menentang kuasa gereja dan mengemukakan idealisme baru seperti liberalisme3, demokrasi4, kapitalisme, sosialisme, sekularisme5 dan lain-lain lagi. Zaman moden pula ialah apabila Barat mula mencapai kemenangan dan kejayaan dalam berbagai-bagai misi dunia dan angkasa hasil daripada sumbangan daripada tamadun Islam suatu ketika dahulu. Pasca moden bukanlah zaman yang menggantikan moden tetapi lebih kepada cara berfikir dan bertindak (Wood 2001). Kesimpulannya, pasca moden merupakan sikap yang lebih baik berbanding pada masa moden. Perkara yang terjadi pada zaman moden dipandang sesuatu yang perlu diperbaharui dengan cara berfikir yang baru pada masa pasca moden. Dalam kata lain, pasca moden sebagai kritik kepda masa moden (Ardie 2009).

2. FALSAFAH PASCA MODEN

1

Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Wanita Islam Nasional di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Julai 2010. 2 Penulis ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin, Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd di Fakulti Pendidikan, UKM. 3 Fahaman liberal yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi. 4 Pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya berparlimen. 5 Fahaman yang menolak nilai2 keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.

1

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

Menurut Yamin Cheng (2005), pasca moden merupakan satu ungkapan mutakhir yang merujuk kepada wajah dunia kini. Dalam kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang dinamakan sebagai era pascamoden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era pertengahan dan era moden. Era silam dikatakan mewajahi dunia dengan legenda dan mitos, era pertengahan dengan keagamaan, era moden dengan akal, dan era pasca moden dengan hermeneutik, atau tafsiran peribadi tentang segala yang ada. Pemikir pasca moden ini adalah mereka yang kecewa dengan ketidakadilan sistem sosial yang mengakibatkan kalangan awam, rendah serta kurang upaya dan orang lain hanyalah sampah yang merempat. Justeru, golongan sampah terpinggir dan tertindas seperti gay, feminist, black dan seniman pop dan golongan etnik minoriti bangun menolak dan mengutuk nilai asas masyarakat untuk mencipta gerakan sosial yang amat meluap dan massa bagi menghadapi kebebasan baru, liberation, inclusion (penyertaan) dalam gerakan politik, ekonomi, budaya dan sosial mereka (Zainal Kling 2000). Gagasan pascamoden ini mengandungi beberapa pemikiran yang sememangnya sukar untuk difahami. Terdapat empat ciri pemikiran pasca moden; 1234-

Idea kematian subjek Idea penafian realiti Idea ketiadaan makna Penolakan naratif6 besar bersama idea yang dibawanya (Fatimah 2000)

Naratif besar merujuk kepada pandangan dunia, ilmu mahupun teori yang menganggap dirinya menyeluruh lagi benar. Ini meliputi semua disiplin ilmu dan bidang kehidupan termasuklah agama, sains atau fahaman-fahaman seperti positivisme7, sosialisme, demokrasi liberal, strukturalisme8 dan feminisme9. Naratif besar ini tidak disenangi oleh para pemikir pasca moden keran potensinya untuk meminggirkan naratifnaratif lain yang tidak atau belum berjaya mendapat kedudukan yang kukuh. Itulah sebabnya mereka cenderung menggantikan naratif besar ini dengan naratif kecil. (Md. Salleh Yaapar 2000). Idea ini mempunyai implikasinya yang tersendiri kepada Islam dan kepada kemunculan kelompok kecil yang terpinggir (Fatimah 2000). Implikasi idea ini kepada Islam ialah penolakan naratif besar ini mencabar berbagai-bagai aspek kehidupan termasuklah agama. Ini berikutan, Islam sebagai agama yang menawarkan satu pandangan dunia yang lengkap dengan jalan hidup yang dapat menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Penolakan naratif besar bermakna semua yang disebut oleh agama akan diketepikan sebagai tidak bererti dan palsu belaka. 6

Cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dll Cabang ilmu falsafah yang menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yang pasti (berlawanan dgn metafizik) 8 Satu kaedah kajian bahasa yang mengkaji dan menghuraikan struktur bahasa 9 Gerakan atau fahaman yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki.

7

2

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

Penerimaan naratif kecil pula menggalakkan tumbuhnya puluhan naratif kecil terdiri daripada berbagai bentuk agama baru, gaya hidup baru (new wave) (Md. Salleh Yaapar 2005) dan kemunculan golongan gay, homeseksual dan lesbian menuntut hak secara terang-terangan dari sudut periktirafan undang-undang dan perkahwinan. Inilah idea naratif kecil yang dbawa oleh pasca modenisme serta kesannya kepada Islam dan masyarakat. Idea naratif kecil inilah yang menjadi salah satu kepada punca mengapa munculnya golongan-golongan yang diistilahkan sebagai golongan terpinggir yang cuba mendapat tempat dan hak mereka (Fatimah 2000). Usaha yang dilakukan pasca moden ialah membongkar dan menghancurkan meta-naratif yang dihasilkan daripada sebuah ideologi dan pemikiran asas dan menguasai budaya pengetahuan masyarakat. Falsafah pasca moden menyalahkan kapitalisme10 yang bersifat mengeksploitasi dan sosialisme11 yang birokratik12 yang dilihat sebagai naratif besar yang menyebabkan kersang13 bagi dunia sosial moden. Cita-cita yang dibawa oleh pasca moden ialah menjalin kehidupan plural, demokratik14, egalitarian15 dan menjamin bagi pembebasan daripada penghambaan sebuah ideologi tanpa memasung16 rasa kemanusiaan. Kita tidak akan memanjangkan lagi hujahan kita tentang pasca moden, kerana ini bukanlah objektif kita dalam pembentangan ini. Apa yang perlu difahami sekarang ialah apakah impak pasca moden kepada wanita Islam khususnya wanita melayu di Malaysia.

3. PASCA MODEN MENOLAK FITRAH MANUSIA

10

Sistem ekonomi dan politik di mana pemilikan harta benda, industri dan perniagaannya lebih tertumpu kepada sektor swasta daripada kerajaan di mana syarikat digalakkan bersaing antara satu sama lain utk membuat keuntungan. 11

Teori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber2 kekayaan spt pengeluaran, tanah, modal dsb dijadikan milik negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata. 12

Cara pemerintahan yang bersifat birokrasi iaitu yang ditadbir oleh pegawai kerajaan (yang tidak dipilih oleh rakyat) yang mempunyai kuasa besar. 13

Kering dan tidak subur

14

Menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat

15

Fahaman bahawa semua orang sama rata di mana mesti mendapat hak dan peluang sama rata

16

Mengurung

3

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

Para pendokong pemikiran pasca moden seperti Richard Rorty (1931-2007) menegaskan tentang bahayanya konsep fitrah manusia. Bagi Richard konsep fitrah manusia merupakan satu ancaman kepada pasca moden. Antara aspek fitrah manusia yang ditolak oleh pasca moden ialah semangat kewarganegaraan dan semangat kebersamaan. Konsep fitrah manusia merupakan satu topik penting kerana ia melibatkan fitrah dunia, fitrah kebenaran dan fitrah Tuhan. Kepercayaan ini wujud semenjak zaman Plato sehingga zaman moden, namun begitu telah ditolak pada zaman pasca moden yang juga menolak konsep metafizik17. Bagi pemikir pasca moden, metafizik adalah pemangkin untuk manusia lari daripada realiti kehidupan dan bukan faktor yang boleh menentukan kemajuan yang akan dicapai oleh manusia. Bila manusia menolak konsep metafizik maka tentu juga akan menolak konsep teologi18. Perkara yang penting bagi pasca moden ialah kebebasan manusia, bukan kebenaran. Pasca moden mementingkan manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani dunia tanpa sebarang ikatan kepada sebarang bentuk tradisi termasuk Tuhan dan agama. Hal ini menjadikan masyarakat hidup dalam hipokrit dan tidak mempunyai garis panduan serta agenda terhadap apa yang dilakukannya. Masyarakat yang hidup dalam dunia yang bebas tidak akan mempunyai konsep kebenaran. Dari sudut epistemologi19, pasca moden tidak mempunyai sesuatu yang boleh dikongsi bersama pada peringkat asas dari segi nilai-nilai moral yang universal. Kebenaran pada zaman pasca moden hanyalah berupa produk bahasa dan budaya semata tanpa melihat kepada kebenaran mutlak (Azmi 2002). Manusia menurut Michel Foulcault (1926-1984) tidak mempunyai personaliti dan telah kehilangan kehebatan kerasionalan20. Manusia juga tidak boleh menentukan dan merasionalkan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana segala-galanya telah ditentukan dan dirasionalkan oleh bahasa dan budaya di tempat mereka hidup. Manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain tentangnya. Gagasan pasca moden secara jelas berasal dari Barat dengan mengandaikan budaya ini menunjukkan sikap kurang positif di luar kemampuan manusia. Pasca moden harus difahami dengan latar belakang proses yang panjang melibatkan pertumbuhan budaya konsumen21 serta membesarnya jumlah ahli yang terlibat dalam proses produksi. Budaya konsumen dalam skala global disejajarkan dengan perluasan kuasa Amerika Syarikat dalam ekonomi 17

Alam ghaib

18

Ilmu Ketuhanan atau akidah

19

Teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan. 20

21

Alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan Pengguna barang-barang

4

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

dunia. Budaya konsumen ditujukan untuk menjadikan budaya universal yang akan menghancurkan budaya nasional negara masing-masing.

4. PASCA MODEN PADA ERA GLOBALISASI

Dengan berkembangnya pasca moden pada era globalisasi, maka gerakan kebebasan semakin berkembang. Keterbukaan terhadap pengaruh baru memudahkan penyebaran idea. Ini dapat diperhatikan melalui apa yang berlaku pada negara bangsa di dunia yang menikmati kebebasan ekonomi. Negara tersebut akan menuntut pula kebebasan politik. Bagi bangsa yang telah merasakan demokrasi, ia akan menuntut kebebasan individu. Kita sering mendengar gagasan mengenai hak asasi manusia yang sedang melanda dunia hari ini. Manusia bebas melalui kehidupan yang diingininya sebagaimana yang dimaksudkan pasca moden. Dalam tempoh 1960-1990, pasca moden muncul sebagai sebuah fenomena budaya di negara kita Malaysia. Ramai karyawan dan sejarawan mengaitkan perubahan yang melanda masyarakat pada hari ini adalah pengaruh daripada fenomena pasca moden. Masyarakat hari ini telah berubah daripada masyarakat industri kepada masyarakat maklumat dengan meningkatnya teknologi ICT melalui komputer dan mobile phone (Toffler 2002). Masyarakat maklumat menghasilkan sekumpulan orang baru. Malah dalam bidang perniagaan pun telah menukar dari mod berpusat kepada mod jaringan. Era maklumat bukan sahaja mengubah pekerjaan tetapi juga menghubungkan seluruh dunia. Masyarakat maklumat bekerja berdasarkan jaringan komunikasi yang meliputi seluruh muka bumi. (jodoh internet, jutawan internet, kerja melalui rumah, filem hollywood dan bollywood, coca cola, tv satelit dan lain-lain). Pada masa lalu, maklumat tidak secepat perjalanan manusia. Tetapi sekarang maklumat dapat mengalir ke seluruh dunia secepat cahaya. Sistem komunikasi global yang begitu canggih dapat mengetahui peristiwa apa sahaja dan di mana sahaja di dunia ini. Budaya massa dan ekonomi global yang dihasilkan era maklumat berusaha menyatukan dunia menjadi www. Ketika dunia ini bersatu pada satu dimensi, pada waktu yang sama ia menghancurkan sudut dimensi yang lain. Munculnya pasca moden menghasilkan kesedaran global dan menipisnya semangat nasionalisme. Semangat cintakan tanah air, bangsa dan agama menjadi semakin suram dengan munculnya gerakan globalisasi. Hidup di era globalisasi menyedarkan penduduk dunia mengenai

5

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

kepelbagaian budaya di dunia ini. Gelombang perubahan ini juga memaksa masyarakat mengambil cara pandang pluralisme22. Cara pandang ini bukan sahaja bersikap toleran kepada kumpulan lain, tetapi juga merayakan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip sehingga melahirkan gaya pasca moden. Secara dasarnya, globalisasi telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa sama ada dari segi bahasa, budaya, undang-undang, tanah air dan agama (Ghazali 1998; al-Jabiri 1997). Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam termasuk golongan wanita hanyut dalam kehendak sendiri tanpa batasan agama dan sempadan akhlak. Ini merupakan satu pencabulan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang secara senyap oleh agenda Barat (al-Jamil T.t). Globalisasi melahirkan bangsa Melayu yang hilang identiti kemelayuan dan ketimurannya. Bangsa kita menjadi bangsa pengikut dan tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain. Jika diteliti kandungan globalisasi, ia mempunyai satu aspek utama iaitu hegemoni23 atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya termasuk jugalah agama (Ghazali 1998) ke atas negara-negara lain termasuklah negara kita Malaysia.

5. BAHAYA PEMIKIRAN PASCA MODEN KEPADA WANITA

Sebaran am terutama televisyen mampu menampilakan simulasi dan mod yang boleh meledak memenuhi ruang kehidupan sosial, sehingga mengaburkan antara citraan dan fakta. Citraan ini menjadi lebih nyata berbanding dengan realiti. Inilah ciri dunia pasca moden. Di mana realiti sebenar kalah oleh citraan dan penampakan media. Sebagai contoh, Madonna dan Rambo menjadi ikon media sehingga manusia merasai ia lebih nyata berbanding jiran kita sendiri (Wood 2001). Kuasa daripada sebaran am, terutama audiovisual, yang disokong perluasan pasar, telah menembus batasan-batasan budaya dan negara hingga mencapai besaran global. Kemudian kewujudan budaya konsumerisme dan kini telah menjadi gaya hidup global sebagai bentuk ungkapan citarasa akan kebebasan individu untuk menentukan pilihan 22

Keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dsb.

23

Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.

6

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

secara bebas. Akibatnya, ragam wacana dan kesatuan budaya yang dahulu tersekat-sekat secara wilayah, bertemu dalam tingkat yang sangat intensif dan secara bersama tampil dalam media. Idea falsafah, khutbah agama, sains fiksyen, naratif kuno disampaikan secara cerita komik, juga hadir sebagai pakej persembahan media. Dalam keadaan demikian, pandangan moden yang melihat realiti sebagai satu keutuhan yang ditatap berasaskan prinsip rasional menjadi tidak relevan lagi. Era media menawarkan realiti lain, realiti yang dirasakan melampaui perpecahan. Disinilah pascamoden dengan kepelbagaiannya hadir sebagai bentuk kepekaan baru terhadap realiti baru tersebut (Ardie 2009). Impak daripada kemunculan pasca moden ini juga menyaksikan kemunculan gerakan feminisme atau hak asasi persamaan gender. Demokrasi yang diamalkan di negara-negara dunia ketiga menyaksikan gerakan berjaya muncul ke permukaan. Ini merupakan satu kejayaan kepada kaum femenisme sebagai hasil daripada era pasca moden (Azmi 2002). GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun. Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan. Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki (Abd. Rahim Abd. Rashid 1998).

7

Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden KONWANIS‘10

6. KEGAWATAN SOSIAL PASCA MODEN

Masyarakat Malaysia tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea pasca moden yang berlaku di seluruh dunia. Sifat kasih sayang sesama manusia semakin terhakis, keganasan bermaharajalela dan wujud kecenderungan bertindak kejam dan ganas. Nilai-nilai akhlak semakin hilang kedudukannya di mata masyarakat. Amalan keji dan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai akhlak berleluasa di merata tempat. Kes buang bayi, penderaan kanak-kanak, merogol, merempit, meragut, membunuh, samseng jalanan, membuli, merompak, menagih dadah dan sebagainya berleluasa di seluruh negara. Masyarakat sudah merasa tidak selamat dalam rumah sendiri. Anak-anak tidak selamat tinggal dengan ibu bapanya. Gadis-gadis tidak selamat di rumah dan di jalanan. Masyarakat kita hari ini diselubungi dengan kekeliruan. Keliru tentang identiti dan jati diri yang perlu menjadi pegangan dan anutan. Krisis moral dan politik melanda masyarakat dengan seriusnya. Masyarakat kita berhadapan dengan krisis ekonomi dan sosial. Masalah berpunca daripada kepincangan akhlak, kehilangan role-model, mengutamakan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan umum, takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan tidak mahu memikul tanggungjawab. Fakta yang dikeluarkan oleh berbagai-bagai agensi kerajaan menunjukkan betapa besar masalah sosial yang melanda masyarakat kita. Yang lebih mengharukan lagi ialah penglibatan golongan Melayu dalam berbagai-bagai masalah keruntuhan akhlak. Berikut adalah beberapa fakta untuk direnungi b...


Similar Free PDFs